Recent Post

Saturday, September 17, 2016

Ahmad Yakob pangku jawatan Mursyidul Am PAS - AgendaDaily

Terakhir dikemaskini: 17 September 2016 By BERNAMA Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, kepimpinan tertinggi parti akan bermesyuarat bagi menentukan siapa yang layak memegang jawatan itu. "Sebelum ini ketika almarhum (Haron) uzur, tugas itu memang sudah dipikul oleh timbalan dan tidak menjadi masalah. "Pengantinya akan ditentukan dalam mesyuarat dan kita akan mengikut Perlembagaan parti bagi menentukan siapa penggantinya," katanya kepada pemberita selepas Ceramah Rang Undang-Undang (RUU) 355 di perkarangan Stadium Sultan Muhammad Ke IV di Kota Bharu, Jumaat malam. Allahyarham menyandang jawatan Mursyidul Am PAS pada Mac tahun lepas bagi menggantikan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang meninggal dunia pada Februari 2015 akibat kanser prostat. Haron, 76, meninggal dunia pada 10.10 pagi semalam (waktu Malaysia) di Hospital Stanford University, San Francisco, Amerika Syarikat akibat komplikasi jantung. Allahyarham dimasukkan ke hospital berkenaan bagi mendapatkan rawatan lanjut berhubung masalah jantung yang dihidapinya.

Jenazah Allahyarham selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Five Pillars, 1761 Laughlin Road, Livermore, California pada 8.57 pagi tadi (waktu Malaysia).-17/9/2016

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Read more ...

Segala Tentang Kolaborasi RIZMAN RUZAINI & NIVEA MEN Yang Anda Harus Tahu

Jangan tinggalkan kesan pada pakaian kegemaran anda! Deodoran lain boleh menyebabkan kesan putih pada tekstil gelap dan kesan kuning di bawah lengan fabrik berwarna cerah akibat tindak balas kimia antara bahan antipeluh, peluh, dan bahan pencuci.

Malangnya, sebaik sahaja kerosakan berlaku, adalah mustahil untuk dipulihkan. NIVEA MEN menyifatkan kesan kuning pada bahagian bawah lengan baju sebagai masalah serius yang boleh menjejaskan gaya dan tindakan serta sikap dan harga diri seseorang.

RIZMAN RUZAINI - NIVEA MEN

Selain memastikan 3x kekeringan dan mencegah kesan kuning pada pakaian, pengguna deodoran teruja dan berterima kasih kepada ciri keunikan teknologi antikesan NIVEA MEN Deodorant Invisible for Black & White. Deodoran generasi baru NIVEA MEN ini menawarkan penyelesaian mutlak kepada kaum lelaki untuk menghindarkan masalah kesan kuning pada baju putih mereka.Pada 7hb September 2016, NIVEA MEN melancarkan gedung sementara hitam dan putih pertamanya di Malaysia sempena kempen "Don't Stain Your Favourite Outfit" (Jangan Tinggalkan Kesan Pada Pakaian Kegemaran Anda) dengan kolaborasi terbarunya dengan butik fesyen mewah, RIZMANRUZAINI.

Dua replika produk Black and White Deodorant Spray dan Roll On besar telah didirikan untuk menarik perhatian orang ramai di tengah-tengah bandar raya Kuala Lumpur.

Pelancaran rangkaian deodoran antikesan NIVEA dan NIVEA MEN yang membantu menyelesaikan isu kesan tidak diingini pada pakaian telah mengilhamkan RIZMANRUZAINI untuk mereka 12 fesyen pakaian harian yang berlainan bersama dengan NIVEA MEN. Ini juga adalah kali pertama RIZMANRUZAINI mereka koleksi pakaian eksklusif untuk lelaki dengan kerjasama jenama lain.

Jangan Tinggalkan Kesan Pada Pakaian Kegemaran Anda Selain itu, satu pertunjukan fesyen jalanan telah dianjurkan untuk memperlihatkan koleksi edisi terhad mereka bersama dengan NIVEA dan NIVEA MEN Deodorant Invisible for Black & White semasa pelancaran.Dua belas fesyen berlainan dalam koleksi ini boleh didapati secara eksklusif untuk pembelian di gedung sementara NIVEA MEN Black & White (B&W) di laluan pejalan kaki luar Fahrenheit88, Bukit Bintang, bermula dari 7hb September 2016 hingga 13hb September 2016 dan juga di laman web Fashion Valet.

Encik Ng Hock Guan, Pengurus Negara Beiersdorf Malaysia dan Singapura di majlis pelancaran yang dianjurkan di Kuala Lumpur berkata

"Deodoran NIVEA bukan sahaja mendapat sambutan yang sangat memberangsangkan di pasaran, tetapi juga mencatat pertumbuhan yang lebih cepat daripada pertumbuhan pasaran, menjadikan NIVEA jenama deodoran nombor satu di negara ini! Pelancaran NIVEA Deodorant Invisible for Black & White telah menaikkan jenama ke mercu lebih tinggi dan kami amat bangga dengan kejayaan rangkaian deodoran antipeluh NIVEA ini sebagai deodoran paling laris di pasaran dan saluran runcit. Sebagai pakar antikesan, NIVEA gembira kerana dapat membantu anda merasa yakin, kekal segar dan kering, dengan memastikan tiada kesan pada pakaian anda yang bergaya."

Sempena kerjasama fesyen eksklusif NIVEA MEN dengan RIZMANRUZAINI dan sebagai tanda penghargaan, pengguna setia NIVEA/NIVEA MEN akan menerima baucar diskaun 25% untuk koleksi edisi terhad RIZMANRUZAINI apabila membeli mana-mana produk NIVEA/NIVEA MEN.

Baucar diskaun ini boleh digunakan sama ada di gedung sementara B&W atau laman web Fashion Valet.

Selain itu, satu lagi promosi eksklusif melayakkan seramai 300 pengguna pertama yang membeli produk NIVEA/NIVEA MEN bernilai RM30 dan ke atas untuk mendapat kemeja ekslusif pereka B&W percuma dalam masa 7 hari selepas pembukaan gedung sementara B&W.

Terdapat juga peraduan selfie yang memberi peluang kepada orang ramai untuk memenangi hamper NIVEA bernilai RM100 apabila mereka menangkap dan memaparkan gambar dengan replika deodoran raksaksa di gedung sementara hitam dan putih NIVEA MEN dengan tag #NIVEAMENBLACKANDWHITE.

"Fesyen adalah satu cara untuk menunjukkan siapa kita tanpa mengeluarkan sepatah perkataan pun. Saya berpegang pada prinsip ini setiap hari supaya saya dapat membaiki diri saya sendiri untuk mencapai mercu jaya yang lebih tinggi. NIVEA MEN merupakan rakan kerjasama yang hebat untuk RizmanRuzaini berkembang maju dan menjadi gedung fesyen yang lebih terkenal," kata Rizman bin Nordin, pemilik RizmanRuzaini. Peminat dan orang ramai juga berpeluang untuk bertemu dan berkenalan dengan Rizman bin Nordin dan Wan Ruzaini dari RIZMANRUZAINI pada 7hb September di pelancaran gedung sementara di Fahrenheit, Bukit Bintang.

Serentak dengan kempen ini, NIVEA MEN juga menganjurkan peraduan seluruh negara dari 1hb September hingga 30hb September 2016. Peserta berpeluang untuk memenangi hadiah bernilai RM40,000 termasuk koleksi RIZMANRUZAINI dengan petikan kata-kata peribadi mereka tertera padanya. Untuk maklumat lanjut, sila ke laman Facebook Malaysia NIVEA MEN di www.facebook.com/myniveamen.

Boleh didapati dalam bentuk semburan dan bebuli, NIVEA/NIVEA MEN Deodorant Invisible for Black & White berbau segar dan lembut menawan, membuat anda terasa segar dan kering sebaik sahaja digunakan. Rangkaian deodoran antikesan NIVEA/NIVEA MEN masing-masing berharga RM5.50 (bebuli 25ml), RM10.50 (bebuli 50ml) dan RM16.90 (semburan 150ml). Produk boleh didapati di semua kedai farmasi, pasar raya dan pasar raya hiper di seluruh negara.

RIZMAN RUZAINI - NIVEA MEN

RIZMAN RUZAINI - NIVEA MEN

RIZMAN RUZAINI - NIVEA MEN

RIZMAN RUZAINI - NIVEA MEN

RIZMAN RUZAINI - NIVEA MEN

MENGENAI RIZMANRUZAINIRIZMANRUZAINI adalah label gabungan bakat kreatif dua pereka muda, Rizman bin Nordin dari Pulau Pinang dan Wan Ruzaini yang dilahir dan dibesarkan di Perak. Kini, kedua-dua pereka ini mengusahakan sebuah butik fesyen mewah dan sangat popular dalam industri fesyen Malaysia. Jenama mereka setanding dengan jenama terkenal lain di negara ini. Graduan UiTM dengan kelulusan Ijazah Sarjana Muda Kepujian dalam Rekaan Fesyen ini mula menempa nama mereka sejak mereka masih menuntut, dan telah dianugerahkan pelbagai sijil kecemerlangan oleh Universiti mereka kerana menaikkan nama Universiti, selain menerima Anugerah Dekan kerana kecemerlangan pembelajaran.

RIZMAN RUZAINI - NIVEA MEN

Kini RIZMANRUZAINI sudah dikenali sebagai salah satu nama fesyen yang paling diminati dalam industri fesyen tempatan. Nama-nama besar dalam industri hiburan dan fesyen seperti diva Dato' Siti Nurhaliza dan Ziana Zain, Ratu Soul Malaysia, Ning Baizura, dan Primadona Erra Fazira sering menggayakan busana rekaan mereka, terutama sekali untuk majlis formal. Dengan pilihan fabrik dan gaya mereka yang menawan, digabungkan dengan sentuhan keanggunan klasik tetapi tetap menarik, dua pereka ini sentiasa menjadi buruan ramai VVIP dan kerabat diraja dari Selangor, Terengganu dan Pahang.

RIZMAN RUZAINI - NIVEA MEN

RIZMAN RUZAINI - NIVEA MEN

RIZMAN RUZAINI - NIVEA MEN

RIZMAN RUZAINI - NIVEA MEN

RIZMAN RUZAINI - NIVEA MEN

RIZMAN RUZAINI - NIVEA MEN

RIZMAN RUZAINI - NIVEA MEN

RIZMAN RUZAINI - NIVEA MEN

RIZMAN RUZAINI - NIVEA MEN

RIZMAN RUZAINI - NIVEA MEN

RIZMAN RUZAINI - NIVEA MEN

RIZMAN RUZAINI - NIVEA MEN

RIZMAN RUZAINI - NIVEA MEN

RIZMAN RUZAINI - NIVEA MEN

RIZMAN RUZAINI - NIVEA MEN

RIZMAN RUZAINI - NIVEA MEN

RIZMAN RUZAINI - NIVEA MEN

RIZMAN RUZAINI - NIVEA MEN

RIZMAN RUZAINI - NIVEA MEN

Related

Komen via Facebook

Komen

Read more ...

Teringin Nak Tukar Kereta Baru, Pemuda Ini Ada Caranya

Ish, ko tukar kereta baru lagi ke bro? Bukan ko baru pakai kereta ni ker? Tak rasa rugi ker tukar kereta baru ni? Begitulah soalan yang bertalu-talu kita tanya, dekat kawan, sedara, sepupu bila mana mereka menukar kereta baru. Apa tidaknya, kita sendiri ni pun, yang pakai kereta dekat 9 tahun, masih lagi tak berani nak tukar kereta lain, iya la, loan pun tak habis bayar lagi. Tapi, mestilah mereka ni semua ada caranya kan, kalau tak, takkan lah berani nak bertukar kereta setiap 3 atau 5 tahun, boleh habis simpanan kalau tak ada cara yang betul. Ha, inilah yang admin nak kongsikan, macam mana kita boleh realisasikan angan-angan nak tukar kereta baru menjadi realiti, saudara Khairul Ezuwan dah kongsikan step by step, cara efektif nak upgrade kereta, jom kita baca! Bak kata saudara Khairul Ezuwan,sekadar gambar hiasan,duduk jer tak beli,duduk free,beli kena bayar. Cara efektif upgrade kereta 3 ke 5 tahun sekali  Kita selalu melihat segelintir orang yang mana setiap 3 atau 5 tahun asyik bertukar kereta baru, pastu siap upgrade lagi. Tidak lain dari kotak fikiran kita hanya berfikir mereka ni orang kaya atau hanya membazir. Pemikiran Kita akan berubah pada mereka bila kita tahu kaedah ini.

1. Mereka akan pastikan deposit untuk Beli kereta tidak kurang 20% dr harga kereta tersebut sebagai contoh kereta berharga RM100K dengan RM80K sahaja pembiayaan.

2. Tempoh pembiayaan maksimum hanya 5-7 thn sahaja. Yang banyak saya lihat, jika harga begini, mereka akan guna kaedah 5 tahun sahaja pembiayaan. Sebenarnya Kita boleh bayar untuk tempoh 5 tahun tapi Kita yang buat pilihan untuk 9 tahun sebab nak bayar installment yang lebih murah.

3. Kenapa 5 tahun? Kereta adalah Sewa beli yang merupakan satu liability yang negative. Warranty kereta baru juga biasanya max 5 tahun sahaja & banyak kereta buat masalah lepas 5 tahun. Mereka akan tukar kepada kereta baru sebelum tempoh warranty tamat. Dapat warranty baru lagi 5 thn. Maknanya less cost of maintenance dan berkait juga dengan keselamatan seperti risiko kerosakan di tengah jalan.

4. Trade in kereta tersebut dalam tempoh 5 thn, kereta pon dah habis bayar. Kereta yang baru berusia 5 tahun masih mempunyai nilai yang tinggi di pasaran sebab beli Kereta terpakai baru berusia 5 tahun, masih boleh buat pembiayaan bank 9 tahun, so demand masih tinggi kepada pembeli kedua. Ambil depreciation value 10% setahun. Maknanya value masih ada RM50K. Jadikan sebagai deposit kereta baru yang berharga RM130K. Pinjaman RM80K sahaja. Jadi komitmen still tidak berubah tetapi dapat kereta baru yang lebih selesa dan yang paling penting peace of mind dengan warranty yang disediakan.

5. Kereta baru profit rate yg lebih rendah. Lebih pendek tempoh pembiayaan biasanya semakin rendah profit rate yang diberikan.

Sekadar berkongsi kaedah, tidak semestinya boleh diikuti kerana setiap orang mempunyai capacity, capability & menta lity yg berbeza. Ada yang memang mampu bayar tempoh 9 tahun, ada yang nak cepat habis bayar, Ada yang suka tiada hutang kereta, Ada yang lebih suka beli Kereta murah cash . Itu terpulang kepada pilihan masing-masing. Mana yang sesuai, boleh gunakan kaedah ini. - Siakap Keli

Read more ...

Bawah 16 tahun, M'sia tewas 3-0 kepada Oman

Malaysia memulakan kempen Kejohanan Bola Sepak Asia Bawah 16 Tahun dengan langkah kiri apabila kalah 3-0 kepada Oman pada perlawanan pembukaan Kumpulan C di Stadium Pandit Jawaharlal Nehru di Goa, India, semalam.

Pada perlawanan yang disiarkan secara langsung oleh stesen televisyen swasta, Oman mendahului 1-0 pada babak pertama menerusi jaringan penalti oleh Arshad Alawi pada minit ke-20.

Pada babak kedua, Oman menambah jaringan menerusi Yousuf Malki pada minit ke-63 sebelum Arshad sekali menepati sasaran untuk gol ketiga pada minit ke-78.

Terdahulu, dalam perlawanan kumpulan yang sama, Iraq menewaskan Korea Selatan 2-1.

Malaysia akan menentang Iraq manakala Oman akan berdepan dengan Korea Selatan pada perlawanan kedua masing-masing, Isnin ini.

Sejumlah 16 pasukan menyertai kejohanan anjuran Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) itu dengan kesemua pasukan diletakkan dalam empat kumpulan.

Selepas perlawanan kumpulan, dua pasukan teratas dalam setiap kumpulan akan mara ke peringkat suku akhir.

- Bernama

Read more ...

Jenazah Haron Din dikebumi di San Francisco

KUALA LUMPUR: Jenazah Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din, akan dikebumikan di tanah perkuburan Islam di daerah San Francisco, California.
Read more ...

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *