Recent Post

Friday, October 07, 2016

(TAKZIAH) Salleh Brothers Meninggal Dunia Akibat Sakit Jantung

Anggota kumpulan nasyid popular Brothers, Mohd Salled Mohamed Deril telah disahkan meninggal dunia pada jam 3.25 petang semalam di Pusat Perubatan Universiti Malaya, Petaling Jaya.

Menurut rakannya Zulfadhli ataupun Ah Fad daripada kumpulan Raihan, Salleh dikatakan meninggal dunia akibat darah tinggi dan serang jantung selepas dimasukkan ke PPUM pada hari Rabu lepas.

Dia mengalami darah tinggi dan sakit jantung sudah lama dan pada Ahad lalu arwah dimasukkan ke Hospital Klang kemudian semalam (Rabu) dia dipindahkan ke PPUM kerana keadaannya semakin kritikal dan koma.

Saya tidak berkesempatan berjumpa dan hanya dapat berbual dengan Allahyarham di telefon sahaja ketika dia di Hospital Klang.

Jenazah Allahyarham telah selamat dikebumimkan di kampung halamannya  di Kampung Seri Tiram Jeram, Kuala Selangor.

Allahyarham meninggalkan seorang balu dan empat orang cahaya mata.

Selain Salleh, Brothers yang terkenal sebagai kumpulan nasyid kontemporari, turut membariskan Syah, Yasin dan Faiz.

Takziah kepada keluarga Salleh. Semoga rohnya sentiasa dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang yang beriman dan soleh . Al-Fatihah..

Sumber Berita : mStar Online

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.
Read more ...

Dr. Fauziah, 10 anggota misi WBG dibebaskan - Utusan Malaysia

KUALA LUMPUR 7 Okt. - Wakil tunggal Malaysia dalam misi kemanusiaan 'Women's Boat to Gaza' (WBG) Dr Fauziah Hasan bersama 10 anggota misi itu yang ditahan Israel Rabu lepas, telah dibebaskan.

FAUZIAH HASAN

FAUZIAH HASAN

Jurucakap Humanitarian Care Malaysia (MyCARE) ketika dihubungi Bernama berkata, kesemua mereka sedang diuruskan penerbangan pulang ke negara masing-masing dalam masa terdekat.

Beliau berkata, menurut sumber Freedom Flotilla Coalition yang mengasaskan kempen WBG itu, kesemua anggota misi yang menaiki kapal Zaytouna-Oliva berkenaan telah dipindahkan dari Penjara Givon di Ramla (Bandar di tengah Israel) ke pusat tahanan sementara di Lapangan Terbang Ben-Gurion, Israel.

Sementara itu, dua anggota misi yang dibebaskan semalam iaitu wartawan Al-Jazeera dari United Kingdom, Mina Harballou dan Hoda Rakhme dari Rusia telah selamat tiba ke negara masing-masing.

Kapal itu yang dalam perjalanan menuju ke Gaza dikepung rejim Zionis sebelum ditahan dan ditunda tentera Israel ke Pelabuhan Ashdod. - BERNAMA

Read more ...

Jom Hantar Pencalonan untuk Volunteer Malaysia Awards 2016

Budiey dikhabarkan satu anugerah yang diberi nama Volunteer Malaysia Awards 2016 akan dianjurkan oleh iM4U tidak lama lagi. Tertarik dengan anugerah pertama kali diwujudkan ini, Budiey pun buatlah carian Google sebab nak tahu lebih lanjut tentang anugerah ni.

Budiey rasa ini pertama kali Budiey dengar anugerah seperti ini. Memang sangat baguslah kan sebab anugerah ini ada tujuannya tersendiri. Nama pun Volunteer Malaysia Awards 2016, jadi anugerah ini diadakan khas bagi para sukarelawan.

Volunteer Malaysia Awards 2016

Jom Hantar Pencalonan untuk Volunteer Malaysia Awards 2016 Apa yang penting, sekarang ini pencalonan sedang dibuka dan anda semua dijemput untuk menghantar pencalonan. Anugerah ini diadakan untuk mengiktiraf dan juga menaik martabat para sukarelawan yang telah berjuang, menyumbang tenaga dan membantu masyarakat.

Budiey rasa anugerah ini sangat bagus diadakan sebab ia dapat memberikan inspirasi kepada semua rakyat Malaysia untuk menjadi sukarelawan dan memberikan impak positif kepada masyarakat.

Anugerah ini mengiktiraf individu dan juga kumpulan sukarelawan yang mana mereka ini dipandang sebagai satu aset penting dalam memberi impak dari segi nilai sosial, budaya, persekitaran dan masyarakat Malaysia.

Lebih menarik, pemenang untuk anugerah ini akan menerima anugerah dan sijil yang disampaikan sendiri oleh Perdana Menteri Malaysia. Waah, siapa tak nak kan? Walaupun mereka menghulurkan bantuan dengan ikhlas namun, inilah masanya jasa bakti mereka diiktiraf oleh Perdana Menteri.

Budiey percaya ini adalah satu platform untuk menggalakkan lebih ramai lagi remaja dan warga Malaysia untuk menyertai program yang dianjurkan oleh iM4U dalam jangka masa yang panjang dan meniup semangat untuk menyatukan warga belia ke arah minda yang lebih positif.

Jadi, Budiey nak memanggil semua pembaca agar menghantar calon-calon masing, tak kiralah kawan-kawan ke, jiran ke, atau siapa sahaja yang pernah membantu dan memberikan pertolongan secara sukarela. Inilah masanya nak mengangkat dan menjulang mereka sebagai pejuang!

Berikut adalah senarai kategori yang dipertandingkan:

Best Volunteer Initiative

• Public Service Sector (open to government ministries, agencies and statutory bodies)• Private Sector (open to all private and corporate companies)• NGO / NPO / Collective• DRe1M Fund (Individuals, Outreach Centres)• Media Organisations• Personality (artistes, sports, etc)• School (open to both primary and secondary levels)• People's Choice (public voting on shortlisted nominees from the categories above)

Anugerah ini juga turut mempertadingkan kategori Lifetime Achievement Award di mana ia dibuka kepada semua yang mempunyai semangat juang dan rela bergadai nyawa menjadi sukarelawan dengan sikap yang berkaliber, karismatik dan bersemangat jitu.

Yang pastinya pemenang untuk kategori ini bukan sebarangan sebab beliau mesti ada ketokohan dan disegani oleh semua orang dan yang penting mempunyai pengalaman lebih 20 tahun menjadi sukarelawan.

Selain itu, anugerah ini mengangkat sosial media sebagai satu wadah atau platform bagi membantu menguar-uarkan acara atau event kepada masyarakat melalui Best Social Media Campaign for a Volunteer Initiative, Budiey kira ia satu yang sangat penting juga.

iM4U fm Award for Best Humanitarian Song turut diperkenalkan dan anda bebas untuk memilih lagu yang mempunyai nilai kemanusiaan dan bercirikan semangat bantu membantu sesama kita.

Untuk info lebih lanjut, apa kata anda semua muat turun borang yang disediakan di sini: http://more.im4u.my/vma

iM4U juga akan memberikan anugerah istimewa kepada kepada Superelawan of the Year yang mana mereka akan diraikan kerana pencapaian mereka yang sangat cemerlang dan usaha mereka itu telah memberikan impak yang besar kepada masyarakat.

Nak tahu apa hadiahnya…?

Pemenang akan menerima:

· Semua pemenang akan menerima sebuah trofi dan juga sijil yang ditandatangani oleh Perdana Menteri Malaysia.

· Pemenang akan ditemubual dan tampil dalam iM4U fm dan laman web iM4U.

· Yang lebih untung lagi, pemenang akan menerima dana untuk projek sukarelawan akan datang sehingga RM50,000.

Tarikh Pencalonan Dibuka: 1 September 2016Pencalonan Ditutup: 30 October 2016People's Choice Award Voting: 11 to 27 November 2016Awards Night: 9 December 2016

Jadi, apa tunggu lagi, lekaslah hantar pencalonan sekarang! KLIK sini: http://more.im4u.my/vma/ atau emelkan kepada vma@im4u.my

Volunteer Malaysia Awards 2016

Related

Komen via Facebook

Komen

Read more ...

Lelaki ini Menyamar Sebagai Posmen Untuk Hantar Resumenya Menerusi Sekotak Donut Supaya Tidak Masuk Dalam Tong Sampah

6 Okt - Apabila terlampau banyak persaingan bagi mendapatkan kerja, kita perlu menjadi lain dari yang lain untuk menarik perhatian majikan supaya mengambil kita sebagai pekerja.

Setakat Januari 2016, seramai 501,500 rakyat di Malaysia menganggur dan kebanyakan mereka ini sudah tentu dalam proses mencari kerja.

Jadi, untuk mendapat kerja dengan lebih cepat, seseorang itu perlu lebih kreatif dan menonjol berbanding pesaing-pesaing yang lain.

Itulah yang dilakukan oleh pakar pemasaran, Lukas Yla, 25, apabila dia berpindah ke San Franciso untuk meneruskan kerjayanya dalam bidang teknologi.

Apa yang dilakukan oleh Lukas sangat 'melawan arus' dengan tatacara formal bagi mendapatkan kerja.

Apabila dia menemui syarikat yang berpotensi, Lukas akan menyamar sebagai posmen dan menghantar sekotak donut yang mengandungi resume ringkas kepada targetnya. Jadi, apabila targetnya itu membuka kotak donut tersebut, secara tidak langsung mereka akan terbaca resume Lukas sambil menikmati donut ~ masa yang paling sesuai untuk membaca resume.

"Saya rasa ini masa yang paling sesuai untuk mencabar diri saya", kata Lukas yang turut mengakui dia sedar bahawa cabaran ini tersangat besar buat dirinya.

"Sejauh mana saya boleh pergi di dalam sebuah bandar yang ada persaingan yang sangat kuat, tempat yang saya tak kenal sesiapa. Saya tak ada pengalaman kerja di USA, dan mungkin terpaksa bermula dari bawah semula", kata Lukas.

Jadi, Lukas membuat satu kempen pemasaran yang istimewa - untuk dirinya sendiri bermula bulan lepas.

Lukas mencetak baju T-Shirt yang dipakai oleh posmen, membeli beberapa donut dari kedai roti dan di kotak donut itu, dia meletakkan mesej yang berbunyi seperti ini :

"Saya terpaksa mencari jalan untuk berhubung secara terus dengan pembuat keputusan syarikat. Saya fikir saya mungkin akan gagal jika bersaing hanya dengan level resume dengan pesaing-pesaing lain memandangkan mereka mempunyai pengalaman kerja di San Francisco.

"Jadi, sebagai pakar pemasaran, saya lakukan analisis SWOT untuk diri saya sendiri, pesaing, sasaran dan membuat kempen mencari kerja ini.

Menurut Lukas, dia telah menghantar lebih 40 kotak donut setakat ini dan telah ditemuduga sebanyak 10 sekali dan sehingga kini masih dalam dalam proses temuduga dengan beberapa syarikat lain. - Siakapkeli.my

Sumber : Metro.co.uk

Read more ...

'Rasional di sebalik minta 50 ekar sekeluarga untuk OA'

ULASAN Kami merujuk kepada kenyataan Timbalan Menteri Besar Kelantan (TMBK), Datuk Haji Mohd Amar pada 4 Otober 2016 yang mengatakan permintaan 50 ekar sekeluarga untuk Orang Asli (OA) Gua Musang adalah besar jumlahnya dan sukar untuk dipertimbangkan sebagai wilayah adat Orang Asli. Permintaan ini telah dibawa melalui memorandum oleh Biro Orang Asal PSM dan Jaringan Kampung Orang Asli Semenanjung Malaysia (JKOASM) pada 30 Mac 2016 kepada Menteri Besar Kelantan.

Apakah rasional di sebalik permintaan 50 ekar sekeluarga?

- Bilangan keluarga Orang Asli di Gua Musang dianggarkan sebanyak 3,500 keluarga (berdasarkan bilangan penduduk 17,000 orang dan setiap keluarga mempunyai 5 anggota);

-- 50 ekar sekeluarga bermaksud 3,500 x 50 ekar = 175,000 ekar;

-- Keluasan Gua Musang = 2,020,480 ekar;

-- 175,000 ekar dari jumlah keluasan Gua Musang hanya 8.6 peratus; dan

-- Bilangan penduduk Orang Asli di Gua Musang ialah 18.8 peratus.

Maka, jumlah tanah yang dipohon dalam konteks 50 ekar sekeluarga hanyalah separuh daripada peratusan penduduk Orang Asli di Gua Musang. Berbanding dengan pemberiaan konsesi pembalakan, tanah yang digazetkan sebagai wilayah adat kepada Orang Asli akan kekal sebagai kawasan hutan menjamin kelestarian alam sekitar, kerana itulah budaya mereka yang hidup menjaga alam sekitar. Sejak turun temurun Orang Asli menjaga hutan dan kehidupan liar daripada dirosakkan oleh tauke balak dan pemburu haiwan terpelihara.

Terdapat juga tuntutan-tuntutan lain dalam memorandum berkenaan yang berkaitan dengan tuntutan 50 ekar sekeluarga seperti berikut:

-- Kerajaan negeri harus menawarkan 50 ekar setiap keluarga ataupun tanah yang dipohon oleh setiap kampung berdasarkan pemetaan komuniti yang sedang mereka laksanakan;

-- Tanah yang diluluskan sebagai tanah masyarakat Orang Asli harus dipegang oleh Orang Asli di bawah geran komunal dan bukan geran persendirian; dan

- Segala penerokaan hutan baru di Lojing dihentikan segera sehingga isu tanah komunal ini selesai. Kerajaan Kelantan telah menerima memorandum enam bulan lepas dan tidak berbuat apa-apa.

Jika kerajaan Kelantan mendapati tuntutan yang diminta terlalu besar, kenapakah Orang Asli tidak dipanggil berunding? Jika kerajaan negeri Kelantan merasakan mereka tidak mampu menawarkan 50 ekar, mereka harus mengadakan rundingan secara profesional dengan Orang Asli untuk tawaran alternatif.

Tetapi mereka lebih minat berunding dengan tauke balak berbanding dengan Orang Asli setempat, selepas itu, mengatakan wujudnya salah faham di antara tauke balak dan Orang Asli!

Kami tidak faham dengan kenyataan TMBK bahawa permintaan Orang Asli tidak dibuat secara 'proper'. Adakah pemberian memorandum lengkap dengan nama kumpulan yang menghantar, alamat, nombor telefon, penerangan masalah dan senarai tuntutan tidak 'proper'?

Adakah TMBK dan kerajaan Kelantan tidak faham akan kandungan surat-surat yang dihantar kepada Pejabat MB Kelantan dan pegawai daerah Gua Musang meminta temujanji? Ini namanya berdolak-dalik!

Di bawah, kami senaraikan beberapa tindakan utama yang telah diambil oleh Biro Orang Asli PSM bersama JKOASM sejak tahun 2014:

-- 19/1/2014: Satu perjumpaan telah diadakan di antara Dr Jeyakumar dari PSM, wakil Biro Orang Asli PSM, JKOASM dengan Ustaz Abdullah (penyelaras DUN Galas), Ustaz Azman Ahmad (penyelaras Parlimen Gua Musang), Ustaz Zulkefli (pengerusi Lajna Alam Sekitar PAS pusat). Ustaz Abdullah dan Ustaz Azman telah berjanji untuk mendapatkan temujanji dengan exco kerajaan Kelantan tetapi tiada jawapan.

-- 30/3/2016: Memorandum kepada menteri besar Kelantan meminta temujanji berjumpa dengan penduduk Orang Asli Lojing. Jawapan diterima pada hujung April 2016 mengatakan MB tidak sihat bertemu.

-- 25/7/2016: Memorandum kepada pegawai daerah Gua Musang meminta temujanji berjumpa dan moratorium untuk hentikan segala penolakan tanah di Lojing. Jawapan diberi bahawa isu ini akan dibawa ke Majlis Mesyuarat Tanah Kerajaan Negeri tetapi selepas itu tiada jawapan.

Di samping tindakan-tindakan utama di atas, berpuluh-puluh surat telah sepanjang tiga tahun lepas kepada menteri besar Kelantan, pegawai daerah Gua Musang, YDP Majlis Daerah Gua Musang dan Tabung Amanah Tok Kenali (TATOK). Kebanyakannya tidak mendapat jawapan dan jika dijawab, tiada langkah penyelesaian dalam jawapan tersebut.

Kami berharap kerajaan Kelantan berhenti membuat 'damage-control' yang tidak kena pada tempatnya. Kenyataan TMBK bahawa isu blockade (sekatan) adalah kerana salah-faham di antara pembalak dan Orang Asli adalah bersifat kebudakan!

Biro Orang Asli PSM telah melawat blockade (sekatan) ini pada 4  Oktober 2016 dan kami menegaskan ini bukan salah faham tetapi pencabulan hak Orang Asli oleh sebuah syarikat pembalak dengan kerajaan Kelantan!

Disediakan oleh Suresh Kumar dari Biro Orang Asli Parti Sosialis Malaysia (PSM)

Read more ...

Dua aktivis WBG dibebaskan

KUALA LUMPUR: Dua daripada 13 aktivis misi Kapal kemanusiaan Zaytouna-Oliva 'Women's Boat to Gaza' (WBG) yang ditahan tentera Israel, sudah dibebaskan hari ini.
Read more ...

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *