Recent Post

Sunday, August 14, 2016

Serah diri atau tunggu Kami - KP SPRM - AgendaDaily

Terakhir dikemaskini: 14 Ogos 2016 By BERNAMA

Itu amaran Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang baharu, Datuk Dzulkifli Ahmad, 48, yang sekaligus turut membuka ruang kepada pelaku rasuah untuk tampil 'menyerah diri' secara sukarela bagi memungkinkan hukuman lebih ringan dipertimbangkan terhadap mereka.

"Datang sekarang, ini peluang yang saya buka, datang bila-bila masa sebelum diambil tindakan. Kalau sudah diambil tindakan baru nak jumpa kami, tak payahlah. Kalau dah rasa 'panas', datanglah.

"Kita akan kaji dan bincangkan dengan pihak Peguam Negara apa tindakan yang boleh diambil (untuk diringankan hukuman) kerana soal pendakwaan adalah di bawah tanggungjawab mereka," katanya dalam satu temu bual eksklusif dengan Bernama di pejabatnya, di Putrajaya,Sabtu.

Tawaran itu walau dilontarkan dalam nada penuh toleransi, namun ketegasan bos baharu agensi antirasuah negara itu jelas kelihatan apabila menyifatkan tidak akan 'pilih bulu' dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab suruhanjaya itu dalam usaha mencegah jenayah rasuah di negara ini.

Dzulkifli yang mengambil alih jawatan itu menggantikan Tan Sri Abu Kassim Mohamed bermula 1 Ogos lepas berkata fokus utama beliau sebaik dilantik menerajui SPRM ialah untuk menekankan peranan suruhanjaya itu dalam usaha meningkatkan integriti sama ada di sektor awam atau swasta.

Katanya dalam melaksanakan peranan itu, tidak mustahil amaran yang diutarakan itu diterjemahkan dengan serbuan di pejabat-pejabat kerajaan atau swasta yang berkaitan jika terdapat sebarang bukti pelakuan rasuah.

"Nantikan saja dalam masa terdekat ini, akan ada 'salam perkenalan' daripada Ketua Pesuruhjaya SPRM yang baharu," katanya.

Katanya tempoh dua minggu (sejak mula memegang jawatan Ketua Pesuruhjaya SPRM) sudah cukup untuk beliau memahami mengenai suruhanjaya itu dan sudah sampai masanya untuk melihat hasil perlaksanaannya.

"Saya seorang lelaki yang kurang berkata-kata. Saya tidak banyak bercakap, saya seorang yang gemar melakukan dan mengambil tindakan. Saya ingin beri nasihat dan amaran kepada yang terlibat rasuah agar berhenti serta-merta.

"Ini bukan amaran kosong. Kepada sesiapa yang selama ini mempunyai pendapatan yang lain daripada gaji yang sepatutnya diterima, iaitu rasuah, sila hentikan," katanya.14/8/2016 - Oleh Sharifah Nur Shahrizad Syed Sharer dan Syarifah Hunaini Syed Ismail,Bernama 

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Read more ...

Edrie Hashim, Pak Ngah & Ajai Cari Peserta Program 3 JUARA

TV3 bakal memperkenalkan sebuah rancangan realiti nyanyian eksklusif penuh kelainan di mana menampilkan tiga komposer hebat tanah air yang mewakili tiga genre, Rock, Balada dan Irama Malaysia, demi mencari Satu Juara bagi setiap genre. Tiga genre yang dipertandingkan ini bakal diwakili oleh komposer-komposer terkenal seperti Edrie Hashim untuk Rock, Ajai untuk Balada dan Pak Ngah untuk Irama Malaysia.

Tujuan utama rancangan ini diperkenalkan adalah untuk mencungkil bakat-bakat baharu sebagai pelapis genre-genre yang dipertandingkan serta mengangkat martabat genre-genre kegemaran rakyat Malaysia ke tahap yang lebih tinggi.

Enam peserta akan berentap antara mereka daripada setiap genre sehingga ke peringkat akhir demi meraih gelaran juara genre masing-masing.

Hadiah wang tunai lebih RM 300, 000 menjadi rebutan kesemua 18 peserta 3 Juara selain membawa pulang pengalaman berharga menuntut ilmu dengan komposer-komposer tanah air yang tidak mampu diperolehi dimana-mana.

Edrie, Ajai, Pak Ngah, Pn Zurina, En Sufian merasmikan sesi ujibakat 3 Juara

Menurut Pengurus Besar, Kumpulan Pengurusan Jenama dan Rancangan TV3 dan TV9, Puan Zurina Othman,

"Kami teruja untuk memperkenalkan rancangan realiti 3 Juara ini kerana ia mampu menarik perhatian penggemar muzik tanah air dimana formatnya berbeza dengan rancangan-rancangan realiti nyanyian yang lain. Jika dibandingkan dengan lambakan rancangan realiti, 3 Juara ini lebih fokus mendidik peserta kearah kecenderungan keserasian vokal dan bakat kepada sesuatu genre terlebih dahulu,

Ini amat penting kerana dari sinilah akan lahirnya pelapis atau bakal pengganti Amy Search, Dato Siti Nurhaliza, dan Noraniza Idris dimana setiap mereka ini terkenal dan menjadi legenda dengan genre muzik mereka masing-masing. Kami yakin bahawa program 3 Juara ini mampu mencipta fenomena tersendiri dan bakal mengemparkan industri muzik tanah air."

Dalam sebuah Sesi Taklimat Media yang telah berlangsung di Bilik Bunga Dahlia, Hotel Seri Pacific, Kuala Lumpur semalam, ketiga-tiga orang komposer telah menyuarakan kriteria khusus yang dicari daripada para peserta uji bakat kelak.

En Sufian dan Pn Zurina ketika sesi temu bual bersama media

Menurut Pak Ngah, Komposer yang mewakili genre Irama Malaysia pula, "Untuk menyanyikan lagu berirama tradisional ini memerlukan teknik vokal yang mantap dan kawalan yang baik. Biarpun ia irama zapin, dondang sayang, atau ghazal, setiap varian Irama Malaysia itu memerlukan teknik yang berbeza. Oleh itu, saya menggalakkan para peserta uji bakat untuk menyanyikan lagu Irama Tradisional atau etnik negeri masing-masing dalam sesi uji bakat nanti, kerana ia merupakan markah tambahan untuk mereka yang menguasai irama etnik mereka. Jika ada peserta uji bakat yang ingin membawa instrumen muzik tradisional sendiri juga dialukan, tetapi hendaklah menyanyi dalam Bahasa Melayu."

Edrie menerangkan imej itu penting sebagai pakej seorang penghibur

Menurut Ajai, Komposer yang mewakili genre Balada, "Saya mencari penyanyi-penyanyi balada yang mempunyai vocal range yang luas. Ini bermakna peserta uji bakat yang saya cari adalah mereka yang mampu menyanyi dengan nada rendah serta naik ke nada tinggi dengan kawalan vokal yang baik. Saya mahukan mereka yang sudah ada 50% ilmu nyanyian di mana 50% lagi akan saya tambah dengan ilmu yang mereka tidak tahu lagi."

Ulasan Edrie Hashim, selaku Komposer genre Rock pula, "Genre Rock ini hendaklah datang dari hati atau passion dan tidak dibuat-buat. Kebanyakan anak-anak muda kita yang ingin membawa lagu bergenre Rock yang boleh kita lihat di media sosial, mereka mengada-adakan personaliti Rock itu dan tidak secara semula jadi. Tambahan pula, kebanyakan anak muda kita sering beranggapan bahawa berambut panjang dan memakai pakaian hitam adalah Rock, tetapi jiwa suara mereka bernada balada. Oleh itu, saya mahukan peserta uji bakat yang hadir kelak hendaklah memilih genre yang mereka betul-betul mahukan dan bukan sekadar untuk mencuba-cuba sahaja."

Pak Ngah sedang menyuarakan kriteria peserta diingininya

Program realiti 3 Juara ini akan dikemudi oleh Produser Eksekutif En. Muhamad Sufian Che Isa. Kru produksi serta Ajai, Pak Ngah, dan Edrie akan menjelajah ke beberapa buah negeri di seluruh Malaysia sepanjang sesi uji bakat 3 Juara. Berikut adalah lokasi-lokasi uji bakat 3 Juara:

TARIKH NEGERI LOKASI WAKTU

TARIKH NEGERI LOKASI WAKTU 27 – 28 August Pulau Pinang The Light Hotel, Seberang Jaya 9am – 4 pm 3 – 4 Sept Johor Grand Blue Wave Hotel, Johor Bahru 9am – 4 pm 10 – 11 Sept Sabah Hotel Promenade, Kota Kinabalu 9am – 4 pm 17 – 18 Sept Sarawak Merdeka Palace, Kuching 9am – 4 pm 24 – 25 Sept Kuala Lumpur Seri Pacific Hotel 9am – 4 pm

Kepada yang berbakat dan bercita-cita besar untuk menonjolkan bakat mereka, terdapat beberapa syarat kelayakan yang hendaklah dipatuhi. Para peserta uji bakat hendaklah berbakat, berperawakan menarik dan berwarganegara Malaysia yang berumur dalam lingkungan 18 hingga 28 tahun. Penyertaan hendaklah secara solo sahaja dan mereka hendaklah membawa gambar berukuran passport serta cakera padat (CD) minus one sendiri. Pilihan lagu adalah bebas mengikut genre pilihan masing-masing.

Yang manakah genre kegemaran anda? Para peminat muzik dijemput hadir menyaksikan rancangan realiti 3 Juara secara langsung setiap hari Ahad pada jam 9 malam bermula 16 Oktober 2016 di Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam.

Untuk maklumat lanjut anda boleh layari laman web www.tv3.com.my dan ikuti juga laman sosial Facebook, Twitter dan Instagram TV3 iaitu @TV3Malaysia.

Pak Ngah Komposer Irama Malaysia

Edrie Komposer Rock (2)

Ajai Komposer Balada (2)

3 Komposer Mahukan Anda

Related

Komen via Facebook

Komen

Read more ...

Dulu ‘Speechless’ Ketika Bergambar Dengan Micheal Phelps, Kini Kalahkan Idolanya Itu Untuk Menang Emas Olimpik

13 Ogos - Sukan Olimpik baru-baru ini dikejutkan dengan kekalahan peserta dari USA, Micheal Phelps kepada seorang perenang dari Singapura yang berusia 21 tahun, Joseph Schooling dalam acara 100 meter gaya kupu-kupu lelaki.

Ironinya, Micheal Phelps dikalahkan sendiri oleh seorang kanak-kanak yang pernah menjadikannya seorang idola dahulu.

Kisah tentang 'peminat mengalahkan idola' itu menjadi viral bersama satu gambar Micheal Phelps dan Joseph Schooling pada 2008.

Gambar itu adalah gambar Joseph dan Phelps di Singapura ketika pasukan USA sedang berlatih sebelum Olimpik 2008. Di dalam Olimpik itu, Phelps memenangi 8 pingat emas.

"Mereka datang ke kelab dimana saya berlatih"

"Semua orang bagun dan semuanya teruja dan berkata 'Micheal Phelps! Itu Micheal Phelps' dan saya ingin bergambar dengannya", kata Schooling.

Phelps kemudian bersetuju untuk bergambar. Di dalam gambar itu, Schooling kelihatan comel tetapi sedikit terpegun. Menurut Schooling, ketika mengambil gambar itu dia masih terkejut dan tidak boleh membuka mulu.

Dan lapan tahun selepas gambar itu diambil, Schooling memenangi Olimpik dengan mengalahkan Phelps, dalam masa yang sama memecah rekod Phelps di Beijing.

"Ianya agak gila, apa yang boleh berlaku dalam masa lapan tahun," kata Schooling yang juga merupakan seorang pelajar di Universiti of Texas.

"Saya merasa bangga dan bertuah kerana berpeluang berlumba bersamanya,"kata Schooling.

Micheal Phelps sepanjang kariernya memenangi 22 pingat emas Olimpik, termasuk 4 pingat emas dalam Olimpik tahun ini.

Read more ...

Umno 'berpengalaman' tangani parti serpihan S46, PKR

Umno mempunyai mekanisme tersendiri untuk memastikan tiada anggotanya yang memberi sokongan kepada Parti Pribumi Bersatu Malaysia, kata Naib Presiden Umno, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Katanya, sebagai sebuah parti yang telah lama ditubuhkan, Umno mempunyai banyak pengalaman dalam menghadapi penubuhan parti serpihan oleh pihak yang kecewa seperti Semangat 46 dan PKR.

Hishammuddin yang juga Menteri Pertahanan memberi amaran tindakan tegas akan diambil ke atas mana-mana anggota Umno yang didapati memberi sokongan kepada parti baharu itu.

"Bagaimanapun siasatan rapi perlu dibuat sebelum tindakan diambil untuk memastikan tiada sesiapa yang teraniaya.

"Tindakan tidak boleh dibuat secara rambang. Kita tidak mahu nanti ada pihak yang mengeksploitasikannya untuk kepentingan sendiri," katanya kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat perwakilan Umno bahagian Batu Gajah, hari ini.

Hishammuddin berkata demikian sebagai mengulas mengenai penubuhan parti berkenaan yang didaftarkan Selasa lepas.

Menjelas lanjut, Hishammuddin berkata pelbagai cabaran dan dugaan yang melanda Umno ketika ini boleh diatasi sekiranya anggota parti di semua peringkat memberi sokongan kepada kepimpinan.

"Sokongan mereka kepada kepimpinan parti itu penting. Pelbagai isu yang kita hadapi kalau dikongsi bersama ahli, ia akan menguatkan parti.

"Pastikan parti kita wadah kita untuk generasi akan datang, apa yang kita lakukan jauh lebih penting daripada kepentingan individu," katanya.

- Bernama

Read more ...

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *