Thursday, March 17, 2016
Gamat apabila pelakon Kung Fu Panda Jack Black pakai sarung, nyanyi tentang Malaysia
Kalau Perut Membesar Nanti Adalah รข Abby Abadi Jawab Gosip Sudah Hamil
Dihimpit dengan pelbagai persoalan dan pihak media, Abby akhirnya menjawab spekulasi tersebut di akaun Instagram miliknya.
Abby nampaknya tidak mengiyakan ataupun menafikan gosip berkenaan. Berikut penjelasan Abby :-
Pagi tadi dpt msg dari wartawan Kosmo nk interview Sy. Sy tak balas sbb…. Sy segan nk nk di interview, segan nak masuk paper dah. Tiada yg penting tentang Sy utk diberitakan. Tak lama lepas tu wartawan tu cal (lelaki… ). Baby besar Sy angkat. (ikut Sy takkan angkat cal sbb penyakit tak suka cakap phone, huhu..) Wartawan tu kata buleh tak Sy nk interview akak? Sy kata berkaitan apa tu?
Ada terbaca conversation akak dgn abg normanhakim dlm insta. Betul ke Akak mengandung skrg? Pastu Sy jawab: Buleh tak kalau Sy tak nak jawab soalan ni? Sebab Sy takut bila dah jadi cerita, masuk FB… masuk laman gossip,.. cerita baik ke, cerita buruk ke, semua kena hentam. Kata kita nk bercerita sangat, walhal wartawan yg cal tanya ni….. Takuttt dgn sikap org Malaysia skrg ni.
Caci maki org selamba je. Macam tak kenal dosa, pahala. Sy tknaklah jadi mangsa hentaman tu…. Pastu adik wartawan tu mengiyakan apa yg Sy kata. Betullah tu kak… tp betul tak akak mengandung ni? ( nk tahu juga tu, hehee) Sy kata takpelah, biar dorg tahu sendiri.
Doakan je yg baik2 k. Dia sambut lagi… takdelah kak, Sy tanya sbb mungkin ada yg nk tahu perkembangan akak. Dah lama kan akak tak muncul kt mana2. Sy jawab takpelah dik. Biarlah rahsia je buat masa ni… Ok kak, ok… dia jawab. Sy pun letak, jadi tak jadilah buat cerita pasal Sy hehee.. sekiannnn hehe..
Ada juga yg tanya dlm ni: Kak Abby mengandung ke? "Biarlahhhh Rahsia" Kalau perut membesar nanti adalah. Kalau takde perut, makna takdelaaahhh ye hehee..
Abby masih lagi ingin bermain teka-teki dengan peminat, hehe, tidak apalah Abby asalkan anda dan suami bahagia.
PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.11 GAMBAR - BEHIND THE SCENE SESI PHOTOSHOOT BABY KEMBAR EINA AZMAN
Gambar-gambar di belakang tabir sesi photoshoot Arianna Aubrey dan Karl Kareef baby kembar sepasang Datin Paduka Eina Azman dengan Dato Paduka Kaiser Gurmeet.
"Photoshoot with mom n dad," ujar Eina ketika sesi photoshoot baby kembar sepasangnya.
Seperti biasa, team The Photolicious telah terpilih untuk menjadi 'official photographer' bagi photoshoot tersebut.
Dengarnya, team The Photolicious di belanja makan KFC oleh Dato Paduka Kaiser ketika sesi photoshoot tersebut. Untunglah team The Photolicious. Heh!
Jom tengok!
________________________
:: FACEBOOK :: INSTAGRAM :: TWITTER :: :: YOUTUBE :: SEJARAH MYARTIS :: Follow @myartisdotcom10 Makanan Yang Buat Anda Rasa Lapar Sekarang!
Meskipun Malaysia terdiri daripada berbilang bangsa namun kita semua punya citarasa yang sama sehingga sesuatu makanan itu menjadi kegemaran semua.
Tanpa buang masa, jom kita layan 10 makanan yang popular di Malaysia yang akan buat anda rasa lapar sekarang:1. Nasi Kandar
Nasi kandar sudah menjadi salah satu makanan tradisi semua kaum di Malaysia. Nasi yang berasal daripada masyarakat India muslim itu kini mula popular di Malaysia terutama Pulau Pinang.Hidangan nasi kandar dilengkapi oleh pelbagai lauk mengikut citarasa seseorang biasanya ia boleh dipilih daripada menu berikut seperti daging, ayam goreng, limpa kari, daging lembu, telur ikan, udang atau sotong goreng. Hidangan sayur itu biasanya adalah seperti terung, bendi atau peria. Satu campuran sos kari dituang pada nasi. Ini dipanggil 'banjir' (pembanjiran) dan menyampaikan satu rasa pelbagai pada nasi.2. Char Kuey Teow
Char Kuey Teow merupakan makanan yang popular di Malaysia dan Singapura. Ia diperbuat daripada mi kuey teow , digoreng di atas api panas dengan kicap dan sos, cili, udang, kerang, telur, tauge dan kucai Cina.3.Ketam Bercili
Siapa yang tak terliur bila melihat hidangan ketam bercili yang menyelerakan ini? Makanan laut ini biasanya dihidang bersama nasi putih dan enak dimakan beramai-ramai seperti bersama rakan-rakan atau keluarga.4. Sup Gearbox
Sup tulang kaki atau gearbox amat menyelerakan dan digemari penduduk tempatan mahupun pengunjung dari luar. Supnya yang berperisa, daging yang lembut membalut tulang serta sum-sum dalam tulang yang amat sedap. Biasanya semangkuk besar sup gearbox disediakan dengan straw untuk menyedut kuah dan sum-sum.5. Sotong Bakar
Makanan laut yang satu ini memang enak apabila digoreng tepung atau dibuat sambal tapi lebih mengiurkan apabila ia dimakan panas selepas dibakar kerana isinya pasti lembut dan manis.6. Maggi ketam
Dengar nama Maggi Ketam pun memang dah tahu makanan itu sangat rare dan susah nak jumpa di tempat lain. Tak semua tempat menyediakan masakan ini, naum di Malaysia ia sudah mula popular di beberapa tempat.7. Rojak Buah
Rojak buah yang dimakan bersama kuah petis merupakan makanan popular sebelah utara Malaysia. Namun ia tetap menjadi kegemaran sepanjang masa.8. Yong Tau Foo
Yong Tau Foo adalah masakan tauhu berisi khas Hakka, Tionghoa. Hidangan ini terbuat dari tauhu yang diisi cincangan daging ikan yang dihaluskan. Variasi makanan ini antara lain juga mencampurkan sayuran ke dalam adunan ikan cincang. Yong tau foo dapat dimakan dengan banyak cara, antara lain disajikan dengan sos hitam dan sos cili khas atau pun dimakan dengan sup.9.Laksa Penang
Laksa Penang amat popular di Pulau Pinang di mana ia berasal. Kuahnya lebih cair dan masam manis. Ia cukup popular dan cukup di gemari ramai. Ada yang memanggilnya sebagai asam laksa.10. Burger Bakar
Burger bakar adalah makanan segera yang sudah semakin popular di Malaysia. Daging burger yang dibakar lebih manis daripada burger yang digoreng. Lebih menyelerakan apabila ai dimakan disediakan bersama keju.Artikel oleh Syafiqah Jalal
Artikel ini disiarkan pada Khamis, 17 Mac 2016
BHEUU pantau operasi yayasan bukan berasaskan keuntungan - Kosmo!
17/03/2016 12:28pm
Oleh MUHAMAD TARMIZE MOHD. NOR
BANGI - Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU) Jabatan Perdana Menteri akan bekerjasama dengan Bank Negara dan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) bagi memantau penyalahgunaan operasi yayasan yang bukan berasaskan keuntungan terutamanya dalam konteks pembayaran cukai kepada negara.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Nancy Shukri berkata, pemantauan tersebut bertujuan untuk memastikan hanya yayasan yang benar-benar melakukan operasi berteraskan kebajikan dapat menikmati pengecualian cukai di bawah Subseksyen 44(6) Akta Cukai Pendapatan 1967.
"Sebanyak 371 yayasan di seluruh negara yang berdaftar di bawah BHEUU kini mendapat pengecualian cukai melebihi RM1.3 bilion pada tahun 2014 dan ia merupakan satu angka yang besar dalam pendapatan negara.
"BHEUU dengan kerjasama Bank Negara dan LHDN akan memantau operasi yayasan tersebut agar mereka tidak menyalahgunakan sebarang aktiviti dalam mendapatkan keuntungan kepada mereka dalam masa sama mengelak untuk membayar cukai," katanya.
Beliau berkata demikian pada satu sidang akhbar sempena Simposium Pertubuhan Bukan Berasaskan Keuntungan 2016 di Institut Latihan Islam Malaysia di sini hari ini. - K! ONLINE
5 Trik Pakai Baju Kemeja Lebih Kemas Yang Ramai Tidak Tahu
Hari ini kami kongsikan 5 trik bagaimana untuk kelihatan lebih kemas apabila menggenakan baju kemeja. 1 - Pakai baju singlet bewarna grey di belah dalam jika memakai baju kemeja berwarna putih.Jika ingin memakai baju kemeja bewarna putih, pastikan pakai baju kemeja bewarna grey di belah dalam. Ini kerana warga grey akan lebih 'matching' dengan tona kulit.
2 - Lipat separuh sebelum lipat penuh.Untuk lipatan lengan yang sempurna, lipat dahulu menjadi separuh sebelum melipatnya dengan penuh supaya lipatan kelihatan lebih kemas. 3 - Tarik lebihan baju ke bahagian sisi belakang sebelum 'tuck ini'.Tarik lebihan baju ke bahagian sisi belakang sebelum memasukkan baju ke dalam seluar supaya nampak lebih kemas. Jika tidak, baju kemeja akan nampak menggelebeh.4 - Kemeja yang panjang untuk 'tuck in', kemeja yang pendek untuk 'tuck out'.Kemeja yang mempunyai bahagian bawah yang panjang direka untuk dimasukkan ke dalam seluar manakala kemeja yang mempunyai bahagian bawah yang pendek direka untuk dibiarkan sahaja di luar. Jadi jangan tersilap ya :-).5 - Guna 'collar stays' untuk kolar yang lebih segak.Ruang kecil di bahagian bahagian kolar baju bertujuan untuk "collar stays" (plastik yang diletakkan di bahagian kolar). Jadi, jangan buang dan pakainya supaya kolar anda kelihatan lebih formal dan tidak royok.- Siakapkeli.mySumber : Buzzfeed.
Cuaca terkawal, persekolahan seperti biasa minggu depan
Sesi persekolahan akan bersambung semula seperti biasa minggu depan berikutan keadaan cuaca panas yang dialami negara kini masih berada di tahap terkawal.
Bagaimanapun, Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran (Sektor Operasi Pendidikan) Datuk Ahmad Tajudin Jab berkata pihak sekolah perlu mengambil langkah berwaspada untuk memastikan keselamatan pelajar.
"Pihak sekolah harus mempertingkatkan pemantauan aktiviti yang boleh mendedahkan murid kepada cuaca panas.
"Pihak sekolah juga perlu menggalakkan murid membawa air minuman dan mengawal selia penyediaan dan penjualan minuman di kantin bagi memastikan bekalan air mencukupi," katanya ketika dihubungi Bernama semalam.
Kelmarin, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menerusi catatan di dalam blog beliau www.najibrazak.com berkata Kementerian Pendidikan akan memutuskan sama ada sekolah perlu ditutup sekiranya cuaca panas melampau masih berterusan selepas tamat cuti pertengahan penggal pertama persekolahan minggu ini.
Berikutan fenomena El Nino, Malaysia dijangka mengalami cuaca lebih panas daripada biasa dan jumlah taburan hujan yang kurang.
Ahmad Tajudin berkata, Kementerian Pendidikan akan meneruskan pemantauan cuaca dan mengambil tindakan sewajarnya jika perkara menjadi serius.
"Cuaca panas ini boleh memberikan tekanan fizikal kepada tubuh manusia dan sekiranya tidak dikawal boleh menjejaskan tahap kesihatan seseorang," katanya.
Sesi persekolahan di Kedah, Johor, Kelantan dan Terenganu dijadual bersambung pada 20 Mac ini, manakala negeri-negeri lain pada 21 Mac, selepas tamatnya cuti pertengahan penggal pertama 2016.
- Bernama
Murid Taiping juara dunia Muay Thai di Bangkok
Izreen Azminda Cabar Diri Cuba Watak Baru
Pelakon yang pernah memenangi Pelakon Pembantu Wanita Terbaik, Drama Anugerah Skrin 2013, Izreen Azminda kini mencuba watak yang lebih berat selepas dua tahun dia memainkan watak ringan dan komedi. Izreen yang sebelum ini pernah Cemburu Dengan Rozita Che Wan akui ini pertama kali dia memegang watak bermain dengan emosi.
Untuk telefilem terbaru yang bertajuk Pada Syurga Di Wajahmu, Izreen akan banyak memainkan peranan air mata. Malah, kali ini Izreen akan bergandingan dengan pelakon hebat Zizan Nin.
"Sudah lama juga saya tidak mendapat watak berat seperti ini. Justeru saya amat bersyukur apabila kembali diberikan karakter yang memerlukan saya bermain dengan emosi dalaman dan ia memang antara kesukaan saya."
"Begitupun, sesekali bertukar corak lakonan pun bagus juga. Jadi, tidaklah saya asyik muncul dengan watak sama saja."
Malah, ini kali ketiga Izreen digandingkan dengan Zizan Nin selepas mereka pernah berlakon bersama dalam telefilem Mendongak Ke Langit dan Mimi Mencari Cinta.
"Zizan memang nampak serius orangnya, tetapi sebenarnya dia juga terkenal dengan sikap 'gila-gila'. Cuma, selepas dia bercerai dengan isterinya, saya bagai dapat rasa dalamannya belum baik sepenuhnya.
"Saya sendiri pernah melalui fasa yang sama sepertinya, sebelum ini. Cuma, dia pandai sembunyikan semua itu di lokasi penggambaran."
"Tambahan pula, dia lebih berpengalaman dalam dunia seni. Saya lihat dirinya memang nampak gembira, tetapi dalam hatinya siapa tahu? Saya sendiri pun tidak bertanya apa-apa mengenai hal itu kepadanya. Kami sebaliknya lebih mengutamakan hal profesional," tambahnya lagi."
Mengenai telefilem Pada Syurga Di Wajahmu ini, mereka disatukan sebagai pasangan suami isteri yang hidup susah namun segalanya berubah apabila Zizan mendapat kerja di Kuala Lumpur.
"Dalam telefilem ini, Zizan asalnya bekerja kilang dan hidup kami berdua serba tidak cukup. Hinggalah suatu hari, dia dapat tawaran kerja di Kuala Lumpur. Namun, ada insiden buruk terjadi hingga saya diceraikan olehnya. Tanpa disedari, saya juga sudah mengandungkan anaknya selepas diceraikan."
Telefilem ini yang diarahkan oleh Raja Mukhriz akan bersiaran di TV3 tidak lama lagi.
'PASBOW' Tak Bangkang Melulu: Dulu tak boleh tunjuk langsung sokong kerajaan
Popular Posts
-
The fishermen on a boat going out to sea off the coast of Marang in Terengganu. Their livelihoods have been impacted in a negative way by va...
-
Kuala Lumpur saw no new housing projects below the price tag of RM500,000 being launched last year, despite the maximum house price median o...
-
PUTRAJAYA – Jika ada yang masih ragu-ragu lagi mengenai sumbangan derma RM2.6 bilion yang masuk ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri, Da...
-
'Bila Saya Diserang, Semua Orang Diam'…Luahan SEDIH Najib Razak…Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak hari ini menjawab kritikan k...
-
KUALA LUMPUR: Keuntungan sebelum cukai IOI Properties Group Bhd bagi tahun kewangan berakhir 30 Jun, 2015 meningkat kepada RM1.13 bilion...