Recent Post

Monday, August 31, 2015

Dedah Kelemahan DEIG Demi Kepentingan Rakyat Selangor

SERDANG – Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mahu pemimpin UMNO khususnya di Selangor mendedahkan kelemahan penubuhan Darul Ehsan Investment Group (DEIG) demi kepentingan rakyat negeri berkenaan.

Naib Presiden UMNO itu berkata penubuhan DEIG menimbulkan keraguan pelbagai pihak, maka UMNO Selangor perlu mendapatkan bukti kukuh mengenai kelemahan penubuhan DEIG yang mengambil alih peranan Pemerbadanan Menteri Besar (MBI) dalam menguruskan pelaburan anak-anak syarikat di bawah pemerbadanan itu.

"Kita harus membuktikan bagaimana DEIG telah disalahgunakan untuk kepentingan politik kerajaan negeri Selangor.

"Dedah…jangan tidak dedah. Kita wajib mendedahkan keburukan dan kelemahan DEIG. Jangan rasa takut demi kepentingan rakyat Selangor," katanya ketika merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Puchong di Tapak Expo Pertanian Malaysia (MAEPS) di sini hari ini.

Sebelum ini, beberapa Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Selangor termasuk bekas Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, melahirkan kebimbangan mereka terhadap ketelusan penubuhan DEIG yang akan mengambil alih peranan MBI.

Menteri Besar Mohamed Azmin Ali, bagaimanapun berkata DEIG yang dimiliki sepenuhnya oleh MBI dan ditubuhkan pada Disember lepas, adalah untuk memberi fokus kepada sektor pelaburan, aset dan perniagaan semata-mata. – BERNAMA

Read more ...

Surat Terbuka BERANI MATI Daripada Seorang Guru Untuk Najib

Kita semua sudah sedia maklum dengan khabar terbaru dimana harga petrol meningkat lagi sebanyak 10 sen seliter. Sebelum itu sejak GST dilancarkan lagi, ia sudah menjadi buah mulut netizen sehingga sekarang. Baru-baru ini telah menjadi viral dimana seorang guru meluahkan rasa tidak puas hati terhadap sistem negara ini melalui laman Facebooknya. Kami yakin sebagai seorang rakyat biasa,  mungkin ramai yang akan bersetuju dengan pendapat wanita ini yang sudah berkhidmat dalam sektor kerajaan sekitar 10  tahun lamanya.
Read more ...

"SAYA MALU TONTON SEMULA BABAK SAYA DIROGOL" - JUE AZIZ

Jue Aziz bakal muncul dalam filem Kapsul yang bakal ditayangkan tidak lama lagi, bagaimanapun mengakui merasa malu apabila melihat kembali babaknya telah dirogol oleh tentera Jepun didalam filem itu.

Ini kerana Jue kini sudah berhijrah dan tampil dengan imej bertudung yang membuatkannya kelihatan lebih manis dan jelita.

"Skrip filem ini sudah agak lama di tangan, namun ia senyap begitu saja hingga pada tahun 2013, produksi menawarkan kembali watak Fatimah. Sudah tentu saya tidak mahu melepaskannya kerana saya sudah jatuh cinta sejak pertama kali membaca skripnya dulu.

Klik gambar untuk size besar

"Walaupun babak membabitkan Fatimah tidak banyak, tetapi ia meninggalkan kesan yang cukup mendalam terutama apabila dirogol oleh tentera Jepun. Sebenarnya saya malu untuk melihat kembali babak itu kerana ketika penggambaran, saya masih belum bertudung," ujar Jue dipetik sebagai ebrkata.

Jue pada masa yang sama menjelaskan keputusan dia untuk berhijab lahir ikhlas daripada hatinya sendiri tanpa desakan mana-mana pihak. Pintu hati Jue terbuka untuk menutup aurat apabila dia bermimpi tentang arwah ayahnya.

Kami faham perasaan Jue Aziz yang memang malu apabila babak sebegitu di pertontonkan selepas dia kini sudah membuka lembaran baru dalam hidupnya. Tapi kami harap tiada pihak yang mencetuskan kontroversi kerana seperti kata dia ia di lakonkan ketika dia belum bertudung lagi.

         ________________________

FACEBOOK - SANTAI - PAPARAZZI - NOSTALGIA - GALERI - YOUTUBE - ROMANTIKA - SEJARAH MYARTIS - INSTAGRAM - TWITTER

TwitterFacebookGoogle PlusRSS FeedEmail

Read more ...

Bayi merdeka

Kuala Lumpur: Laungan 'Merdeka!' yang diselangi tangisan bayi bukan sahaja membawa kegembiraan buat ibu bapa bayi tersebut, tetapi juga turut menggembirakan kakitangan hospital yang berkhidmat menyambut kelahiran 'bayi merdeka' pada ambang Hari Kebangsaan ke-58, 12 tengah malam tadi. Bagi Hospital Kuala Lumpur (HKL), bayi pertama adalah bayi lelaki seberat 2.70 kilogram yang dilahirkan pada 12.01 tengah malam.

Bagi ibunya Siti Nor Hidayah Abdullah, 27, kehadiran anak sulungnya Rayyan Al-Fattah bukan sahaja memberikan rahmat baginya dan suami Ray Jimson, 30, tetapi juga satu perasaan yang sukar digambarkan dan tidak dapat diungkapkan.

"Walaupun ketiadaan suami di sisi semasa bersalin (suami bertugas di Sarawak sebagai pemandu lori), alhamdulillah kelahiran secara normal itu dipermudahkan dan semuanya selamat," kata eksekutif syarikat swasta itu kepada pemberita ketika ditemui di wad bersalin HKL di sini, awal pagi ini.

Pasangan itu yang berasal dari Sarawak dan mendirikan rumah tangga sejak dua tahun lepas berkata, beliau berasa sangat bertuah kerana anaknya dilahirkan pada Hari Kebangsaan memandangkan beliau dijangka bersalin pada 28 Sept depan.

Sementara itu, kegembiraan ini turut dikongsi oleh sepasang lagi suami isteri Shahruddin Ismail, 25, dan Nurul Jannah Hairuddin, 22, apabila menerima kehadiran bayi perempuan seberat 2.60 kilogram pada 12.10 tengah malam tadi.

"Saya berasa sangat teruja dan gembira tidak terkata apabila anak sulung kami dilahirkan pada tarikh keramat sambutan kemerdekaan negara dan perkara ini saya dan isteri tidak pernah jangkakan pun sebelum ini.

"Pada awalnya isteri saya dijadualkan bersalin 2 Sept. Jadi, masa isteri masuk hospital, saya tidak sangka yang dia akan bersalin hari ini juga sebab saya ingatkan duduk wad sahaja tetapi rupanya terus bersalin (malam tadi)," katanya.

Shahruddin yang kelihatan ceria di samping anaknya yang dilahirkan secara normal berkata beliau dan isteri belum tentukan nama untuk anak merdeka itu.

Dalam pada itu, Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya turut meluangkan masa, melawat dan meraikan bayi merdeka di wad bersalin HKL dan menyampaikan sumbangan hamper kepada ibu bapa bayi tersebut.

"Lihatlah, walaupun belum lahir ke dunia, mereka telah ditunggu-tunggu untuk diberi sambutan oleh seluruh rakyat Malaysia di samping ahli keluarga masing-masing," katanya semasa berucap pada majlis sambutan 'Bayi Merdeka' anjuran Persatuan Warisan Anak Merdeka dan Jabatan Obstetrik & Ginekologi HKL di sini, malam tadi.

Katanya, sambutan ini merupakan acara tradisi yang sudah dijalankan sejak 13 tahun lalu dan sehingga kini lebih 50,000 anak merdeka di seluruh Malaysia yang menjadi ahli Persatuan Warisan Anak Merdeka. - Bernama

Read more ...

Perhimpunan Bersih berakhir aman, tiada peserta ditahan

KUALA LUMPUR: Perhimpunan Bersih 4 berakhir tengah malam tadi selepas semua peserta bersurai secara aman seperti dijanjikan.

Laungan Merdeka mengakhiri perhimpunan selama dua hari itu yang tidak dicemari sebarang kekecohan.

Ia juga mengakhiri penguasaan sekitar Dataran Merdeka sejak malam Sabtu oleh penyokong Bersih 4.

Sementara itu, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Tajudin Md Isa berkata, polis menerima 27 laporan mengenai perhimpunan berkenaan sehingga jam 10.45 malam tadi dan membuka lima kertas siasatan.

Katanya, 14 daripada laporan itu dibuat pada Sabtu dan selebihnya dibuat semalam.

Beliau berkata, seorang lelaki berusia 21 tahun ditahan di Dataran Merdeka pada Ahad kerana berkelakuan lucah dan gagal menunjukkan kad pengenalan.

"Situasi sehingga malam ini (Ahad) adalah terkawal walaupun terdapat peserta perhimpunan yang masih berkumpul berhampiran Dataran Merdeka.

"Pihak penganjur telah berjanji akan bersurai menjelangnya ambang Merdeka teng ah malam dan tidak akan mengganggu persiapan sambutan kemerdekaan.

"Sekiranya terdapat sebarang pelanggaran undang-undang, tindakan sewajarnya akan diambil berdasarkan peruntukan undang-undang sedia ada," ujarnya.

Tajuddin turut menjelaskan, tidak timbul sebarang isu sambutan Ambang Merdeka diubah dari Dataran Merdeka ke Bukit Jalil yang sememangnya telah dijadualkan berlangsung di situ.

Secara keseluruhan, katanya, peserta demonstrasi juga patuh pada arahan tidak merempuh masuk kawasan padang Dataran Merdeka dan tidak menimbulkan kekacauan sepanjang dua hari perhimpunan Bersih 4 diadakan.

Di Kuala Lumpur, lokasi berdekatan Dataran Merdeka menjadi pusat tumpuan terakhir peserta dengan pengisian aktiviti seperti ucapan para pemimpin dan pengerusi Bersih 2.0 serta nyanyian lagu Negaraku.

Antara kejutan perhimpunan kali ini adalah kehadiran bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan isteri Tun Dr Hasmah Mohamad Ali sebanyak dua kali.

Perhimpunan bersih selama dua hari yang diisytiharkan haram oleh polis dianjurkan oleh kumpulan reformasi pilihan raya Bersih 2.0 yang antara lain menuntut pilihan raya yang bersih dan adil serta sebuah kerajaan yang telus.

Di Kuching dan Kota Kinabalu, penganjur menghentikan perhimpunan masing-masing pada tengah malam Sabtu dan tengah malam semalam.

Read more ...

'Kalau Kena Baham Harimau, Macam Mana?' - Irwan

MELAKA - Seorang bapa dan anaknya berusia tiga tahun, cedera selepas ditimpa dahan pokok di Melaka Zoo & Night Safari, Jumaat lalu.  Kejadian malang yang menimpa dua beranak didedahkan oleh Irwan Bechik, di laman Facebook yang telah mendapat banyak perhatian netizen. 'As salam, mohon rakan-rakan Facebook viralkan. Jiran saya ditimpa dahan pokok di Zoo Melaka. Pihak Zoo hanya membayar kos perubatan dan hospital sahaja setakat ini. Suami jiran saya patah jari kaki dan anak mereka yang berusia tiga tahun retak tempurung kepala dan ada sedikit udara masuk ke dalam mata anak. "Pihak zoo hanya mendiamkan diri. Pada tiket ada tertera 'masuk tanggungjawab sendiri'. Saya pun baru tahu. So, kalau kena baham harimau macam mana?," katanya yang meminta orang ramai memviralkan kejadian itu. "Kasihan keluarga ini, isteri dia hanyalah seorang surirumah sahaja. Harap ada pembelaan buat mereka," katanya.  Berdasarkan resit yang dikongsikan, tertera ayat seperti di bawah: "Melaka Zoo & Night Safari will not be responsible for any loss, damage or injury sustained by the ticket holder while in the park,"  Bagaimanapun, netizen memberikan respon bahawa keselamatan pengunjung adalah di bawah tanggungjawab pihak zoo. "Boleh ambil tindakan sebab bukan di atas kecuaian sendiri. Masalah datang dari kecuaian pihak zoo yang tidak menyelenggara kawasan zoo dengan baik," kata Suzileana Jalil. Menurut Aedi Hafriez pula, kejadian yang sama juga pernah berlaku di depan matanya sendiri pada tahun 2014 pada sebuah keluarga berbangsa India ketika melawat zoo berkenaan. "Tahun lepas kejadian yang sama berlaku. Dahan reput jatuh menimpa keluarga India yang datang melawat Zoo Melaka. Kejadian berlaku di depan mata saya. Salah seorang daripada mereka cedera, pendarahan di bahagian kepala. PEngurusan lambat memberikan bantuan. Zoo Melaka memang tidak terurus," katanya. Menurut Lds Pest Control, Zoo Melaka tidak diuruskan dengan teratur berdasarkan pengalamannya semasa melakukan kerja-kerja pest control di zoo berkenaan. "Zoo itu tak ada maintenance lagi. Saya tahu sebab saya pernah masuk untuk pest control. Pokok yang reput dimakan oleh anai-anai pun tak nak ditebang atau dirawat. Sekarang dah bahayakan nyawa anak kecil dan sesiapa sahaja," katanya. - THEHYPEMEDIA.COM

Read more ...

Inilah SINDIRAN DS Hishammuddin Kepada Tun Mahathir Yang Buat Ramai BERANG!!!

Inilah SINDIRAN DS Hishammuddin Kepada Tun Mahathir Yang Buat Ramai BERANG!!! Rata-rata semua pimpinan BN mengeluarkan pendapat masing-masing kepada Tun M yang turun ke Perhimpunan BERSIH 4. ini merupakn luahan daripada Ds Hishammuddin.

i

1. Saya kecewa dengan tindakan Tun Mahathir, tokoh yang amat saya hormati, kerana telah turun ke pentas pembangkang semalam.

2. Bagi saya, beliau telah melanggar prinsip perjuangan yang beliau pegang selama ini. Tindakan beliau jelas bertentangan dengan nilai-nilai yang beliau ketengahkan kepada pejuang UMNO dan rakyat kesuluruhan semasa beliau menjadi Perdana Menteri. Nilai-nilai inilah yang kita dan institusi kita pertahankan selama ini.

3. Ketika demonstrasi besar-besaran pada tahun 1998, iaitu ketika zaman pentadbiran beliau, beliau secara jelas menyatakan bahawa demonstrasi jalanan bukanlah pendekatan untuk menyuarakan rasa tidak puas hati, apatah lagi menjatuhkan kerajaan.

4. Kita semua tahu bahawa Bersih merupakan perhimpunan yang salah di sisi undang-undang. Malah, lebih teruk, Bersih kali ini telah menggugat keharmonian negara kerana diadakan di saat negara bersiap sedia menyambut kemerdekaan.

5. Selama ini, kita tidak pernah menyekat Tun Mahathir untuk menyuarakan pandangan beliau di mana-mana platform sekalipun.

6. Tetapi tindakan beliau bersekongkol di pentas pembangkang semalam tidak boleh diterima sama sekali. Matlamat tidak pernah menghalalkan cara.

7. Mungkin Tun Mahathir tidak bersetuju dalam beberapa isu, tapi janganlah sampai merobohkan apa yang beliau sendiri telah sama-sama bina selama ini. Jangan kerana seekor nyamuk, habis kelambu dibakar.

8. Beliau pasti sedar kesan keselamatan dan bahayanya jika demonstrasi jalanan dibiarkan berleluasa. Banyak negara di dunia tumbang bila mana pemimpin dijatuhkan melalui demonstrasi jalanan. Akhirnya rakyat yang tidak berdosa menjadi mangsa. Inikah matlamat yang ingin dicapai oleh seorang negarawan yang disanjung?

Tags: , , , , ,

Category: Politik

Read more ...

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *