Recent Post

Monday, April 04, 2016

Teksi bakal dibekalkan aplikasi seperti Uber dan Grabcar

Aplikasi itu akan dibangunkan bersama pengendali rangkaian dalam usaha untuk memberi keselesaan dan kemudahan kepada pengguna.
Read more ...

Fattah Amin Luah Rasa Syukur Sherry Ibrahim Sudah Berhijab

Pagi tadi kami ada menyiarkan artikel tentang penghijrahan Sherry Ibrahim yang kini sudah berhijab sepenuhnya. Perubahan Sherry itu bukan sahaja mendapat sokongan daripada ibu bapanya serta peminat tetapi kekasihnya juga Fattah Amin.

Jelas Fattah, beliau merasa cukup gembira dan bersyukur atas perubahan Sherry dan sentiasa akan menyokong beliau daripada belakang. Untuk pengetahuan anda, Fattah juga sering meluahkan hasrat agar kekasihnya itu menutup aurat.

Satu sahaja komen saya ialah Alhamdulillah, akhirnya dia tunaikan hasrat yang selama ini dipendam. Saya akui menjadi antara insan yang sentiasa menasihatkan dia untuk berubah ke arah itu dan semalam (Ahad) dia benar-benar melaksanakannya.

Sebagai teman istimewa, sudah tentu Fattah mengidamkan seorang wanita yang menjaga maruah dan menutup aurat.

Bukan saya sahaja, tapi lelaki-lelaki lain juga mahu seorang perempuan yang baik dan menutup aurat.

Cuma saya faham perkara itu tidak boleh dipaksa-paksa dan Alhamdulillah pintu hatinya terbuka untuk itu.

Bagus dapat teman lelaki yang menyokong kekasihnya untuk berubah ke arah yang lebih baik. Kami doakan agar jodoh Fattah Amin dan Sherry Ibrahim berpanjangan sehingga ke jinjang pelamin. Hehe..

Sumber Berita : mStar Online

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.
Read more ...

PM rasmi kompleks Kolej PERMATA Insan USIM esok - Berita Harian

BANDAR BARU NILAI: Kompleks Kolej PERMATA Insan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) di sini, yang beroperasi sejak tahun lalu, akan dirasmikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, esok.

Dibina di kawasan seluas 4.8 hektar dalam kampus USIM, kompleks berharga RM68 juta itu terletak di kawasan strategik bersebelahan tasik utama universiti.

Penolong Pendaftar Pusat Komunikasi Strategik USIM, Mohd Zaini Othman, berkata antara kemudahan yang ada termasuk asrama, blok akademik, blok informasi digital, dewan makan, dewan serba guna dan bangunan mercu tanda iaitu Pusat Islam yang dinamakan Pusat Al-Abrar.

Katanya, Kolej PERMATA Insan yang berstatus Institusi Pendidikan Bantuan Kerajaan (IPBK) di bawah Kementerian Pendidikan menerima kumpulan pertama pelajar pintar terpilih dari seluruh negara pada Januari tahun lalu.

"Bermatlamat untuk melahirkan cendekiawan Islam dalam pelbagai bidang, kurikulum digunakan di sini adalah unik, iaitu berkonsepkan integrasi ilmu naqli dan aqli.

"Proses pengajaran dan pembelajaran pula menggunakan pendekatan pembelajaran abad ke-21 iaitu penggunaan peranti iPad, Apple TV dan teknologi terkini," katanya dalam satu kenyataan media di sini, hari ini.

Mohd Zaini berkata, PERMATA Insan yang diamanahkan kepada USIM untuk dilaksanakan adalah kesinambungan dan perluasan daripada Program PERMATA lain seperti PERMATA Negara, PERMATA Pintar dan PERMATA Seni, yang dinaungi isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor.

Katanya, kehadiran Perdana Menteri esok juga adalah berita gembira dan bersejarah kepada warga universiti kerana ini kunjungan rasmi pertama beliau ke USIM.

Selain itu, katanya, Perdana Menteri adalah antara arkitek dan penggerak utama penubuhan USIM sebagai universiti Islam pertama yang ditubuhkan kerajaan ketika beliau menjadi Menteri Pendidikan.

Read more ...

Kenangan Indah di Konsert DatoĆ¢€™ Siti Nurhaliza & Friends

Hari itu, hari yang memenatkan sebenarnya. Pagi 2 April itu, Budiey masih berada di Tanjung Tualang, Kampar, tidak sampai sehari pun jalan-jalan singgah di kampung Cyrill sambil merakam satu vlog review kereta Jetta keluaran Volkswagen. Kami bertolak balik ke Kuala Lumpur menjelang tengahari itu.

Gara-gara banyak sangat perkara nak dilunaskan, Budiey sampai lambat juga di perkarangan Stadium Negara. Lebih kurang dalam jam 8 malam macam tu. Nasib baik konsert belum bermula. Khabarnya, ada hamparan karpet merah di luar stadium. Tapi tidaklah nampak pula ramai selebriti di situ. Kelihatan ramai juga peminat Dato' Siti Nurhaliza yang sampai lewat. Buat apa nak dikejar sangat sebenarnya sebab konsert bermula jam 9 malam.

943999_1056688541059902_1208215576392134917_n

Selesai mendaftar nama di meja pendaftaran media, kami pun terus masuk ke Stadium Negara dan mendapati tempat duduk sudah pun hampir penuh. Sangkaan di mana ada rongga-rongga kosong tidak tepat sebab hampir keseluruhan tempat duduk sudah berpenghuni.

Wajah masing-masing cukup excited untuk melihat satu lakaran sejarah terpateri di mana Konsert Dato Siti Nurhaliza & Friends dikatakan bertaraf antarabangsa. Lima bintang! Yelah, tengoklah siapa yang taja konsert ini… Yonder Music dan Xpax (Celcom). Bukan calang-calang penaja. Apatah lagi apabila konsert ini diserikan lagi dengan 'friends' seperti Anggun, Cakra Khan, Afgan, Hafiz Suip dan Faizal Tahir. Ironiknya apabila ini juga kali pertama Budiey menyaksikan persembahan Anggun secara live. Auranyaaa kebabooom!

12901498_1715304905389819_3604317894714954640_o

Siti Nurhaliza! Budiey bangga dengan kejayaan yang tidak putus-putus mewarnai dunia seni. Kagum, satu kata diksi yang sesuai untuk mengungkap rasa Budiey sepanjang durasi konsert 2 jam itu. Rasanya semua tahu, selain mengiktiraf 20 tahun penglibatan penyanyi nombor satu itu sebagai anak seni, konsert ini sedar tak sedar merupakan konsert yang ke-30 pernah dipentaskan oleh beliau. Tahniah Dato' Siti Nurhaliza.

Giler tidak obses jika dah sentiasa diberi peluang untuk buat liputan figura ini. Obsesnya seperti mana obses untuk memiliki semua album sebagai koleksi walaupun kini dah senang menggunakan streaming cuma.

Konsert ini juga adalah bekalan buat rindu peminat nanti sebelum beliau berehat panjang dari dunia seni. Khabarnya, selepas ini Dato' Siti akan bercuti panjang.

Semasa sidang media sebelum ini pun, Dato' Siti mahu melakukan yang terbaik dan dia akan all-out demi kepuasan peminat. Ada tiga segmen dan slot yang menggabungkan segmen akustik, band dan orkestra. Di mana ketiga elemen ini pernah dibuat sebelum ini.

40 pemuzik orkestra, 5 penyanyi jemputan, berdurasi 2 jam, 20 buah lagu, Ribuan Peminat, Satu Figura

Budiey tidak meletak harapan terlalu tinggi walaupun katanya ada 40 pemuzik orkestra dan band The Ghotham All Stars yang dibawakan khas dari New York. Mesti bunyi satu yang wow kan? Budiey rasa dalam ramai penyanyi, Dato' Siti memang jujur menjual muziknya. Ya, dalam bisnes muzik bukan setakat nak jual muzik tapi seseorang penyanyi itu perlu ada jiwa dan keikhlasan untuk buat yang terbaik demi kepuasan peminat.

Permulaan konsert ini menampilkan tarian ballet atau dan tarian rutin dari seorang kanak-kanak perempuan yang mana menjadi simbolik kepada Siti yang sedang bekerja keras untuk berlatih kareografi untuk sebuah persembahan.

Menerusi konsert berdurasi lebih dua jam itu, Siti membawakan hampir 20 buah lagu di mana menerusi segment akustik, Siti menyampaiakan rangkaian lagu keramatnya seperti Aku Cinta Padamu, Percayalah, Jaga Dia Untukku dan Terbaik Bagi Mu secara solo.

Pentas persembahan semakin bertenaga dengan paduan persembahan bersama Joe Flizzow dan SonaOne menerusi lagu Ku Mahu dan Ku Milikmu menerusi segment bersama band.

Penyanyi Anggun seterusnya memanaskan suasana menerusi lagu Snow On The Sahara dan Bukan Cinta Biasa yang dinyanyikan secara duet bersama Siti. Mengakhiri segmen band, Siti menyampaikan lagu Cindai yang diberi nafas baru, namun cukup mesra telinga.

12495127_1715305652056411_5713515683368111556_n

Siti terus memukau ribuan penonton dengan vokal mantapnya saat menyampaikan sebuah lagu Inggeris berjudul Memories di segmen orkestra.

Lagu yang disampaikan secara 'duet digital' bersama idolanya mendiang Whitney Houston amat terkesan diingatan penonton.

Beliau pernah dicop diva termuda negara. Bayangkan diusia beliau 22 tahun, dia dah pun merangkul kira-kira 53 anugerah dalam tempoh enam tahun pembabitannya. Dia pernah menang antaranya Best Vocal performance di South Pacific, Singing Contestdi Australia. Selain top di Indonesia, dia juga dimasukkan dalam The Malaysia Book of Records sebagai Artis Paling Banyak Menerima Anugerah. Dia juga bersih dari gossip.

Paling manis apabila lagu MEMORIES merupakan lagu Whitney Houston yang belum sempat dikeluarkan sebelum kematiannya dan diberikan kepada Siti dengan bantuan pihak Yonder Music untuk terus diangkat ke persada antarabangsa dalam waktu terdekat ini.

Tidak terhenti di situ, sorakan padu penonton terus menggegarkan isi ruang Stadium Negara apabila Siti tampil dengan beberapa buah lagu duet bersama artis-artis lelaki popular antaranya Hafiz (Muara Hati), Cakra Khan (Seluruh Cinta) Faizal Tahir (Bagaikan Sakti) dan Afgan (Biarlah Rahsia).

12472790_1715305972056379_3696644036028976499_n

Budiey fikir, Dato' Siti Nurhaliza sejenis artis yang menghargai karya dan beliau juga mengkagumi pengkarya lagu-lagunya. bukan itu sahaja, beliau punya apreasasi melekat sampai bila-bila untuk pengkarya itu. Contoh paling dekat, semasa konsert ini beliau ada memberi kredit dan buat tribute untuk komposer Allahyarham Adnan Abu Hassan dengan menyampaikan lagu Jerat Percintaan yang cukup berhantu.

Masih dalam segmen yang sama, Siti tidak mengecewakan penonton dengan mengalunkan lagu-lagu kegemaran para peminatnya seperti SEINDAH BIASA, KAU SANGAT BERERTI, MENATAP DALAM MIMPI dan LEBIH INDAH dengan penuh bertenaga.

Klimaks konsert ditamatkan dengan dengan nyanyian beramai-ramai dari semua artis yang terlibat menerusi lagu KAU ILHAMKU yang mana lagu ini menjadi lagu promo untuk pelancaran Yonder Music satu ketika dulu.

Tidak dinafikan sorak peminat yang rata-ratanya Sitizoners mengegarkan Stadium Negara. Budiey pun sorak juga. Sorak dalam hati kerana ada terpalit rasa gundah gelana dengan kesilapan sendiri.

Budiey mengikuti transisi muzik Dato' Siti Nurhaliza dari zaman bergelumang dengan buku pelajaran kat Universiti. Zaman kaset sehinggalah adanya CD dan muzik streaming ni. Budiey enjoy dengan konsert ini. Sekurangnya dalam hati tu rasa terhibur. Melupakan seketika masalah yang menyelimuti hati. Budiey percaya, semua yang datang terhibur juga.

Konsert ini Budiey sifatkan satu klimaks dalam sejarah beliau. Segalanya terbaik. Pentasnya yang gah, luas dan dihiaskan dengan lampu-lampu yang bergemerlapan. Budiey berpuas hati dengan sistem bunyi yang cukup sempurna.

Selamat bercuti buat Dato' Siti Nurhaliza. Memang dapat cuti puas-puas selepas ini la ya sebab dah all-out bekerja keras untuk konsert ini. Katanya, akan bercuti di luar negara, haaa kat mana destinasinya, kenalah kita tunggu.

12495115_1715305975389712_1912948378155643595_n

12931204_1715305978723045_6525879943543882833_n

12439480_1715306812056295_1276017996927176146_n

12957624_1715305472056429_417623522554563912_o

12888599_1715305015389808_7837201552866949009_o

Komen via Facebook

Komen

Read more ...

Shahidan: K'jaan tak kompromi pencerobohan nelayan asing

Kerajaan tidak akan berkompromi dengan kehadiran beratus-ratus kapal dari Vietnam dan China yang cuba menceroboh Zon Ekonomi Eksklusif (ZEE) negara, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim.

Shahidan berkata, untuk itu Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia akan dikerah bagi mengawal ZEE dengan lebih ketat, memandangkan ramai nelayan asing kini tertumpu pada zon tersebut disebabkan musim ikan tuna.

"Memandangkan situasi yang wujud kini agak kurang menyenangkan, pihak kerajaan akan tetap mengusir siapa sahaja yang cuba mendekati kawasan itu dan kita akan bersikap adil kepada nelayan tempatan untuk meningkatkan lagi ruang rezeki mereka.

"Nelayan khususnya yang berpangkalan di pantai-pantai Sarawak jangan melepaskan peluang yang cuba direbut nelayan negara lain dalam kawasan Zon Ekonomi Eksklusif itu," katanya kepada Bernama selepas majlis perjumpaan dengan anggota Umno bahagian Arau semalam.

Kelmarin, pada kira-kira jam 4.54 petang di Laut China Selatan, kapal peronda APMM KD Adil yang cuba mengusir bot nelayan asing dilaporkan mengalami sedikit kerosakan akibat dilanggar bot nelayan yang cuba melarikan diri.

- Bernama

Read more ...

Khairul Idham buat kejutan juarai Moto3 GP Argentina

TERMAS DE RIO HONDO, Argentina: Penunggang Malaysia, Khairul Idham Pawi yang mewakili Honda memenangi kejuaraan pertama sepanjang kerjaya apabila menjuarai Moto3 saingan Grand Prix (GP) Argentina, di sini, sebentar tadi.
Read more ...

CERITA KUCING PUN BOLEH JADI "VIRAL"!!!

SEMUT HITAM CERITA KUCING PUN BOLEH JADI "VIRAL"!!! Heh! Nampak gayanya, Kucing pun boleh mengalahkan kehangatan puak Pakatan Haprak tu menganjurkan perhimpunan semalam. Dengar katanya, cerita pasal Kucing nama Jep ni lagi panas. Walaupun Jep bukan anak kandungnya, namun Ummi tetap membelainya dengan penuh kasih sayang seperti dua anaknya yang lain. Hampir setiap hari Jep dibelai dan diberikan penjagaan sempurna oleh Ummi dan suaminya, Mohd Kamarul Anuar, 33. Sebenarnya Jep adalah seekor kucing yang menjadi viral sejak dua tahun lalu di laman Facebook 'Oh My Jep'. Bagi peminat kucing, tidak lengkap kamus mereka sekiranya tidak mengenali Jep, kucing baka American Shorthair. Ketika didekati dengan lebih rapat, wanita yang lebih mesra dengan panggilan Ummi ini mudah mesra bagi berkongsi kisah Jep dan lima lagi kucing peliharaannya. Menurut Ummi atau nama sebenarnya, Nor Azwana Awang, 30, kisah Jep mula mendapat perhatian selepas dia sering berkongsi gambar-gambar Jep beserta dengan kata-kata melibatkan isu semasa. "Hanya kongsi dalam grup kawan-kawan dan peminat kucing. Dari situ Jep mula dikenali dan mereka sarankan saya buka fans page."Selepas itulah baru saya buka page Facebook, tak sangka mendapat perhatian begini," katanya ketika ditemui Karnival Usahawan Fius 2.0, Seksyen 7, Shah Alam, hari ini. Sepanjang tiga tahun hidup bersama dan menjaga Jep dengan penuh kasih sayang, beberapa kisah mengerikan buat ibu kepada dua anak itu ialah kehilangan Jep selama beberapa hari. "Kami sekeluarga menjadi tidak keruan, merata mencarinya tidak jumpa. Sekali dia hilang hampir 500 meter dari rumah dan sekali lagi hilang dalam perkampungan orang asli sekitar rumah kami," katanya yang tinggal di Maran, Pahang. - selanjutnya... Apa yang pasti, Jep hanya memerlukan kasih sayang dari sebuah keluarga yang benar - benar menghargainya. Jep tak perlu buat perhimpunan untuk meraih sokongan Simpati Murahan untuk mengumpulkan pengikut. Tapi, itu la ceritanya manusia yang sayang pada kucing. Baru hilang sekejap pun dia dah mula terasa tak tentu arah. Mungkin, itu juga perasaan seorang manusia yang hilang jawatan dan tidak diberikan tumpuan. Maka mula la dia pun hilang arah dan pedoman!!!
Read more ...

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *