Recent Post

Saturday, July 16, 2016

(GOSIP)Gambar Pernikahan Tersebar, Adi Putra Didakwa Kahwin Dua

Sebelum ini kita pernah dikejutkan dengan dakwaan skandal Adi Putra dengan seorang wanita, kali ini satu lagi berita mengejutkan tentang pelakon ini tersebar. Khabar angin sedang bertiup kencang mendakwa pelakon tersebut telah pun berkahwin buat kali kedua dengan seorang janda anak satu berusia 33 tahun. Majlis pernikahan pasangan itu dikatakan berlangsung di kediaman pihak pengantin perempuan dengan disaksikan keluarga dan sahabat karib. Isteri kedua Adi Putra ini juga dikatakan rakan kongsi perniagaan Adi sejak setahun lalu dan Adi merupakan suaminya yang ketiga.

adi putra

Menurut pengirim gambar, isteri kedua Adi Putra merupakan seorang pegawai di sebuah jabatan kerajaan. Diminta mengesahkan dakwaan ini, Aida Yusof, isteri Adi Putra enggan mengulas lanjut dan menyerahkannya kepada Adi untuk menyelesaikan masalah mereka. Sementara itu Adi Putra pula tidak dapat dihubungi menerusi telefon.

adi putra

Sudah tentu berita ini mengejutkan semua pihak terutamanya peminat Adi Putra. Sama-sama kita nantikan penjelasan daripadanya. Sumber Astro Gempak.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.
Read more ...

Hina JAIS, Sultan Selangor: PKR diminta ambil tindakan terhadap Darell - Utusan Malaysia

KUALA LUMPUR 16 Julai - Parti Keadilan Rakyat (PKR) perlu mengambil tindakan terhadap Naib Presidennya, Darell Leiking yang telah menghina Sultan Selangor dan Jabatan Agama Islam Selangor.

Pada sekitar 7 Julai lalu, Naib Presiden PKR itu dilaporkan telah memuat naik status menerusi akaun Facebook peribadi beliau, yang antara lain kandungannya mempertikaikan khutbah yang dikeluarkan oleh JAIS sempena Aidilfitri 6 Julai lalu yang ada menyentuh mengenai usaha mempertingkatkan serta memartabatkan institusi perundangan Syariah menerusi usul Rang Undang-Undang Persendirian mengenai Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 di Parlimen.

Ahli Parlimen Sungai Besar, Budiman Mohd. Zohdi berkata, paling mendukacitakan, Darell yang juga Ahli Parlimen Penampang, Sabah itu mengaitkan kandungan khutbah tersebut seolah-olah satu satu permulaan Selangor kini diuruskan oleh golongan ekstremis.

"Itu adalah kenyataan yang sangat berniat jahat dan semborono yang jelas sekali menunjukkan kedangkalan ilmu, kecetekan budi bahasa serta kegagalan beliau dalam memahami isu sebenar mengenai perkara itu. Ini termasuklah beliau juga tidak peka serta memahami sensitiviti rakyat khususnya umat Islam di Malaysia," kata Budiman melalui kenyataan yang dimuat naik di facebooknya hari ini.

Kata Budiman, umum mengetahui bahawa JAIS bertanggungjawab dalam hal ehwal Islam di Selangor dan perlaksanaan oleh pihak berkuasa yang dilantik itu adalah selaras dengan peruntukan dan bidang kuasa Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, yang merupakan Ketua Agama Negeri.

"Justeru, kenyataan dangkal serta salah fakta yang dibuat oleh Darell tersebut yang menyatakan negeri ini diuruskan oleh golongan ekstremis sudah tentunya akan terpalit kepada Sultan Selangor, sekali gus memperlihatkan beliau melemparkan suatu penghinaan yang tidak berasas sama sekali terhadap Baginda Sultan selaku Ketua Agama Negeri.

Beliau berkata, rakyat sebenarnya telah mula muak dan jijik dengan sikap serta amalan politik keterlaluan yang cuba menyentuh sensitiviti agama dan umat Islam yang hanya bertujuan untuk meraih sedikit perhatian dan populariti politik.

Katanya, amalan politik keterlaluan seumpama ini harus ditegah oleh semua rakyat tanpa mengira fahaman, agama , kaum dan latar belakang demi keharmonian dan keutuhan kita bersama.

"Demi untuk mengelakkan perkara ini terus berulang lagi, saya mencabar PKR dengan segala kuasa yang mereka ada, supaya tidak hanya berpeluk tubuh dan mengandaikan tindakan Darell itu tidak membawa apa-apa makna atau kesan kepada masyarakat.

"Sebaliknya, PKR khususnya Timbalan Presidennya, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali perlulah dengan seberapa segera mengambil tindakan kepada Darell sebagai pengajaran dan panduan untuk masa mendatang.

"Sebagai Menteri Besar, adalah sangat tidak wajar untuk Mohamed Azmin membiarkan tindakan Darell itu. Saya memilih untuk bersetuju dengan tindakan JAIS yang difahamkan telah membuat laporan terhadap Darell mengenai isu tersebut hari ini demi menjaga kedudukan Islam di negeri ini," katanya.- UTUSAN ONLINE

Read more ...

Peraduan Premiere With Budiey Filem STAR TREK BEYOND

Salam semua pembaca Budiey.com yang budiman,

Bagi memeriahkan lagi acara Premiere With Budiey pada bulan Julai 2016 ini, Budiey.com ingin menjemput Budieyators semua bersama selebriti untuk menonton sebuah filem aksi STAR TREK BEYOND. Yang best, tayangan ini menjemput anda menonton dalam bentuk 3D.

Sebelum apa-apa, Budiey mahu korang tonton trailer filem penuh aksi mendebarkan ini, STAR TREK BEYOND di mana anda dapat menjadi penonton pertama menontonnya sebelum ianya dibawa ke pawagam. Beberapa orang selebriti dan influencers juga akan dijemput untuk memeriahkan tayangan ini.

Jika masih tertanya-tanya tentang filem ini, apa kata anda semua menonton trailer STAR TREK BEYOND yang telah diriliskan di dada Youtube saluran United International Pictures Malaysia.

Budiey kira, ramai yang super-duper excited nak tengok movie Hollywood yang dengan drama dan aksi yang menarik ni.

Kepada yang tak berkesempatan menonton di tayangan premiere, apa kata korang nantikan sahaja filem ini yang akan berada di pawagam mulai 21 Julai 2016.

Untuk kalian yang menyukai filem aksi, pastinya filem ini sesuai untuk kalian semua.

STAR TREK BEYOND

Sinopsis Filem STAR TREK BEYOND

Filem aksi ini bercerita tentang sebuah petualangan yang dilakukan oleh pesawat yang diketuai oleh Kapten James T. Kirk dan Spock. Pesawat induk USS Enterprise tiba tiba mendapat serangan mendadak dari sekelompok alien yang menyeramkan dan bertujuan mencari planet baru untuk mereka tempati bersama sama.

Kapten James tetunya tidak ingin hanya berdiam diri saja, dia memerintahkan untuk melakukan serangan balik dengan bantuan dari Spock, Dr Bones dan Nyota Uhura. Mereka berusaha semaksimal mungkin untuk bisa mengalahkan alien alien yang menjengkelkan tersebut dengan upaya apapun.

Peraduan Tayangan Premiere STAR TREK BEYOND 3D

Sensasi Selebriti ingin menghadiahkan 146 keping tiket untuk Budieyators / pembaca yang boleh menghadirkan diri di tayangan premiere yang cukup eksklusif ini. Acara ini akan diadakan pada:

Tarikh:

20 Julai 2016 (Hari Rabu)

Masa Pendaftaran:

8.00 malam

Tayangan Filem:

9.00 malam

Tempat:

GSC 1 UTAMA

Anda ingin hadir? Senang sahaja. Anda hanya perlu menyertai peraduan ini dengan menjawab soalan mudah dan melengkapkan slogan dengan gaya yang paling kreatif.

Seorang pemenang akan mendapat 2 keping tiket untuk hadir di Tayangan Premiere STAR TREK BEYOND – Budiey.com di GSC 1 UTAMA. Senang je, cipta slogan, tweet & FB kemudian hantar emel. Itu je. Mudah kan?

Ingat hashtag ini: #PremiereWithBudiey #StarTrekBeyond

1.  'Like' Facebook page Budiey Dot Com dan 'Follow' Twitter & Instagram Budiey: @Budiey

Sila klik butang LIKE entri ini, Google + & share di Facebook milik anda, jika anda mahu menyertai Tayangan Premiere ini dan komenlah apa pendapat anda tentang filem ini di ruangan komen berdasarkan trailer kat atas ni. Sila cari butang LIKE, butang Google + (g+) dan butang share Facebook di bawah tajuk entri ini. Jangan lupa LIKE Facebook ini: www.facebook.com/uipmalaysia & www.facebook.com/budieydotcom

2. Sila cipta slogan kreatif anda dan hantar melalui emel bersama jawapan pada soalan di bawah. Selain itu, anda WAJIB juga Tweet slogan ini di Twitter.

Kepada yang ada Twitter, sila gunakan hashtag event ini iaitu #PremiereWithBudiey. Tweetkan slogan anda tidak lebih 140 huruf.

Slogan: @budiey Saya mahu hadir di #PremiereWithBudiey #StarTrekBeyond kerana…. (tidak lebih dari 100 huruf)

Jika anda tiada Twitter, boleh letak di Facebook. Tapi sebaik-baiknya di Twitter ya sebab senang Budiey nak reTweet dan baca.

3. Jawab soalan mudah ini:

1. Namakan pelakon utama filem STAR TREK BEYOND

2. Sila emelkan jawapan & slogan anda:

Slogan: Saya mahu hadir di Tayangan Premiere STAR TREK BEYOND – Sensasi Selebriti kerana…. (tidak lebih dari 100 huruf)

Sertakan juga maklumat peribadi:

Nama:

Twitter:

Alamat surat menyurat:

Email:

Nombor telefon:

Hantarkan jawapan anda kepada:

dengan tajuk email: Peraduan Tayangan Premiere STAR TREK BEYOND – Sensasi Selebriti 

Tarikh tutup peraduan:

20 Julai 2016

Pemenang akan dihubungi oleh Budiey melalui email & Twitter.

Peringatan: Sila tulis tajuk emel anda dengan betul ya. Kalau salah tajuk emel ni, nanti Budiey tak dapat kasi sebab takde dalam list carian kat emel. Orait?

Terima kasih kepada www.facebook.com/UIPMalaysia dan pembaca Sensasi Selebriti yang sentiasa memberikan sokongan. Bertemu lagi di peraduan dan kuiz yang akan datang.

Jangan lupa untuk menonton filem yang cukup mengkagumkan ini mulai 21 Julai 2016.

Jom layari dan LIKE Fanpage: www.facebook.com/UIPMalaysia dan langgan (subscribe) Youtube Channel United International Picture : www.youtube.com/UIPMalaysia

Dapatkan info lanjut di laman website: www.uip.com.my

Jangan lupa follow Budiey di Twitter (@budiey) and 'Like' Facebook page Budiey Dot Com untuk mengetahui ulasan filem dan berita terkini tentang dunia hiburan.

Related

Komen via Facebook

Komen

Read more ...

Lelaki Cekik Wanita Sampai Mati Kerana Berang Dihina Lemah Batin

Jakarta: Hanya disebabkan berang dihina kerana tenaga batinnya yang lemah, seorang lelaki bertindak membunuh seorang wanita sebelum menyumbat mayat mangsa ke dalam tong dan mencampakkannya.

Mayat wanita berusia 23 tahun itu, Farah Nikmah Ridhallah, ditemui dalam keadaan yang sudah membusuk di dalam sebuah tong plastik berhampiran dengan plaza tol Pantai Indah Kapuk di Jakarta Utara pada Selasa lalu.

Susulan penemuan itu, polis menahan seorang ahli perniagaan, Calvin Soepargo, 42, kerana disyakit menjadi individu terakhir yang ditemui mangsa.

Menurut jurucakap polis, Awi Setiyono, Calvin mengaku membunuh Farah selepas dihina kerana lemah tenaga batin.

Tambahnya lagi, Calvin berkata, dia bertemu Farah di sebuah apartmen di sini pada malam Jumaat lalu dan melakukan hubungan intim.

Esoknya, dia mengajak Farah melakukan perkara yang sama sekali lagi tetapi ditolak oleh wanita berkenaan yang berkata : "Kamu keluarnya cepat, mengapa mahu teruskan lagi".

"Ka ta-kata Farah itu menyebabkan Calvin marah dan dia terus memukul mangsa sebelum mencekik wanita itu hingga mati. "Kerana panik, Calvin mengambil satu tong plastik dan menyumbat mayat mangsa di dalamnya sebelum dibuang," jelasnya.

Menurutnya, Calvin kini ditahan polis dan akan didakwa atas tuduhan membunuh.

Sumber : Harian Metro

Read more ...

Polis nafi temuduga terbuka jawatan konstabel

Polis Diraja Malaysia (PDRM) menafikan khabar angin terdapat temuduga terbuka dan ujian fizikal bagi jawatan konstabel di seluruh negara seperti yang tersebar di laman sosial dan aplikasi WhatsAppbaru-baru ini.

Ketua Komunikasi Korporat PDRM ACP Datin Asmawati Ahmad dalam kenyataan hari ini berkata dakwaan temuduga yang akan diadakan mulai 5 hingga 30 November ini adalah tidak benar dan unit pengambilan Bukit Aman tidak pernah mengeluarkan sebarang makluman seperti yang tersebar itu.

"Pengumuman rasmi mengenai pengambilan sebarang jawatan polis hanya dibuat melalui portal rasmi www.rmp.gov.my dan Facebook rasmiwww.facebook.com/PolisDirajaMalaysia," katanya.

Katanya, calon yang memenuhi syarat-syarat ditetapkan akan dipanggil untuk proses pemilihan sekiranya eksesais pengambilan unit PDRM dijalankan.

Sehubungan itu, warga Malaysia yang berminat boleh memohon melalui pendaftaran secara dalam talian di portal rasmi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) di www.spa.gov.my.-Bernama

Read more ...

MH17: Ingatan kepada mangsa tidak pernah terhakis

TELUK INTAN: Kurang 48 jam lagi genap dua tahun tragedi malang membabitkan pesawat Malaysia Airlines (MAS) penerbangan MH17, namun bagi waris kenangan bersama mangsa yang terkorban sedikit pun tidak pudar.
Read more ...

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *