Recent Post

Monday, February 01, 2016

13 pelajar mati lemas semasa berkelah

Sepuluh pelajar perempuan dan tiga pelajar lelaki dari sebuah kolej mati lemas semasa berkelah dekat pantai Murud, Raigad, di negeri Maharashtra.
Read more ...

TIPS CARA UNTUK ELAK PINTU RUMAH DIPECAH OLEH PEROMPAK

Cara elak pintu rumah dari dipecah masuk oleh penyamun Menjadi kerisauan ramai pemilik rumah apabila meninggalkan rumah dalam tempoh agak lama kerana memikirkan rumah mungkin akan diceroboh oleh mereka yang tidak bertanggungjawab.

Oleh itu, dinasihatkan kepada orang ramai jika hendak meninggalkan rumah dengan tempoh yang lama di mana memakan masa berhari-hari, eloklah dimaklumkan kepada balai polis berhampiran.

Selain itu, faktor keselamatan rumah juga perlu diambil berat oleh pemilik rumah dengan menambah alat keselamatan rumah contohnya grill atau sistem penggera keselamatan bagi mereka yang mampu.

Berkongsi di laman sosial Facebook, seorang wanita bernama Mariana Harrison -Realtor telah berkongsikan satu tips yang dipesan bapanya amat berguna sebagai tambahan sistem keselamatan di kediaman anda. Berikut adalah perkongsian beliau.

My dad gave me this advice a long time ago when I moved into my first apartment. He even came out and changed the screws for me as soon as I moved in. Someone else recently posted about it and I thought I would share! A good home security tip that you may have never thought about…. Most contractors install the plates with the supplied screws which are only a half inch long and come out with one kick by a burglar. He installed 4 inch screws in their place that go through the door frame and into the framing of the house. They can kick for a long time before they get tired! You can see in the picture the screw in his hand is the screw supplied with the door hardware. Making a burglar make a bunch of noise and be foiled in their initial plan can not only give you time to arm yourself but they will most likely move on to an easier target.

Terjemahan dalam bahasa melayu.

Ayah berikan nasihat ini kepada saya suatu masa dulu apabila saya berpindah ke rumah pangsapuri pertama saya. Ayah akan datang dan tukarkan skru untuk saya sebaik saja saya berpindah masuk. Ia adalah tips keselamatan rumah yang anda tidak pernah terfikirkan… Kebanyakan kontraktor akan memas ang plat tombol pintu dengan skru yang panjangnya setengah inci sahaja.. Ini membolehkan pihak penyamun menendang pintu rumah anda dengan mudah sekali. Ayah telah menggantikan skru itu dengan panjang 4 inci bingkai pintu rumah. jika rumah cuba diceroboh, mereka akan mengambil masa yang lama untuk pecahkan pintu dan letih. Cara ini juga akan membuatkan si penyamun letih dan membatalkan niat jahat mereka. Lihat pada gambar perbandingan dua skru berkenaan. Dengan cara ini juga, tindakan penyamun menendang pintu rumah anda berkali-kali juga akan menimbulkan bunyi bising sebagai 'alarm' kepada diri anda dan juga jiran-jiran anda. Sekali gus pelan mereka akan gagal dan mereka akan beralih pula pada mangsa yang lain.

Jadi, pesan admin, jika ingin sistem keselamatan rumah kita lebih selamat, tukarkan semua skru sedia ada di tingkap, pintu, grill rumah dan lain-lain dengan skru yang lebih panjang seperti yang di ceritakan oleh Mariana ini.

Read more ...

Nas-T Sahkan Sudah Bernikah Dengan Atita Haris Jumaat Lepas

Pernah memberitahu bakal berkahwin sekitar bulan Mac depan, namun perancangan mereka bertukar selepas  Nas-T mengesahkan beliau sebenarnya sudah bernikah dengan model dan juga selebriti Instagram, Atita Haris pada hari Jumaat minggu lepas.

Namun, buat masa ini Nas T masih belum boleh mendedahkan butiran selanjutnya dan bakal mengadakan satu sidang media khas pada hari Rabu ini bagi menjawab segala persoalan dan gosip.

Benar saya dan Atita sudah bernikah Jumaat lalu. Tetapi saya tidak boleh jelaskan dengan lebih terperinci mengenai perkara ini. Tunggu sidang media nanti.

Jelas Nas T beliau tidak pernah mahu merahsiakan perkahwinan beliau dan kalau boleh mahu semua pihak termasuk media mengetahui tentang berita tersebut pada sidang media khas tersebut.

Kalau boleh saya mahu semua orang mendapat berita ini serentak untuk berlaku adil.

Khabar angin Nas T dan Atita yang sudah berkahwin mula tersebar di media social sejak semalam. Malah, pelakon itu juga telah mengubah status hubungan di akaun Facebook kepada sudah berkahwin.

Berbicara mengenai perkenalan mereka, Nas-T bertemu dengan Atita pada majlis rumah terbuka Aidilfitri tahun lalu selepas bekerja dalam satu syarikat yang sama. Majikan mereka mencadangkan mereka untuk berkenalan memandangkan kedua-duanya solo.

Dah kahwin rupanya Nas T dan Atita, ermm benda baik buat apa hendak sembunyi kalau beritahu orang ramai tarikh sebenar anda bernikah pun apa salahnya. Bukannya orang hendak mengutuk  tetapi ingin mendoakan kebahagiaan anda berdua. Tidak apalah, kita tunggu sahaja penjelasan mereka berdua pada sidang media khas nanti.

Sumber Berita: mStar Online

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.
Read more ...

SALIH YAACOB TAK BALIK RUMAH PUNCA AWAL KAMI CERAI - BEKAS ISTERI

Punca penceraian Salih Yaacob dengan isteri kedua, Nor Raha Hamad, bukanlah disebabkan majlis reunion sekolah sebagaimana yang didakwa oleh Salih. Tetapi atas kegagalan Salih sebagai suami untuk berlaku adil, membisu selama dua bulan serta tidak balik langsung ke rumah... demikian kata Nor Raha sendiri.

"Selepas saya luahkan hasrat untuk berpisah, dia terus mendiamkan diri selama dua bulan. Sepanjang tempoh itu juga, dia langsung tidak menghubungi saya untuk bertanyakan khabar. Malah saya juga tidak ada menerima apa-apa mesej atau WhatsApp daripadanya.

"Dia juga langsung tak balik ke rumah ketika itu. Sehinggalah saya betul-betul rasakan sudah tiba masanya dan minta untuk dilepaskan, maka kami b erpisah secara rasmi pada 1 September tahun lepas," ujar Nor Raha dipetik sebagai berkata.

"Saya mula berjumpa dengan suami baru adalah selepas saya diceraikan... dan tiada kaitan dengan reunion mahupun kehadiran orang ketiga.

"Saya memang tidak pernah ada hubungan dengan mana mana lelaki lain sepanjang bergelar isterinya. Soal berkawan dengan lelaki yang kini menjadi suami baharu saya, ia berlaku selepas saya sah bercerai," tambahnya menjelaskan cerita sebenar.

Sumber: Kosmo

         ________________________

FACEBOOK - SANTAI - PAPARAZZI - NOSTALGIA - GALERI - YOUTUBE - ROMANTIKA - SEJARAH MYARTIS - INSTAGRAM - TWITTER

TwitterFacebookGoogle PlusRSS FeedEmail

Read more ...

Kenali Karektor Diri Anda Menerusi Cokelat

Bulan kasih sayang sudah pun tiba dan bulan ini juga sering dikaitkan dengan bunga ros merah, cokelat serta cinta. Tapi, adakah anda tahu karektor cokelat anda mengikut bulan kelahiran?  

Aries Mac 21 - April 19 Anda memperoleh: Ferrero RocherSeseorang yang tidak begitu penyabar seperti Aries, memang menyukai apa saja candy cokelat candy yang mudah untuk didapati. Bar Candy yang rangup seperti Kit Kat atau Crispy Bar pasti akan membuatkan mereka berasa senang. Tiada apa membuatkan mereka gembira dengan segelas cokelat panas. Cuba anda tawarkan mereka dengan minuman tersebut, anda pasti akan menjadi kawan baik mereka. 

"I've always got a sweet tooth. I have chocolate hidden in places that nobody knows about." - Tony McCoyTaurus April 20-May 20 Anda memperoleh: Kit-KatCokelat yang mahal adalah kegemaran anda kerana anda cukup menggemari perkara-perkara yang berkualiti di dalam kehidupan. Jika si Taurean itu adalah wanita, dia sememangnya menggemari kek dark chocolat e. Tiada apa yang memuaskan Taurean jika tidak menikmati kek yang dihidangkan bersama krim whipped serta sos hot chocolate.  "Chocolate is one of the world's most beloved discoveries, and when we need a quick boost of energy and endorphins, chocolate is the go-to treat." - Marcus Samuelsson

Gemini May 21-Jun 20 Anda memperoleh: M&M Hanya dengan bermodalkan cokelat, ia sudah cukup membantu si Gemini untuk memulakan perbualan dengan sesiapa sahaja yang serasi dengan mereka. Oleh itu, cokelat bar yang pelbagai seperti Cadbury Dairy Milk atau Belgian chocolate nuggets cukup kena dengan mereka. 

"You know an odd feeling? Sitting on the toilet eating a chocolate candy bar." - George CarlinCancer Jun 21- Julai 22Anda memperoleh: Toblerone Cokelat yang sesuai dengan mereka adalah jenis yang mudah cair di mulut secara perlahan dan kemudian rasanya dapat dinikmati secara keseluruhan. Cokelat yang manis dan punya perisa yang kaya memang senang menawan hati si Cancerian. Inilah sebabnya cokelat Belgian paling sesuai buat mereka. 

"Anything is good if it's made of chocolate." - Jo Brand

Leo Julai 23-Ogos 22Anda memperoleh: Whittaker's Seperti Singa, Leo sememangnya mempunyai citarasa yang tinggi terhadap cokelat dan mereka tahu bagaimana menikmati kehidupan di tahap maksimum. Dark chocolate yang kuat dan penuh perisa dan mampu mencair di mulut adalah kegemaran mereka. Leo juga gemarkan cokelat yang dihias cantik, lebih-lebih lagi apabila mereka dihadiahkan dengan cokelat handmade dengan dekorasi yang penuh estetika. 

"I eat healthily, but that doesn't mean I don't enjoy myself. I eat ice cream and chocolate, as my metabolism is pretty fast because I work out so much." - Andie MacDowell

Virgo Ogos 23 - September 22Anda memperoleh: Milky WayVirgo memang gemarkan cokelat yang tulen. White chocolate atau homemade dark chocolate memang sangat mereka gemari. Malah, ia turut membuktikan betapa sempurnany a mereka dan penuh rasa kesucian. Mereka sama sekali tidak begitu menggemari cokelat wafer atau yang mempunyai crumbs. Namun, mereka juga gemarkan cokelat berperisa strawberry kerana rasanya yang licin dan selembut sutera. Jadi untuk Virgo, cokelat yang diimport, menepati keperibadian mereka. 

"Chocolate is not cheating! After a salty meal, you need a little bit of sweet. This is living, not cheating." - Ali Landry

Libra September 23 - October 22 Anda memperoleh: Beryl'sLibra gemarkan kombinasi cokelat yang memiliki perisa lembut dan kuat. Inilah sebabnya mengapa Eclair menjadi pilihan mereka. Mereka menemui kegembiraan terhadap perkara-perkara kecil yang barangkali orang lain tidak sedari. White chocolate yang dihidang bersama sos cokelat atau sepotong cokelat brownie, mampu memberikan mereka kepuasan secara total. 

"Chocolate is maybe my only vice. In particular, Godiva's champagne truffles. Or Dean & Deluca vanilla cupcakes. Just thinking about t hem - oh my gosh!" - Shilpa ShettyScorpio October 23 - November 21 Anda memperoleh: LindtScorpio yang memang dikenali sebagai seorang yang berjiwa besar, penuh komitmen serta sangat ghairah dengan apa jua yang mereka lakukan, menggemari sesuatu yang pahit dan manis. Dark chocolate atau cokelat dengan perisa kopi sesuai tidak akan mampu mengecewakan mereka.  "When I have bad days, I just eat lots of chocolate ice cream and dance to the 'Lion King' soundtrack. It's really odd, but it's true." - Blake Lively

Sagitaurius November 22 - Disember 21Anda memperoleh: Kek Cokelat Sagitaurius gemarkan segala yang segar di sekeliling mereka. Cokelat yang berperisa kacang atau buah-buahan adalah pilihan yang tepat buat mereka. Cadbury Rich Dry Fruits atau Cadbury Fruit and Nut Bar mampu menceriakan mereka. 

"Let's face it, a nice creamy chocolate cake does a lot for a lot of people; it does for me." - Audrey Hepburn

Capricorn Disember 22 - Januari 19  Anda memiliki: Snickers

Si Capricorn gemarkan cokelat yang mahal dan eksotik. Cokelat Swiss dan cokleat Belgian yang diimport sesuai dan kena dengan citarasa mereka. Malah, si tipikal Capricorn juga amat menggemari chocolate cupcakes atau brownies yang kaya dan padat dengan perisa cokelatnya. 

"Strength is the capacity to break a chocolate bar into four pieces with your bare hands - and then eat just one of the pieces." - Judith ViorstAquarius Januari 20 - Februari 18 Anda memperoleh: Hershey's Senang sahaja untuk menambat hati si Aquarian. Anda hanya perlu menghadiahkan mereka cokelat susu dan hand-made cokelat kerana mereka gemarkan apa sahaja yang tulen dan original dan ia jelas menggambarkan karektor mereka yang sebenar. 

"Chocolate is the first luxury. It has so many things wrapped up in it: Deliciousness in the moment, childhood memories, and that grin-inducing feeling of getting a reward for being good." - Mariska HargitayPisces Februari 19 - Mac 20 Anda memperoleh: Daim Buat Piscean yang sentiasa tenggelam dalam dunia mereka sendiri, cokelat yang manis dan elegan mudah untuk membuat mereka berasa turn-on. Cokleat mousse, cokelat Belgian yang cantik serta cokelat yang extra creamy atau sekotak Ferrero Rocher adalah rekomendasi buat mereka. Pendek kata, apa sahaja yang memiliki cokelat, mereka akan suka dan ia sememangnya hadiah cukup ideal buat Piscean. 

"All you need is love. But a little chocolate now and then doesn't hurt." - Charles M. Schulz

Sumber: chocolatepersonality.com, AOL.com & www.charbonnel.co.uk 

Artikel ini disiarkan pada 1 Feb 2016 

Read more ...

Pejabat AG Switzerland tak mahu terseret dengan 'politik' Zahid - Malaysiakini (caruman) (subscription)

Pejabat Peguam Negara Switzerland "puas hati" bahawa Peguam Negara Malaysia akan membantu Switzerland dalam penyiasatannya terhadap firma milik kerajaan 1MDB.

Ini dinyatakan dalam satu kenyataan yang dikeluarkannya, dengan menyatakan bahawa ia sedang menyiasat dakwaan penyelewengan AS$4 bilion dana yang didakwa melibatkan syarikat milik kerajaan Malaysia dan 1MDB.

"Pejabat Peguam Negara Switzerland mengambil perhatian dengan berpuas hati dengan reaksi rakan sejawatannya dari Malaysia dan komitmennya untuk menyokong sepenuhnya permintaan Switzerland bagi bantuan bersama," katanya dalam emel kepada Malaysiakini.

Bagaimanapun, pejabat itu enggan mengulas kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang dilapor menyatakan rasa kurang senang terhadap pihak berkuasa Switzerland yang membuat kenyataan terbuka berhubung kerjasama dalam siasatan mengenai 1MDB.

Zahid dilaporkan berkata permohonan rasmi mengenai perkara itu sewajarnya dilakukan melalui saluran rasmi.

"Pejabat Peguam Negara Switzerland telah mengambil maklum mengenai kenyataan terkini yang dilaporkan oleh pelbagai media.

"Sebagai sebuah badan penguatkuasaan undang-undang dan pihak berkuasa kehakiman, Pejabat Peguam Negara Switzerland tidak mengulas kenyataan politik.

[Baca berita penuh]

Read more ...

Drama Sha dan Shah Trending di Youtube Malaysia

Siapa kat sini peminat drama bersiri Sha dan Shah? Episod terakhir sudah pun menemui penonton sebagai penamat kisah cinta pasangan yang cukup romantis. Boleh Budiey katakan, drama komedi telah berjaya menarik perhatian ramai peminat dan dikatakan antara drama yang paling ramai penonton untuk awal tahun 2016.

Drama Sha dan Shah yang mula bersiaran di saluran Astro Ria merupakan sebuah drama dari adaptasi novel bertajuk sama karya Sha Ibrahim. Mengisahkan tentang dua sahabat baik yang akhirnya dijodohkan atas pilihan keluarga walaupun tanpa kerelaan mereka berdua.

Drama Sha dan Shah mengandingkan Kamal Adli dan Syatilla Melvin sebagai hero dan heroin drama ini. Drama bersiri romantik komedi ini telah diarahkan oleh Eyra Rahman dan diterbitkan oleh MIG Pictures Sdn Bhd.

Sinopsis Sha dan Shah

Sha dan Shah adalah dua sahabat baik sejak dari kecil lagi. Kemana sahaja mereka sering bersama. Mereka terpisah seketika bila Shah membuat keputusan untuk menyambung pengajian di luar negara manakala Sha pula lebih selesa belajar di dalam negara sahaja

Kembalinya Shah ke Malaysia setelah tamat pengajian, dia terkejut bila diberitahu yang ibunya ingin menjodohkannya dengan Sha. Selama ini Shah hanya menganggap Sha sebagai kawan baik dan tidak pernah ada perasaan cinta. Lagipun dia jenis lelaki yang mempunyai ramai teman wanita dan tidak mahu mempunyai komitmen.

Cadangan ibunya itu ditolak, namun ibunya mengugut untuk menjodohkannya dengan perempuan lain. Tidak mahu berkahwin dengan perempuan yang langsung tidak dikenali, Shah lebih rela menjadikan Sha sebagai isteri dengan alasan sahabat baiknya itu pasti memahami tentang dirinya.

Keputusannya itu dimaklumkan kepada Sha. Pada awalnya Sha menolak. Dia tidak mahu berkahwin dengan lelaki yang tidak dicintainya tetapi kerana rasa simpati, akhirnya dia bersetuju juga menerima Shah sebagai suami.

Dapatkah Sha belajar untuk mencintai suaminya yang selama ini menjadi sahabat baiknya. Bagaimana pula dengan sikap Shah? Dapatkah dia belajar untuk setia kepada isterinya?

For top videos, people around the world search for information on YouTube. What follows is a summary of YouTube Search results for the top gainers on www.youtube.com.my when comparing search queries that have risen by the largest percentage for the last seven days.

1) Janam Janam/Gerua*Fans tuned in to cover videos for these two original soundtracks from the Bollywood blockbuster Dilwale with Nur Amira Syahira's drum cover and akukecah dotcom's Hati Perempuan version being the most watched covers.

2) Upin IpinLes' Copaque Productions released their latest episode of Upin & Ipin Angkasa on their official YouTube channel last week.

3) iKONThis popular South Korean boy band's latest song 'Dumb & Dumber' took the number one spot for the week on Mnet's 'M Countdown'.

4) Sha dan ShahFans of this new local Malay drama, adapted from the novel 'Sha & Shah' by Sha Ibrahim searched for video snippets and highlights for the latest episode.

5) Selena GomezSelena Gomez released a new music video for her latest single 'Hands on Myself' on her official VEVO channel.

* These are separate but related search items, so we grouped them into one line.

Note: This list shows the fastest rising searches, meaning these were the search terms that saw the largest spike in video searches this week.

Komen via Facebook

Komen

Read more ...

Digelar Jutawan, Neelofa Mahu Terus Merendah Diri

Read more ...

'Takkan Tak Boleh Parking Di Ladies Parking?!'

KUALA LUMPUR - Hajat nak marahkan pengawal keselamatan wanita KLCC, rupa-rupanya mengundang padah pada dirinya sendiri apabila seorang lelaki bernama Peter Cheng dikecam teruk selepas memuat naik 'kesilapannya' sendiri di laman sosial.  Difahamkan lelaki itu berkeras mahu memarkirkan kenderaannya di parkir yang dikhaskan untuk wanita. Namun tidak dibenarkan oleh pengawal keselamatan terbabit sehingga berlaku sedikit kekecohan.  "Pagi tadi saya bawa isteri shopping di KLCC untuk Tahun Baru Cina. Pengawal Keselamatan wanita itu pula enggan membenarkan saya parkir di situ kerana tempat itu dikhaskan untuk wanita sahaja.  "Saya beritahu dia yang saya bawa isteri saya pergi membeli belah di bangunan ini, namun dia tetap berkeras tidak membenarkan.  Jadi saya menyuruh isteri saya memandu dan parkir kenderaan kami di tempat itu sementara saya pula keluar berjalan ke pintu masuk dan menunggunya di situ.  "Bagaimanapun, wanita tadi tetap tidak membenarkan dan menghalang isteri saya dari parkir di tempat itu. Adakah ini adil? Tindakan wanita itu menyebabkan saya bertelagah dan menjerit dengan lantang padanya agar kami dibenarkan parkir di situ. Apabila saya cuba merakam gambarnya, dia segera beredar.  "Jadi abang-abang dan kakak-kakak sekalian, apa gunanya pergi shopping di KLCC jika ada pengawal keselamatan yang berperangai seperti ini? Di pintu masuk wanita, beberapa pengunjung lelaki yang lain parkir di parkir wanita tanpa sebarang masalah. Tetapi kami pula terpaksa berbelanja RM700 lebih," katanya yang meminta orang ramai 'share' masalahnya itu agar pihak pengurusan mengambil tindakan segera.  Sementara itu di media sosial, rata-rata netizen mengecam tindakan Peter yang cuba menyalahkan pengawal keselamatan wanita itu. "Guard itu hanya menjalankan tugas. Ladies parking hanya untuk kereta yang dipandu oleh perempuan atau dalam kumpulan orang perempuan sahaja. Parking ini disediakan untuk keselamatan kaum wanita sahaja, bukan untuk yang datang dengan keluarga. "Tak faham konsep ladies parking, hentam guard yang jalankan tugas. Kemudian viralkan kebodohan sendiri di media sosial," kata netizen.  Menyedari dirinya dikecam di media sosial, Peter Cheng segera membuang post terdahulu dan memohon maaf kepada orang ramai di atas kesilapannya sendiri. Selain itu, dia juga akan bertemu dengan pengawal keselamatan itu hari ini untuk memohon maaf di atas kekasarannya. - THEHYPEMEDIA.COM

Read more ...

Pelajar Meninggal Dalam Kemalangan, Siri Tweet Sebelum Ajal Jadi Viral

MUADZAM SHAH, 1 Feb - Seorang pelajar dari Universiti Tenaga Nasional (Uniten) Kampus Muadzam Shah dan bapa meninggal dunia dalam satu kemalangan apabila kereta yang dinaiki mereka bertembung dengan kenderaan lain di Kilometer 105.9 Jalan Kuantan - Segamat berhampiran dengan Ladang Dara Teh sekitar jam 11.15 pagi semalam.

Mangsa, Muhammad Haziq Januddin, 23 dan bapa, Janudin Sukardi, 55, maut ketika dalam perjalanan menuju ke Uniten Kampus Muadzam Shah untuk Haziq pulang ke universiti tersebut.

Ketua Polis Daerah Rompin, Muhammad Aidil Roneh Abdullah berkata kedua-dua mangsa maut di tempat kejadian akibat cedera parah.

"Hasil siasatan awal mendapati kemalangan berlaku apabila Proton Wira yang dinaiki mangsa dari arah Segamat, Johor menghala ke arah Kuantan dipercayai dalam keadaan cuba memotong kenderaan di hadapan namun gagal lalu bertembung dengan sebuah kenderaan lain dari arah bertentangan.

"Akibat kemalangan ini, pemandu dan penumpang Proton Wira berkenaa n meninggal dunia di tempat kejadian dan mangsa dihantar ke Hospital Muadzam Shah untuk proses bedah siasat. Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987," katanya sebagaimana lapor Sinar Online.

Sementara itu, di laman Twitter, perkongsian tweet-tweet Haziq beberapa hari sebelum terlibat dalam kemalangan itu mendapat perhatian netizens di laman media sosial tersebut.

Tahun bertambah. Makin dekat dah aku dengan kubur. — انق وق دين (@pamanajiq) December 31, 2015 Apesal rasa tak sedap hati ni. Hmm — انق وق دين (@pamanajiq) January 22, 2016 Dalam tak sukanya aku nak balik, bangun pagi dah di KL. Muadzam, mu tunggu aku pulang. — انق وق دين (@pamanajiq) January 30, 2016 Para netizens di Twitter terutamanya rakan mangsa turut menyampaikan perasaan hiba dan pilu mereka dengan apa yang terjadi. Semoga @pamanajiq dan ayahnya di tempatkan dalam golongan orang beriman . Alfatihah — kuasa dua (@ezatysyaheera) January 31, 2016 — Powered by microtech (@FnasarudinLevin) January 31, 2016 — nick (@_niknurezaila05) January 31, 2016 Semoga kedua-dua mereka ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman.

Di kesempatan ini, marilah kita sama-sama menyedekahkan Al-Fatihah untuk mangsa dan bapanya.

Takziah dari kami buat keluarga dan yang mengenali mangsa. - Siakapkeli.my Di mana jua kamu berada, maut akan mendapatkan kamu (bila sampai ajal), sekalipun kamu berada dalam benteng-benteng yang tinggi lagi kukuh.(Surah an-Nisaa': ayat 78)
Read more ...

Pejabat AG Switzerland tak mahu diseret dengan 'politik' Zahid

Pejabat Peguam Negara Switzerland "puas hati" bahawa Peguam Negara Malaysia akan membantu Switzerland dalam penyiasatannya terhadap firma milik kerajaan 1MDB.

Ini dinyatakan dalam satu kenyataan yang dikeluarkannya, dengan menyatakan bahawa ia sedang menyiasat dakwaan penyelewengan AS$4 bilion dana yang didakwa melibatkan syarikat milik kerajaan Malaysia dan 1MDB.

"Pejabat Peguam Negara Switzerland mengambil perhatian dengan berpuas hati dengan reaksi rakan sejawatannya dari Malaysia dan komitmennya untuk menyokong sepenuhnya permintaan Switzerland bagi bantuan bersama," katanya dalam emel kepada Malaysiakini.

Bagaimanapun, pejabat itu enggan mengulas kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang dilapor menyatakan rasa kurang senang terhadap pihak berkuasa Switzerland yang membuat kenyataan terbuka berhubung kerjasama dalam siasatan mengenai 1MDB.

Zahid dilaporkan berkata permohonan rasmi mengenai perkara itu sewajarnya dilakukan melalui saluran rasmi.

"Pejabat Peguam Negara Switzerland telah mengambil maklum mengenai kenyataan terkini yang dilaporkan oleh pelbagai media.

"Sebagai sebuah badan penguatkuasaan undang-undang dan pihak berkuasa kehakiman, Pejabat Peguam Negara Switzerland tidak mengulas kenyataan politik.

[Baca berita penuh]

Read more ...

Menghitung Hari, Elly Mazlein Dedah Jantina Anak Bakal Lahir!

Lama rasanya tidak mendengar berita mengenai pelakon Elly Mazlein setelah beliau mendirikan rumah tangga. Untuk pengetahuan beliau kini sedang menghitung hari untuk melahirkan cahaya mata sulung.

Berkongsi mengenai cahaya mata sulung yang bakal dilahirkan tidak lama lagi, Elly Mazlein mengakui kehadiran anak perempuan yang bakal dilahirkan pada hujung Mac depan sebagai pengubat duka yang lalu.

Terdahulu, penyanyi dan pelakon Elly Mazlein pernah keguguran selepas dua bulan mendirikan rumah tangga bersama pengarah Azmi Hatta pada November 2014.

Artikel menarik:- MENGEJUTKAN! Inilah Respon Maya Karin Mengenai Kegawatan Ekonomi

Menghitung Hari, Elly Mazlein Dedah Jantina Anak Bakal Lahir!

Elly atau nama sebenarnya Sharifah Aida Mazlina Syed Hanafi berkata pengalaman lalu cukup memberikan tekanan kepada dirinya.

Justeru setelah dia disahkan hamil semula pada Jun tahun lalu, tentu sahaja ia merupakan perkhabaran gembira buat Elly Mazlein.

"Tiada aral, Elly dijangka melahirkan anak perempuan pada 30 Mac depan. Memang Elly sendiri mengharapkan untuk mendapat anak perempuan dan alhamdulillah, ia seakan dikabulkan Tuhan. "Elly dan kandungan ketika ini pun sihat.

Elly dan suami juga selalu buat pemeriksaan di sebuah hospital di Wangsa Maju," katanya kepada BH Online.

Menghitung Hari, Elly Mazlein Dedah Jantina Anak Bakal Lahir!

Menurutnya, apabila mengandung buat kali kedua, suaminya meminta beliau mendapatkan rehat yang cukup.

"Suami tidak mahu Elly bekerja dan berasa tertekan. Dulu, ketika keguguran anak pertama, memang Elly lemah semangat. Begitupun, setiap kejadian ada rencana tersendiri. Sejak dimaklumkan hamil lagi, barulah kini Elly berani keluar berjumpa orang," katanya gembira.

Menghitung Hari, Elly Mazlein Dedah Jantina Anak Bakal Lahir!

LAGI ARTIKEL MENARIK:-

1) Pekin Ibrahim Menegur Kelemahan Atikah Suhaime

2) (GAMBAR) Puteri Sulung Syarif Sleeq Dan Malaque Mahlady Yang COMEL!!

2,524 total views, 2,524 views today

Read more ...

[APA NI NAJIB?] Arahan Tidak Benarkan Tan Sri Muhyiddin BERUCAP masa Lancarkan Liga Bola Sepak Petang tadi

CELAH GELEGAR - Mencari Kebenaran Yang Sebenar [APA NI NAJIB?] Arahan Tidak Benarkan Tan Sri Muhyiddin BERUCAP masa Lancarkan Liga Bola Sepak Petang tadi 31 Januari - Tan Sri Muhyiddin Yasin telah dijemput oleh Kelab Sukan Komuniti Subang Jaya untuk melancarkan Liga Bola Sepak Belia Komuniti Subang Jaya petang tadi.Program tersebut telah diadakan di Sekolah Menengah Kebangsaan USJ 4 (SMK USJ4).Sungguhpun program tersebut anjuran Kelab Sukan Komuniti Subang Jaya dan hanya menggunakan padang sekolah tetapi pihak sekolah telah menghalang Tan Sri Muhyiddin Yasin untuk berucap. Tan Sri Muhyiddin merupakan mantan Timbalan Perdana Menteri dan juga Menteri Pendidikan yang mana semua sekolah di Malaysia terletak di bawah bidang kuasa beliau sebelum ini.Pihak sekolah menyatakan mereka bertindak sedemikian setelah menerima arahan daripada pihak tertentu agar mengarahkan pihak penganjur tidak membenarkan Tan Sri berucap. "Saya telah diundang oleh Kelab Sukan Komuniti Subang Jaya untuk melancarkan Liga Bolasepak Belia Komuniti Subang Jaya di SMK USJ 4 petang tadi. Malangnya, saya diberitahu pihak sekolah telah menerima arahan daripada pihak tertentu untuk mengarahkan penganjur supaya tidak membenarkan saya berucap." tulis Tan Sri Muhyiddin di dalam facebook beliau. Tindakan menghalang Tan Sri Muhyiddin berucap di program-program sebegini dilihat sudah melampaui batas demokrasi yang diamalkan di negara ini.Ini bukan program UMNO atau program Kerajaan."Tidak mengapalah. Saya telah menjangkakan perkara ini akan berlaku. Walaupun tidak berucap, saya sempat beramah mesra dengan tetamu yang hadir sebelum berangkat pulang. Tahniah dan selamat bersukan saya ucapkan kepada anak-anak yang mengambil bahagian dalam acara yang dianjurkan" kata beliau. Sebelum ini Pesiden UMNO, Najib pernah menghalang Tan Sri Muhyiddin merasmikan mesyuarat sayap-sayap UMNO sempena Perhimpunan Agung UMNO 2015 yang mana ia telah menjadi amalan Timbalan Presiden UMNO akan merasmikan sayap. Sebaliknya, Najib berkata, majlis perasmian mesyuarat Pemuda, Wanita dan Puteri UMNO akan dilakukan oleh ketua sayap masing-masing. "Apalah dosa yang telah saya lakukan terhadap UMNO sehingga tradisi berucap yang saban tahun diberikan kepada setiap Timbalan Presiden dinafikan kepada saya pada tahun ini?," katanya dalam kenyataan yang dimuatnaik di Facebook memberi respon terhadap arahan Najib. Muhyiddin berkata, beliau kesal kerana tidak diberikan peluang untuk menyampaikan amanatnya dalam sebuah majlis yang amat bermakna pada dirinya sebagai Timbalan Presiden. "Ia adalah ucapan terpenting saya di hadapan para pejuang parti yang melakarkan harapan serta cita-cita saya agar UMNO terus gagah meredah cabaran zaman. Apakah yang ditakuti oleh Najib tiada siapa yang tahu.
Read more ...

TIPS CARA UNTUK ELAK PINTU RUMAH DIPECAH OLEH PEROMPAK

Cara elak pintu rumah dari dipecah masuk oleh penyamun Menjadi kerisauan ramai pemilik rumah apabila meninggalkan rumah dalam tempoh agak lama kerana memikirkan rumah mungkin akan diceroboh oleh mereka yang tidak bertanggungjawab.

Oleh itu, dinasihatkan kepada orang ramai jika hendak meninggalkan rumah dengan tempoh yang lama di mana memakan masa berhari-hari, eloklah dimaklumkan kepada balai polis berhampiran.

Selain itu, faktor keselamatan rumah juga perlu diambil berat oleh pemilik rumah dengan menambah alat keselamatan rumah contohnya grill atau sistem penggera keselamatan bagi mereka yang mampu.

Berkongsi di laman sosial Facebook, seorang wanita bernama Mariana Harrison -Realtor telah berkongsikan satu tips yang dipesan bapanya amat berguna sebagai tambahan sistem keselamatan di kediaman anda. Berikut adalah perkongsian beliau.

My dad gave me this advice a long time ago when I moved into my first apartment. He even came out and changed the screws for me as soon as I moved in. Someone else recently posted about it and I thought I would share! A good home security tip that you may have never thought about…. Most contractors install the plates with the supplied screws which are only a half inch long and come out with one kick by a burglar. He installed 4 inch screws in their place that go through the door frame and into the framing of the house. They can kick for a long time before they get tired! You can see in the picture the screw in his hand is the screw supplied with the door hardware. Making a burglar make a bunch of noise and be foiled in their initial plan can not only give you time to arm yourself but they will most likely move on to an easier target.

Terjemahan dalam bahasa melayu.

Ayah berikan nasihat ini kepada saya suatu masa dulu apabila saya berpindah ke rumah pangsapuri pertama saya. Ayah akan datang dan tukarkan skru untuk saya sebaik saja saya berpindah masuk. Ia adalah tips keselamatan rumah yang anda tidak pernah terfikirkan… Kebanyakan kontraktor akan memas ang plat tombol pintu dengan skru yang panjangnya setengah inci sahaja.. Ini membolehkan pihak penyamun menendang pintu rumah anda dengan mudah sekali. Ayah telah menggantikan skru itu dengan panjang 4 inci bingkai pintu rumah. jika rumah cuba diceroboh, mereka akan mengambil masa yang lama untuk pecahkan pintu dan letih. Cara ini juga akan membuatkan si penyamun letih dan membatalkan niat jahat mereka. Lihat pada gambar perbandingan dua skru berkenaan. Dengan cara ini juga, tindakan penyamun menendang pintu rumah anda berkali-kali juga akan menimbulkan bunyi bising sebagai 'alarm' kepada diri anda dan juga jiran-jiran anda. Sekali gus pelan mereka akan gagal dan mereka akan beralih pula pada mangsa yang lain.

Jadi, pesan admin, jika ingin sistem keselamatan rumah kita lebih selamat, tukarkan semua skru sedia ada di tingkap, pintu, grill rumah dan lain-lain dengan skru yang lebih panjang seperti yang di ceritakan oleh Mariana ini.

Read more ...

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *