Recent Post

Tuesday, August 11, 2015

Tinggalkan ‘Love Bite’ Kepada Remaja Bawah Umur, Penganggur Didenda

KOTA BHARU : Seorang penganggur yang berusia 24 tahun yang meninggalkan love bite pada remaja bawah umur didenda sebanyak RM800 oleh Mahkamah Majistret disini selepas mengaku bersalah menggunakan kekerasan jenayah pada remaja terbabit pada Selasa.

Majistret Firdaus Zainal Abidin mengenakan denda kepada Ahmed Ezainie Shafizie Sazali  atau dua bulan penjara selepas Ahmed mengaku menggunakan kekerasan jenayah pada kanak-kanak yang berusia 14 tahun itu di sebuah rumah di Jalan Pair Hor, Kampung Pasir Hor pada jam 1 pagi pada 5 Disember tahun lepas.

Ahmed telah didakwa dibawah Seksyen 350 Kanun Keseksaan yang boleh membawa kepada hukuman penjara selama tiga tahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Syahrun Nizam meminta mahkamah agar mengenakan hukuman berat sebagai pengajaran kepada tertuduh dan orang ramai.

Peguam Ahmed, Wan Mohd Ikram dalam rayuannya memohon mahkamah mengenakan denda maksimum dan bukan hukuman penjara atas alasan bahawa tertuduh adalah penganggur dan ini adalah kesalahan pertamanya.

Denda telah dibayar oleh ibu bapa Ahmed.

Gambar sekadar hiasan.

Read more ...

Cool! Papan Kekunci Tanpa Wayar Yang Diperbuat Daripada Kayu

PAPAN kekunci atau lebih dikenali dengan 'keyboard' adalah alat input yang penting untuk menaip.

Papan kekunci yang baik akan memudahkan proses melakukan kerja dan terdapat pelbagai pilihan di pasaran.

Ada yang menggunakan suis mekanikal bagi memberikan input yang lebih jitu sertaada yang direka dengan lebih ergonomik bagi menghalang masalah RSI dari berlaku.

Rekaan mungkin berbeza tetapi kesemuanya menggunakan plastik sebagai bahan binaan.

OréeBoard 2 cuba melakukan perubahan dengan menggunakan kayu.

Board-2

Papan kekunci Orée Board 2 diperbuat daripada kayu maple dan walnut.

Ia boleh ditambat kepada lima peranti serentak menggunakan teknologi Bluetooth.

Selain peranti pintar ia turut sesuai digunakan oleh komputer Windows dan Macintosh.

Setiap perkataan dan simbol pada Board 2 diukir menggunakan laser bagi memastikan ia tidak mudah terpadam.

Anda turut boleh memilih empat muka taip berbeza untuk diukir pada kekunci Board 2.

Ia memerlukan hanya dua bateri AA untuk berfungsi, setiap Board 2 dijual pada harga USD190 (RM800) sebuah.-MYNEWSHUB.CC

Oleh: hzq

Sumber: Oree Board 2

Komen

comments

Read more ...

suami anda merajuk?yang mana perwatakkannya bila merajuk

Diam Seribu BahasaDia diam je sepanjang ada dengan kita. Walaupun kita bercakap dengannya, dia hanya mengiayakan atau dia anggukkan kepalanya saja. Dia sikit pun tak akan layan kita seperti sebelum ini. Jika benda ini berlaku, sah lah tu dia merajuk dengan kita.

Buat Tak TahuDia akan buat tak tahu dengan kita. Jika kita minta tolong dengan dia seperti kemaskan meja ke, dia buat acuh tak acuh je. Paling teruk, dia buat-buat tak dengar (pekak betul-betul baru tau!). Ini cara protes yang paling teruk sebab dia bukan je buat kita geram tapi buat seolah-olah kita ni tak wujud.

Menolak Untuk Makan BersamaBila lelaki merajuk biasanya dia tak nak jumpa kita atau face to face dengan kita. Dia akan bagi alasan seperti "awak makan la dulu, saya kenyang lagi la..lagipun, saya dah makan dengan kawan saya tadi" (walhal perut lapar… nak uji dorang, kita dok je sila depan dorang, sambil makan… )

Masam MukaTindakan yang ni ialah tindakan yang p aling kita geram. Dah lah tak nak cakap ngan kita dah tu nak tarik-tarik muka pulak. Tak puas hati la konon. Tapi adat la kalau orang dah merajuk. Perempuan pun lebih kurang je! (amik hanger, gantung kat muncung dia)

Baca Surat KhabarBab ni memang tabiat orang lelaki. Tapi kalau surat khabar tu dibaca banyak kali tanpa sebab maknanya jiwa dia tak tenteram & ada sesuatu yang mengganggu diri dia. Lagi-lagi pulak kalau tengah-tengah malam buta.

Menonton Televisyen Hingga Lewat MalamDia akan tengok TV tu sampai larut malam walaupun rancangan tu bukan rancangan kegemaran dia. Mata dia di TV tapi hatinya ke lain. Kita kena peka beb!

Keluar Rumah Tanpa BeritahuAda lelaki yang tak akan memberitahu mana dia nak pergi. Nak protes la tu kononnya. Kita jangan paksa dia untuk menjawab pertanyaan kita kerana confirm dia akan buat dek je!

Matikan Telefon BimbitHa ni satu lagi tabiat lelaki. Dia tak suka diganggu bila perasaannya tengah marah. Untuk mengelakkan kita mengganggu dia, dia akan matikan telefon bimbit dia & bagi alasan bateri kong. Alasan dia satu je, dia tak mahu dengar suara kita takut perasan marahnya lagi kuat… Alaa, bila dah rindu call jugak last-lastnyer!

Read more ...

Berang Sering Dicaci Masyarakat, Dato Terlajak Laris Luah Perasaan Di Instagram

Biasa lah, kalau seseorang tu berjaya dan kaya-raya je mesti ada orang yang tak puas hati. Dah tu, sebarkan fitnah pula tu padahal orang yang duk mengata ni takde pun masa seseorang tu tempuhi susah payah, naik jatuh untuk mencapai cita-cita yang diimpikan. Macam ahli perniagaan produk kecantikan terkenal Malaysia, Dato' Aliff Syukri yang terkenal dengan line 'Terlajak Laris' ni tak terkecuali jadi mangsa tohmahan dan fitnah orang yang tak senang dengan kejayaan yang dikecapi Dato' Aliff. Tak tahan dengan perkara itu, Dato' Aliff Syukri beri sepatah dua kata untuk orang yang suka bawa mulut untuk jatuhkan reputasinya itu. Ouuch! BIAR GAMBAR INI BERBICARA! saje nak luah perasaan bila ramai yg x percaya abg berniaga dari bawah..BIAR GAMBAR INI BERBICARA…WAKTU NI SAYA MASIH MENTAH DAN MASIH TERCARI2 HALA TUJU KEHIDUPAN BERBEKALKAN SPM YG X LULUS???????? DAN DISINILAH BERMULANYA TAPAK DHERBS TRLAJAK LARIS..PASAR TANI SEK13 (dulu org panggil carbootsale) SELAMA 2 TAHUN SAYA DISINI TANPA MNGENAL ERTI PANAS DAN MALU..WAKTU TU UMUR SY 20TAHUN ..DISINI TEMPAT SAYA BERMAIN DAN BERMULA SEGALNYA..YE!!SAYA ADALAH PENIAGA PASAR TIADA NAMA DAN TIADA SIAPA YG KENAL BUDAK HINGUSAN BERJIWA BESAR….. JANGAN LIHAT YANG MANIS SAHJA SKRG DAN APA YG SAYA ADA…TP LIHATLAH KEPAHITAN SAYA TERDAHULU……SAYA PERCAYA.. 'Saya menyeru kepada anda diluar sana untuk berniaga!' Untuk berjaya kita perlulah mempunyai semangat yang kuat, bersifat tawakal dan paling penting ialah kreatif…dizaman yang serba maju dan moden terlalu ramai orang yang cerdik dan pandai (abg terlajak laris ni buta it) tetapi berapa ramai orang yang bijak, pandai dan kreatif untuk membawa satu legasi perniagaan? Apabila anda berjaya mencipata satu perniagaan anda sekaligus telah membuka peluang-peluang rezki pekerjaan dan boleh menaikkan taraf ekonomi negara…ini juga satu jihat.. Oleh itu, saya menyeru kepada anda diluar sana untuk berniaga. Tak kira anda nak berniaga tudung, kerepak atau sebagainya asalkan anda berniaga. InshaAllah peluang untuk menjadi jutawan akan terbentang luas untuk anda. Saya doakan agar apa yg anda rancang akan berjaya salam terlajak syg dr abg terlajak laris..
Read more ...

VIDEO - BILA MUHAMMAD, ANAK FARID KAMIL PETIK GITAR SAMBIL MENYANYI

Menerusi laman IG Farid Kamil, dia telah memuat naik video gelagat comel anaknya, Muhammad yang sedang menyanyi sambil 'bermain' gitar.

Video tersebut telah mencuit hati ramai yang menontonnya.

Klik gambar untuk size besar

VIDEONYA SELEPAS INI...

Wah! Bukan main excited lagi dia menyanyi siap main gitar tu. Heh!

Walaupun gitar itu cuma props tapi penghayatan dan gaya itu penting. Pelat pun pelat lah hihi.

Rata-rata pengikut Farid Kamil di IG, geram dengan kecomelan dan telatah Muhammad.

Klik link dibawah ini untuk tonton video VIDEO

         ________________________

FACEBOOK - SANTAI - PAPARAZZI - NOSTALGIA - GALERI - YOUTUBE - ROMANTIKA - SEJARAH MYARTIS - INSTAGRAM - TWITTER

TwitterFacebookGoogle PlusRSS FeedEmail

Read more ...

Kisah Sebenar Yang Ramai Tidak Tahu Pemuda "JUMPA SEKALI TERUS KAHWIN" Yang Kini Viral Di Laman Sosial...

Sebelum ini mereka tak pernah kenal antara satu sama lain, hrmm kalau dah namanya jodoh tak kiralah berapa lama kita kenal, siapa orangnya, cantik ke tidak bila dah ditetapkan oleh Allah S.W.T dia untuk kita, dia tetap kita punya.

Marrying A Stranger Aku tahu, ramai yang terkejut dengan cerita pernikahan aku ni. Aku sendiri pun terkejut. Macam tak percaya je yang jodoh aku dipermudahkan semacam ni. Well, berpuluh jugak la program 'cari jodoh' yang aku attent, dan belum kira beribu reject case yang aku lalui sebelum tergerak hati untuk daftar baitulmuslim. Kata orang, jodoh yang baik bertemu ditempat yg baik. Maka tak perlu feel loser sangatlah bila daftar baitulmuslim.

Tergerak Hati Untuk Daftar Baitulmuslim

Dipendekkan cerita, dalam tempoh ta'aruf, isteri baru saja habis HO dan sedang menunggu placement baru. Lazimnya, placement akan ditempatkan mengikut penempatan suami. Bertitik pada alasan inilah mendorong kami untuk percepatkan pernikahan. Dengan harapan, tak perlulah PJJ lama sangat lepas nikah nanti. Ketepikan Soal Status, Mulut Masyarakat Dan Adat. 2 Dan, dalam tempoh sebulan setengah dengan bajet yang terhad, kami putuskan buat majlis seringkas mungkin. Kami ketepikan soal status, mulut masyarakat dan adat. Setidaknya, kami cuba membuktikan nikah itu mudah semacam yg dicanangkan ustaz-ustazah YouTube. Weekend pun boleh buat, tak perlu tunggu lama sambil bermaksiat menunggu tarikh keramat. Alhamdulillah, Majlis Lancar Dengan Sekali Lafaz 3 Alhamdulillah, majlis lancar dengan sekali lafaz walaupun ianya baru kali kedua aku berdepan dengan isteri. Nak lirik mata pun segan, apatah lagi berpimpin tangan, rasa bergetar satu badan. Tapi, bab mengantuk cepat saja terasa. Itu pasallah terbiar cerita tergantung lama, eh. Nikah Itu Mudah Kalau Ikut Sunnah 6 *Maka, diharap cerita ini bukan sahaja menjelaskan pernikahan ekspress kami, malah boleh dijadikan sebagai teladan bagi meyakinkan masyarakat bahawa nikah itu mudah kalau ikut sunnah. Majlis walimah akan diumumkan kemudian, Insyaallah. Sumber : Facebook Jebat Fadlysham sumber asal
Read more ...

Sekadar ihsan sesama insan

am@hmetro.com.my

Kuala Pilah: "Walaupun tandas berbau busuk dan hancing, saya tidak peduli, asalkan membantu menyuap makanan kepada Alang.

"Saya lakukan semua ini bukan mencari publisiti, tetapi atas belas ihsan sesama manusia," kata penduduk dikenali Johan, 40, ketika menceritakan kehidupan warga emas, Ahmad Topee Mohd Yusof, 71, yang terlantar akibat lumpuh dalam tandas di rumahnya di Kampung Sikai, Gunung Pasir, Seri Menanti, di sini.

Johan yang enggan mendedahkan identitinya mengakui, walaupun dia tidak mempunyai pertalian keluarga, tetapi tetap menguruskan warga emas dikenali sebagai Alang selepas keluarga terdekat serta penduduk tidak mempedulikannya.

Katanya, warga emas terbabit sebelum ini tinggal bersendirian di rumah itu sebelum dijaga anak saudaranya, dua bulan lalu.

"Saya mula menjaganya sejak akhir Jun lalu, malah dimaklumkan, dia menerima bantuan bulanan RM300 lebih 10 tahun lalu dan wang ini saya gunakan membelikan makanan selain memasak untuknya," katanya memaklumkan menghantar makanan tiga kali sehari buat warga emas itu.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Read more ...

Sarawak akan tetap bersama Malaysia - Adenan Satem

KUCHING: Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem sekali lagi menegaskan yang Sarawak tidak akan keluar dari Malaysia.

Katanya tidak ada keperluan untuk Sarawak keluar dari Malaysia kerana segala kemakmuran, kemajuan, kesejahteraan dan pembangunan yang dicapai ketika ini adalah hasil bersama Malaysia.

Beliau menyifatkan Malaysia sebagai sebuah payung besar yang sentiasa memberi perlindungan, keselamatan dan kesejahteraan buat semua negeri, dahulu, kini dan selamanya.

"Tidak perlu Sarawak keluar dari Malaysia kerana malaysia adalah payung yang besar yang sentiasa memberi pelindungan kepada kita. We come safety and security and prosperity in Malaysia. Malaysia before, Malaysia now, Malaysia forever," katanya ketika berucap di Majlis Bulan Kebangsaan dan Kempen Kibar Jalur Gemilang di Padang Merdeka di sini, pada Isnin.

Malah, beliau menyifatkan tindakan sesetengah pihak yang meminta Sarawak keluar dari Malaysia dan membentuk negara sendiri adalah tindakan yang ti dak logik setelah pejuang pejuang kemerdekaan Sarawak melalui pelbagai rintangan untuk membentuk Malaysia suatu ketika dahulu.

Jelasnya lagi, Kerajaan Negeri Sarawak memerlukan sokongan padu rakyat Sarawak supaya dapat berunding dengan suatu suara yang kuat dengan Kerajaan Persekutuan.

"Tidak perlu keluar Malaysia...ini adalah percakapan bodoh. Lebih kuasa kepada Sarawak...ya, tetapi tidak pemisahan," tegasnya lagi.

Read more ...

'Rasuah & Mata Wang Menyusut, Semua Disebabkan Oleh Najib'

1. Biasanya saya berasa seronok bila ditanya tentang Malaysia ketika berada di luar Negara. Tidak lagi sekarang. 2. Warga asing dan orang Malaysia yang tinggal di luar Negara bertanya, "Apa yang berlaku kepada Malaysia?' 3. "Keadaannya seperti salah sebuah Negara Afrika atau Negara Arab." 4. "Keseluruhannya rasuah. Mata wang menyusut." dsb. 5. Saya tidak dapat menjawab dengan jujur. Saya tidak pula boleh berbohong. Ia sungguh memalukan. Semua ini disebabkan 1MDB dan Najib. 6. Saya mula merasa sesuatu tidak kena dengan 1MDB apabila The Edge melaporkan bahawa pembelian loji janakuasa melebihi harga pasaran dan pinjaman wang dengan 10% komisyen dan 5.9% kadar faedah. 7. Saya menanti Kerajaan menafikan apa yang dilaporkan The Edge adalah benar. Kerajaan tidak melakukannya. Jadi saya sedar sesuatu yang sangat tidak kena. 8. Seterusnya keluarlah cerita tentang usahasama dengan Petro Saudi. Ianya terlalu cepat. Jelas sekali tiada usaha dilakukan. Namun 1MDB telah dibayar 1bilion USD (3.8 bilion Ringgit) bagi 40% saham. 9. Selepas itu 1MDB membayar 700 milion US lagi bagi menyelesaikan hutang Petro Saudi kepada Petro Saudi International. Mengapa 1MDB membayarnya. Usahasama tersebutlah yang perlu membayar. 10. Tetapi dalam jangka masa 6 bulan menyusun usahasama tersebut, ianya telahpun ditamatkan. Sekiranya usaha yang wajar telah dilakukan, usahasama ini tidak akan wujud. Jelas sekali ia bukan cadangan yang menguntungkan! 11. 1.7 bilion US sepatutnya perlu dipulangkan kepada 1MDB. Tetapi tidak! Ianya telah ditukarkan kepada pinjaman (Murabahah) kepada Petro Saudi. Ini amatlah luar biasa. Jika anda tidak boleh bekerja dengan Petro Saudi sebagai rakan usahasama, bagaimana anda boleh memberikan pinjaman yang besar. 12. Kemudian wang tersebut seolah-olah hilang. Sebelumnya dilaporkan telah didepositkan ke bank di Hong Kong dan Seychelles dilaburkan untuk sesuatu atau orang lain dan berakhir di Kepulauan Cayman. 13. Rakyat Malaysia yang prihatin memohon supaya wang tersebut dikembalikan ke Malaysia. Suatu pengumuman telah dibuat bahawa bahagian wang itu telah dikembalikan ke Malaysia tetapi telah digunakan untuk membayar hutang dan perbelanjaan yang lain. Malaysia memerlukan lebih banyak maklumat terutama faedah 2 bilion Ringgit daripada pinjaman tidak dapat dibayar. 1MDB tidak punyai wang. Jadi dimanakah wang daripada Caymans. Mengapa Ananda Krishnan menawarkan 2bilion Ringgit untuk membantu membayar faedah. Kerajaan terpaksa menyediakan pinjaman persediaan sebanyak RM900 juta. 14. Hal ini seperti ada yang tidak kena. Kemudian 1MDB mengumumkan bahawa baki wang dari Kepulauan Cayman telah diterima dalam bentuk tunai. Arul, CEO 1MDB mendakwa beliau melihat wang tersebut. PM menyatakan bahawa wang tersebut telah didepositkan ke Bank Singapura. Ia tidak dibawa pulang ke Malaysia kerana Bank Negara akan banyak bertanya mengenainya. 15. Ini seolah-olah suatu perakuan bahawa sesuatu tidak kena berkenaan dengan wang tersebut,. 16. Tetapi Singapura ialah pusat kewangan. Oleh itu mereka mesti berhati-hati kerana wang yang dibawa dan disimpan di bank-bank perlu disiasat, lebih-lebih lagi jumlahnya yang terlalu besar sehingga berbilion-bilion. 17. Dan dengan yakin pihak berkuasa Kewangan Singapura secara terbuka menyatakan bahawa tiada wang 1MDB dari Malaysia datang ke Negara itu. Swiss Bank yang dinamakan sebagai bank yang didepositkan wang tersebut juga menafikan yang tiada wang dari 1MDB telah didepositkan. 18. Jadi dimanakah wang berbilion Ringgit atau Dolar yang didakwa 1MDB dibawa balik dari Cayman. Arul Kandasamy secara terbuka mendakwa telah melihat wang tersebut. 19. Sekarang ini PM telah mengisytiharkan itu bukanlah wang. Ianya adalah dalam bentuk unit. Bank di mana ianya didepositkan tidak pula dinyatakan. 20. Unit apakah ini? Bukan unit dalam dana Amanah Saham. Tiada penjelasan dibuat selepas itu. Wang berbilion dolar itu hilang sekali lagi. 21. Kemudian Wall Street Journal melaporkan bahawa Dato Sri Najib mempunyai 700 juta USD di dalam akaun Arab Malaysian Bank di Kuala Lumpur. Nilainya sebanyak 2.6 bilion Ringgit. Bagaimana wang yang sebesar itu boleh masuk ke dalam akaun peribadi Najib. Dari manakah wang ini datang!! Bagaimana seorang PM Malaysia yang dibayar gaji sebanyak RM20,000 sebulan mempunyai jumlah wang sebesar itu di dalam akaun peribadi? 22. Oleh kerana tidak dapat menafikan laporan Wall Street Journal yang mana disertakan sekali nombor akaun dan maklumat lain, Najib mendakwa ini adalah derma. 23. Siapakah di dalam dunia ini yang sanggup menderma sebanyak 700 juta USD kepada Perdana Menteri Malaysia? Obama pun tidak mampu memungut jumlah sebanyak ini ketika pencalonan Presiden beliau. Dikatakan bahawa ianya datang dari Arab. 24. Orang Arab memang murah hati. Tetapi tidaklah terlalu murah hati. Saya tidak mampu menjana walau satu dolar daripada mereka untuk Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Tuntutan bahawa orang Arab telah menderma berbilion ini digambarkan sebagai angan-angan dan mengarut. Sudah pasti saya tidak percaya dan jika kita lihat komen-komen di media sosial, majoriti rakyat Malaysia tidak percaya. Seluruh dunia tertawa. 25. Bila ditanya, PM mahu kita menunggu laporan 1MDB oleh Ketua Audit Negara dan Jawatankuasa Kira-Kira (PAC). 26. Kepada pemimpin Bahagian UMNO dan rakan sebantal, mesyuarat tertutup PM, mendakwa wang berbilion itu adalah untuk pilihanraya. 27. 2 bilion Ringgit lebih untuk pilihanraya adalah sesuatu yang tidak masuk akal. Saya memerlukan kurang dari 10 juta untuk setiap 5 pilihanraya yang saya pengerusikan dan menang lebih dari 2/3 majoriti. Mengapa perlu 2.6 bilion lebih atau 2600 juta Ringgit. Apakah ini untuk merasuah ahli politik dan penjawat awam, atau untuk memanipulasi pilihanraya. Ini tidak betul. 28. Walau apa pun, pada saya 2bilion lebih untuk pilihanraya di Malaysia oleh mana-mana parti adalah tidak wajar walaupun tidak ada had yang ditetapkan untuk perbelanjaan pilihanraya. 29. Kemudian terdapat pula gaya hidup mewah yang tidak ada Perdana Menteri berpendapatan RM20,000 sebulan mampu berbelanja sedemikian. Pertunangan dan Pekahwinan mewah jauh lebih mewah dari Raja-Raja. Beberapa majlis telah diadakan di Malaysia dan juga di Kazakhstan. Tetamu dibekalkan dengan cenderahati dari tuan rumah. Jelas sekali jutaan, berpuluh-puluh juta telah dibelanjakan, lebih dari kemampuan PM Malaysia. 30. Kemudian pula ada pelaburan ratusan juta oleh seorang anak yang menerbitkan filem The Wolf of Wall Street. Penuh dengan pornografi yang pastinya tidak dapat ditayangkan di Malaysia. Dari mana datangnya wang ini! 31. Membeli belah di London, Paris dan di tempat lain lagi yang diketahui terlalu banyak. 32. Jelas PM dan isterinya mempunyai wang berlebihan, lebih dari gaji dan elaun yang dibayar kepada PM. 33. Selepas laporan Wall Street Journal berkenaan 2.6 bilion di dalam akaun peribadinya, dan telah ditutup. Anda tidak boleh mengambil semua wang itu untuk simpanan. Ia perlu dipindahkan, Rupa-rupanya telah dipindahkan ke bank Singapura. Kemudian pihak berkuasa Singapura membekukannya. 34. Tuntutan rakyat tentang asal usul wang dalam akaun peribadi Najib begitu kuat, suatu pasukan petugas khas terdiri dariapad empat institusi kerajaan telah ditubuhkan. Peguam Negara mengetuai pasukan ini dan ahli yang lain terdiri daripada Ketua Polis Negara, Gabenor Bank Negara, dan Ketua Pesuruhjaya SPRM. 35. Jelas sekali Najib tidak begitu selesa dengan penyiasatan yang dilakukan oleh petugas khas ini. Ahli-ahlinya seolah-olah terlalu bebas. Najib tidak mampu mengawal mereka ini. Pasukan petugas nampaknya bertekad untuk mencari kebenaran tentang 1MDB dan 2.6 bilion Ringgit di dalam akaun peribadi Najib. Dakwaan Najib bahawa itu adalah derma seolah tidak meyakinkan. 36. Kemudiannya Najib memutuskan untuk mengambil tindakan dengan memberhentikan siasatan terhadap 1MDB dan akaun peribadi beliau. 37. Pertama sekali, beliau mengumumkan bahawa rakyat perlu berhenti bercakap tentang 1MDB. Ini bukanlah bayangan tetapi kenyataan secara terbuka yang mendakwa bahawa demokrasi telah terganggu dan percubaan untuk menggulingkan pemimpin yang dipilih sedang berlaku. Hal ini akan  mengalih perhatian polis dan penyiasatan. 38. Rentetan itu, dengan segera Peguam Negara diberhentikan. Dalam system perundangan Malaysia, Peguam Negara adalah orang yang menentukan sama ada kes perlu didengar di mahkamah atau tidak. Peguam Negara seolah-olah memberi bayangan bahawa pasukan petugas khas telah berada dalam kedudukan untuk membawa hal ini ke mahkamah jika terdapat sebarang bukti jenayah berkaitan dengan pemilikan berbilion-bilion di dalam akaun Najib. 39. Penyingkiran Peguam Negara bermaksud beliau tidak lagi boleh membuat sebarang keputusan berhubung kekayaan yan dimiliki Najib. Hakim yang telah dilantik sebagai Peguam Negara jelas tidak berminat dengan pasukan petugas dan siasatan ini. Beliau seolah-olah bertekad untuk membersihkan Najib. 40. Kemudian Timbalan Perdana Menteri (TPM) telah digugurkan dan diganti dengan Menteri Dalam Negeri yang tidak seperti Muhyiddin, yang tidak pernah mempersoalkan Najib tentang 1MDB. 41. Dalam rombakan kabinet, empat ahli PAC termasuk pengerusinya yang dilantik sebagai timbalan menteri. Rentetan itu, PAC telah lumpuh dan kerja-kerja penyiasatan ke atas 1MDB tergendala. 42. Kemudian Ketua Pesuruhjaya dan Timbalan Pesuruhjaya SPRM, antara ahli pasukan petugas khas ini telah disuruh bercuti. Apabila petugas SPRM meneruskan penyiasatan dan mahu menyoal Najib tentang sumber wang di dalam akaunnya, mereka telah diganggu oleh pihak polis dan dituduh maklumat telah dibocorkan. Kemudian mereka ini dipindahkan ke Jabatan Perdana Menteri. Bertujuan mendiamkan mereka. 43. Gabenor Bank Negara, ahli pasukan petugas khas telah dikhabarkan untuk disiasat berkaitan rasuah. 44. Dengan lumpuhnya PAC dan pengguguran Peguam Negara, kerja-kerja penyiasatan terhadap 1MDB dan 2.6 bilion di dalam akaun peribadi Najib telah terhenti. 45. Sekarang ini Najib telah selamat daripada pertuduhan pemilikan dana secara haram. Dakwaan beliau bahawa wang tersebut adalah kegunaan pilihanraya adalah separuh benar. Beliau selalu berkata tunai adalah raja. Dengan dana yang besar, beliau berada pada kedudukan merasuah sebagai jalan kemenangan. Dia mungkin menggunakan wang untuk memanipulasi pilihanraya. 46. Apa yang dilakukan Najib belum pernah terjadi di Malaysia. Rakyat berada dalam kerugian. Prospek untuk Najib meneruskan pemerintahan di Negara ini amat menyedihkan. Di Malaysia, bahkan di mana-mana pilihanraya pun boleh dilihat parti pembangkang memenangi seluruh negeri. 47. Demokrasi telah mati. Mati kerana seorang pemimpin yang dipilih telah memilih untuk mensabotaj institusi Kerajaan dan mempergunakan semua ini sebagai alat untuk meneruskan kekuasaan beliau. Tidak ada lagi demokrasi untuk sesiapa sahaja. Bercakap tentang 1MDB pun tidak lagi melemahkan sesuatu perkara yang tidak wujud. Jika ada sesiapa yang perlu disoal polis, Najib-lah orangnya.

Read more ...

Adenan: BN S'wak sudah sedia hadapi p'raya

Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem berkata Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) akan mendapat lima daripada 11 kerusi baru negeri bagi pilihan raya negeri akan datang kerana parti itu mampu memenangi semua kerusi itu.

"Kami sekarang mempunyai 35 kerusi yang kami tidak pernah gagal menyumbang kepada Barisan Nasional (BN). Saya pasti akan meneruskan tradisi ini," katanya ketika berucap dalam perjumpaan Aidilfitri anjuran PBB zon Kuching malam tadi.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor adalah antara tetamu yang hadir di majlis itu.

Adenan, yang juga presiden PBB, berkata BN negeri itu sudah bersedia menghadapi pilihan raya negeri yang boleh dipanggil pada bila-bila masa dalam tempoh 10 bulan dari sekarang,.

"Untuk sekarang, marilah kita memberikan tentangan sengit kepada pembangkang dan melemahkan mereka. Kemudian, barulah kita memanggil pilihan raya," katanya sambil berjenaka.

Untuk rekod, Sarawak sekarang m empunyai 71 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN). Mahkamah Rayuan baru-baru mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi berhubung dengan persempadanan kawasan pilihan raya negeri dan memutuskan bahawa 11 kerusi baru yang dicadangkan boleh diguna dalam pilihan raya negeri akan datang.

Menurut Adenan, PBB akan menambah kerusinya daripada 35 sekarang kepada 40 kerusi daripada 82 kerusi (71 + 11).

Mandat penuh DUN Sarawak akan berakhir pada Jun 2016.

Sementara itu, beliau mengucapkan terima kasih kepada Najib atas kepercayaannya melantik lapan orang wakil dari Sarawak menjadi menteri penuh dalam kabinet beliau.

"Ini belum pernah berlaku dalam sejarah negara dan satu penghormatan kepada negeri ini.

"Saya dengan ini menyeru kepada rakyat Sarawak supaya menolak calon pembangkang dalam pilihan raya negeri akan datang untuk membolehkan kita mengambil bahagian dan mengukuhkan pentadbiran negara," kata Adenan.

- Bernama

Read more ...

3 years on, doubts over Western Australia’s move to favour Singapore over Malaysia

The Western Australian government says the move to go with Singapore as its key trade office in the Asean region is due to the direct links to the island republic's prime minister and ministers. – Reuters file pic, August 11, 2015.The Western Australian government says the move to go with Singapore as its key trade office in the Asean region is due to the direct links to the island republic's prime minister and ministers. – Reuters file pic, August 11, 2015.The Australian roadshow "Singapore's key place in the Asian growth story" hit Perth, the West Australian (WA) capital and Indian Ocean gateway to Southeast Asia, last month after playing out in the Pacific-centred eastern seaboard capitals such as Melbourne and Sydney.

Coming at a time when mineral resource-rich Western Australia is feeling the effects of an economic slowdown at the end of an investment boom, the roadshow brought much cheer and hope that the state could look to a strategic partnership with Singapore to make the most of the growth opportunities presented by the Asean Economic Community of 600 million people that will become a reality at the end of this year.

However, the roadshow – hosted by the think-tank Perth USAsia Centre and financial consultants Ernst & Young and starring Australian High Commissioner to Singapore Philip Green, Austrade Senior Trade Commissioner Christopher Rees and former Australian foreign affairs and defence minister Stephen Smith – left lingering doubts about the WA government's wisdom in closing its Malaysian trade office in favour of a Singapore presence three years ago.

"Business and investment ties between WA and Singapore are keys to building our state's participation in the growth of Asean region economies," WA prime minister Colin Barnett said in March 2012 after closing the Malaysian office and announcing the opening of the Singapore office.

"Singapore is a major regional corporate and financial centre and a trade transport hub strategically located with significant connections to Asia's growth economies, "Barnett said.

"The Singapore office will become our major overseas office in Southeast Asia and is part of the reorientation of WA towards Asia."

Last year, amid talk of the impending closure of WA's trade office in Indonesia, debate over the closure of the Malaysian office surfaced in the WA parliament, with state opposition leader Mark McGowan, berating the prime minister for closing the Malaysian office, which was opened in 1994.

In his response, Barnett told the WA parliament last October: "It is a different office with quite a different level of representation. In Singapore we have contact at the highest level – ministers and the prime minister himself – and we have two other voluntary or honorary representatives, including former senior ministers, in Singapore who help represent WA. 

"We do not have the same level of connection in Jakarta that we have in Singapore, and that is what we are addressing. We may choose to embed someone within Austrade. We may choose to reappoint a new person, we may choose to expand it.

"However, the objective is to reach into the higher levels of government and business in Jakarta – something that I think everyone agrees is not being achieved under the current model."

While an expanded trade office with a new regional director was announced for Jakarta last June, there has been utter silence on an office in Kuala Lumpur, a founding member of Asean and a key driver of the Asean Economic Community.

No one is challenging the decision to open the Singapore office. Indeed, it is a welcome move, considering Singapore's position not only as a regional but a global corporate and financial hub. The office dovetails with the establishment last June of a comprehensive strategic partnership between Singapore and Australia.

Reputably, Singapore is on track to overtake Switzerland by the end of the decade as the world's No 1 private wealth manager. This undeniably gives WA the inside run to attract much-needed infrastructure investment.

Despite consensus in Asean, Singapore and Malaysia, however, are Siamese twins born apart and each country guards its interests amid intense rivalry.

Does Malaysia, which is being buffeted by governance headwinds but at the same time racing to overtake Singapore as the key source of foreign direct investment in Indonesia, deserve to be ditched?

If you ask Stephen Smith, the answer is an emphatic "no".

Smith is now Winthrop professor of law at the University of WA and wears many hats, including as director of the Perth USAsia Centre, Perth legal firm Lavan Legal and Ernst & Young.  As foreign affairs minister, he was known for his bipartisan approach to international affairs.

As a member of the roadshow panel, he said the problem for WA was not the cyclical nature of its mineral and petroleum resources but the perception of the State in Singapore, Malaysia or Indonesia.

Take a potential Singapore investor who loves Perth, enjoys Margaret River and its wines, has family and property in Perth and  has children educated in Perth. Yet, when he thinks of investing, he thinks of Sydney and Melbourne; he thinks population centres.

When Smith visited Kuala Lumpur wearing his Lavan Legal hat, he was told they preferred Melbourne and Sydney, mostly because of positive exposure to those cities.

"The Victorian trade minister was visiting KL," Smith said. "The Victorians had a trade commissioner in KL. They send their kids to Monash (university in Melbourne)." In those circumstances, why would they want to think Perth?

As Smith and some business people commented, unless WA interests "are physically in Malaysia or Indonesia, in their faces, telling our story, why would those countries, when they are developed in 20 years, want to think about investing in this state, they could go anywhere in the world".

Despite WA punching above its weight in resources, technology and brainpower and accounting for more than half of Australia's exports, its story is being lost to other Australian States as well as other countries which are positioning themselves well in the scramble to get a piece of the economic action in Southeast Asia. – August 11, 2015.

* PT Singam is a Perth-based journalist with a passion for regional affairs. He worked for Bernama and New Straits Times before moving to Australia 39 years ago.

Read more ...

Harga minyak pulih daripada paras terendah baharu

LONDON: Harga minyak mentah pulih hari ini selepas mencecah paras terendah sejak awal tahun ini, didorong beberapa faktor terutama data ekonomi China yang tidak begitu menggalakkan.

Kontrak minyak mentah Brent North Sea bagi penghantaran September naik 58 cents untuk ditutup pada AS$49.19 setong pada penutupan sesi pagi di sini kerana pelabur ambil kesempatan beli pada harga murah.

Dalam dagangan Asia, minyak mentah itu ditutup pada AS$48.24, terendah sejak awal tahun ini.

Kontrak minyak AS, West Texas Intermediate (WTI) untuk penghantaran September naik 25 cents kepada AS$44.12 daripada penutupan Jumaat lalu.

Pasaran minyak dibelenggu faktor pertambahan pelantar cari gali di AS dan data ekonomi yang tidak menggalakkan di China," kata Bjarne Schieldrop, ketua penganalisis di Commodities SEB Markets. - AFP

Read more ...

Tindakan Dua Lelaki Palestin Ini Amat Membanggakan Dan Menjadi Viral Di Laman Sosial.

Tindakan Dua Lelaki Palestin Ini Amat Membanggakan Dan Menjadi Viral Di Laman Sosial… Sekeping foto milik wartawan Shaul Golan dari lokasi konflik di Esh Kodesh, sempadan Israel- Palestin menjadi viral di Internet. Dalam insiden itu, seorang polis wanita Israel  dilindungi oleh warga asal Palestin selepas dia dilemparkan batu oleh puak pelampau Israel.

Gambar tersebut  muncul di media sosial pada hari Ahad dan diambil oleh seorang jurugambar, Shaul Golan untuk suratkhabar Yedioth Ahronoth Israel.

Dalam gambar itu, polis wanita "Israel" itu dilihat  ketakutan dan tidak memiliki sebarang senjata untuk melindungi dirinya. Ketika itu dia sedang berdiri di antara dua lelaki Palestin dengan tangan yang terbuka mencuba untuk mengelakkan diri dari terkena lemparan batu yang disasarkan ke arahnya . Kedua-dua lelaki itu juga dilihat  tidak memegang sebarang sejata apapun.

Zakaria Sadah, warga Palestin  yang bekerja sebagai petugas  untuk Rabbis for Human Rights, serta rakannya melindungi polis wanita Israel yang sangat  ketakutan saat dilemparkan batu oleh puak pelampau Yahudi.

Zakaria dalam sebuah wawancara telefon bersama dengan Times of Israel, menjelaskan "Ketika saya melihatnya, saya tidak memandang seragamnya. Saya melihat orang yang menangis, yang putus asa. Dan saya harus menolongnya."

Ketika polis Israel tiba di lokasi untuk meredakan kekecohan, puak pelampau Yahudi tetap juga melemparkan batu ke arah mereka.

Menurut laporan PBB, puak pelampau Yahudi yang tinggal di situ memang sudah banyak kali menyerang warga tempatan Palestin dan menghalang para petani yang hendak menuju ladang mereka.

Ketika artikel ini ditulis, foto ini telah mendapat sehingga lebih dari 5000 perkongsian di laman sosial Facebook.

Imej ini juga turut mendapat komen positif dari ramai pihak.

Screen Shot 2015-08-10 at 3.15.12 PM

Screen Shot 2015-08-10 at 3.16.29 PM

Screen Shot 2015-08-10 at 3.17.00 PM

Tags: , , , , ,

Category: Dunia

Read more ...

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *