Sunday, January 10, 2016
Peka dakwa penerokaan masih giat dilakukan di Hutan Simpan Lentang
Bercuti Ke Bali Bersama Fattah Amin : Sherry Ibrahim Minta Peminat Tidak Cepat Menghukum
Sherry Ibrahim dan Fatta Amin mungkin antara pasangan yang menjadi "favourite" ramai, boleh dikatakan sama cantik sama padan, baru-baru ini mereka telah bercuti ke bersama ke Bali, Indonesia.
Menerusi foto yang dimuat naik oleh Sherry menerusi akaun Instagram miliknya, jelas mereka cukup gembira menikmati percutian bersama.
Namun, masih ada segelintir peminat yang seakan kurang senang melihat pasangan itu bercuti bersama meskipun mereka ditemani oleh rakan-rakan lain.
Menerusi portal Berita Harian, Sherry harap peminat tidak cepat menghukum beliau dan memperbesarkan hal ini.
Tujuan mereka ke sana sebenarnya atas urusan perniagaan dan menggunakan kesempatan tersebut untuk mencari ketenangan.
Bagi saya, tiada isu yang timbul kerana kami bukan pergi berdua, sebaliknya turut disertai beberapa rakan lain. Kami ke sana pun di atas urusan perniagaan, namun butiran lanjut mengenai urus niaga itu belum dapat dikongsi buat masa ini.
Lagi pun, bukan mudah untuk berkumpul beramai-ramai dan mencari kelapangan masa pada waktu yang sama. Oleh itu, kami menggunakan kesempatan bekerja sambil menyambut menyambut tahun baharu.
Mungkin agak tidak manis kalau bercuti bersama kerana ia mungkin mengundang fitnah, namun kadang-kala janganlah terlalu berfikiran negatif.
PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.DATUK TERLAJAK LARIS 'NAIK ANGIN' BILA DILABEL 'ORANG KAYA BODOH'
Baru-baru ini, menerusi laman Instagram Datuk Aliff Syukri Kamarzaman pemilik produk kecantikan dan kesihatan D'Herbs Terlajak Laris telah meluahkan rasa marah dan kecewa selepas dirinya digelar 'Orang Kaya Bodoh'.
Menerusi gambar yang dimuatnaik orang yang tak dikenali, pautan imej tersebut membuat pembezaan 'Sembilan Melayu Terkaya Di Malaysia' dengan Datuk Aliff Syukri serta pemilik produk kecantikan Qu Puteh, Dato Seri Vida.
Menurut Dato Aliff, perbandingan tersebut keterlaluan dan meminta dalang disebalik penyebaran imej tersebut supaya tampil ke hadapan.
"Kadang-kadang tak semua benda yang kita lakukan orang faham.. dan itu konsep program tv tak payahhh nak menghukum kami bodoh bag ai lahh.. kalau awak bijak sangat.. tampilkan diri!! Tak payah nak buat statement macam ni..," luahnya di IG.
Imej tersebut dipercayai mempunyai kaitan dengan sebuah program 'Terlajak Puteh Nampak' dikendalikan oleh Datuk Aznil Hj Nawawi yang mengisahkan kejayaan pemilik produk kecantikan dan kesihatan di Malaysia.
Rata-rata pengikut Datuk Aliff Syukri di Instagram mengutuk dan tidak bersetuju dengan imej tersebut serta mendoakan semoga beliau sentiasa dilindungi selain dimurahkan rezeki.
Sementara itu, Dato Seri Vida tidak mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai perkara ini di media sosial miliknya.
________________________
FACEBOOK - SANTAI - PAPARAZZI - NOSTALGIA - GALERI - YOUTUBE - ROMANTIKA - SEJARAH MYARTIS - INSTAGRAM - TWITTER Follow @myartisdotcomNora Danish Difitnah Menjadi Punca Keretakan Rumah Tangga Fasha, Jejai
Malah Nora tidak menolak dia menjadi mangsa terbaru fitnah tersebut, Nora mengakui agak terkejut apabila namanya dikaitkan sebagai punca dalam kemelut masalah rumah tangga pelakon itu dan Jejai ketika ini.
"Tidak sepatutnya saya dilibatkan. Sebabnya tidak ada kena mengena dengan saya. Saya memang terkejut apabila isu ini timbul dan membabitkan nama saya pula.
"Tetapi apa boleh buat. Apa sekalipun tuduhan orang, saya sudah kuat untuk melaluinya," katanya.
Selebihnya, selebriti itu enggan mengulas lanjut memandangkan dia juga telah dinasihatkan oleh peguamnya untuk tidak terlalu terbuka dalam memberi komen mengenai isu tersebut.
Jelas Nora atau nama sebenarnya Nora Danish Mohd. Hanif, 34, sehingga hari ini dia sudah dinasihatkan peguamnya untuk tidak mengeluarkan apa-apa kenyataan memandangkan pihaknya tidak mahu mengeruhkan lagi keadaan.
"Selanjut nya, maaf saya tidak boleh komen banyak tentang soal rumah tangga mereka. Saya sudah diberitahu peguam untuk berdiam diri sahaja.
"Walau bagaimanapun, nantikan sahaja apa yang sudah dirancang oleh pihak saya dan ini akan melibatkan saluran undang- undang," katanya yang menolak akan menyaman mana-mana pihak.
Sementara itu, pergolakan rumah tangga Fasha terus hangat diperkatakan apabila sebuah portal hiburan baru-baru ini menerbitkan kisah tersebut, seolah-olah mengesahkan berlakunya sesuatu yang tidak elok dalam rumah tangga mereka.
Sumber yang dipetik oleh artikel berkenaan memberitahu, Nora dan salah seorang ahli keluarga Jejai dikatakan terus memburukkan Fasha sehingga menyebabkan hubungan pelakon itu dengan keluarga mertuanya kekal bermasalah.
Sumber Utusan Online
Diolah oleh Syafiqah Jalal
Artikel disiarkan pada Ahad 10 Januari 2015
Sekitar Majlis Pelancaran & Tayangan Media Telefilem OH MY GANU 2!
Majlis Pelancaran & Tayangan Media telefilem Oh My Ganu 2! telah berlangsung pada hari Rabu, 6 Januari 2016 lalu jam 3 petang bertempat di GSC Signature, The Gardens, Kuala Lumpur. Barisan pelakon Oh MY Ganu 2! seperti Zizan Razak, Tiz Zaqyah, Akhmal Nazri, Zhafir Muzani, Juzzthin dan ramai lagi turut bersama-sama memeriahkan lagi majlis pelancaran telefilem istimewa ini.
Selepas kejayaan dan maklum balas positif terhadap telefilem Oh My Ganu yang ditayangkan pada bulan November 2013, Astro dengan bangganya memeriahkan kehadiran tahun baru 2016 dengan sambungan telefilem tersebut, Oh My Ganu 2 yang akan bersiaran secara eksklusif pada 16 Januari 2016, jam 9 malam di Astro TVIQ (Saluran 610) dan juga dalam definisi tinggi (HD) di Astro Maya HD (Saluran 135).
Oh My Ganu 2! adalah telefilem kelima dalam siri Oh My English selepas Oh My Ganu!, Oh My English – Hello America, Oh My English: Villa Isabellaaa! dan Oh My Goat – Come Baaack!! Telefilem ini menyaksikan kemunculan semula Zizan Razak sebagai Zizang, musuh lama Mr Henry Middleton (Zain Saidin) yang turut sama ingin memikat Cikgu Ayu (Tiz Zaqyah).
Komen via FacebookKomen
— 85 Bacaan— Budiey
Seorang penulis blog hiburan & gaya hidup sepenuh masa, Social Media Marketing, Instagram Influencer, #LiveUpdate Expert, photojournalist, jurugambar, kerap ber-Twitter & Facebook, copywriter, penulis iklan & advertorial, content provider & househusband. Obses dengan filem seram & thriller.
'Jangan Fikir Orang Berniaga Ini Kaya & Banyak Duit'
Khasiat Pokok Letup-Letup Atau Pokok Ulat Bulu Yang Tidak Ramai Orang Tahu
Pokok menjalar yang yang dikenali dalam nama saitifik, Passiflora foetida, ini berasal daripada Amerika selatan dan Barat India dan merupakan tumbuhan yang terkenal dikalangan penduduk kampung kerana pucuk daunnya boleh dijadikan ulam dan buahnya boleh dimakan.
Tahukan kita bahawa pokok ini mempunya begitu banyak khasiat, jom kita baca khasiat-khasiat pokok menjalar ini.
1. UNTUK RAWATAN MENGHIDAPI SALURAN JANTUNG TERSUMBAT
Ubat jantung, ambilkan empat 40 helai blander dijadikan jus. minum tanpa campur apa2. salah satu petua dan ubat untuk jantung kita
-. amalkan meminum air daun pokok ulat bulu dgn cara 'blender' daun yang muda dan dicampur dengan susu tepung.
-. daunnya boleh dibuat ubat sakit jantung dengan memakannya sebagai ulaman dan biasanya pagi-pagi dalam sehelai dua setelah dibersihkan ter lebih dahulu.
2. BOLEH DIJADIKAN UBAT PENYAKIT ASMA.
Ambil daun dan batangnya, rebus minum air dia atau ambilkan daunnya dicampur dengan kapur sirih lalu dihancurkan dengan menggunakan kedua-dua tapak tangan. basahkan dengan air. Selepas itu gumpalkan pada tapak tangan sehingga keluar air berwarna hijau keputih-putihan serta berbuih. sapukan bahagian dada, perut dan belakang.
3. DAUN TUMBUHAN INI BOLEH MENGUBATI KURAP.
Hancurkan daun dan letak dikurap
4. MENURUNKAN SUHU BADAN YANG PANAS.
Gunakan buahnya dengan cara makan tarus atau buat jus jika deman terutamanya kanak-kanak
5. TURUNKAN BACAAN DARAH TINGGI.
Amalkan air rebusan daun, buah dan akarnya. berfungsi cuci darah.
6. MASALAH KENCING KOTOR KETIKA MENGANDUNG.
Amalkan minum air rebusan pokok buah ulat bulu ni. Ambil dari akar sampai pucuknya.
7. MERAWAT KANSER.
Pucuknya yang muda dicampur dengan 4 biji beras dan tunas kunyit digiling dengan tempurung kelapa , sampai lumat kemudiannya ditampalkan pada bisul ataupun yang ada kenser payu dara insya Allah cepat sembuh.
8. MERAWAT KEKUNINGAN PADA BAYI BARU LAHIR.
Ada kawan berbangsa cina bagitau pokok ni dijemur sampai kering pastu buat mandian utk bayi yang baru lahir.
9. MERAWAT ORANG YANG PINGSAN
ambilkan akarnya dan akar samalu dan bakar kemudiannya abuknya campurkan dengan kapur sirih. Dan gaulkan menggunakan minyak kelapa. kemudiannya gosuk pada kepala orang yang pingsan akibat gila babi. cepat dia sadar.
10. MERAWAT JERAWAT.
daunnya boleh guna untuk ubat jerawat.
11. BAGUS UNTUK NERVE ORANG YANG TERKENA STROKESiew Ngan Chong: ya sadiah betul waktu aku sakit dulu senget mulut dulu aku memang minum dan makan sayur tu. tanaman ini bagus untuk nerve orang yang stroke. Amalkan, iya sangat membantu.
12. UNTUK CERDAS DAN CERGAS
saya masukan dalam cawan/ gelas campur air + limau nipis, gula ckit.
13. MERAWAT PASANG SURUT (HERNIA).
14. MENGUBATI KENCING MANIS.
Batang dan akarnya direbus, minum sehari 3x, amalkan selalu.
15. SAKIT SENDI LUTUT (ATHRITIS)
Gumpalkan daun dengan kapur makan, tampalkan pada lutut
16. KENCING TIDAK LAWAS
Minum air rebusan daun ulat bulu
17. MENURUNKAN PARAS KOLESTROL
Dengan cara memakan daunnya 2 helai sekali makan dan tiga kali sehari
18. MERAWAT DARAH TINGGI DAN KENCING MANIS
Rebus daunnya dan minum air.
19. UNTUK TAMBAH DARAH
Untuk tambah darah bagi mereka yang kurang darah, buang daun dan buah tu. masakkan batangnya sahaja dan air tu diminum. selalu amalkan meminum air rebusan tu, in sha Allah darah akan bertambah.
20. KES PESAKIT TALASEMIA
Minum air rebusan dausn, darah dalam badan akan bertambah. kulit dan muka tidak kelihatan pucat.
21. PENAWAR UNTUK ORG YANG TERMAKAN RACUN
Sepohon pokok ini termasuk akarnya boleh juga jadi penawar untuk orang yang termakan racun dan orang yang kerac unan makanan
AMARAN!Lepas makan buah tidak boleh minum kopi ye. Pernah terjdi keracunan. - Siakapkeli.my
Sumber: Che Murad Abdullah Via Jadi ubatkah herba ini?
Sultan Nazrin: Institusi media wajib pegang prinsip kebenaran
Sultan Perak Sultan Nazrin Shah hari ini bertitah institusi media wajib berpegang kepada prinsip kebenaran manakala para petugas pula menyempurnakan amanah serta tanggungjawab dengan hati dan iman yang penuh takwa.
Baginda bertitah laporan berita yang menjunjung prinsip kebenaran, keadilan, ketepatan dan kesahihan adalah penentu kepada kredibiliti serta integriti sesebuah institusi media.
"... bahawa fakta yang tepat itu suci sifatnya, murni kandungannya," titah baginda ketika merasmikan Kompleks Sultan Nazrin Muizzuddin Shah di Ipoh hari ini.
Kompleks Sultan Nazrin Muizzuddin Shah siap dibina pada Mei 2007 dan menempatkan seramai 100 kakitangan Jabatan Penyiaran perak dan 60 warga Jabatan Penerangan Perak.
Ia turut mempunyai sebuah auditorium yang mampu menampung 500 orang dalam satu-satu masa.
Sultan Nazrin bertitah media merupakan pengungkil atau mekanisme penting yang boleh mempengaruhi arah haluan dunia berdasarkan kebijaksanaan pengamal dan pemilik media.
Titah baginda aliran berita, pemilihan berita, pengolahan berita dan pewarnaan berita mampu mencorakkan pandangan, pemikiran, persepsi serta tanggapan dalam kalangan rakyat.
"Kepentingan umum wajib diutamakan dan lebih penting hendaklah dipastikan kredibiliti institusi negara dan integriti institusi negara tidak dikompromikan kerana kepentingan jangka pendek," titah baginda.
Selain itu, Sultan Nazrin bertitah media rasmi negara hendaklah menjadi penanda aras dalam mengamalkan etika pengolahan berita yang seimbang lagi autentik.
Pada masa sama, ia berfungsi sebagai jambatan penghubung antara kerajaan dengan rakyat dan rakyat dengan kerajaan selain menjadi mekanisme penting untuk mengukuhkan demokrasi, titah baginda.
"Pengolahan berita yang keterlaluan memihak, memutihkan yang hitam dan menghitamkan yang putih, tidak memberi manfaat serta bersifat 'counter productive'.
"Jika dilakukan secara keterlaluan oleh institusi media rasmi negara, dibimbangkan perbuatan sedemikian, pada akhirnya semakin memisahkan rakyat dengan kerajaan," titah baginda.
Sultan Nazrin beritah dunia sedang menyaksikan perkembangan demokrasi digital, warga siber serta e-kerajaan dan warga dunia kini mempunyai pilihan untuk mendapatkan maklumat daripada pelbagai sumber.
Titah baginda warga dunia kini berada dalam posisi yang memiliki kelebihan untuk melakukan perbandingan serta bersifat lebih analitis dan kritis terhadap sesuatu laporan atau kenyataan.
"Maklumat kini tidak lagi terbatas kepada sumber yang ditapis dan dikawal oleh pihak berkuasa," titah Sultan Nazrin.
Titah baginda media baru kini bukan sahaja semakin berada di pentas utama, sebaliknya semakin memperlihatkan peranan mencanai minda dan mempengaruhi pendirian warga di serata dunia
"Era institusi penyiaran milik negara berada di puncak tertinggi telah sampai ke ruang senja, malah kredibiliti agensi media dan komunikasi milik negara semakin dipertikaikan," titah baginda.
- Bernama
Popular Posts
-
The fishermen on a boat going out to sea off the coast of Marang in Terengganu. Their livelihoods have been impacted in a negative way by va...
-
Kuala Lumpur saw no new housing projects below the price tag of RM500,000 being launched last year, despite the maximum house price median o...
-
PUTRAJAYA – Jika ada yang masih ragu-ragu lagi mengenai sumbangan derma RM2.6 bilion yang masuk ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri, Da...
-
'Bila Saya Diserang, Semua Orang Diam'…Luahan SEDIH Najib Razak…Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak hari ini menjawab kritikan k...
-
KUALA LUMPUR: Keuntungan sebelum cukai IOI Properties Group Bhd bagi tahun kewangan berakhir 30 Jun, 2015 meningkat kepada RM1.13 bilion...