Friday, April 15, 2016
Perdagangan pertanian Malaysia-Denmark bakal ditingkatkan
Saya Terima Hakikat Zaman Kegemilangan Saya Sudah Pun Berkahir รข Fizz Fairuz
Agak jarang kita boleh lihat Fizz Fairuz berlakon dalam mana-mana drama sejak kebelakangan ini, ramai yang tertanya adakah Fizz kini sudah tidak berminat untuk aktif dalam bidang lakonan?
Namun, menurut Fizz beliau sebenarnya sudah kurang mendapat tawaran berlakon. Jelas Fizz beliau tidak merasa sedih ataupun terkilan dan mengakui zaman kegemilangan beliau sudah berakhir.
Sebagai pelakon saya terima hakikat zaman kegemilangan saya sudah pun berkahir dan ia kitaran biasa.
Jika dahulu adalah masa saya sekarang giliran bakat-bakat baharu pula untuk mencipta nama sebagai pelakon.
Menggunakan masa yang ada sekarang, Fizz sudah membuka syarikat produksi beliau sendiri dan sedang mengintai peluang untuk bergelar pengarah serta penerbit pula.
Saya masih dalam industri dan saya ada perancangan tersendiri untuk membawa karier saya ke tahap lebih tinggi.
Alhamdulillah sebagai permulaan saya sudah pun membuka syarikat sendiri iaitu Rain Maker Creative Sdn Bhd untuk menghasilkan drama atau pun filem termasuk pengurusan acara.
Dunia hiburan ini ada jatuh bangunnya sendiri, popular itu hanya sementara dan jika anda tidak betul-betul berbakat agak susah untuk bertahan dalam industri. Sebab itu kalau boleh setiap pelakon harus melakukan pelbagai persediaan untuk meneruskan kehidupan di masa hadapan sekiranya tawaran berlakon sudah berkurangan.
PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.Empat mangsa culik warga Malaysia disembunyikan di Gunung Patikul - AgendaDaily
Menurut aktivis anti penculikan di selatan Filipina, Prof Octavio Dinampo i berkata, maklumat yang diperolehinya menunjukkan empat tebusan Malaysia dan 10 tebusan anak kapal Indonesia itu diculik dua puak berbeza dalam Abu Sayyaf.
Menurutnya, penculik empat tebusan Malaysia itu diketuai puak Sawajan, manakala 10 anak kapal Indonesia pula diculik puak Idang Susukan dan Alhabsi, katanya yang dipetik China Press.
Jelasnya, walaupun ia adalah dua puak berbeza, namun kedua-dua puak itu sentiasa menghubungi satu sama lain.
Keempat-empat mangsa culik dari Sarawak itu adalah Wong Teck Kang, 31, Wong Teck Chi, 29, Johnny Lau Jung Hien, 21, dan Wong Hung Sing, 34.
Mereka adalah anak kapal tunda berdaftar di Malaysia, MV MASSIVE 6 yang dilaporkan diculik sekumpulan lelaki bersenjata di perairan berdekatan Pulau Ligitan, ketika dalam perjalanan pulang dari Filipina ke Malaysia, pada 1 April lalu.
Kes penculikan itu berlaku seminggu selepas 10 anak kapal tunda Indonesia, Anand 12 yang membawa arang batu dari Kepulauan Borneo ke Filipina, diculik Abu Sayyaf di perairan Filipina.-13/4/2016
PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Nyanyian Lebih Mantap Di Konsert Ketiga Ceria Popstar 2016
8 lagi bakat cilik pamer kehebatan vokal malam ini
Konsert kedua Ceria Popstar 2016 Jumaat lalu menyaksikan penyingkiran sekaligus 4 peserta yang dilihat amat berpotensi mara ke peringkat seterusnya. Sharie, Wafiy, Hadi dan Fikri mendapat markah terendah dan terpaksa meninggalkan pentas Ceria Popstar 2016. Walaupun memberikan persembahan terbaik, keempat-empat mereka terpaksa akur dengan keputusan juri dan adat pertandingan. Peserta Sabah, Eylia dan anak muda kelahiran Sarawak, Hazmil mencuri tumpuan apabila kedua-dua mereka mendapat 'Standing Ovation' daripada para juri tetap yang terdiri daripada penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza dan lagenda rock negara Awie, bersama juri jemputan, Abam Bochey.Konsert ketiga Ceria Popstar malam ini bakal menyaksikan 8 peserta yang masih tinggal mempersembahkan lagu-lagu popular daripada pelbagai genre. Peserta duo, SISTAR bakal menguji keharmonian vokal mereka dalam lagu Like I'm Gonna Lose you yang dipopularkan oleh Meghan Trainor dan John Legend. Elyah pula mendapat tug asan lagu balada berhantu, Di Pintu Syurga nyanyian asal Dayang Nurfaizah manakala 'rocker' cilik, Aniq diberi tanggungjawab melunaskan tugasan lagu Takkan Pergi, nyanyian Hyper Act.
Konsert ketiga Ceria Popstar akan disiarkan malam ini, 15 April 2016, bermula jam 9 malam di tiga saluran iaitu Astro Ceria, Saluran 611 , Astro Maya HD, Saluran 135 dan Astro Prima, saluran 105. Konsert ketiga ini masih menampilkan Nabil Ahmad selaku pengacara manakala pelawak terkenal Syuk Balas dijemput menjadi juri undangan bagi menilai persembahan setiap peserta yang bertanding. Pengacara tersohor tanahair, Datuk Aznil Haji Nawawi bertindak selaku penaung dan 'father-figure' kepada program ini. Sementara itu, Alam Wakaka dipilih sebagai koreografer manakala Sarah Ismail, bertindak selaku guru vokal Ceria Popstar 2016.
Eylia Eyre Guntabid (Eylia)SabahDi Pintu Syurga (Dayang Nurfaizah)3.Siti Junaidah Binti Bekri (Jun)SabahSyurga (Alyah)4.Muhammad Aniq Iffat Bin Ruzaimi (Aniq)PerakTakkan Pergi (Hyperact)5.Hazmil Bin Hassan (Hazmil)Sarawak
6.Irfan Harris Bin Othman (Irfan)JohorBiarkanlah (Drama Band)7.
Muhammad Shahreza Bin Abu Samah (Reza)Sarawak
Bila Tiba (Ungu)
8.
Siti Amirah Dalili Bt Mohd Amerullah (Dalili)
Kuala Lumpur
Hati-Hati (Amira Othman)
Juara Ceria Popstar 2016 bakal membawa pulang hadiah berbentuk wang tunai sebanyak RM 20,000.00 beserta trofi sumbangan Astro. Naib juara pula bakal memenangi wang tunai sebanyak RM 15,000.00 beserta trofi. Tempat ketiga bakal meraih wang tunai RM 10,000.00 dan juga trofi. Format penjurian konsert Ceria Popstar ini menggunakan format 100 % penilaian daripada juri professional.
Siapakah yang akan menyerlah dalam konsert kali ini dan siapakah yang akan tersingkir? Saksikan Konsert ketiga Ceria Popstar malam ini bermula jam 9.00 malam hanya di saluran 611, Astro Ceria, saluran 135, Astro Maya HD dan saluran 105, Astro Prima.
Komen via FacebookKomen
— Budiey
Seorang penulis blog hiburan & gaya hidup sepenuh masa, Social Media Marketing, Instagram Influencer, #LiveUpdate Expert, photojournalist, jurugambar, kerap ber-Twitter & Facebook, copywriter, penulis iklan & advertorial, content provider & househusband. Obses dengan filem seram & thriller.
(Video) Adel Al-Jubeir Sahkan Derma Memang Dari Arab Saudi
"Kami sedar tentang derma itu dan ia memang benar-benar sumbangan tanpa mengharapkan apa-apa balasan. Dan kami juga sedar bahawa Peguam Negara Malaysia telah menjalankan siasatan teliti mengenai perkara itu dan mendapati tiada salah laku.
"Justeru, setahu kami, isu itu ditutup," katanya sebagaimana lapor Bernama.
Adel sebelum itu mengadakan pertemua dua hala dengan Najib di luar Sidang Kemuncak Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) ke-13 di sini.
Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali, pada 26 Januari lepas, telah membersihkan Najib daripada sebarang salah laku berkaitan siasatan terhadap SRC International Sdn Bhd dan dana RM2.6 bilion yang dikatakan telah dimasukkan ke dalam akaun peribadi perdana menteri.
Mohamed Apandi berkata siasatan menunjukkan bahawa jumlah yang dimasukkan ke dalam akaun ialah RM2.08 bilion, dan ia adalah sumbangan peribadi daripada keluarga diraja Saudi pada 2013, dan RM2.03 bilion kemudian telah dipulangkan kepada penderma pada tahun yang sama. - Siakapkeli.my
Menteri luar Arab Saudi sahkan sumbangan derma pada Najib
Menteri Luar Arab Saudi, Adel Al-Jubeir mengaku bahawa sumbangan derma kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, memang datang dari negara itu.
"Kami sedar tentang derma itu dan ia memang benar-benar sumbangan tanpa mengharapkan apa-apa balasan. Dan kami juga sedar bahawa peguam negara Malaysia telah menjalankan siasatan teliti mengenai perkara itu dan mendapati tiada salah laku.
"Justeru, setahu kami, isu itu ditutup," katanya kepada wartawan Malaysia di Istanbul semalam.
Sebelum itu, Adel mengadakan pertemuan dua hala dengan Najib di luar Sidang Kemuncak Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) ke-13 di Istanbul.
Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali, pada 26 Januari lepas, telah membersihkan Najib daripada sebarang salah laku berkaitan siasatan terhadap SRC International Sdn Bhd dan dana RM2.6 bilion yang dikatakan telah dimasukkan ke dalam akaun peribadi perdana menteri.
Mohamed Apandi berkata siasatan menunjukkan bahawa jumlah yang dimasukkan ke dalam akaun ialah RM2.08 bilion, dan ia adalah sumbangan peribadi daripada keluarga diraja Saudi pada 2013, dan RM2.03 bilion kemudian telah dipulangkan kepada penderma pada tahun yang sama.
- Bernama
Perodua jual 47,200 unit kenderaan pada suku pertama 2016
Popular Posts
-
The fishermen on a boat going out to sea off the coast of Marang in Terengganu. Their livelihoods have been impacted in a negative way by va...
-
Kuala Lumpur saw no new housing projects below the price tag of RM500,000 being launched last year, despite the maximum house price median o...
-
PUTRAJAYA – Jika ada yang masih ragu-ragu lagi mengenai sumbangan derma RM2.6 bilion yang masuk ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri, Da...
-
'Bila Saya Diserang, Semua Orang Diam'…Luahan SEDIH Najib Razak…Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak hari ini menjawab kritikan k...
-
KUALA LUMPUR: Keuntungan sebelum cukai IOI Properties Group Bhd bagi tahun kewangan berakhir 30 Jun, 2015 meningkat kepada RM1.13 bilion...