Recent Post

Saturday, July 23, 2016

(8 FOTO) Sekitar Majlis Pertunangan Amar Baharin & Amyra Rosli

Tahniah kami ucapkan kepada pasangan Amar Baharin dan Amyra Rosli yang sudah sah mengikat tali pertunangan dalam sebuah majlis tertutup yang berlangsung di Sunway Montana, Desa Melawati petang semalam.

Majlis berkenaan berlangsung dengan cukup indah sekali dan Amyra kelihatan begitu cantik dan anggun mengenakan busana berwarna putih. Amar juga cukup kacak dengan berpakaian kemeja berwarna putih sedondon dengan Amyra.

Amar dan Amyra bakal bernikah pada 11 November depan dan majlis persandingan pihak perempuan akan diadakan sehari selepas mereka disatukan sebagai suami isteri.

Majlis resepsi pihak lelaki pula bakal diadakan pada 19 November depan.

Semoga segala perancangan mereka untuk berkahwin dipermudahkan. Harapnya dalam tempoh bertunang ini mereka diberikan kesabaran dan toleransi.

Jom layan beberapa lagi foto sekitar majlis pertunangan Amar Baharin dan Amyra Rosli dengan membaca entri ini sepenuhnya.

Sumber Berita : BH ONLINE

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.
Read more ...

Pencarian MH370 akan digantung selepas beres baki 10000 kilomiter persegi รข€¦ - AgendaDaily

Terakhir dikemaskini: 22 Julai 2016 By ROSLI ISMAIL

Kini sudah lebih dua tahun sejak pesawat Malaysian Airlines MH370 yang membawa 239 penumpang dan anak kapal, hilang ketika dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing pada 8 Mac 2014.

Pencarian yang dibuat di kawasan Lautan Hindi Selatan dimana lokasi terakhir pesawat itu dipercayai berakhir sejak itu sudah meliputi 110,000 kilimoter persegi.

Jumaat…mesyuarat Menteri Pengangkutan tiga negara berkaitan Malaysia, China dan Australia di Kuala Lumpur sudah capai satu keputusan.

Malaysia diwakili oleh Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Keputusannya ialah gerakan mencari MH370 akan digantung apabila pencarian selesai dilakukan di kawasan seluas 120,000 kilometer persegi.

Makanya 120,000 km persegi tolak 110,000 km persegi dimana pencarian sudah dibuat maka tinggal 10,000 km persegi sahaja.

Sebaliknya pencarian hanya akan diteruskan semula sekiranya terdapat pe nemuan bukti kukuh mengenai lokasinya di masa akan datang.

Perkara ini dinyatakan dalam kenyataan bersama  mereka sempena mesyuarat itu.

Menurut kenyataan itu para menteri berkenaan mengaku bahawa walaupun segala usaha telah dilakukan semua pihak yang terlibat, kemungkinan pesawat itu akan dijumpai semakin tipis.

"Para menteri bersetuju bahawa sekiranya pesawat berkenaan tidak dijumpai di kawasan pencarian sekarang, dan sekiranya tidak terdapat bukti baharu yang berwibawa bagi mengenal pasti lokasi khusus terletaknya pesawat itu, pencarian tidak akan dihentikan, tetapi digantung dahulu setelah usaha mencari selesai dilakukan di kawasan seluas 120,000 km persegi," katanya.

Menurut kenyataan itu, para menteri berkenaan menegaskan sekali lagi bahawa usaha mencari MH370 tidak pernah diabaikan.

"Penggantungan tidak bererti usaha mencari ditamatkan," katanya.- 22/7/2016

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Read more ...

Kenyataan Ruhainies Akui Dipergunakan Dalam Harian Metro

Ini pula petikan statement Ruhainies Akui Dipergunakan. Sumber Harian Metro

"Itu memang saya, tetapi saya dipergunakan."

Itu penjelasan pelakon Ruhainies berhubung video yang memaparkan aksi seorang lelaki berjalan berdua dengannya di sebuah pusat membeli-belah terkemuka di sini.

Ruhainies mendakwa, dia tidak menyangka lelaki yang bergelar Datuk itu mempergunakannya bagi tujuan peribadi.

"Memang saya ada bertemu dengannya tetapi bukan berdua sebaliknya turut ditemani adik dan pengurus saya.

"Saya sendiri tidak sedar dia meletakkan tangan di belakang saya semasa menaiki eskalator. Saya mengesyaki, dia mempunyai niat tidak baik kerana video itu seperti dirakam oleh individu yang diupah," katanya.

Sambung Ruhainies, adalah mustahil video itu dirakam peminat atau orang awam.

"Saya tak rasa ada orang yang terlalu gigih mengekori saya dari satu tempat ke tempat yang lain dalam tempoh masa yang lama.

"Lagi pun, kalau video dan gambar itu dirakam oleh orang awam, tidak mungkin individu itu akan menghantar video berkenaan kepada media," katanya.

Jelas Ruhainies, dia bertemu dengan lelaki itu atas urusan kerja dan tidak mempunyai sebarang hubungan intim.

"Saya masih waras untuk bercinta dengan suami orang secara terang-terangan di tempat awam," katanya.

Terdahulu, sebuah portal berita memuat naik rakaman video berserta gambar memaparkan seorang wanita dan lelaki berjalan dalam keadaan mesra di pusat membeli-belah.

Menerusi laporan itu, wanita berkenaan dikatakan pelakon baru manakala lelaki terbabit pula suami kepada seorang penyanyi popular.

Sementara itu, suami kepada penyanyi Adira, Adnan menafikan dakwaan pelakon itu yang menganggap dirinya dipergunakan.

"Apa untungnya saya memerangkap dia? Kalau nak meraih populariti sekalipun bukan dengan dia. Cukuplah saya sudah beristerikan Adira.

"Kalau saya nak ambil kesempatan lebih baik saya keluar dengan artis kelas A.

"Saya rasa perbuatan ini dilakukan musuh saya atau pembenci Ruhainies. Kalau betul saya nak buat perkara seperti yang didakwa, baik saya ke hotel,'" katanya.

Adnan menjelaskan, Ruhainies bukanlah wanita pilihan hatinya untuk dijadikan isteri.

Bagaimanapun dia mengakui ada menyimpan hasrat untuk berkahwin lagi.

"Terus-terang saya memang teringin berkahwin tiga malah kalau dapat empat lagi bagus. Namun saya belum ada calon sesuai dan Ruhainies bukan gadis pilihan saya.

"Tidak dinafikan, saya memang seorang yang mudah mesra apabila bertemu dengan orang ramai. Dalam masa sama ada juga yang mengatakan saya miang," katanya.

Sambung Adnan lagi, dia tidak menyedari bagaimana tangannya boleh berada di pinggang pelakon itu.

"Ia berlaku secara spontan sehingga saya tak sedar tangan sudah berada di pinggang Ruhainies. Jangan ingat kereta saja ada pemanduan auto, tangan pun boleh bergerak secara automatik," katanya.

Related

Komen via Facebook

Komen

Read more ...

(Video) Netizen Puji Kebolehan Pemandu Bas Buat U-Turn Mustahil di Jalanraya Sempit

China - Kebolehan seorang pemandu bas di sini membuat pusingan U di satu jalan yang sempit dipuji oleh netizen di negara itu.

Pemandu bas dari bandar Xingtai, wilayah Hebei itu membuat pusingan U mustahil itu di sebatang jalan yang lebarnya sedikit sahaja lebih dari lebar bas berkenaan.

Difahamkan, pemandu bas itu terpaksa membuat pusingan U selepas jalan yang ingin dilaluinya ditenggelami air akibat hujan lebat.

Video yang merakamkan aksi bas Nombor 6 itu membuat pusingan U menjadi viral di negara terbabit dan mendapat pujian netizen.

Seorang netizen menulis : "WOW, saya tabik pemandu bas ini". "Sangat pandai! Saya harap dia boleh ajar saya bagaimana nak memandu seperti itu", tulis seorang netizen lagi. - Siakapkeli.my

**jaga-jaga, video patah tengkuk

Sumber : http://shanghaiist.com
Read more ...

Tunku Aziz: Siasatan AS terhadap 1MDB 'keajaiban dunia moden'.

Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim berkata kekurangan komunikasi dengan 1Malaysia Development Bhd (1MDB) berhubung saman sivil yang difailkan Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat adalah antara beberapa perkara yang menimbulkan tanda anya kepada beliau.

Dalam artikel yang diterbitkan oleh portal berita Malaysia Outlook, beliau yang merupakan bekas Penasihat Khas Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa Bersatu mempersoalkan kaedah yang digunakan dalam memperoleh maklumat sebagai apa yang beliau sifatkan 'keajaiban dunia moden'.

"Bagaimana seseorang boleh melakukan siastan menyeluruh dan profesional tanpa mendapat dan memperoleh maklumat daripada sumber utama seperti para pegawai 1MDB dan pihak berkuasa berkaitan lain termasuk pegawai perundangan Malaysia," katanya.

Saman sivil bagi mendapatkan kembali aset melebihi AS$1 bilion yang didakwa diseleweng diumumkan oleh Peguam Negara Amerika Syarikat, Loretta E Lynch pada Rabu.

Tunku Abdul Aziz berkata adalah dikesalkan Ame rika memilih untuk memerangi rasuah merentasi sempadan dengan berselindung di sebalik bayangan prinsip moral yang tinggi yang tidak boleh dipersoalkan.

"Malah dalam niat yang sama, walaupun tidak menamakan sesiapa, mereka meletak motif tidak baik kepada perdana menteri kita (Datuk Seri Najib Razak) dan menyerang reputasi dan wataknya, tanpa boleh memberikan sebarang bukti.

"Perlu kita mengingatkan diri kita bahawa tiada langsung sebarang petunjuk dalam mana-mana sisastan yang dijalankan pihak berkuasa setakat ini di Switzerland dan Malaysia bahawa Najib telah mencuri apa-apa pun daripada 1MDB," tegas Tunku Abdul Aziz.

Beliau berkata Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara yang mengandungi penggubal undang-undang daripada kerajaan dan pembangkang, selepas berbulan-bulan melakukan siasatan dan sentiasa berunding dengan Ketua Audit Negara, baru-baru ini telah mengeluarkan laporan yang melepaskan perdana menteri daripada sebarang dakwaan salah laku.

"Secara ringkas, dakwaan terhadap beliau adalah tidak bertimbang rasa, berdendam dan tidak serius. Dalam semua keadaan, Najib adalah tidak bersalah sehingga dibuktikan bers alah di bawah undang-undang.

"Apa yang mengejutkan ialah terdapat ramai antara kita yang tidak dapat menerima kebenaran yang perdana menteri adalah tidak bersalah sehingga dibuktikan bersalah," tambah beliau.

- Bernama

Read more ...

Terap 3 nilai di sekolah, jamin kesejahteraan negara - PM

SERDANG: Datuk Seri Najib Razak mahu tiga nilai utama diterap dalam kurikulum di semua Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) dan Sekolah Kebangsaan (SK) sebagai aspek penting dalam menjamin kestabilan, kesejahteraan serta kemakmuran negara.
Read more ...

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *