Recent Post

Monday, October 03, 2016

Emma Maembong Nafi Gosip Ada Hubungan Dengan Raf Yaakob

Sejak semalam, hangat dengan gosip dimana ada pihak yang mendakwa pelakon Emma Maembong sedang intim dengan adik Datuk Fazley Yaakob iaitu Raf Yaakob.

Ada netizen yang mengkritik Emma memainkan perasaan Kamal Adli yang semamgnya umum mengetahui sangat sayangkan Emma dan sanggup berbuat apa sahaja untuk memikat beliau.

Tidak mahu namanya terus hangat dan menjadi mangsa komen negatif, Emma menerusi akaun Instagramnya telah menafikan gosip bahawa beliau mempunyai hubungan istimewa dengan Raf.

Dalam penjelasan Emma, beliau memberitahu bapanya dan arwah bapa Raf sememangnya berkawan baik sejak dahulu lagi. Malah, keluarga mereka sangat rapat dan Emma sudah mengenali Raf sejak beliau berusia 12 tahun lagi.

Berikut penjelasan Emma :-

Salam semua pagi ni emma tengok dekat blog semua keluar "emma sedang intim dengan raf yaakob"? Mcm ni la kalau tak tahu cerita jangan buat cerita dan fitnah. Arwah ayah abg raf dan ayah emma bestfriend . Emma kenal diorg sejak emma 12 tahun lagi. Bukan emma sorg semua family emma sekali. Diorg dah mcm family emma sendiri. Jadi kalau tak tahu apa-apa jangan fitnah. Kalau tak ada cerita jangan buat cerita. Oh yeah,kepada sapa yang comment buat cerita sendiri tu dan yang tuduh emma macam-macam,  jangan risau emma dah maaf kan pon.

Sekarang Emma sudah memberikan penjelasan lanjut mengenai gosip berkenaan. Harapnya tiada lagi pihak yang salah anggap. Buat anda yang ingin melihat Emma bahagia dengan Kamal Adli, doakan sahaja yang terbaik untuk mereka berdua. Kalau ada jodoh tidak kemana.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.
Read more ...

Betul Ke Rakyat Malaysia Pengguna Instagram Paling Aktif di Asia Pasifik

Rakyat Malaysia ialah pengguna Instagram paling aktif di Asia Pasifik, selari dengan populariti perkongsian foto yang kian meningkat. Namun, ketika para pengguna mula beralih daripada pengiklanan dalam talian tradisional, kumpulan atau individu berpengaruh dilihat penting untuk jenama yang ingin berhubung dengan audiens

Menurut Connected Life, menerusi satu kajian terkini melibatkan lebih 70,000 pengguna daripada perunding penyelidikan global Kantar TNS, penggunaan platform-platform media sosial Instagram dan Snapchat dilihat naik mendadak di Malaysia berikutan populariti saluran yang mengutamakan visual semakin berkembang.

Pembangunan teknologi mudah alih jelas menjadi pemacunya, dengan jumlah pengguna telefon pintar di rantau Asia Pasifik kini mencecah lebih 1 bilion – 11 juta di Malaysia – kamera telefon pintar yang semakin bagus juga memberi peluang kepada pengguna yang sentiasa berhubung untuk merakam dan berkongsi foto secara serta-merta.

Di rantau Asia Pasifik, para pengguna mengembangkan penggunaan media sosial mereka melebihi Facebook dengan menguji saluran yang lebih visual dan baru. Rakyat Malaysia paling aktif menggunakan Instagram, dapatan kajian menunjukkan penggunaannya telah meningkat daripada 59% kepada 73% dalam kalangan pengguna sejak setahun lalu. Penduduk Hong Kong dan Singapura bagaimanapun tidak jauh ketinggalan dengan kadar penembusan masing-masing sekitar 70% dan 63%.

Hong Kong merupakan pasaran Snapchat yang paling aktif dengan hampir separuh (46%) pengguna internet menggunakan platform tersebut. Namun, Malaysia dilihat pantas mengejar dengan 37% kini menggunakan saluran sama, lebih sekali ganda berbanding tahun 2015 (14%).

MY - Connected Life_Brands on social infographic

73% pengguna yang sentiasa terhubung di Malaysia kini menggunakan platform media sosial Instagram, manakala 37% menggunakan Snapchat, menawarkan peluang baru untuk peluang perhubungan jenama.

Ketika golongan muda menjadi pengguna media sosial paling besar melibatkan semua platform, peningkatan jumlah 'Insta-Gran' turut menunjukkan momentum; hampir separuh (48%) pengguna internet di Malaysia yang berusia 55 – 65 tahun kini menggunakan Instagram. Namun begitu, Snapchat kekal menjadi pilihan pengguna muda dengan hanya 19% mereka yang berusia 55 – 65 tahu menggunakan aplikasi tersebut.

Peningkatan populariti platform-platform ini memberi peluang baru kepada jenama untuk mensasar serta berhubung dengan pengguna. Bagaimanapun, jenama-jenama perlu ingat tentang perubahan sikap pengguna kerana mereka dilihat gemar mengambil kesempatan atas landskap media sosial yang pelbagai.

Hasil kajian Connected Life menunjukkan bahawa 17% pengguna di Malaysia 'secara aktifnya tidak mempedulikan' pos-pos sosial atau kandungan daripada jenama. Perniagaan perlu mengelak daripada bersikap invasif kerana satu pertiga (30%) pengguna sudah pun berasa mereka 'sentiasa diekori' oleh iklan dalam talian.

Platform-platform visual paling popular di negara-negara seperti Malaysia, di mana telefon pintar dilengkapi kamera mempunyai kadar penembusan yang tinggi.

Bukan itu sahaja, kajian Kantar TNS turut mendapat golongan berpengaruh dan selebriti menjadi kunci untuk berhubung dengan pengguna. Satu daripada tiga (36%) pengguna dalam talian berusia 16 – 24 tahun di Malaysia menyatakan mereka percaya apa yang dikatakan oleh orang lain di internet berbanding sumber-sumber 'rasmi' seperti akhbar, laman web jenama itu sendiri atau iklan di TV.

Golongan muda ialah kumpulan yang lebih berorientasikan kepada individu berpengaruh, blogger-blogger yang boleh dipercayai dan rakan-rakan berbanding maklumat daripada jenama itu sendiri. Namun begitu, melihat kepada trend lain, tidak lama lagi mereka mungkin akan mula merujuk kepada individu berpengaruh dalam media sosial untuk mendapat inspirasi dan maklumat.

Ketua Khidmat Pelanggan, Malaysia di Kantar TNS, Dan Foxman berkata,

"Dapatan kaji selidik Connected Life menunjukkan Malaysia terus menjadi antara pasaran paling terhubung di peringkat global. Keadaan ini menawarkan peluang besar kepada jenama di sini untuk menjangkau pengguna menerusi saluran-saluran digital. Sebagaimana yang ditunjukkan oleh kaji selidik kami, pengguna sering beralih daripada mesej penjenamaan yang keterlaluan.

Media sosial menawarkan jenama dengan satu cara untuk berinteraksi, bukannya untuk menyiarkan dalam ruang di mana pengguna menghabiskan masa mereka. Memandangkan penggunaan rangkaian media sosial yang cukup luas di Malaysia, ini merupakan masa paling tepat untuk jenama memahami bagaimana memanfaatkan kekuatan setiap platform dan membangunkan strategi yang membolehkan mereka berhubung dengan pelanggan secara lebih efektif."

Pengarah Digital APAC di Kantar TNS, Zoƫ Lawrence berkata:

"Peningkatan jumlah penggunaan Instagram dan Snapchat jelas menunjukkan bahawa pengguna kini lebih gemar untuk mengekspresikan diri mereka secara visual. Ini kerana mereka boleh merakam dan berkongsi momen-momen penting. Lebih penting lagi, peralihan ke platform baharu ini cukup memberangsangkan – orang ramai menggunakannya sebagai tambahan kepada Facebook, WhatsApp dan saluran media sosial yang lain. Ini membolehkan jenama berhubung dengan para pengguna secara lebih mendalam dan efektif melalui beberapa saluran baru.

"Apa yang penting, jenama tidak lagi boleh melihat saluran media sosial sebagai satu ruang media yang kosong untuk tujuan pengiklanan. Sebaliknya, dapatan kajian menunjukkan bahawa pengguna mahukan kandungan yang dapat diintegrasikan secara harmoni ke dalam platform, meningkatkan pengalaman dan tidak mengganggu ketika menggunakannya.

Untuk menjayakannya, adalah penting nilai-nilai jenama dikekalkan di dalam platform yang digunakan itu. Instagram ialah satu tempat yang mana imej boleh diubah suai dan dicantikkan dengan mudah. Manakala Snapchat pula lebih original, kelakar dan bersifat serta-merta.

Jenama perlu menggunakan setiap platform ini secara individual bagi memastikan kandungan yang dihasilkan dapat bergabung dengan baik untuk dilihat oleh pengguna. Pada masa yang sama mengekalkan integriti masing-masing."

Kadar penembusan Snapchat dan Instagram di Asia Pasifik:

Snapchat Instagram APAC 15% 39% Australia 32% 41% Kemboja 4% 16% China 9% 13% Hong Kong 46% 70% India 19% 25% Indonesia 13% 54% Jepun 9% 24% Malaysia 37% 73% Myanmar 1% 4% New Zealand 39% 40% Filipina 20% 33% Singapura 37% 63% Korea Selatan 19% 52% Taiwan 32% 51% Thailand 6% 31% Vietnam 4% 24%

Mengenai Connected LifeConnected Life merupakan peneraju kajian sikap dan tingkah laku digital di peringkat global yang melibatkan 70,000 pengguna internet di 57 buah negara. Ia menggunakan analisis komprehensif untuk mengetahui bagaimana ketersambungan mengubah tingkah laku orang ramai dan membantu para peniaga menangani pelbagai bentuk cabaran yang mereka hadapi.

Ia dilakukan dengan melihat kepada pengguna, sambungan, kandungan dan perniagaan secara terperinci, sebelum menawarkan langkah-langkah strategik yang diperlukan untuk berhubung dan mempengaruhi pembeli.

Kerja lapangan ini telah dilaksanakan di semua pasaran di antara bulan Jun dan September 2016. Penggunaan Instagram dan Snapchat diukur melalui mereka yang selalu menggunakan platform tersebut (setiap hari, minggu, bulan atau kurang daripada itu).

Maklumat lanjut, sila layari laman web: http://connectedlife.tnsglobal.com/

Mengenai Kantar TNS

Kantar TNS merupakan salah sebuah agensi penyelidikan paling besar di dunia dengan kepakaran di lebih 80 buah negara. Kami menawarkan pandangan yang boleh dilaksanakan untuk membantu syarikat membuat keputusan yang tepat dan memacu pertumbuhan.

Dengan kepakaran dalam bidang inovasi, jenama dan komunikasi, pengaktifan pembeli dan perhubungan pelanggan, kami membantu para klien untuk mengenal pasti, mengoptimum serta mengaktifkan momen-momen penting bagi memacu perniagaan mereka.

Kami adalah sebahagian daripada Kantar, salah sebuah syarikat pengurusan data, pandangan dan perunding utama di dunia.

Ketahui lebih lanjut di laman web: www.tnsglobal.com

Mengenai Kantar

Kantar merupakan salah sebuah syarikat pengurusan data, pandangan dan perunding utama di dunia. Dengan menggabungkan semua spektrum disiplin penyelidikan dan rundingan, pakar penjenamaannya yang terdiri daripada 30,000 orang kakitangan menawarkan pandangan-pandangan penuh inspirasi serta strategi perniagaan kepada semua kliendi 100 buah negara. Kantar adalah sebahagian daripada WPP dan perkhidmatan kumpulannya digunakan oleh lebih separuh syarikat Fortune Top 500.

Related

Komen via Facebook

Komen

Read more ...

"Hari ini 1 Muharam 1438H Saya Buat Keputusan untuk Tidak Lagi Bersama Umno,", Ezam Umum Keluar UMNO

SHAH ALAM, 2 Okt - Bekas Senator, Datuk Mohamad Ezam Mohd Nor hari ini membuat keputusan keluar daripada Umno.

Perkara itu diumumkan oleh beliau menerusi satu posting di Facebook miliknya hari ini.

"Hari ini 1 Muharam 1438H saya membuat keputusan untuk tidak lagi bersama parti Umno," katanya.

Menurut beliau, dia menyertai UMNO pada Mei 2008 atas prinsip melakukan perubahan besar dalam usaha memenangi rasuah dengan menggubal akta baru Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menggantikan akta Badan Pencegahan Rasuah (BPR).

Di dalam kenyataan itu, beliau juga memberi tumpuan kepada pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan Akta Rahsia Rasmi (OSA).

"Perubahan itu benar berlaku sejurus selepas kemasukan saya ke dalam parti Umno dan SPRM yang lahir dari akta baru itu jauh berbeza berbanding BPR dalam banyak aspek.

"Ya saya pernah dipenjarakan di bawah kedua-dua akta ini namun yang lebih penting ialah saya percaya kedua-dua akta ini sering men jadi hambatan kepada perjuangan melawan jenayah rasuah," katanya.

Ujarnya lagi, dalam tempoh menjadi Ahli Dewan Negara pada tahun 2010 hingga 2014, ISA dibahas dan dimansuhkan, sementara OSA tiada tanda-tanda akan berlaku perubahan.

Ezam berkata, bagaimanapun beliau tetap bersangka baik kepada kerajaan transformasi di bawah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan melakukan segala usaha 'mempengaruhi' pentadbiran agar melakukan perubahan khususnya ke atas OSA.

Namun, dakwanya, OSA sebaliknya digunakan ke atas laporan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) dalam kes membabitkan syarikat pelaburan negara 1MDB.

"OSA bukan sahaja tidak digubal tetapi digunakan atau lebih tepat lagi disalahgunakan ke atas laporan PAC kes 1MDB. Satu kes yang langsung tidak membabitkan soal keselamatan negara yang mewajarkan penggunaan OSA.

"Ini adalah sejuta langkah ke belakang di dalam proses transformasi yg dilaungkan menjadi teras kerajaan," katanya.

Sehubungan itu, Ezam membuat teguran bagi mendesak tindakan itu diperbetulkan, tapi tidak diendahkan.

"Beberapa bulan berlalu. Tiada tindakan pembetulan. Malah media dan beberapa kerat pemimpin digunakan memomokkan teguran saya. Dan tidak ada seorang pun pemimpin umno yang bersuara memperbetulkan keadaan.

"Maka saya sedar saya bukan lagi di dalam satu parti dan jemaah yang serius mahu lakukan pembaharuan dan islah lebih-lebih lagi apabila ia menyangkut soal rasuah dan penyelewengan," katanya.

Beliau turut membuat keputusan menamatkan perkhidmatan di Kementerian Kewangan enam bulan lalu, setahun lebih awal daripada kontrak perkhidmatannya yang berakhir 1 April 2017.

Sumber : Sinar Online

Read more ...

Anak Sasterawan Negara, cucu cedera ditetak penyamun

Seorang novelis dan anak lelakinya cedera ditetak selepas bergelut dengan penyamun di rumah mereka di Taman LavenderHeight, Paroi dekat Seremban, awal hari ini.

Timbalan Ketua Polis Daerah Seremban, Supt Abdul Rahim Daud berkata mangsa yang juga merupakan pengurus syarikat, hanya menyedari rumahnya dipecah masuk apabila terlihat kelibat individu yang tidak dikenali dalam rumahnya.

Katanya kejadian yang berlaku di rumah anak Sasterawan Negara Abdullah Hussain itu dipercayai berlaku kira-kira pukul 5.15 pagi tadi.

"Mangsa Ahmad Patria Abdullah, 48, ketika itu sedang menonton televisyen di ruang tamu dan terlihat kelibat orang luar telah memecah masuk ke dalam rumahnya.

"Beliau cuba bertindak menghalau suspek dan menjerit memanggil isterinya supaya menghubungi polis. Ketika itu juga berlaku pergelutan antara mangsa dan suspek.

"Anak lelaki mangsa, Abdullah Hasif, 16, terjaga daripada tidur dan terusmenuju ke arah bapanya untuk membantu. Pergelutan itu menyebabkan mangsa dan anaknya cedera akibat ditetak mengunakan parang," katanya dalam kenyataan di Seremban.

Abdul Rahim berkata semasa kejadian, isteri mangsa bersama anak-anaknya yang lain berusia enam dan 10 tahun berada dalam bilik atas kerana tidur.

"Isteri mangsa yang menyedari kejadian ini telah menghubungi taliankecemasan serta turun menekan loceng kecemasan dan ia menyebabkan suspek melarikan diri melalui tingkap yang telah mereka potong.

Hasil siasatan awal mendapati suspek dipercayai seramai tiga lelaki danmemecah masuk melalui tingkap dengan memotong jerijinya dan mereka juga keluar menerusi jalan yang sama, kata Abdul Rahim.

Beliau berkata pemeriksaan di lokasi kejadian juga turut mengesan alatpemotong yang digunakan suspek.

"Suspek dipercayai bersenjatakan dua parang dan satu alat pemotong, yang dipercaya terjatuh semasa mereka melarikan diri. Kes disiasat mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan," katanya.

Sementara itu, penulis novel Aristokra itu ketika ditemui berkata ketikakejadian beliau sedang menonton televisyen apabila ternampak kelibat suspek.

"Ketika saya memandang suspek, dia telah mengacukan parang ke arah saya dan minta saya diam. Saya terus menerpa ke arahnya.

"Kebetulan semasa bergelut anak lelaki saya terjaga dan terus menuju ke arah saya untuk selamatkan saya dan dia turut bergelut dengan suspek," katanya.

Menurutnya, akibat pergelutan itu, beliau cedera di kepala, belakang bahu dan kedua-dua tangannya akibat tetakan manakala anaknya mengalami kecederaan di kepala dan tangan kanan.-Bernama

Read more ...

MH17: Senarai suspek mungkin diumum hujung tahun - Australia

SYDNEY: Menteri Luar Australia, Julie Bishop, berkata nama pihak yang bertanggungjawab menembak jatuh pesawat MH17 milik Malaysia Airlines di Ukraine pada 2014 mungkin dapat disahkan menjelang akhir tahun ini.
Read more ...

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *