Recent Post

Saturday, December 19, 2015

Malindo air lancar laluan KL-Colombo

Malindo Air hari ini melancarkan perkhidmatan penerbangan harian dari Kuala Lumpur ke Colombo, Sri Lanka.
Read more ...

Bolehkah Anak Luar Nikah Di'bin'kan Selain Dari Abdullah?

Bolehkah Anak Luar Nikah Di"bin"kan Selain Dari Abdullah? Soalan:

Ustaz, jika seorang perempuan mengandung anak luar nikah tetapi dia berkhawin dengan lelaki yang mengandungkan dia, adakah anak itu masih di kira anak luar nikah dan kepada siapakah anak itu harus berbin atau berbintikan? Adakah berbin atau berbintikan lelaki tersebut(yg mengandungkan perempuan itu) atau abdullah?

Jawapan:

Ya, dikira anak luar nikah. Walaupun mereka berdua berkahwin, tetapi persetubuhan yang menyebabkan kandungan itu berlaku sebelum akad perkahwinan mereka. Jadi ia bukan anak hasil dari pernikahan, tetapi hasil dari zina. Anak zina tidak harus dibinkan kepada bapanya kerana ikatan nasab mereka berdua tidak diiktiraf oleh Syarak. Ia hendaklah dibinkan kepada ibunya atau dibinkan kepada Abdullah (hamba Allah).

Di dalam hadis, Rasulullah S.A.W bersabda:

"Anak adalah bagi (pemilik) hamparan. Bagi penzina pula ialah al-Hajr" (HR Imam Bukhari dan Muslim dari Abu Hurairah r.a.)

Maksud hamparan di dalam hadis di atas ialah isteri dan pemilik hamparan ialah suami. Di dalam hadis di atas Rasulullah s.a.w. telah menetapkan satu arahan agama iaitu anak hanya boleh dinasabkan kepada lelaki yang memiliki ikatan perkahwinan yang sah dengan ibu yang melahirkan anak itu.

Berkata ulamak; apabila seorang lelaki memiliki seorang wanita sebagai isteri atau hambanya (di mana mereka ibarat hamparan untuknya), apabila isteri/hamba itu melahirkan anak dalam tempoh yang tidak mustahil bagi kelahiran itu, maka anak itu akan dinasabkan kepadanya dan akan berlaku antara dia dan anak itu perwarisan dan hukum-hakam lain yang berkait dengan kelahiran, sama ada anak itu ada mirip/keserupaan dengannya atau berbeza dengannya.

Adapun penzina pula, Rasulullah berkata "baginya al-Hajr". Al-Hajr ada dua tafsiran dari ulamak:

Ia bermakna batu; yakn penzina habuannya ialah direjam dengan batu. Bermakna khaibah yang bermakna kecewa atau putus asa. Penzina baginya kekecewaan dan putus asa kerana kerana tidak ada hak baginya terhadap anak yang lahir sekalipun anak itu dari benihnya. Rujukan

Syarah Soheh Muslim, Imam an-Nawawi, Kitab ar-Radha', juz. 10, bab al-Walad Lil-Firaysh. An-Nihayah Fi Gharib al-Hadith Wa al-Athar, Imam Ibnu Athir. Ahkam al-Aulad Fil-Islam, Zakaria Ahmad al-Barri, hlm. Hlm. 12. Soal jawab agama bersama Ust Ahmad Adnan Fadzil, Penasihat Akademik Maahad Darul Faizin. http://Ilmudanulamak.blogspot.com

Wallahu a'lam Jafri Abu Bakar Mahmoodi Maahad Darul Faizin

Read more ...

(62 GAMBAR)Pernikahan Hazlin Hussain Dan Mior Abdul Malek Raiyani Dari Jurugambar Rasmi

Majlis pernikahan pengacara 999, Hazlin Hussain dengan Mior Abdul Malek Raiyani telah berlangsung pada 13.12.2015 bertempat di Dewan Astana Era Mewah. Kira-kira 700 tetamu terdiri dari ahli keluarga, rakan, saudara mara dan pengamal media telah menghadiri majlis itu.

Kehadiran Mazidul Akmal Sidek walaupun dalam keadaan uzur dan berkerusi roda membuatkan pengantin sebak.

Hazlin mengenakan busana rekaan Ezuwan Ismail, sah menjadi isteri Malek dengan sekali lafaz.

Gambar-gambar ini ialah hasil bidikan jurugambar rasmi, Sixuca Wedding Photography. Lagi 61 gambar dengan membaca entri ini sepenuhnya.

  PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.
Read more ...

Neelofa Perjelas Dakwan Isteri Ketiga Bekas Menteri

Pelakon dan pengacara popular Neelofa, 26, menjawab dakwaan kononnya dia kini menjadi isteri ketiga kepada bekas menteri.
Read more ...

AKUI KESILAPAN - ADAM SHAH ANGGAP INI SEBAGAI PENGAJARAN

Berikutan mesej yang dimuatnaik oleh isterinya Fatin Afeefa semalam sebelum beberapa jam dipadamkan, Adam Shah, 33, berkata perkara tersebut adalah satu salah faham selain mengaku silap melayan peminat berkenaan.

Jelas Adam, perkara sebenar yang berlaku apabila dia cuba menolak secara baik perlawaan wanita yang merupakan peminat fanatik untuk bertemu dengannya.

"Apa yang saya berbalas mesej di Instagram itu sebenarnya saya menolak untuk berjumpa dengan cara baik. Cuma masa itu tak berkesempatan untuk terangkan pada isteri. Lagi pun orang tengah marah, jangan ditambah. Alhamdulillah, bila isteri dah sedikit cool... dia pun dah faham keadaan sebenar.

"Namun, saya tetap salahkan diri saya seb ab melayan dan berbalas mesej wanita itu di Instagram," ujar Adam dipetik sebagai berkata.

Dalam pada itu, Adam berkata, perkara yang berlaku merupakan pengajaran buat dirinya untuk menjadi seorang suami dan bapa yang lebih baik.

"Ini pengajaran untuk saya juga, Allah uji di saat saya tersasar dari landasan. Apa-apa pun saya tetap bersyukur kerana isteri menegur dari awal.

"Saya sentiasa berdoa agar rumah tangga saya dilindungi dan diberkati. Saya sayang dan cinta isteri dan anak-anak. Saya mohon pada semua yang membaca dapat mendoakan kesejahteraan kami sekeluarga," jelasnya.

Sementara itu, Adam juga mengakui dia menerima pelbagai kecaman daripada pengguna laman sosial dengan pelbagai kata-kata kesat.

Dia meminta agar tiada pihak yang cuba mengambil kesempatan ini untuk terus melaga-lagakan mereka.

"Sebagai public figure akan sentiasa ada peminat yang fanatik. Peminat-peminat isteri ada yang menghentam, maki hamun saya... Saya tak ambil hati pun, saya yang buat salah tak sepatutnya menyalahkan orang lain pula. Cuma saya mohon semua jauhi dari sifat batu api, takut benda kecil akan menjadi besar," katanya.

Untuk rekod, Adam mendirikan rumah tangga dengan Fatin pada 21 Disember 2013 dan hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang anak perempuan yang pada 15 Jun lalu.

Sumber: mStar

         ________________________

FACEBOOK - SANTAI - PAPARAZZI - NOSTALGIA - GALERI - YOUTUBE - ROMANTIKA - SEJARAH MYARTIS - INSTAGRAM - TWITTER

TwitterFacebookGoogle PlusRSS FeedEmail

Read more ...

Tujuh Tahun Berkenalan, Nad Zainal Akhirnya Sah Milik Faliq

Dengan sekali lafaz, pelakon Nad Zainal atau nama penuhnya Farah Nadia Zainal Abidin, 25, sah bergelar isteri kepada Muhammad Faliq Amirudin, jam 3 petang semalam.

Majlis berlangsung secara tertutup di The Roof Garden Hotel, Bukit Jelutong, Selangor.

Pasangan pengantin dinikahkan bapa Nad sendiri, Zainal Abidin Abu.

Pengantin lelaki menyerahkan mas kahwin RM300. Bagaimanapun, butiran lain dirahsiakan pengantin atas permintaan keluarga.

"Alhamdulillah semuanya berjalan seperti dirancang. Terima kasih kepada semua yang hadir memeriahkan majlis," kata Nad yang ditemui BH Online ketika berlangsungnya majlis resepsi di lokasi sama.

Pasangan berkenaan sudah tujuh tahun berkenalan, namun cinta berputik pada awal tahun ini.

Kedua-duanya juga belum terfikir soal menimang cahaya mata dalam masa terdekat tetapi tidak menolak rezeki Allah.

Mereka juga belum merancang destinasi untuk berbulan madu.

Sumber BH Online

Artikel disiarkan pada Sabtu, 19 Disember 2015

Read more ...

Budiey.com Buka Gerai Jualan di Festival KAMI BERSAMAMU TV3

Jom singgah di gerai jualan Budiey.com di Festival Jualan Amal Kami Bersamamu TV3 esok dari jam 10 pagi hingga 10 malam di Esplanade, Alamanda Putrajaya. Rujuk gambar kat bawah ni. Booth Budiey bersebelahan dgn booth DRAMA BAND.

Budiey akan menjual pelbagai makanan dari dapur Budieylicious​ seperti Creampuff, Ketupat Sotong, Sambal Bilis, Ikan Pekasam dan banyak lagi. Anda boleh dapatkan juga baju T Budieyators dan merchandise Budiey.com.

Jom dtg ramai-ramai. Membeli sambil menderma. jumpa korang esok okay?

Untitled

Festival #KamiBersamaMuTV3 sempena sedekad rancangan khidmat masyarakat berkenaan bersiaran di TV3.

Selain Budiey.com, korang juga boleh shopping di booth selebriti popular Jaclyn Victor (Jac), Azrel Ismail, Dayana Roza, Janna Nick, Shukri Yahaya, Izzue Islam, Syarul Ridzwan, Mia Ahmad, Elizad Sharifuddin, Amar Asyraf, Ummi Nazeera, Ezzaty Abdullah, Nadzmi Adhwa dan ramai lagi. Sementara itu, aktiviti lain termasuk penampilan maskot Boboiboy, Upin dan Ipin, seni kraf, persembahan akustik, karaoke, lelongan barangan eksklusif, sesi ramah mesra bersama artis, seni hias kek cawan, merias kuku, solekan dan seni mengecat wajah.

Ada persembahan artis juga. Antara barisan artis popular tempatan seperti Dayang Nurfaizah, Sakura Band, Sandra, Drama Band dan Aziz Harun pada konsert amal pada malam berkenaan. Dayang turut berbesar hati melelong persembahan istimewanya kepada syarikat korporat atau individu yang sudi mendermakan sejumlah dana ke Tabung TV3 Bersamamu.

Maklumat lanjut bakal dikongsikan menerusi temuramah Wanita Hari Ini bersama penyanyi Di Pintu Syurga itu pada 18 Disember (esok). Festival itu juga bakal menampilkan beberapa gerai seperti Bersamamu, Cerekarama, Bananana!, Melodi, Selera, Raudhah dan Hot FM.

Orang ramai turut berkesempatan untuk mendapatkan barangan menarik di gerai selebriti seperti Erra Fazira, Erma Fatima, Jac, Dayana, Drama Band, Encik Mimpi, Hijjaz dan ramai lagi. Selain golongan selebriti, #KAMIBERSAMAMU juga mendapat sokongan padu daripada Persatuan Wartawan dan Penulis Hiburan Malaysia (WHAM).

Datang jangan tak datang!

Kami Bersamamu TV3

Komen via Facebook

Komen

Read more ...

'Woi Betina! Ingat Aku First Time Beli Barang Online Ke?!'

Saya pernah mendapat customer yang menguji kesabaran seperti ini. Nak viralkan sangat? Okay, let me start first.  1. Sebelum ini dah pernah beli lipstick tu, harga RM25. Dia nak beli dia, jadi harganya RM50, postage RM7. Okay, itu dah settle.  2. Beberapa hari yang lalu dia nak order sekali lagi. Tetapi nak kenakan sayalah kononnya. Katanya, sebelum ini beli siap free postage. Mujur saya simpan semua conversation customer. Saya tak pernah buang. Bila screenshot balik, terdiam pula dia. 3. Saya dah nyatakan harga yang betul, RM25 untuk lipstick, postage RM7. Dia buat pembayaran secara online transfer yang sepatutnya boleh dibayar dengan amaun yang tepat. Tetapi dia sendiri yang buat kesilapan dengan membuat pembayaran lebih. 4. Dia dah buat pembayaran tetapi saya tidak sempat nak tengok telefon pada waktu itu sebab telefon untuk bisnes dan telefon peribadi, lain-lain. Memang tak sempat pun nak check telefon bisnes. Sudahnya, dia mula mencarut bagai. Tetapi dia memberikan alasan bahawa staffnya yang menghantar mesej maki hamun itu, bukannya dia. "Alasan macam budak sekolah," Dia boleh saja nak elakkan atau yakinkan staffnya sebab dia bukannya pertama kali berurusniaga dengan saya kalau nak tuduh saya sebagai scammer. 5. Akibat kelam kabut packing parcel customer, saya terlupa nak memasukkan baki dalam parcel. Walau bagaimanapun saya memang berniat untuk pulangkan balik duit lebihannya, tetapi memerlukan masa dan saya agak sibuk kebelakangan ini sebab banyak event. Sesetengah pelanggan saya memahami situasi saya dan saya amat bersyukur.  "Thank you so much ladies!" 6. Dan sampailah ke hari ini, 10 minit yang lalu. Saya benar-benar tidak tahan dengan cara dia yang terlalu mendesak saya. Saya tahu saya silap tetapi dia kena tahu juga bawa dia atau staff dia juga ada silapnya, iaitu tiada adab. Katanya nak viral sangat kan? Saya tak kisah. Rezeki itu ada di mana-mana. Kalau beginilah sikap dia, tak beli dengan saya pun tak apalah. Saya sanggup tolak rezeki itu sebab saya pun ada maruah, ada perasaan juga. Selagi orang hormat pada saya, saya juga akan melakukan perkara yang sama padanya. Tetapi jika dia bersikap buruk terhadap saya, mendapatlah jawabnya. Terima kasih. - Le Mezclar Ditulis semula untuk siaran di THEHYPEMEDIA.COM sahaja. Anda dilarang menyalin semula artikel ini dan menyiarkannya di mana-mana laman/blog.

Read more ...

(Gambar & Video) Nad Zainal Sudah Bergelar Isteri Orang

Shah Alam, 19 Dis - Pelakon genit, Nad Zainal sah bergelar isteri kepada Muhammad Faliq Amiruddin dengan sekali lafaz dalam satu majlis tertutup di The Roof Garden Hotel, Bukit Jeluton di sini pada jam 3 petang semalam.

Pasangan pengantin itu dinikahkan oleh bapa Nad Zainal sendiri, Zainal Abidin Abu.

BH Online melaporkan pengantin wanita menerima wang hantaran sebanyak RM300 namun butiran lain dirahsiakan atas permintaan keluarga.

"Alhamdulillah semuanya berjalan seperti dirancang. Terima kasih kepada semua yang hadir memeriahkan majlis," kata Nad

Pasangan tersebut sudah tujuh tahun berkenalan namun cinta antara mereka mula berputik awal tahun ini.

Video majlis tersebut dikongsi oleh portal berita, Harian Metro.

Selain dari video tersebut,  gambar-gambar perkahwinan itu yang dikongsi di internet :
Read more ...

MAIS: Tangkap khalwat ikut SOP, tak serbu buta tuli

Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) mempertahankan undang-undang syariah bagi kesalahan khalwat dan menegaskan proses siasatan yang dijalankan bukan intipan serta tidak bertujuan mengaibkan mana-mana pihak.

Perkara itu ditegaskan dalam satu kenyataan bersama Pengerusi MAIS, Datuk Mohamad Adzib Mohd Isa dan Mufti Selangor, Datuk Mohd Tamyes Abdul Wahid hari ini.

"Tindakan yang diambil oleh pihak berkuasa agama adalah hasil dari aduan orang ramai.

"Proses siasatan yang dilaksanakan adalah mengikut prosedur yang sedia termaktub dalam akta atau enakmen tatacara jenayah syariah negeri-negeri bagi memastikan aduan atau maklumat yang diterima adalah benar sebelum pendakwaan dibuat," ujarnya.

Kenyataan itu susulan saranan Kumpulan penjawat awam, G25 yang mahu penubuhan satu jawatankuasa bagi membincangkan untuk memansuhkan beberapa undang-undang syariah.

Oleh itu, katanya adalah tidak tepat apabila penguatkuasa agama dituduh mengintip dan menceroboh hak privasi seseorang sedangkan tindakan mereka selaras dengan undang-undang.

"Adalah menjadi prosedur penyiasatan (SOP) bagi pegawai penguatkuasa agama apabila sesuatu aduan dibuat untuk ke tempat di mana kejadian khalwat dikatakan berlaku, seterusnya mengetuk pintu dan memperkenalkan diri mereka terlebih dahulu sebelum proses siasatan lanjut dijalankan.

"Pegawai penguatkuasa agama juga ditegah daripada mengambil tindakan menyerbu dengan membuta tuli dan mendakwa seseorang melakukan khalwat atau penzinaan tanpa usul periksa," kata mereka.

Kewajipan umat Islam

Memetik hadis, kenyataan itu menyebut bahawa Islam menuntut supaya umatnya melarang perbuatan dosa dan kemungkaran mengikut kemampuan masing-masing.

"Justeru itu adalah menjadi kewajipan semua umat Islam untuk menghalang apa jua perbuatan maksiat dan dosa yang berlaku mengikut kemampuan masing-masing walaupun perlakuan tersebut berlaku di kawasan persendirian," ujarnya.

Dalam pada itu, MAIS turut mengingatkan umat Islam bahawa kenyataan yang menghina undang-undang Islam boleh dikenakan denda atau dihukum penjara.

Kumpulan G25 yang disertai profesional Melayu baru-baru ini menuntut hukuman terhadap perbuatan khalwat dimansuhkan jika dibuat di rumah persendirian.

Menurut kumpulan itu dosa peribadi adalah antara individu dengan Tuhan, selagi tidak dilakukan di tempat awam.

Read more ...

Marsha Milan Kahwin 8 Januari Depan

Beberapa minggu yang lalu, timbul desas desus mengatakan pelakon wanita, Marsha Milan, telah memeluk agama Islam. Reaksi Marsha, beliau meminta agar dirinya diberikan ruang privasi dan peminat mendoakan segalanya yang terbaik, tidak pula menafikan perkara itu.  Namun petang semalam, tersebar gambar kad undangan ke majlis perkahwinan Marsha yang bertarikh 8 Januari 2016, Jumaat, bertempat di The Majestic Hotel Kuala Lumpur.  Marsha dikhabarkan akan berkahwin dengan Mohamed Shaiful Nizam, anak kepada Dato' Seri Hj Mohamed Ismail bin Mohamed Othman, setiausaha politik kepada Dato' Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz.  Tahniah diucapkan kepada Marsha, semoga kekal bahagia dengan pasangannya dan semoga bakal suami dapat mendidik Marsha mendalami Islam. - THEHYPEMEDIA.COM

Read more ...

Selangor sambar 4 tonggak Pahang

SHAH ALAM: Empat pemain Pahang sah menjadi milik Selangor dalam misi juara Piala Malaysia itu memperkuatkan pasukan untuk menghadapi kancah Liga Malaysia (Liga M) musim depan.
Read more ...

HANYA "SETAN" JE YANG DENGKI DENGAN UMAT ISLAM!!!

SEMUT HITAM HANYA "SETAN" JE YANG DENGKI DENGAN UMAT ISLAM!!! Zaman sekarang ni, kalau nak tengok "Setan" senang je. Baca je dalam laman media sosial yang mengutuk dan memperlekehkan usaha ke arah penyatuan Umat Islam. Itu kerja "Setan". Sebab "Setan" ni memang selama - lamanya akan tetap tak senang jika melihat Umat Islam ni bersatu. Maka "Setan" jugak akan berusaha untuk terus memecah belahkan Umat Islam. Termasuk la dengan mempergunakan Pengampu dan Pentaksub puak - puak DAPigs tu!!! Baca juga: Macai Anggap Ini Semua Sandiwara Belaka!!! Kritikan DAPigs di media sosial terhadap pertemuan Presiden PAS dan Presiden UMNO ‎dalam Multaqa Serantau  Alumni Al-Azhar Malaysia 2015 ‎semalam ternyata membuatkan DAPigs tidak senang duduk. Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata, kritikan  itu jelas menunjukkan DAP  kurang senang dengan perkara yang melibatkan permuafakatan antara dua parti besar Islam ini. "Hendak tahu ukurannya berjaya atau tidak kita tengok bagaimana maklum balas ataupun telahan dan kritikan daripada mereka yang mungkin kurang senang dengan Multaqa ini."Semalam saya perhatikan di Twitter dan di media sosial terutamanya daripada pihak DAP atau pemimpin tertingginya Lim Guang Eng memberikan kritikan terhadap Multaqa ini," katanya ketika menyampaikan ucapan penutup di Multaqa Serantau Alumni Al-Azhar Malaysia 2015, di Hotel Grand Seasons hari ini. Terdahulu, Guan Eng dalam Twitternya menafikan bahawa dia ada menulis mengenai 'PAS bersama UMNO, kerana mendapat sebahagian duit derma RM2.6 bilion'. Guan Eng berkata, tweet itu palsu, dan satu laporan polis telah dibuat. Isu kerjasama antara UMNO dan PAS semakin hangat diperkatakan selepas Presiden Umno, menghulurkan 'tali silaturahim' kepada parti Islam itu untuk sama-sama membina dan membangunkan negara ini mengikut syariat Islam sebenarnya. Pelawaan itu dibuat ketika beliau berucap menyampaikan ucapan dasar sempena perasmian Perhimpunan Agung UMNO 2015, yang telah diadakan pada minggu lalu. Najib dalam ucapannya itu turut melahirkan rasa gembiranya kerana PAS tidak lagi bersama pakatan pembangkang selepas 'disepak dan diterajang' oleh rakan-rakan pembangkangnya. Isu itu menunjukkan perkembangan yang positif apabila Najib dipertemukan dengan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam majlis Multaqa Serantau Alumni Al-Azhar, semalam.
Read more ...

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *