Recent Post

Friday, June 03, 2016

Tanah Rizab Melayu: Pemuda P. Pinang beri penjelasan - Harakah Daily

WAKIL Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang sekali lagi menggamatkan bukan sahaja muktamar tahunan pemuda PAS 2016 yang sedang berlangsung, tetapi juga seluruh Malaysia.

Tajuk berita khasnya dalam Malaysiakini menggambarkan seolah-olah Saudara Hafiz Alias menyatakan bahawa Pulau Pinang memiliki Tanah Rizab Melayu.

Sedangkan tuntutan sebenar Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang adalah menggesa wakil rakyat terutama dalam kalangan pemimpin Melayu untuk mengusulkan melalui Dewan Undangan Negeri (DUN) supaya tanah milik orang Melayu di negeri ini diwartakan sebagai Tanah Rizab Melayu dengan mewujudkan suatu enakmen seperti Enakmen Rizab Melayu yang ada di negeri-negeri Semenanjung selain Melaka dan Pulau Pinang.

PAS sedia maklum bahawa Pulau Pinang tiada Enakmen Rizab Melayu. Namun, hal pewartaan tersebut adalah tidak mustahil untuk dilakukan dan memerlukan keberanian politik (political will) dalam kalangan pemimpin terutamanya pemimpin Melayu-Islam.

Jikalau dilihat daripada sudut demografi, populasi penduduk Pulau Pinang adalah 1.663juta orang seperti laporan Jabatan Perangkaan Malaysia (2014);iaitu Cina (42.2%), Melayu (41.3%), India (9.8%), bangsa-bangsa lain termasuk warga asing (6.7%).

Namun hal yang membimbangkan adalah bilangan penduduk Melayu di pulau semakin mengecil terutamanya di daerah Timur Laut. Menurut laporan Penang Research Centre In Socio-Economy (PreCISE), populasi penduduk Melayu di daerah 'kelas menengah' itu berkurangan sebanyak 105,400 orang pada 2012 berbanding 2010, sedangkan Timur Laut merupakan pusat ekonomi dan pentadbiran utama negeri ini.

Pola migrasi ini dijangka berterusan apabila beberapa lagi cadangan projek pembangunan lain termasuk Penang Transport Master Plan (PTMP) seperti pembinaan lebuh raya dan terowong dasar laut yang akan dilakukan pada masa hadapan terutamanya di daerah tersebut.

Selain itu, peratusan pemilikan tanah juga tidak seimbang jika dibandingkan dengan populasi penduduk Melayu be rbanding penduduk lain. Menurut Pejabat Tanah dan Galian pada 2010, pemilikan tanah oleh kaum Cina di Pulau Pinang mengikut bilangan hak milik adalah sebanyak 64%, manakala Melayu pula hanya 28% dan India sebanyak 8%.

Keadaan ini menjadi lebih membimbangkan kerana semasa satu program seminar tanah anjuran Pertubuhan Warisan Tanah dan Teroka Bandar (TEROKA) pada 21 Mei 2016 baru-baru ini, seorang pembentang kertas kerja yang juga Penilai Berdaftar, Sr. Hj. Che Had Dhali telah menyatakan bahawa fakta terkini bilangan pemilikan tanah orang Melayu sehingga tahun 2016 sudah menjadi 20.41%. Oleh itu, hampir 8% bilangan pemilikan tanah orang Melayu telah 'hilang' dalam tempoh 6 tahun kebelakangan ini, iaitu daripada 2010 sehingga 2016.

Hal ini menjadi lebih kritikal di kawasan pulau apabila bilangan pemilikan tanah orang Melayu hanya sekadar 1.16% sahaja! Gambaran yang lebih jelas juga dapat dilihat setelah lenyapnya beberapa kampung tradisi Melayu seperti di Batu Uban yang tidak berapa jauh dari Kampung Buah Pala yang pernah menggegarkan Malaysia dahulu.

Namun soal pampasan dan rumah ganti dalam kes dua kampung tersebut amatlah berbeza kerana sikap pimpinan negeri ini yang dilihat pilih kasih dalam menggendalikan proses pengambilan tanah untuk tujuan pembangunan.

Tidak cukup dengan itu, Akta Penggambilan Tanah turut digunakan untuk 'menghalau' orang Melayu secara terhormat umpamanya di Kampung Padang Benggali Telok Air Tawar, Kampung Gajah dan Kampung Bagan Dalam Butterworth, Jalan Permatang Batu Permatang Rotan dan juga di Bandar Baru Telok Kumbar.

Ada banyak lagi kes di mana penduduk kampung Melayu telah dan bakal keluar seperti di Kampung Sungai Tiram, Kampung Mutiara, Kampung Permatang Tok Suboh dan Kampung orang Melayu di Jelutong. Para penduduk di kampung tersebut akan pasrah menerima sahaja pampasan dan rumah ganti yang kecil tanpa sebarang suara atau rungutan berbanding penduduk Kampung Buah Pala dahulu.

Inilah jus tifikasi yang menyebabkan Dewan Pemuda PAS Negeri Pulau Pinang menuntut supaya tanah milik Melayu di negeri ini diwartakan sebagai Tanah Rizab Melayu. Langkah ini tidak sedikit pun mengancam atau menceroboh hak kaum lain sebaliknya adalah satu tindakan untuk memastikan kemandirian orang Melayu di Pulau Pinang bagi mendepani arus deras pemodenan.

Jika Tanah Rizab Melayu ini diwujudkan, serta diteguhkan lagi dengan peruntukan undang-undang seperti Enakmen Tanah Warisan Negeri Pulau Pinang 2011 dan Akta Warisan Kebangsaan 2005, sebarang pengambilalihan tanah atau kampung warisan penduduk Melayu contohnya untuk 'kepentingan awam' mesti digantikan dengan satu kawasan tanah atau penempatan setara yang khas dan dipersetujui oleh penduduk yang terlibat.

Hal itu juga bagi memastikan tanah milik Melayu tidak dieksploitasi untuk kepentingan bukan Melayu atau pemaju yang tamak. Maka keluasan atau bilangan pemilikan tanah orang Melayu mampu dikekalkan dalam tangan orang Melayu ju ga.

Perlu juga diingatkan bahawa jumlah peratusan pemilikan tanah orang Melayu yang disebutkan di atas adalah sebelum pelaksanaan beberapa projek mega termasuk projek penambakan laut di bahagian selatan pulau yang disebut sebagai South Reclamation Scheme (SRS).

Projek-projek mega seperti ini bakal meneruskan model pembangunan tidak mampan seperti di kawasan tambak laut dan juga dalam beberapa kes pembangunan di lereng-lereng bukit yang memusnahkan alam sekitar bagi membangunkan projek mewah yang tidak bermanfaat kepada penduduk setempat.

Model pembangunan seperti ini sama saja seperti yang telah dilakukan oleh kerajaan Barisan Nasional di negeri ini suatu ketika dahulu. Bezanya, kerajaan negeri pimpinan parti DAP mendakwa mereka adalah parti politik berteraskan idealisme sosial demokrat.

Namun, mereka kelihatan begitu mesra pemaju yang rakus mengejar keuntungan semata-mata bagi memenuhi nafsu dan kepentingan golongan kelas menengah serta para pemodal besar da lam kalangan penduduk luar Pulau Pinang (juga luar negara) yang sebenarnya memacu dan mempengaruhi pasaran hartanah mewah di negeri ini.

Apabila hal ini terjadi, pemilikan tanah orang Melayu akan menjadi semakin mengecil kerana nilai tanah mereka bakal meningkat naik akibat faktor sosio-ekonomi persekitaran kawasan elit dan mewah seperti di selatan pulau termasuk di Batu Maung, Permatang Damar Laut, Sungai Batu dan Telok Kumbar lantas mewujudkan kecenderungan mereka untuk menjual tanah kepada pihak tertentu.

Namun, jika Tanah Rizab Melayu diwartakan, hanya orang Melayu sahaja boleh membeli tanah tersebut dan hal ini dapat mengawal eksploitasi umpamanya oleh pemaju atau orang tengah daripada terus menerus memujuk rayu serta manipulasi penduduk Melayu untuk menjual tanah.

Tidak cukup dengan itu, sudahlah pemilikan tanah orang Melayu semakin berkurang, penduduk Melayu juga tidak mampu lagi untuk memiliki hartanah di negeri ini kerana harga yang amat mahal. Contohnya r umah dengan harga yang dikatakan 'mampu milik' bernilai RM 400 ribu sahaja!

Projek perumahan mewah dilihat begitu mendominasi dalam kawasan-kawasan yang dahulunya menjadi penempatan tradisi penduduk Melayu. Justeru itu, hal ini akan meneruskan lagi pola migrasi orang Melayu keluar ke daerah lain termasuk ke Sungai Petani, Kulim dan Padang Serai terutamanya golongan Melayu 40% terbawah (bottom 40) yang berpendapatan isi rumah bulanan secara purata sebanyak RM 2367 sahaja, seperti yang telah dilaporkan oleh Unit Perancang Ekonomi (EPU) pada 2014.

Menyedari hal-hal yang telah disebutkan di atas, Dewan Pemuda PAS Negeri Pulau Pinang setelah perbahasan muktamar pemuda yang telah berlangsung, ingin sekali lagi menggesa pimpinan politik negeri Pulau Pinang untuk bersama-sama mengerakkan usaha ke arah mewartakan tanah milik orang Melayu di negeri ini sebagai Tanah Rizab Melayu.

Inilah hasrat yang telah dan ingin disampaikan oleh Dewan Pemuda PAS Negeri Pulau Pinang dan ia jelas sekali berbeza dengan laporan-laporan serong dalam akhbar dan media tertentu.

IR. AHMAD RAFAEI BIN A. RASHIDNaib Ketua Pemuda  Dewan Pemuda PAS Negeri Pulau Pinang27 Syaaban 1437 H / 03 Jun 2016 – HARAKAHDAILY 3/6/2016

Read more ...

Soo Wincci Bakal Dapat Ijazah Doktor Falsafah PhD

Tahniah buat Soo Wincci. Selepas enam tahun bertungkus lumus menyiapkan tesisnya, penyanyi dan pelakon Soo Wincci akhirnya bakal menerima ijazah doktor falsafah (PhD) dalam bidang Pengurusan Perniagaan dari Universiti Terbuka Malaysia (OUM).

Soo Wincci, 31, berkata, dia tidak dapat menahan sebak saat pemeriksa dan pensyarah yang menyelia tesisnya memaklumkan dia telah lulus sekali gus layak menerima gelaran doktor falsafah.

"Saya tidak dapat mengawal perasaan saat diberitahu oleh penyelia tesis saya bahawa saya telah lulus.

"Pertama kali dalam hidup saya menangis selama satu jam tanpa henti kerana mengenangkan perjalanan selama enam tahun demi mencapai cita-cita saya untuk memiliki Ijazah Kedoktoran," katanya.

Soo Wincci juga mempunyai ijazah sarjana muda dalam bidang undang-undang dari Universiti Reading, United Kingdom dan Ijazah Sarjana dalam bidang pengurusan perniagaan dari Universiti Sunshine, Coast, Australia.

Dalam pada itu, Soo Wincci berkata, dia tidak dapat menahan kesedihan kerana terkenangkan pengorbanan yang terpaksa dilakukan sepanjang tempoh enam tahun menyiapkan tesisnya.

Malah katanya, dia terpaksa mengenepikan soal cinta semata-mata ingin merialisasikan impiannya itu.

"Sepanjang tempoh itu banyak yang saya korbankan termasuk masa untuk diri sendiri, keluarga, kawan-kawan malah percintaan demi merialisasikan impian ini.

"Tidur saya tidak pernah cukup selain saya hampir tidak mengenali diri sendiri dan kini saya dapat berehat dengan sepuas-puasnya," ujarnya.

Malah Soo Wincci menerusi statusnya di Facebook itu turut berkongsi kepayahan menyiapkan tesisnya itu apabila cadangan kertas kerjanya sering ditolak namun dia tidak berputus asa.

"Saya tidak ingat berapa kali tesis saya ditolak oleh pensyarah dan pembetulan terpaksa dibuat sehingga pada satu tahap saya dimarahi oleh orang terdekat yang meminta agar saya tidak lagi memaksa diri untuk belajar.

"Bagaimanapun saya perlu bekerja kuat dalam merialisasikan impian dan visi saya," jelasnya.

Dalam perkembangan sama, Soo Wincci berkata, ijazah kedoktoran itu adalah permulaan baharu baginya selain mempunyai misi untuk membantu lebih ramai masyarakat agar mencapai impian mereka.

Majlis konvokesyen penganugerahan ijazah doktor falsafah kepada Soo Wincci dijangka diadakan pada Oktober depan.

Sumber: Mstar Online

Komen via Facebook

Komen

Read more ...

Polis Sedang Kenal Pasti Kanak-Kanak Yang Jadi Mangsa Pedofilia Warga British

KUALA LUMPUR, 2 Jun: Pihak polis kini sedang mengenal pasti mangsa-mangsa kepada pedofil warga British, Richard Huckle, yang telah mengaku terhadap pelbagai tuduhan mencabul kanak-kanak ketika berada di negara ini.

Menurut Ketua Penolong Pengarah Bahagian Siasatan Seksual, Wanita dan Kanak-kanak D11 Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman ACP Ong Chin Lan, Bukit Aman telah pun meminta agensi jenayah berpejabat di London, National Crime Agency (NCA), untuk menyerahkan butiran kes berkenaan.

"Setakat ini mangsa belum dikenal pasti dan pihak NCA cuma maklumkan mengenai kejadian ini kira-kira sebulan lepas, tetapi tidak memberikan maklumat kerana kes masih dalam perbicaraan. "Kami telah minta maklumat berkali-kali dan akan terus mendesak mereka beri butiran lanjut untuk tindakan susulan. Diharapkan selepas keputusan mahkamah pada Jumaat, pihak United Kindom dapat memberikan kami lebih banyak maklumat," katanya sebagaimana lapor Bernama.

Read more ...

Terbabas ke dalam gaung, isteri maut, keluarga cedera

Seorang wanita maut manakala suami dan tiga anaknya cedera apabila kereta yang mereka naiki melanggar besi penghadang jalan sebelum terbabas ke dalam gaung di KM124.6 Lebuhraya Pantai Timur (LPT) di Temerloh, semalam.

Dalam kejadian jam 2.30 petang itu, mangsa Khadijah Ismail, 55, meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di bahagian kepala.

Tiga anak mangsa yang cedera parah ialah Mohd Hishamuddin Abd Rahman, 24, Noor Shairah, 21, dan Noor Aina Basriah, 19, manakala bapanya, Abd Rahman Harun, 64, yang memandu kereta jenis Toyota Innova 2.0 itu hanya mengalami luka dibahagian tangan.

Difahamkan keluarga tersebut berasal dari Kampung Padang Midin, Kuala Terengganu sedang dalam perjalanan pulang ke rumah mereka dari Kuala Lumpur apabila nahas itu berlaku kira-kira dua kilometer dari Plaza Tol Temerloh.

Ketua Polis Daerah Temerloh, ACP Mohd Anuar Othman ketika dihubungi Bernama berkata kesemua mangsa di hantar ke Hospital Temerloh.

Beliau berkata kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

- Bernama

Read more ...

Huckle sasar cabul kanak-kanak komuniti miskin

LONDON: Pedofilia kelahiran Britain, Richard Huckle, 30, yang kini berdepan pelbagai pertuduhan dan berdepan hukuman penjara seumur hidup selepas mengaku bersalah terhadap 71 tuduhan menyerang secara seksual kanak-kanak di Malaysia, mula mengunjungi negara ini pada 2005.
Read more ...

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *