Recent Post

Sunday, May 01, 2016

Liyana Jasmay Mohon Maaf : Tiada Niat Burukkan Orang Sabah

Sebelum ini Liyana Jasmay ada mengeluarkan kenyataan yang beliau merasa fobia dan takut untuk keluar daripada rumah sendirian ketika berada di Sabah,  gara-gara peminat beliau yang terlalu fanatik sehinggakan ada yang mengekori beliau ketika membeli barang

Walaubagaimanapun, kenyataan Liyana itu mendapat kecaman yang agak hebat terutama sekali daripada orang Sabah yang merasa diri mereka dihina dengan kata-kata oleh Liyana.

Tidak mahu isu ini berpanjangan, Liyana menerusi portal BH ONLINE telah memohon maaf kepada semua rakyat Sabah dan memberitahu beliau sekadar berkongsi pengalaman beliau tanpa berniat untuk mengguris hati penduduk negeri tersebut.

Dari hati yang luhur, saya ingin memohon maaf kepada semua pihak yang terasa hati dengan kenyataan yang dikeluarkan.

Saya pernah sekali melalui pengalaman diekori tetapi ia tidak bermaksud saya menyifatkan semua penduduk di Sabah bersikap seperti itu. Begitu juga dengan peminat yang ingin bergambar dengan suami. Ia hanya berlaku beberapa kali di restoran.

kenyataan Liyana Jasmay sebelum ini

Sebenarnya Liyana bersyukur kerana peminat di negeri itu sentiasa melayan suaminya dengan baik.

Saya gembira apabila suami mendapat layanan yang baik dan diharap anda semua tidak salah faham dengan artikel yang dipaparkan. Saya juga berharap masyarakat Sabah tidak memberi tanggapan salah mengenai penjelasan ini.

Saya memohon maaf jika temubual yang dijalankan dan artikel yang dipaparkan itu menyinggung perasaan mana-mana pihak. Terima kasih atas teguran yang diberikan dan saya menghargainya.

Dalam berkata-kata, kita kadang kala tidak sedar bahawa ia mungkin membawa maksud yang lain bagi sesetengah pihak. Namun, Liyana Jasmay sudah akui kesalahan beliau dan harap isu ini tidak lagi berpanjangan.

Sumber Berita : BH ONLINE

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.
Read more ...

Waris PBAKM Sarawak dilancarkan - Kosmo!

Waris PBAKM Sarawak dilancarkan

01/05/2016 12:18pm

KUCHING - Kelab Warisan Anak Muda Perintis Intelektual SeMalaysia (Waris) Persatuan Bekas Anggota Kemas Malaysia (PBAKM) Sarawak dilancarkan penubuhannya di sini hari ini.

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pelancaran kelab ini merupakan yang pertama di negara ini yang mana kelab Waris diterajui oleh anak-anak bekas anggota Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) PBAKM serta anak-anak anggota Kemas yang masih berkhidmat.

"Antara objektif penubuhan kelab Waris ini adalah untuk memperkasakan perjuangan anggota PBAKM, melahirkan generasi yang berwawasan dan mengeratkan hubungan dalam kalangan ahli.

"Setakat ini, terdapat seramai 2,500 ahli kelab Waris Sarawak yang terdiri daripada anak muda berusia bawah 35 tahun," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Majlis Perasmian Perhimpunan Ahli PBAKM dan Pelancaran Kelab Waris (PBAKM) Sarawak di sini hari ini. - K! ONLINE

Read more ...

Najib Nafi Kaum Penan Mundur Di Bawah Pemerintahan BN

MIRI: Datuk Seri Najib Tun Razak berkata andaian orang asing bahawa masyarakat Penan masih mundur adalah salah kerana kaum itu kini menikmati kehidupan model hasil pembelaan kerajaan Barisan Nasional (BN). Perdana Menteri berkata ini membuktikan dasar dan rancangan pembangunan inklusif oleh BN tidak menyisih mana-mana kaum atau golongan masyarakat daripada menikmati arus pembangunan moden. Katanya beliau menyangkal tanggapan Bruno Manser, kononnya pejuang hak kaum Penan di Sarawak, bahawa masyarakat itu masih berpindah randah, memakai cawat dan ketinggalan dalam arus pembangunan negara. "Itu tidak benar. Saya melihat sendiri bahawa mereka telah moden," katanya di hadapan 2,500 orang pada majlis pemimpin bersama rakyat di Rumah Panjang Mareng di Suai Niah, terletak kira-kira 135km dari sini. Kediaman 36-pintu itu merupakan rumah panjang moden pertama bagi komuniti Penan yang dianggarkan berjumlah 18,000 orang di seluruh Sarawak. Penan adalah salah satu kaum dalam kumpulan etnik Orang Ulu. Najib berkata hasil bantuan dan peluang diberi oleh BN, kehidupan masyarakat itu mula mengalami perubahan sehingga ada anak muda daripada masyarakat itu sudah berjaya menjejak kaki ke universiti. Beliau juga menghormati pencapaian Ketua Masyarakat Penan Sarawak, Datuk Temenggung Hasan Sui, yang hadir pada majlis tersebut, yang disifatkan sebagai contoh orang Penan yang berjaya. Hadir sama BN Kemena, Datuk Dr Stephen Rundi Utom dan calon BN Samalaju, Majang Renggi. Pada majlis itu, Najib mengumumkan peruntukan RM1 juta untuk digunakan bagi tujuan menambahbaik serta menambah kemudahan rumah panjang Mareng Penan. Peruntukan RM200,000 juga diberikan kepada Persatuan Kaum Penan untuk tujuan pendidikan anak-anak mereka. Selain itu, Najib turut menyampaikan surat kelulusan tawaran untuk skim pinjaman rumah panjang kepada 34 pintu di rumah panjang Mareng Penan dan rumah panjang Ngipa Tinggang yang mempunyai 89 pintu di Sebauh, Bintulu. Sementara itu, Rundi berkata perdana menteri sentiasa mendengar rintihan masyarakat Penan dan penduduk di Kemena bukan sahaja sewaktu pilihan raya. Beliau berharap perdana menteri akan terus prihatin terhadap masalah di luar bandar seperti bekalan air bersih dan elektrik serta jalan raya. Hasan Sui, serang jutawan Penan, pula berkata walaupun etnik Penan adalah kumpulan kecil namun mereka tetap menyokong penuh Najib untuk terus memimpin negara. – Bernama

Read more ...

Nelayan Gempar Temui 'Gadis' Cantik Bak Bidadari di Tepi Pantai

BANGGAI, Sulawesi Tenggara - Nelayan di daerah ini gempar apabila mereka menemukan 'seorang' gads cantik yang mirip patung Barbie di tepi pantai di sini baru-baru ini.

Laporan dari pojoksatu menyatakan, penduduk Desa Kalupapi mukim Bakurun bertambah hairan apabila gadis tersebut sangat berbeza dengan remaja perempuan di kampung berkenaan, da diemkan tanpa memakai sebarang pakaian.

Ketika gadis itu ditemui pada 19 April lalu, ia seperti sedang menangis dan tubuhnya hanya ditutupi selendang nipis bewarna putih.

Sehingga kini, penduduk kampung berkenaan menganggap gadis itu sebagai anak bidadari.

Ia berikutan wajah gadis itu mirip dengan anak patung barbie yang mempunyai kening merah, mata bulat dan kulit putih yang bercahaya.

Gadis itu kini berada di sebuah rumah penduduk di desa tersebut.

Menurut penduduk, gadis itu ditemui oleh mereka selepas beberapa saat mendengar bunyi kuat sesuatu yang jatuh dari langit.

"Didapati gadis itu sedang menangi s tanpa memakai apa-apa, hanya selendang putih yang membalut badannya. "Selepas ditemukan, gadis itu ditempatkan di sebuah rumah penduduk kampung dan dia diberikan baju serta tudung,'' kata Rano, nelayan yang menemukan gadis cantik itu.

Meskipun ada dalam kalangan penduduk percaya gadis itu adalah bidadari yang turun dari langit, tetapi ada juga yang tidak mempercayainya.

Namun, setelah siasatan dilakukan, ternyata gadis bidadari itu hanyalah patung mirip manusia dan dipercayai digunakan bagi tujuan seks.

"Setelah diteliti dan disiasat oleh anggota Polsek di lokasi penemuan gadis itu di Desa Kalupapi, ternyata bidadari itu tidak ada, sebaliknya ia hanyalah boneka silikon yang ditemukan nelayan. "Anak patung itu dibawa pulang ke rumah nelayan, diberi pakaian dan diambil gambar sebelum ada pihak menyebarkannya dalam internet," kata seorang anggota Polsek sebagaimana lapor Utusan Online. - Siakapkeli.my

Read more ...

'MT Umno berhak usul pecat Muhyiddin, Mukhriz'

Anggota Majlis Tertinggi (MT) UMNO berhak menyuarakan pandangan dan mengemukakan usul pemecatan Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir daripada UMNO pada mesyuarat MT akan datang.

Setiausaha Kerja UMNO Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata pandangan berkenaan juga selaras dengan rasa hormat pemimpin MT terhadap kepimpinan institusi UMNO yang menerima pelbagai tohmahan dan fitnah yang menjejas reputasi parti itu.

"Sebagai contoh, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz mempunyai hak dan pandangan beliau sebagai MT.

"Apa sahaja hasrat yang hendak dibawa beliau (Nazri) tidak ada siapa yang boleh menghalang.

"Sekiranya ada anggota MT lain yang turut ingin mengemukakan usul sama, maka kita akan lihat keputusannya pada mesyuarat MT akan datang," katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas majlis penyampaian sumbangan kebajikan Parlimen kawasan Masjid Tanah di Kampung Pulau di Alor Gajah, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Nazri semalam yang berhasrat untuk mengemukakan usul pemecatan Muhyiddin dan Mukhriz daripada UMNO pada mesyuarat MT parti itu yang dijadualkan diadakan selepas Pilihan Raya Negeri Sarawak Ke-11.

Terdahulu, beliau mengiring Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Khalil Yaakob dan penyanyi popular Datuk Siti Nurhaliza untuk menyampaikan sumbangan makanan dan alat sokongan kesihatan kepada 60 anak yatim, warga emas dan golongan kurang berkemampuan di parlimen kawasan tersebut.

Mengulas lanjut, Ab Rauf yang juga Ketua UMNO bahagian Masjid Tanah berkata semua pihak terutama ahli UMNO diminta menghormati institusi UMNO di semua peringkat kepimpinan termasuk Presiden UMNO dan anggota MT.

"Walau apa jua kemelut yang melanda UMNO, ahli haruslah memberikan taat setia kepada parti dan kepimpinan parti," katanya.

-Bernama

Read more ...

Harga runcit petrol, diesel kekal

KUALA LUMPUR: Harga runcit petrol dan diesel bagi Mei 2016 kekal pada kadar semasa.
Read more ...

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *