Recent Post

Wednesday, August 31, 2016

Zila Mohon Maaf Atas Segala Salah Silapnya, Mohon Pembelaan Kes Nusyuz

Penyanyi Zila Seeron yang sudah bercerai beberapa hari lepas bersama pelawak Along Cham enggan memberikan sebarang komen mengenai kes penceraian berkenaan. Namun, Zila ada memohon pembelaan terhadap tuntutan kes nusyuz yang difailkan oleh Along pada 12 Mei lepas.

Hakim Syarie, Abdul Halim telah membenarkan permohonan Zila selaku defendan untuk meneliti dokumen dan memasukkan pembelaan berhubung kes berkenaan.  Mahkamah menetapkan kes berkenaan didengar semula pada 29 September depan.

Selain itu, Zila yang ditemui di perkarangan Mahkamah Rendah Syariah Daerah Petaling sempat memohon maaf kepada semua pihak atas segala salah silap yang beliau lakukan sebelum ini.

Zila diceraikan talak satu oleh bekas suaminya, Along yang memfailkan permohonan perceraian pada Isnin mengikut Seksyen 47, Enakmen Keluarga Islam Negeri Selangor 2003.

Abdul Halim ketika membaca keputusan selepas lafaz dibuat memerintahkan Zila menjalani tempoh edah selama tiga kali suci berkuatkuasa Isnin.

Hak penjagaan kekal buat anak mereka Ahmad Danial diberikan kepada Along dan Zila boleh melawat anaknya selama dua hari dalam sebulan.

Along Cham dan Zila Seeron berkahwin pada 23 Januari 2010 di Felda Lui Selatan 1, Negeri Sembilan.

Sumber Berita : Astro Gempak

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.
Read more ...

Hari Kebangsaan 2016 meriah, papar semangat cinta negara - Kosmo!

Hari Kebangsaan 2016 meriah, papar semangat cinta negara

31/08/2016 11:33am

KUALA LUMPUR - Semangat dan rasa cinta kepada negara jelas tergambar hari ini apabila ribuan rakyat Malaysia daripada segenap lapisan masyarakat berkumpul untuk bersama-sama memeriahkan perarakan Hari Kebangsaan 2016 di Dataran Merdeka, walaupun dalam keadaan hujan renyai awal pagi tadi.

Bertepatan dengan tema 'Sehati Sejiwa', semangat kesepaduan, kesefahaman dan kekitaan terserlah di wajah setiap peserta mahupun pengunjung acara perbarisan dan perarakan yang mula membanjiri dataran bersejarah itu seawal 6.30 pagi.

Masing-masing bersemangat mengibarkan Jalur Gemilang, malah ada yang hadir mengenakan pakaian bertema bendera negara yang menambah aura patriotik di sekitar Dataran Merdeka.

Acara yang berlangsung di tengah-tengah ibu kota itu menyaksikan kira-kira 14,500 peserta mengambil bahagian dalam acara tahun ini, termasuk kontinjen daripada sektor awam, swasta, kontinjen negeri-negeri dan para pelajar.

Turut menyertai perarakan kali ini ialah atlet-atlet negara yang telah mencipta kejayaan membanggakan negara pada Sukan Olimpik di Rio, Brazil baru-baru ini serta kontinjen Sukan SEA 2017 yang turut menampilkan maskot rasmi sukan itu iaitu 'Rimau' sebagai simbolik kepada semangat juang yang tinggi. - Bernama

Read more ...

Berjayakah Huawei Atasi Samsung & Pesaing Lain dalam Kemaskini Keselamatan?

Sebelum ini, Budiey ada menyiarkan entri Ada Sebab Huawei Akan Jadi Pengeluar Telefon Bimbit Terbesar, kepada yang belum baca, bolehlah baca di SINI.

Antara statement Budiey dalam entri blog yang lepas, Samsung memang diakui jenama telefon pintar nombor 1 dari segi jualan di dunia dan antara yang terlaris serta boleh menguasai jualan telefon pintar di seluruh dunia, tetapi jangan dilupa ya, Huawei nampaknya berjaya mengatasi Samsung dan pesaing yang lain dari segi KESELAMATAN! Nampaknya, ini satu tamparan hebat untuk pengeluar telefon bimbit pintar yang lain.

Huawei

Kepada anda yang sekarang ini menggunakan telefon bimbit Huawei pastinya anda ada menerima kemaskini security patches untuk android setiap bulan dari Google.

Namun, menurut satu analisis terbaru yang dibuat oleh firma keselamatan Duo Labs, korang yang menggunakan telefon Huawei lebih kerap menerima kemaskini keselamatan tersebut berbanding pemilik peranti Samsung. Ini bermakna pemilik telefon bimbit Samsung jarang mengemaskini peranti mereka. Ini sangat memberikan impak dan kesan yang negatif di mana kemungkinan besar peranti mereka akan digodam. Kenapa dan sebab apa? Haa, ini yang Budiey nak cerita kat sini.

Pendek kata, sekiranya anda seorang pemilik telefon pintar Huawei, anda boleh menarik nafas lega kerana kebarangkalian untuk anda menerima update terkini untuk sistem Android anda ialah 77%.

Huawei

Menurut kata Olabode Anise dari Duo Labs, mereka mendakwa:

"Sebanyak 62% telefon Android terdiri daripada jenama Samsung akan tetapi hanya 15% sahaja akan mendapat update terkini keselamatan yang disediakan oleh Google."

Haaa, macamana tu?"

"Berbeza sekali, 77 peratus daripada telefon Huawei dapat menerima kemaskini keselamatan menjalani patch keselamatan yang paling terkini dari Google."

Nampaknya, Google sekarang ini memang prihatin dengan pengguna yang menjaga privacy dan mahu mengelak dari digodam… jadi kini Google menyediakan update keselamatan (security patch) setiap bulan untuk memastikan telefon pintar yang dijana oleh Android tidak mudah menjadi mangsa penggodam.

Budiey kira, hasil dari analisa ini sangat mengejutkan kita semua sebagai pengguna, kan? Memandangkan komitmen Samsung yang sentiasa memastikan pengguna mengemaskini ciri keselamatan setiap bulan di telefon bimbit mereka memandangkan Samsung merupakan syarikat gergasi elektronik Korea yang membekalkan Android yang terbesar di dunia. Ini sesuatu yang agak pelik. Macamana ramai pengguna Huawei lebih gemar mengemaskini sistem sekuriti mereka berbanding pengguna Samsung?

Huawei

Kalau kita lihat graf di atas, Samsung berada di kedudukan kelima di dalam ujian keselamatan Android yang telah dilakukan oleh Duo Labs ini. Manakala Huawei berada di tangga pertama walau masih baru berkecimpung di dalam dunia telefon pintar ini.Sebenarnya, ia terpulang kepada pembuat telefon bimbit Android untuk menyesuaikan patch untuk setiap model manakala penghantaran sebahagian besarnya bergantung kepada carriers.

Samsung adalah antara yang pertama utama Android OEM yang menyertai usaha Google, mengumumkan untuk melakukan kemaskini keselamatan untuk peranti Galaxy S, Galaxy Note dan Galaxy A setiap bulan.

Analisis Duo Labs juga menunjukkan usaha Google sepanjang tahun lalu untuk membangkitkan pembuat peranti Android ke dalam patch lebih kerap telah telah memberi impak yang sangat terhad.

Huawei

Menurut firma keselamatan, 68 peratus daripada peranti Android layak menerima patch keselamatan Android Google secara bulanan, tetapi setakat 30 April, hanya satu perempat daripada telefon bimbit android mempunyai patch terkini.Kesimpulannya, pengguna telefon bimbit sekarang memang mementingkan ciri keselamatan. Tambah-tambah lagi bila bergelar selebriti kan?

Sekarang ni pun kita semua kena berjaga-jaga tak mau telefon bimbit dan gajet mereka kena godam, ye tak? Zaman sekarang ni, semua orang boleh buat dan gunakan informasi dan maklumat peribadi untuk tujuan peribadi.

Jadi, apa pula pendapat korang dalam hal ni? Dah tentu korang perlu fikir dua kali untuk memilih telefon baru nanti. Mahu yang lebih selamat? Huawei adalah pilihan yang tepat!

Related

Komen via Facebook

Komen

Read more ...

Kes Zika di Singapura Melonjak Kepada 82

SINGAPURA 30 Ogos - Jumlah kes yang melibatkan penyebaran virus Zika kini melonjak kepada 82, kata pihak berkuasa negara itu hari ini.

Menurut Kementerian Kesihatan dan Agensi Alam Sekitar Kebangsaan Singapura, terdapat pertambahan 26 kes penyebaran terbaharu berbanding 56 sebelum ini yang kebanyakannya berlaku di kawasan pinggir bandar Aljunied, timur Sigapura.

Sebahagian besar dari kes terbabit melibatkan pekerja-pekerja asing yang bekerja di tapak pembinaan projek kondominium di sana.

Ketika ini, virus Zika telah dikesan berlaku di 58 buah negara dengan Brazil kekal sebagai negara yang mencatatkan bilangan kes tertinggi.

Kes pertama Zika di negara itu dikesan pada seorang rakyat Malaysia yang menetap di sana.

Sumber : Utusan Online

Read more ...

PM: Hasil DTN sangkal tohmahan Malaysia negara gagal

Dasar Transformasi Nasional (DTN) yang masuk tahun ketujuh pelaksanaannya terus membuahkan hasil memberangsangkan sekali gus menyangkal tohmahan segelintir golongan bahawa Malaysia adalah negara yang gagal, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Beliau berkata dengan mengambil contoh pembentangan laporan Program Transformasi Negara pada April lalu, Program Transformasi Kerajaan (GTP) dalam aspek Bidang Keberhasilan Utama Negara telah mencapai 99 peratus indeks prestasi utama (KPI) penyampaiannya.

"Bagi Program Transformasi Ekonomi (ETP), menerusi Bidang Ekonomi Utama Negara, kita telah berjaya mencapai angka 111 peratus KPI manakala melalui inisiatif Pembaharuan Strategik pula, KPI telah menjangkau sasaran 108 peratus," katanya dalam ucapan Amanat Merdeka 2016, sempena Hari Kemerdekaan Negara yang Ke-59, di Kuala Lumpur, malam ini.

Najib berkata usaha keras kerajaan dan pelbagai agensinya telah mendapat pengiktirafan organisasi antarabangsa antaranya Forum Ekonomi Dunia yang telah meletakkan Malaysia di tangga ke-18 dalam Laporan Daya Saing Global.

Selain itu, katanya, menurut Ranking Daya Saing Global Forum Ekonomi Dunia 2015-2016, Malaysia berada di tangga kesembilan, satu-satunya pasaran sedang pesat membangun yang tersenarai dalam 10 negara teratas.

"Malaysia juga diiktiraf oleh laporan Bank Dunia, dari segi Mudah Menjalankan Perniagaan, pada kedudukan ke-21 pada 2010, dan telah naik ke tangga ke-18 pada 2015," katanya.

Perdana Menteri berkata Malaysia turut menjadi sebuah negara Islam contoh yang progresif dan dinamik serta diteladani sebagai contoh ikutan yang berpegang kepada prinsip wasatiyyah dan telah menduduki tangga pertama Petunjuk Ekonomi Global Islam 2014-2015 daripada senarai 70 buah negara.

Selain itu, katanya, Malaysia adalah negara penerbit sukuk terbesar dunia, merangkumi hampir 55 peratus daripada jumlah sukuk terkumpul global yang bernilai melebihi AS$320 bilion setakat penghujung 2015.

"Meskipun negara menghadapi ketidaktentuan dan kesuraman ekonomi global, keluaran dalam negara kasar (KDNK) pada suku kedua berjaya mencatat perkembangan sebanyak empat peratus," kata Najib.

- Bernama

Read more ...

Sambutan Ambang Merdeka 2016 meriah di seluruh negara

KUALA LUMPUR: Pelbagai acara diadakan di seluruh negara untuk menyambut ambang Merdeka malam ini, sempena Hari Kebangsaan 2016, dengan penduduk pelbagai kaum berbangga menyaksikan Jalur Gemilang berkibar megah.
Read more ...

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *