Saturday, October 31, 2015
Ahad diumum cuti khas peristiwa di Johor selepas JDT muncul juara Piala AFC
Zizan Razak Menang Super Spontan All Stars: Bawa Pulang Wang Tunai RM150,000
Semalam telah berlangsung pusingan akhir Super Spontan All Stars dimana Zizan Razak daripada kumpulan Silat Dongibab dinobatkan sebagai juara. Zizan telah berjaya membawa pulang wang tunai berjumlah RM150,000 beserta trofi sumbangan Astro.
Zizan sekaligus telah menumpaskan beberapa finalis lain termasuk Johan yang merangkul gelaran Naib Juara dan memenangi wang tunai RM75,000.
Finalis lain termasuk, Achey yang turut membawa pulang wang tunai RM50,000 diikuti Pak Yus dan Rahim yang masing-masing menerima wang tunai berjumlah RM10,000 dan RM5,000 serta trofi.
Manakala Tauke, meduduki tempat keenam dengan membawa pulang wang tunai RM5,000 serta trofi.
Tidak pernah menyangka beliau akan menjadi juara, Zizan ttidak dapat menahan sebak dan telah memeluk Johan ketika diumumkan sebagai juara serta turut mengalirkan air mata di bahu Johan dalam acara yang diadakan di Dewan Raja Muda Musa, Selangor.
Pertandingan yang berlangsung selama 10 minggu itu menyaksikan AC Mizal sebagai hos sementara Afdlin Shauki, Ray dan Haniff beraksi sebagai pengulas bersama.
Tahniah kami ucapkan kepada Zizan Razak, meskipun dilanda kontroversi beliau membuktikan masih lagi menghiburkan orang ramai.
Related Category : Malay 1 Comments Tinggalkan komen anda di sini TAGS: ducatio monster zizan razak, juara super spontaon all stars, super spontan all stars, zizan menang super spontan all stars, zizan razak, zizan razak bawa pulang rm 150 ribu, zizan razak super spontan all stars PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.Peserta Bella Jom Kurus Skandal Dengan Trainer?
15 GAMBAR - GELAGAT TERKINI CAHAYA MALAIKA ANAK MAWI & EKIN
Gelagat terkini anak perempuan Mawi (Asmawi Ani) dan Ekin (Norashikin Rahmat) yang kini berusia 3 tahun. Nampaknya dah makin besarlah anak dara Mawi dan Ekin ni.
"Cahaya selalu cakap "Abi ni dah la kelakar,handsome pulak tu" Sumpah saya tak buat2 cerita. Tak caya tanya Cahaya Kan ummi?" demikian kata Mawi mengenai anaknya.
"Apabila Cahaya Malaika feeling nk melaram haha..," ujar Ekin pula di laman IG.
Jom tengok!
Foto: Instagram Mawi & Ekin
________________________
FACEBOOK - SANTAI - PAPARAZZI - NOSTALGIA - GALERI - YOUTUBE - ROMANTIKA - SEJARAH MYARTIS - INSTAGRAM - TWITTER Follow @myartisdotcomWang Tunai RM150 Ribu Milik Zizan Razak, Juara Super Spontan All Stars
Pelawak dan pelakon Zizan Razak muncul sebagai juara Super Spontan All Stars dan telah membawa pulang wang tunai berjumlah RM150,000 beserta trofi sumbangan Astro.
Keputusan tersebut sekaligus meletakkan pesaing terdekatnya, Johan di tempat kedua dan memenangi wang tunai RM75,000 serta trofi.
Sebaik sahaja keputusan diumumkan pengacara, Datuk AC Mizal, Zizan kelihatan terkejut apabila namanya disebut, mungkin tidak menyangka akan bergelar juara kerana sebelum itu, undian tertinggi memihak kepada Johan.
Zizan juga dilihat tidak dapat menahan sebak dan telah memeluk Johan ketika diumumkan sebagai juara serta turut mengalirkan air mata di bahu Johan. Zizan sebelum ini pernah memenangi Super Spontan musim pertama.
Sementara itu tempat ketiga menjadi milik Achey yang turut membawa pulang wang tunai RM50,000 diikuti Pak Yus dan Rahim yang masing-masing menerima wang tunai berjumlah RM10,000 dan RM5,000 serta trofi.
Bagaimanapun Tauke berada di tempat keenam yang telah membawa pulang wang tunai RM5,000 serta trofi.
Hadiah telah disampaikan oleh Ketua Saluran & Kandungan Komedi Astro Warna, Bob Azrai.
Gelanggang akhir Super Spontan All Starz menyaksikan para peserta berentap secara individu dan bukan berkumpulan seperti minggu-minggu sebelum ini.
Pusingan akhir Super Spontan All Starz diadakan di Dewan Raja Muda, Shah Alam, pada Jumaat bermula jam 10 malam.
Program realiti itu telah bersiaran secara langsung di Astro Warna (saluran 132) dan Warna HD (saluran 135).
Sumber Astro GempakArtikel Ini Disiarkan Pada Sabtu, 31 Ogos 2015
Zizan Razak Bergelar Juara Super Spontan All Stars
Tahniah diucapkan kepada Zizan Razak daripada kumpulan Silat Dongibab kerana telah berjaya merangkul gelaran juara Super Spontan All Stars yang diadakan di Dewan Raja Muda Musa, Selangor. Zizan mengenepikan saingan utama iaitu Johan dan turut membawa pulang hadiah berjumlah RM150,000.
Tidak dapat menahan sebak, Zizan dilihat memeluk Johan ketika diumumkan sebagai juara dan turut mengalirkan air mata di bahu Johan. Zizan sebelum ini pernah memenangi Super Spontan musim pertama.
Sementara itu tempat kedua dimenangi oleh Johan dan berjaya membawa pulang hadiah berupa wang tunai RM75,000. Selain Johan dan juga Zizan sebagai peserta favourite, persaingan pada pentas terakhir rancangan tersebut turut membariskan Achey Bocey (tempat ketiga), Yus Jambu (tempat keempat), Rahim (tempat kelima) dan Tauke (tempat keenam).
Pertandingan yang berlangsung selama 10 minggu itu menyaksikan AC Mizal sebagai hos sementara Afdlin Shauki, Ray dan Haniff beraksi sebagai pengulas bersama.
Berita berkaitan:Syarat ketat majlis kahwin
Dazrin Mohon Maaf, Sedar Dirinya Bersalah
Shila Amzah Berjaya Mara Ke Final 'I Am Singer'
Komencomments
Subhanallah! Anjing Selamatkan Bayi Baru Lahir Yang Dibuang Ibunya
Warga Emas Nyanyuk Koyak Wang Kertas RM 32,151
Perbuatan warga emas yang dikenali sebagai Luo itu disedari oleh anaknya yang cuba mengeluarkan duit simpanan ayahnya namun terkejut selepas mendapati kesemua duit telah hilang.
Selepas diselidik, catatan transaksi menunjukkan wang itu dikeluarkan sendiri oleh bapanya.
Anaknya bersama keluarga kemudian mencari dimana duit itu dan menjumpai kesemua wang terbabit disimpan di dalam sebuah beg pakaian besar. Namun kesemua wang itu dijumpai dalam keadaan yang sudah terkoyak.
Anaknya kemudian meminta bantuan dari pegawai bank untuk mencantumkan semula wang-wang tersebut.
Pengurus bank, Wang Jun, mengerahkan 9 kakitangan untuk membantu mencantum kesemua wang tersebut.
"Hanya lima keping 100 Yuan berjaya disambung semula setakat ini dan akan mengambil beberapa minggu untuk menyambung semua wang-wang berkenaan," katanya - Siakapkeli.my
Darihal 'anak-anak kegelapan'
"Anak saya istimewa. Dia hidup dalam dunia yang lain. Umur dia 15. Saya pernah bawa dia ke rumah kawan saya, masuk saja ke rumah kawan tu anak saya terus lari masuk ke bilik mandi, buang baju sampai bogel dan lepas itu masuk berendam dalam kolah mandi," demikian cerita daripada salah seorang bapa tentang anaknya yang menghidap autisme.
Sewaktu melawat salah sebuah pusat penjagaan dan terapi untuk remaja autistik di Lembah Klang, saya melihat remaja berumur antara 15 hingga 21 tahun dilatih dengan kemahiran asas seperti, antaranya, mencuci baju (menggunakan mesin basuh), menggoreng ikan, berkebun dan membeli barang keperluan. Dalam maksud lain, remaja autistik di sana dilatih dengan pengurusan diri, latihan yang tidak lagi diperlukan oleh remaja normal sebaya mereka.
Beberapa tahun lalu, akhbar The Star menerbitkan kisah seorang remaja di Kedah yang terpaksa dikurung oleh bapanya dalam 'sangkar' di rumah demi keselamatan dirinya.
Tidak sedikit pula cerita daripada ibu-bapa yang mati akal kerana anak mereka suka "mencederakan diri sendiri" dengan menghentak kepala ke lantai atau dinding dan menggigit lengan sendiri – sesuatu yang biasa dilakukan oleh penghidap autisme.
Selain itu, ada pula kes kanak-kanak autistik yang mati dilanggar kenderaan kerana tidak peka kepada bahaya.
Lazimnya, kes-kes seperti di atas berlaku kerana kanak-kanak autistik tidak mendapat bantuan dalam bentuk "intervensi awal" sejak usia muda, iaitu ketika berumur sekitar 3-4 tahun.
Simpati tak mudah
Antara punca mereka tidak mendapat bantuan pula ialah kurangnya kesedaran di kalangan ibu-bapa dan masyarakat tentang autisme, selain khidmat penjagaan dan terapi yang mahal.
Sememangnya agak sukar untuk memahami autisme. Anak-anak autisme sememangnya berada dalam dunia yang tersendiri. Dari satu sisi, mereka adalah "anak-anak kegelapan" – sama ada kita membayangkan mereka berada dalam gelap atau kita yang kegelapan untuk memahami dunia mereka.
Untuk merayu perhatian dan simpati masyarakat tidak mudah, kerana secara luaran kanak-kanak autisme tampak normal. Mereka tidak seperti orang buta yang boleh kita lihat keadaannya secara lahiriah, atau seperti penghidap sindrom down yang juga boleh kita kenal dengan mudah. Masalah saraf yang penghidap autisme hadapi membuatkan mata mereka yang celik itu melihat tanpa memahami, telinga yang tidak pekak mendengar tanpa memahami (kerana yang didengar adakalanya bukan bunyi-bunyi yang biasa).
Bagi membantu mereka, sejauh ini hospital-hospital kerajaan menyediakan khidmat nasihat dan terapi, tetapi pada takat kekerapan yang terhad.
Pusat-pusat penjagaan dan terapi swasta pula lebih tertumpu di kawasan bandar dan mengenakan caj yang tinggi, iaitu antara RM3,000 hingga RM10,000 sebulan. Caj yang tinggi biasanya dikenakan kerana kanak-kanak autistik memerlukan penjagaan khusus, manakala kos untuk menampung juruterapi pula sememangnya tinggi berikutan penawaran yang rendah.
Atas kesedaran itu beberapa badan bukan-kerajaan ditubuhkan demi kebajikan kanak-kanak autistik, antaranya Inisiatif Sokongan Autisme Nouri (INSANI) yang diasaskan pada tahun 2012 bagi membantu penghidap autisme dari keluarga kurang berkemampuan untuk mendapatkan penjagaan dan terapi.
INSANI memainkan peranan untuk:
1. Mendapatkan penajaan bagi keluarga kurang berkemampuan
2. Meningkatkan kesedaran masyarakat tentang autisme
3. Mengembangkan model pusat autisme bermutu tinggi dan berbiaya rendah (menerusi penyelidikan, pelatihan dan pembentukan jaringan dalam dan luar negara)
4. Mewujudkan peluang pendidikan jangka panjang untuk kanak-kanak penghidap autisme
Setakat ini, INSANI telah menyokong penubuhan dan pembangunan dua pusat autisme di Selangor, iaitu Pusat Jagaan Terapi Autistik Nouri di Selayang dan Shah Alam, yang kini memberikan khidmat penjagaan dan terapi kepada 39 orang kanak-kanak autistik.
Untuk memberikan penjagaan dan terapi terbaik, bantuan daripada semua pihak diperlukan. Namun, INSANI percaya bahawa cara terbaik untuk menjaga kebajikan kanak-kanak autisme ialah dengan menggembeleng sokongan daripada masyarakat umum.
Justeru itu, sejak awal penubuhannya INSANI sentiasa cuba melibatkan individu anggota masyarakat. Terbaru, badan ini melancarkan kempen kutipan derma "RM50 seorang" menerusi penerbitan sebuah klip video pendek dengan sasaran untuk mencapai 5,000 penderma dalam tempoh 2 minggu.
Video berkenaan boleh ditonton di bawah dan derma boleh disalurkan menerusi akaun Maybank INSANI 562272609547 (atas nama Inisiatif Insani Resources).
AL-MUSTAQEEM M RADHI pengurus inisiatif sokongan Autisme Nouri (INSANI), penulis dan penterjemah. Beliau telah terlibat dalam penubuhan tiga buah pusat autisme dan telah menerbitkan sekitar 20 buah buku terjemahan sejak tahun 2004.Masa depan parti lebih penting daripada 1MDB, kata Umno Semporna
Ahli Jawatankuasa (AJK) Bahagian Semporna melahirkan kekecewaan mereka berhubung khabar angin mengatakan ketua bahagian mereka, Datuk Seri Shafie Apdal, merupakan salah seorang daripada 7 pemimpin yang bakal berdepan tindakan tersebut, selain Timbalan Presiden Tan Sri Muhyiddin Yassin dan beberapa yang lain.
"Adakah bersuara demi kepentingan rakyat bukan lagi menjadi keutamaan kepada Umno?
"Adakah syarikat 1MDB ini sudah menjadi institusi yang lebih penting, berkuasa dan lebih besar pengaruhnya berbanding parti Umno sehinggakan mana-mana pemimpin yang mengkritik cara pentadbiran dan pengurusan syarikat ini bakal berdepan dengan ancaman digantung, dilucut atau dipecat keahlian mereka?
"Adakah 1MDB ini milik Umno? Adakah dengan menyokong 1MDB ini dapat menguatkan parti?" kata Umno bahagian itu dalam satu kenyataan. Beberapa hari lepas, Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, 7 pemimpin Umno sedang disiasat dan berdepan tindakan penggantungan keahlian kerana melanggar peraturan parti.
Beliau bagaimanapun tidak mendedahkan nama-nama pemimpin tersebut.
Umno Semporna juga mahu membuat pertimbangan sebaiknya diambil terlebih dahulu sebelum membuat keputusan drastik hingga mengakibatkan Umno bertambah lemah.
"Adakah dengan penyingkiran, penggantungan dan pemecatan pemimpin dan bekas pemimpin yang banyak berjasa kepada perjuangan parti ini dapat mengembalikan keyakinan rakyat terhadap parti Umno?
"Sedarkah pemimpin serta setiausaha agong Umno, majoriti ahli parti dan rakyat percaya, pemimpin-pemimpin yang kononnya dikhabarkan sedang dipantau ini, sebenarnya menyuarakan isu yang sememangnya dekat dengan hati rakyat?
< p>"Kuat sangatkah Umno pada hari ini hinggakan kita seolah-olah lupa asas kepada perjuangan parti adalah perjuangan untuk kepentingan rakyat, bukan kepentingan pemimpin," kata kenyataan itu.Kenyataan tersebut juga mempertahankan Muhyiddin dan Shafie yang didakwa melanggar peraturan parti hanya kerana mengkritik 1MDB dan dipecat dari jemaah menteri pada hujung Julai lalu.
Umno Semporna juga mengingatkan kesan yang bakal dihadapi parti jika tindakan disiplin diambil terhadap kedua-dua pemimpin tersebut.
"Perlu kita ingat, setiap undi dan kerusi pada pilihan raya umum ke-14 akan datang adalah penting kepada survival Umno," kata kenyataan itu lagi, sambil menambah, tindakan disiplin itu hanya akan menghakis sokongan rakyat kepada Umno. – 30 Oktober, 2015. TMI
Popular Posts
-
The fishermen on a boat going out to sea off the coast of Marang in Terengganu. Their livelihoods have been impacted in a negative way by va...
-
Kuala Lumpur saw no new housing projects below the price tag of RM500,000 being launched last year, despite the maximum house price median o...
-
PUTRAJAYA – Jika ada yang masih ragu-ragu lagi mengenai sumbangan derma RM2.6 bilion yang masuk ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri, Da...
-
'Bila Saya Diserang, Semua Orang Diam'…Luahan SEDIH Najib Razak…Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak hari ini menjawab kritikan k...
-
KUALA LUMPUR: Keuntungan sebelum cukai IOI Properties Group Bhd bagi tahun kewangan berakhir 30 Jun, 2015 meningkat kepada RM1.13 bilion...