Recent Post

Friday, September 25, 2015

Annuar kesal tindakan FAM dalam pembahagian kutipan tiket Piala FA

Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) Tan Sri Annuar Musa kecewa dengan tindakan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) berhubung pembahagian hasil kutipan tiket perlawanan akhir Piala FA.
Read more ...

Sharnaaz Ahmad Mohon Maaf Kerana Pakaian Yang Dipakainya Ini Mengundang KEMARAHAN

Baru sahaja memenangi Artis Paling Kontroversi ABPBH 2014 bagi kategori online, nampaknya Sharnaaz Ahmad tidak mengambil masa yang lama untuk mencipta kontroversi baru. Mana tidaknya, fesyen yang dikatakan menyerupai pakaian tentera Sharnaaz Ahmad dan kekasih hati Anis Al Idrus pada ABPBH semalam dianggap tidak bersesuaian dan menjadi perdebatan peminat, malah ada anggota  pasukan keselamatan yang turut memberikan komen. Pingat? Pada masa sama, pingat yang diletakkan pada pakaian Sharnaaz turut menjadi persoalan netizen. Menurut mereka, rupa bentuk pingat tersebut menyerupai salah satu pingat tertinggi bagi perkhidmatan cemerlang dan kelakuan terpuji. Patutlah jadi persoalan sebab pingat tersebut bukan calang-calang pingat, hanya dikurniakan kepada Anggota Tentera dan semua Pasukan Perkhidmatan Beruniform di Malaysia. Hanya Costume, Harap Dimaafkan Costume by @coloursbyfaiesh Sekadar costume ya jgn ada pihak yg tersinggung.. Kalau pun ada, harap dimaafkan. Dan Alhamdulillah saya menang untuk ketegory ganas!! Ahhahaha tq so much abp and bh.. Till next year jemput lah saya lagi insyaAllah.. Salam sayang buat @arm07_ yang dicintai!! A photo posted by Sharnaaz Basir Ahmad (@sharnaazahmad) on Apr 5, 2015 at 11:40am PDT Sharnaaz bagaimanapun melalui post terbarunya di Instagram telah pun memohon maaf kepada pihak yang berkenaan sekiranya fesyen yang digayakan mengundang kemarahan. Iyalah mana peminat tak persoalkan, tema semarakkan cinta tapi fesyen yang digayakan menyerupai pakaian badan beruniform. Mungkin cintakan negara? Apa-apa pun tahniah Sharnaaz!
Read more ...

INSIDEN REMPUHAN DI MINA - NABIL AHMAD SELAMAT

Semua sedia maklum bahawa pelawak dan pengacara, Nabil Ahmad atau nama sebenarnya Ahmad Nabil bin Ahmad, 32, kini sedang berada di Makkah bagi mengerjakan ibadah haji.

Dan baru-baru ini telah berlakunya satu insiden rempuhan sewaktu jutaan umat Islam menunaikan ibadah Melontar Jamrah di Mina. Insiden tersebut setakat ini telah mengorbankan 453 orang.

Nabil bagaimanapun memberitahu yang dia dalam keadaan selamat sewaktu berlaku insidennya tersebut.

Klik gambar untuk size besar

Ini kerana menurut Nabil, dia tidak berada di tempat kejadian ketika insiden rempuhan di Mina.

Tambah Nabil, dia dan kumpulan jemaah haji lain dari Malaysia masih berada di Makkah dan akan ke Mina untuk melontar jamrah malam ini selepas Isyak waktu tempatan.

"Alhamdulillah, saya bersama kumpulan jemaah lain berada dalam keadaan selamat kerana kami akan keluar melontar jamrah di Mina selepas waktu Isya' di sini," ujar Nabil menerusi aplikasi WhatsApp.

Nabil turut melahirkan rasa sedih dan pilu di atas kematian jemaah haji lain dalam tragedi itu.

"Saya terkejut apabila dimaklumkan perkara terbabit. Bagaimanapun, tidak ada apa perlu ditakutkan kerana ajal dan maut adalah kuasa Allah SWT.

"Doakan semoga saya dan jemaah lain diberi kekuatan untuk menyempurnakan ibadah ini," jelasnya.

Nabil yang bertolak bersama 20 jemaah lain pada 19 September lalu dijangka pulang ke tanah air pada 30 September ini.

Sumber: myMetro

      � �  ________________________

FACEBOOK - SANTAI - PAPARAZZI - NOSTALGIA - GALERI - YOUTUBE - ROMANTIKA - SEJARAH MYARTIS - INSTAGRAM - TWITTER

TwitterFacebookGoogle PlusRSS FeedEmail

Read more ...

Masih Ingatkah Anda Dengan Haziq Tom Tom Bak ? Wajah Terbaru 2015 Ini Sangat MEMERANATKAN !!!

Mesti ramai yang masih ingat dengan lakonan Haziq Tom Tom Bak dalam filem Syurga Cinta inilah wajah terbaru beliau  (dah berisi sekarang) Tonton video beliau di bawah:
Read more ...

3 Ibu Bergabung Tenaga Curi Smartphone

Telefon bimbit saya baru saja dicuri semasa saya sedang mengeluarkan wang di ATM RHB, pasar raya Giant, Padawan, Kuching, semalam.  Saya telah membuat laporan polis dan melihat rakaman CCTV di mana kejadian itu berlaku pada jam 6.25 petang. Memang sah telefon bimbit jenis Samsung J7 milik saya dicuri oleh seorang wanita yang mengendong anak kecilnya dengan dua wanita yang turut mengendong anak kecil masing-masing. Saya percaya mereka bertiga telah merancang untuk melakukan perbuatan itu atau mungkin sindiket.  Malangnya, saya tidak dapat berbuat apa-apa selain dari menyampaikan kejadian ini kepada anda agar berhati-hati di masa akan datang terutamanya golongan wanita yang membawa beg tangan. -  Pengadu Ditulis semula untuk siaran di THEHYPEMEDIA.COM

Read more ...

Tiada jemaah M'sia terbabit insiden rempuhan di Mina

Semua jemaah Malaysia disahkan selamat dan tidak terbabit dalam insiden rempuhan di Mina yang mengorbankan lebih 700 nyawa setakat ini, kata Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki.

Beliau berkata berdasarkan pemeriksaan di semua tujuh maktab Muassasah dan 15 syarikat pengelola jemaah haji dan TH Travel & Services Sdn. Bhd., (pakej swasta), semua jemaah haji Malaysia disahkan selamat dan mereka hanya akan mula melontar di Jamrah Kubra di Mina itu mulai jam 5.30 petang ini (10.30 malam waktu Malaysia).

"Tiada jemaah Malaysia terbabit, semua pasukan unit peronda Tabung Haji juga sebenarnya telah membuat pemantauan sejak awal lagi (sebelum kejadian itu berlaku) bagi memastikan keadaan dan masa yang sesuai untuk jemaah haji memasuki kawasan untuk melakukan ibadat melontar itu," katanya kepada pemberita di Makkah hari ini.

Dalam kejadian 11.30 pagi itu (waktu tempatan), lebih 700 jemaah haji dilaporkan terkorban manakala beratus lagi cedera dalam kejadian rempuhan berkenaan di kawasan perkhemahan jemaah dari negara-negara Arab.

Asyraf Wajdi turut kesal dengan laporan di media sosial berkenaan kononnya seorang jemaah wanita Malaysia turut maut dalam kejadian itu.

"Kematian Siti Haryati Shaikh Ali, 43, seorang pensyarah di Universiti Teknologi MARA (UiTM) itu disebabkan dia mengalami masalah sesak nafas, Allahyarham meninggal dunia di sisi suaminya di hospital di Makkah, dan bukannya terkorban dalam kejadian rempuhan itu," katanya.

Katanya bagi musim haji 1436H setakat ini, sebanyak 16 jemaah Malaysia meninggal dunia, termasuk tujuh yang terkorban dalam tragedi kren tumbang di Masjidil Haram pada 11 September lepas.

Sembilan jemaah lain meninggal dunia akibat serangan jantung dan mengalami sesak nafas.

Berkenaan ibadat melontar, Asyraf Wajdi berkata jemaah Malaysia akan mula ke Jamrah Kubra mulai jam 5.30 petang ini.

"Jemaah Malaysia tidak akan melalui kawasan perkhemahan atau tempat berlakunya insiden rempuhan itu. Laluan jemaah Malaysia adalah bersama jemaah-jemaah dari Indonesia dan Turki.

"Berdasarkan maklumat unit peronda Tabung Haji, jemaah dari Turki telah pun selesai melakukan ibadat melontar di Jamrah Kubra hari ini," katanya.

Lebih tiga juta jemaah haji dari seluruh dunia termasuk lebih 22,000 jemaah haji Malaysia kini berada di Tanah Suci bagi melaksanakan ibadat haji.

Jemaah haji termasuk jemaah Malaysia kini berada di Mina untuk mengerjakan ibadat melontar selepas bermabit (berada seketika atau bermalam) di Muzdalifah malam tadi.

Jemaah haji akan terus berada di Mina sehingga 11, 12 dan 13 Zulhijjah atau dikenali sebagai Hari Tasyriq untuk melakukan lontaran di ketiga-tiga jamrah - Kubra, Wusta dan Sughra.

Sementara itu, tiada staf Malaysia yang berkhidmat dengan operasi Al Mashaaer Al Mugaddassah Makkah Metro Southern Line (MMMSL) terlibat dalam insiden rempuhan di Mina.

Pengarah Projek MMMSL, Khairani Mohamed berkata terdapat 440 rakyat Malaysia yang kebanyakannya staf Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) yang bertugas dalam operasi MMMSL.

"Semua staf kami selamat. Bagaimanapun, kami akan memantau dan meningkatkan kawalan di stesen-stesen untuk menjamin keselamatan para jemaah yang menggunakan

perkhidmatan kami," katanya dalam satu kenyataan hari ini. .

- Bernama

Read more ...

Kerajaan Persekutuan bantu mangsa banjir di Pulau Pinang - Najib

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, hari ini berkata, kerajaan Persekutuan akan membantu mereka yang terjejas akibat banjir kilat yang berlaku di Pulau Pinang semalam.
Read more ...

Wanita Ini Boleh Diketogerikan Sebagai Wanita Paling Hina Dan Munafik Di Dunia.

Mendengar Istilah Playboy mungkin sudah menjadi hal kebiasaan. Namun, bagaimana dengan playgirl? Berapa banyk wanita yang berbakat menjadi seorang dalang di belakang layar kaum lelaki? Menurut sebuah survay (entah siapa yang menyelenggarakan) 56 peratus lelaki yang berselingku mengaku bahagia dalam permainan mereka. Lalu ada juga yang percaya bahawa perselingkuan terjadi jika suami tidak puas atau bahagia dengan isterinya. Tapi kenyataannya belum tentu lagi. Seorang wanita cantik berinisial AH tertangkap basah tengah melakukan adgen tak senonoh dengan seorang lelaki selingkunya di sebuah bilik sewa kos rendah. AH sendiri dikenali sebagai isteri dari seorang usahawan yang berjaya asal Maksar. Ketika sang suami, Haji Ambo Azis Kalla mengekori, isterinya tersebut dalam keadaan terlanjang bulat bersama lelaki selingkunya. Tak ayal kejadian itupun membuat Haji Ambo naik pitam, tidak ada tindakan lain yang dilakukan Haji Ambo selain menceritakan isteri cantiknya yang mengenakan hijab lebar itu. Atas kejadian tersebut kini pengusaha warung kopi, tempat pijat refleksi kesihatan dan wahan biliar di makassar ini resmi mendaftarkan ugutan cerai nya ke pengadilan agama di Kota Maksar. Nukan hanya sang suami yang tkut dengan tindakan kotor AH, pihak keluarga pun mengaku shock atas ulah AH yang tega melakukan perzinaan. Apalagi, di media sosial AH dikenali kerap menuliskan kata-kata Islami yang menggambarkan seorang wanita muslimah yang taat dengan agama. Sayangnya, kata-kata Islami yang selama ini ditulisnya sangat bertolak belakang dengan keperibadiannya dan tidak membuatnya takut kepada sang pencipta. Maka dari itu berhati-hatilah dalam menilai atau mencari ppasangan, lihat dan perhatikan benar-benar sifat dan carakteristik nya. Keindahan di luar itu bukan jaminan, kerana keindahan yang sebenarnya adalah sifat yang mulia yang boleh memuliakan pasangannya bukan sebaliknya. Saya cukup prihatin dengan kejadian ini, bagaimana dengan kamu? Jangan lupa bagikan dan ajak temanmu untuk berkomentar ya!!
Read more ...

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *