Recent Post

Sunday, February 07, 2016

Fenomena air pasang besar kembali melanda Kelantan

Air pasang besar kembali melanda beberapa perkampungan yang terletak di pesisir pantai di Kelantan malam ini.
Read more ...

Ziela Jalil, Hans Isaac & Norman KRU Kini Bergelar Datuk

Tanggal 6 February semalam merupakan tarikh bermakna buat tiga orang penggiat seni tanah air apabila mereka dikurnikan Darjah Indera Mahkota Pahang, yang membawa gelaran Datuk bersempena Hari Keputeraan Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah.

Mereka ialah Presiden Eksekutif Kumpulan KRU, Norman Abdul Halim atau Norman KRU, Pengarah Urusan Tall Order Sdn Bhd Gerald Hans Isaac dan Pengarah Urusan Pena Creative Pictures Sdn Bhd Norzilah Abdul Jalil atau Ziela Jalil.

Istiadat tersebut disempurnakan oleh Tengku Mahkota Pahang Tengku Abdullah bertempat di Istana Abu Bakar, Pekan, Pahang.

Ketiga-tiga mereka bersyukur atas kurniaan tersebut dan mengakui ia satu pencapaian yang terbesar buat mereka.

Buat Ziela dan Norman, ia merupakan penyuntik semangat serta sumber inspirasi untuk mereka terus berjuang dalam industri seni dan menghasilkan karya yang terbaik buat masyarakat.

Tahniah kami ucapkan kepada  Datuk Norman, Datuk Hans dan Datuk Ziela. Sememangnya mereka bertiga layak untuk menerima anugerah tersebut kerana masing-masing mempunyai pencapaian yang agak baik didalam bidang hiburan di Malaysia.

Sumber Berita: Malay Mail Online & Bernama

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.
Read more ...

BAKAL TUNAI UMRAH - PUTERI SARAH BERHARAP DIKURNIAKAN ZURIAT

"Memanglah teringin tapi belum rezeki. Mac depan saya dan Syamsul sudah genap dua tahun sebagai suami isteri. Kalau boleh saya ingin berita gembira itu tetapi seperti yang saya kata, semuanya adalah rezeki," demikian kata isteri Syamsul Yusof, Puteri Sarah Liyana yang berharap agar mereka dikurniakan cahaya mata.

Dalam pada itu, Sarah turut mengakui bahawa dirinya merasa tertekan apabila sering ditanya tentang bila mahu dapat cahaya mata namun lama kelamaan lali dengan perkara tersebut.

Sebelum ini, pasangan ini juga pernah menjelaskan bahawa mereka redha menerima ketentuan Tuhan dan tidak pernah berhenti berdoa dikurniakan cahaya mata.

Untuk makluman, Sarah dan suaminya itu bakal menuna ikan umrah buat kali ketiga pada bulan hadapan.

Semoga apa yang dihajati oleh pasangan ini akan dipermudahkan.

Sumber: HM

         ________________________

FACEBOOK - SANTAI - PAPARAZZI - NOSTALGIA - GALERI - YOUTUBE - ROMANTIKA - SEJARAH MYARTIS - INSTAGRAM - TWITTER

TwitterFacebookGoogle PlusRSS FeedEmail

Read more ...

Hans Isaac, Ziela Jalil & Norman KRU Terima Gelaran Datuk

Pelakon, produser dan pemilik syarikat rakaman muzik antara selebriti tanah air telah dikurniakan gelaran Datuk.

Mereka ialah Hans Isaac, Ziela Jalil dan Norman KRU menerima kurniaan itu di Istana Abu Bakar Pekan, Pahang yang disampaikan oleh Tengku Mahkota  Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah.

Penganugerahan ini bersempena memuliakan Hari Keputeraan Ke Duli Yang Maha Mulia (KDYMM) Sultan Pahang, Sultan Haji Ahmad Shah.

Instagram Hlive sempat merakamkan gambar-gambar mereka dan dikongsikan kepada followers laman sosial berkenaan.

Tahniah dan syabas diucapkan kepada ketiga-tiga selebriti tanah air yang banyak membantu meningkatkan produktiviti dan kualiti industri hiburan tempatan.

Sumber: IG HliveArtikel Ini Disiarkan Pada Sabtu, 6 Feb 2016

 

 

 

Read more ...

APMM tahan bot nelayan gaji pekerja warga asing - Kosmo!

APMM tahan bot nelayan gaji pekerja warga asing

07/02/2016 11:53am

GEORGE TOWN - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Pulau Pinang menahan sebuah bot pukat tunda kerana melanggar syarat sah lesen ekoran mengaji sepenuhnya nelayan warga asing dekat sini semalam.

Ketua Penguatkuasa Daerah Maritim 2 Pulau Pinang, Laksamana Pertama Maritim Kamaruszaman Abu Hassan berkata, sepasukan penguatkuasa APMM yang menjalankan rondaan menahan bot berkenaan pada kedudukan 8.5 batu nautika barat Pulau Kendi dekat sini kira-kira 5 petang, Sabtu.

"Hasil pemeriksaan ke atas bot yang berpangkalan di jeti Batu Maung itu mendapati terdapat seorang tekong bersama dua awak-awak kesemuanya warganegara Thailand berumur lingkungan 46 dan 53 tahun.

"Semasa ditahan bot pukat tunda itu baru sahaja menangkap ikan di kawasan perairan berkenaan," katanya di sini hari ini.

Beliau berkata, pihaknya kini sedang mengesan pemilik bot berkenaan bagi membantu siasatan menurut Akta Perikanan 1985.

Kamaruszaman berkata, bot pukat tunda itu dibawa ke Jeti Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia Batu Maung untuk siasatan lanjut manakala peralatan menangkap ikan turut disita.

Beliau berkata, hasil tangkapan ikan seberat 150 kilogram yang terdapat dalam bot berkenaan pula dilelong.

"Berdasarkan siasatan semua pekerja warga asing itu telah bekerja dengan pemilik bot yang dipercayai warga tempatan sejak beberapa bulan lepas," katanya.

Beliau berkata, tindakan tegas akan diambil ke atas mana-mana pengusaha atau pemilik bot yang didapati mengingkari syarat yang ditetapkan dalam Akta Perikanan 1985. - Bernama

Read more ...

Anak Najib Dapat Datuk dari Sultan Pahang

KUALA LUMPUR, 7 Februari: Anak kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib antara 256 individu yang disenaraikan sebagai penerima darjah kebesaran dan pingat bersempena ulang tahun keputeraan Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah di Istana Abu Bakar, semalam.

Sebagaimana lapor Bernama, Mohd Nizar Mohd Najib, Pengarah Eksekutif Deloitte, dikurniakan Darjah Kebesaran Sultan Ahmad Shah (DSAP) yang membawa kepada gelaran Datuk.

Istiadat penganugerahan itu disepurnakan oleh Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah. - Siakapkeli.my

Read more ...

Apandi jawab kritikan mentornya Abu Talib

Peguam Negara (AG) Tan Sri Mohamed Apandi Ali menolak pendapat pendahulunya Tan Sri Abu Talib Othman bahawa beliau tidak mempunyai kuasa untuk menutup kes RM2.6 bilion, sambil menambah bahawa semua yang dia lakukan adalah berdasarkan kepada apa yang dia telah belajar dari bekas AG itu.

Apandi berkata beliau hanya mengikuti jejaknya dan "sekarang beliau kata, saya tidak boleh berbuat demikian. Saya keliru."

"Saya harap beliau boleh datang berjumpa dengan saya supaya saya boleh memberi penjelasan saya," Apandi dipetik sebagai berkata oleh Sinchew Daily dalam satu temu bual eksklusif.

Minggu lalu, Abu Talib mengkritik Apandi dengan mendakwa bahawa AG tidak mempunyai kuasa untuk mengarahkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menutup siasatan terhadap derma RM2.6 bilion yang didepositkan ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak.

"Di bawah Perkara 145 (3) Perlembagaan Persekutuan, AG mempunyai kuasa hanya untuk memulakan, menjalankan dan memberhentikan sebarang prosiding (jenayah), tetapi tidak mempunyai kuasa untuk mengarahkan mana-mana agensi penyiasatan untuk menutup kertas siasatan.

"Ini adalah kes kepentingan awam yang telah menarik perhatian seluruh dunia. AG mesti membantu SPRM untuk mengumpul bukti kerana sumber dana itu adalah di luar Malaysia," kata Abu Talib.

Dalam hal yang berkaitan, Apandi juga menegaskan bahawa dia tidak pernah meminta rakan sejawatannya dari Switzerland supaya menutup siasatan negara itu terhadap 1MDB semasa satu pertemuan September lalu.

"Saya tidak pernah berkata demikian... Itu satu pembohongan. Saya tidak pernah menyebut sebarang kes 1MDB. Ia adalah kunjungan hormat... Jika Switzerland memerlukan sebarang bantuan, saya akan memberikannya...

"Pertemuan itu adalah mengenai bantuan perundangan bersama. Kita boleh membantu pada bila-bila masa, itu sahaja."

Apandi berkata pertemuan itu antara beliau dan AG Switzerland Michael Lauber turut dihadiri oleh Timbalan Peguam Cara Negara Tun Abdul Majid Tun Hamzah dan seorang pegawai dari pejabat Lauber.

Beliau berkata pejabat Peguam Negara Switzerland telah meminta bantuan Pejabat Peguam Negara melalui Kementerian Luar Negeri, dan permintaan rasmi yang difailkan mereka hanya sampai kepadanya pada 4 Februari

Bagaimanapun, Apandi berkata beliau masih belum membaca dokumen Switzerland itu.

Pejabat Peguam Negara, katanya, akan memberi bantuan kepada Switzerland di bawah protokol bantuan perundangan bersama, walaupun beliau enggan mendedahkan butiran kerana ia adalah "rahsia".

Minggu lalu, Reuters melaporkan bahawa seorang pegawai Malaysia menggesa Lauber supaya menggugurkan penyiasatannya berkaitan 1MDB semasa satu pertemuan September lalu.

Sebelum keputusan Apandi untuk menutup kes terhadap Najib, Lauber melalui pejabatnya telah dilaporkan membuat permintaan kepada Malaysia untuk mendapatkan bantuan dalam siasatan negaranya terhadap 1MDB berhubung kemungkinan pelanggaran undang-undang Switzerland berkaitan dengan dakwaan sogokan kepada pegawai asing, salah laku di pejabat awam, pengubahan wang haram dan jenayah salah urus.

Lauber juga dilaporkan berkata bahawa Najib bukan suspek dalam siasatan Switzerland itu.

Apandi kemudiannya berkata beliau akan mengambil semua langkah yang mungkin untuk membantu pihak berkuasa Switzerland tetapi menegaskan bahawa siasatan terhadap derma RM2.6 bilion kepada Najib adalah berasingan sepenuhnya daripada siasatan terhadap 1MDB.

Apandi juga berkata pelantikannya ke Pejabat Peguam Negara adalah sah dan mengikut perlembagaan.

Beliau berkata, masalah kesihatan yang dialami pendahulunya, Tan Sri Abdul Gani Patail, bukan merupakan satu rahsia lagi.

Abdul Gani, katanya, perlu melakukan dialisis tiga hari seminggu, yang membuat bekas AG itu hanya mampu bekerja hanya dua hari setiap minggu, tolak hujung minggu.

Sebaliknya, Apandi berkata dia telah bekerja tanpa mengenal penat lelah selepas mengambil alih jawatan itu.

"Anda lihat, dengan beban kerja AG, saya tidak dapat mengambil cuti selepas saya memegang jawatan itu. Saya bekerja 24 jam sehari, tujuh hari seminggu.

"Saya juga malah perlu bekerja dari rumah (selepas waktu pejabat)," katanya sambil menambah beliau perlu mengekalkan komunikasi dengan pegawai-pegawainya melalui emel apabila berada di rumah.

Sebagai contoh, katanya, dia terpaksa bekerja sehingga satu pagi bagi sesuatu kes yang segera.

Apandi juga berkata beliau telah membuat "pengorbanan kewangan" selepas menyertai perkhidmatan awam daripada sektor swasta.

Walau bagaimanapun, katanya, beliau telah diberi penghormatan untuk berkhidmat kepada negara dan Agong.

"Saya tidak pernah minta kerja ini (AG). Saya telah ditawarkan untuk menjadi AG."

Sebelum ini, Apandi berkata dia boleh memperolehi RM15,000 bagi satu kes ketika dalam amalan swasta, tidak termasuk tambahan yuran konsultansi perundangan.

"Pada masa itu pesuruhjaya kehakiman boleh mendapat gaji asas RM17,000. Bagi saya, itu tak ada apa-apa, tambah elaun lain, ia hanya akan sampai tidak lebih daripada RM20,000."

Katanya, beliau telah melabur wang yang diperolehi daripada amalan undang-undang ke dalam hartatanah, termasuk Wisma Apandi yang telah dibina di kampung halamannya di Kota Bahru.

Bangunan ini, katanya, telah memberikan beliau pendapatan sewa yang lumayan.

Apandi telah dilantik menjadi AG selepas pendahulunya Abdul Gani ditamatkan perkhidmatannya yang dikatakan atas "masalah kesihatan" Julai lalu, yang bertepatan dengan rombakan kabinet yang menyaksikan timbalan perdana menteri, yang vokal mengenai skandal 1MDB, digugurkan.

Pada akhir bulan Januari, beliau membersihkan Najib daripada sebarang salah laku jenayah berhubung kes sumbangan RM2.6 bilion dan RM42 juta dari SRC International.

[Baca berita penuh]

Read more ...

Angka korban gempa Taiwan meningkat 13

TAIWAN: Angka korban gempa bumi di Tainan, Taiwan meningkat kepada 13 orang, termasuk bayi yang baru berusia 10 hari.
Read more ...

Prof. Dr. Ramlah : Tak Salah Sultan "HARAMKAN" Penceramah

CELAH GELEGAR - Mencari Kebenaran Yang Sebenar Prof. Dr. Ramlah : Tak Salah Sultan "HARAMKAN" Penceramah PETALING JAYA: Sultan-sultan di setiap negeri berkuasa menghalang mana-mana penceramah agama daripada menyampaikan kuliah dan ceramah di negeri jajahan mereka. Pengarah Pusat Kajian Institusi Raja Malaysia, Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), Prof Datuk Dr Ramlah Adam berkata, Perlembagaan Persekutuan dan negeri juga telah memutuskan bahawa sultan sebagai ketua agama dan tindakan menghalang penceramah berceramah juga bukan suatu kesalahan. "Di negeri-negeri beraja, Raja menjadi Ketua Agama Islam dan juga pengerusi agama Islam. Dalam Perlembagaan sudah dinyatakan dengan jelas mengenai kedudukan mereka. Saya rasa, tindakan sultan itu ada asasnya. Ia bagi memastikan Islam itu tidak disalah tafsir, disalah ajar," ujarnya ketika dihubungi FMT, hari ini. Kata Ramlah lagi, walaupun sultan mempunyai kuasa untuk menghalang mana-mana penceramah daripada menyebarkan dan menyampaikan kuliah agama, ia haruslah dilakukan mengikut prosedur yang telah ditetapkan. Mengulas lanjut, Ramlah percaya sultan dan penasihat-penasihat agama telah melakukan penyelidikan dan ada asas-asas tertentu yang menyebabkan tindakan menghalang itu diambil. "Sekarang ini banyak ajaran agama Islam yang menyimpang. Jadi tidak salah sultan bertindak sedemikian selagi masih dalam bidang kuasanya," jelasnya. Sebelum ini, 16 orang penceramah termasuk Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abdidin telah dihalang daripada menyampaikan kuliah dan ceramah di negeri Johor. - FMT
Read more ...

BENTUK MUKA DAN FESYEN RAMBUT KHAS UNTUK LELAKI KELIHATAN LEBIH KACAK

FESYEN RAMBUT MENGIKUT BENTUK MUKA LELAKI

Bentuk Muka Dan Fesyen Rambut, Khas Untuk Lelaki Kelihatan Lebih Kacak

Tidak ada yang lebih teruk daripada mendapati rambut anda tidak sesuai dengan bentuk muka anda. Kita sedia maklum Trend dan gaya  rambut berubah sepanjang masa, namun bukan semua gaya dan potongan rambut sesuai dengan semua orang. Oleh itu, adalah sangat penting untuk mengambil kira apabila memilih gaya dan potongan rambut yang sesuai dengan bentuk wajah kita.

Sesetengah lelaki akan mengambil gambar dan mengubah sedikit  bentuk muka mereka dengan menggunakan aplikasi dan software di dalam smartphone dan seterusnya memuatnaik gambar yang telah diubah itu ke dalam akaun facebook mereka.  Majoriti akan mahu bentuk muka yang lebih menarik seperti bentuk muka yang lebih panjang dan pipi yang cengkung untuk mendapat banyak pujian daripada orang ramai.

Ramai yang di antara kita datang ke salon dengan  membawa gambar atau membelek majalah yang disediakan untuk dijadikan panduan untuk potongan atau gaya rambut mereka. Tahukah anda ada di antara idea-idea tersebut, ada yang tidak s esuai dengan bentuk wajah kita. Jadi, adalah amat  penting untuk kita berbincang terlebih dahulu dengan stylist atau pendandan rambut untuk mendapatkan potongan rambut yang sesuai dengan bentuk muka kita. Kita tidak mahu apabila sudah selesai memotong, rambut potongan dan gaya yang terhasil tidak seperti yang diharapkan dan menyebabkan kita malu dengan rambut kita sendiri.

JENIS-JENIS BENTUK MUKA DAN CADANGAN POTONGAN RAMBUT YANG SESUAI

BENTUK MUKA BUJUR / OVAL FACE SHAPE

Bentuk muka ini dianggap sebagai bentuk muka yang sesuai dengan wanita, tetapi jarang lelaki memiliki bentuk muka ini. Muka bujurumumnya adalah sesuai dengan mana-mana gaya rambut dalam sebarang bentuk mahupun pendek atau panjang, kerana ia adalahberkadar seimbang. Bukan sahaja anda boleh memakai  pelbagai bentuk cermin mata hitam yang anda suka, tetapi anda juga mempunyai kebebasan untuk bereksperimen dengan rambut anda.

Satu-satunya perkara yang perlu anda elak adalah membiarkan pinggir rambut anda panjang, kerana ini boleh membuat wajah anda kelihatanbulat. Bentuk kepala yang bujur membolehkan mereka  menggayakan rambut menyikat ke atas dari dahi dan juga anda boleh memotong gayapanjang atau pendek.

CONTOH STYLE

BENTUK MUKA PERSEGI / SQUARE FACE SHAPE

Seorang lelaki yang mempunyi bentuk muka persegi dianggap kuat dan maskulin. Apabila mereka memotong rambut mereka, majoriti gaya mereka pilih adalah squarer dan banyak  bersudut.

Rahang yang kuat adalah ciri yang terselah bagi wajah persegi, yang membuat muka kelihatan kuat dalam penampilan. Sama seperti bujur, bentuk muka persegi sesuai dengan pelbagai gaya, tetapi rambut di sekitar garis rambut selalunya boleh kelihatan lebih baik jika ia adalah lebih lembut di tepi.

Rambut pendek kelihatan hebat dan benar-benar meningkatkan ciri-ciri wajah - ia bergantung kepada sama ada anda mahu muka atau rambut anda menjadi tarikan utama. CONTOH STYLE

BENTUK MUKA BUJUR PANJANG / OBLONG FACE SHAPE

Bentuk muka ini adalah lebih panjang daripada muka bujur.

Cuba untuk mengelak daripada mengambil sisi terlalu singkat jika anda mahu menyimpan rambut panjang di atas, kerana ini akan menyerlahkan panjang muka dan membuat ia kelihatan lebih bujur lagi. Bentuk muka ini sesuai mempunyai rambut yang digayakan ke muka untuk mengurangkan kemunculan muka yang panjang dan mengekalkan keseimbangan.

BENTUK MUKA BULAT / ROUND FACE SHAPE

Memilih gaya rambut untuk muka berbentuk bulat bergantung sepenuhnya kepada apa ciri-ciri / kawasan seseorang individu itu ingin ditunjukkan atau disembunyikan.

Muka berbentuk bulat tidak mempunyai sudut, oleh itu adalah penting untuk memilih gaya rambut yang dipotong setengah pendek dengan sisi yang pendek  atau potongan menegak dengan sedikit tinggi dan sisi juga pendek. Ia tidak perlu menjadi rambut spike. Ini dapat menyembunyikan muka bulat anda.

Cuba elakkan memotong dengan pinggir tajam kerana ianya hanya menyerlahkan bentuk bulat semulajadi bentuk muka anda. Yang pentingnya potong sisi rambut anda dengan potongan pendek untuk membantu menangani muka menjadi semakin bulat.

CONTOH STYLE

MUKA BERBENTUK BERLIAN / DIAMOND FACE SHAPE

Lelaki dengan bentuk muka berlian mempunyai pipi menonjol dan dahi dan dagu yang agak sempit

Elakkan potongan terlalu tipis di tepi kerana ini akan membuat telinga seperti terkeluar. Juga anda mesti mengelak gaya rambut terlalu lurus. Biarkan ianya kelihatan lebih semula jadi dan berombak kerana akan melembutkan ciri-ciri wajah anda.

CONTOH STYLE

MUKA BENTUK HATI / HEART FACE SHAPE

CONTOH STYLE

MUKA BERBENTUK HAMPIR TIGA SEGI / TRINGULAR FACE SHAPE

Bertentangan dengan wajah berbentuk hati, lelaki dengan bentuk ini mempunyai rahang yang luas dan dahi sempit.

Malangnya, ia adalah amat sukar untuk memilih gaya rambut untuk bentuk wajah ini. Anda dicadangkan memotong dengan gaya rambut yang lebih panjang tetapi dengan banyak lapisan untuk menambah lebar kepala anda. Sedikit potongan pendek di sisi juga boleh membantu melembutkan bayang.

Jika anda menggayakan rambut anda panjang dengan bentuk muka ini, cuba untuk elakkan layer terlalu banyak di seluruh muka kerana ini hanya akan menyerlahkan rahang itu.

CONTOH STYLE

PENUTUP

Kesimpulannya, pastikan anda benar-benar tahu bentuk muka anda dan pastikan gaya dan potongan rambut yang anda ingin hasilkan bersesuaian dengan bentuk muka anda.

Seperti biasa, nasihat yang terbaik yang boleh diberikan adalah minta profesional (stylist anda) gaya rambut apa yang mereka fikir akan sesuai dengan bentuk wajah anda, kerana kebanyakan mereka akan mempunyai pengetahuan yang hebat tentang potongan yang anda perlukan untuk menyerlahkan ciri-ciri tertentu dan membantu anda kelihatan  terbaik.

Sumber: trendmalaya.com

Read more ...

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *