Recent Post

Monday, December 28, 2015

Pemandu teksi ditikam: Anak akui bapa pernah diserang lelaki

Anak pemandu teksi yang mati ditikam di Jalan Pasir Mas-Salor di sini, hari ini, berkata bapanya pernah diserang seorang lelaki tidak dikenali kira-kira enam bulan lepas.
Read more ...

(40 GAMBAR)Sekitar Pernikahan Zaim Helmi Zaini, Pengacara Malaysia Hari Ini (MHI)

Pada 15 Disember lepas, pengacara Malaysia Hari Ini (MHI) iaitu Zaim Helmi Zaini, 29, telah melangsungkan pernikahan dengan pilihan hatinya Nur Damia Mohamed Nasir, 28, di De Palma, Ampang. Pernikahan disahkan dengan sekali lafaz.

Pasangan ini mengenakan busana oleh Qudyn manakala bunga pula ialah hasil buah tangan Lovely Rizarraa.

 photo DSC_1009.jpg

Majlis mereka ini berlangsung meriah dan dihadiri kira-kira 500 orang tetamu.

Untuk makluman, gambar-gambar ini ialah hasil bidikan Sixuca Wedding Photography.

Lagi 39 gambar dengan membaca entri ini sepenuhnya.

JKKN mengucapkan Selamat Hari Natal dan Tahun Baru kepada seluruh rakyat Malaysia yang meraikan perayaan ini. Happy Holidays!!! Ho! Ho! Ho!

Posted by Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara on Wednesday, 23 December 2015

TAGS: , , , , , , , , , , PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.
Read more ...

BILA NEELOFA JUMPA JULIANNE MOORE, MARIAH CAREY SECARA DEPAN

"Was very lucky to be seated next to Julianne Moore's table :) Ding!," demikian kata Noor Neelofa apabila dia terserempak dengan pelakon kelas A Hollywood, Julianne Moore ketika sedang menikmati makan malam di sebuah restoran Itali di New York, Amerika Syarikat.

Neelofa ketika dihubungi BH, menceritakan pengalaman manis ketika bertentang mata dengan Moore.

"Memang tak sangka dapat makan di sebelah meja Moore. Memang hari ini, Lofa merancang makan malam dengan kawan di restoran terbabit.

"Kebetulan ada teman Lofa mengesyorkan mencuba menu di restoran itu. Selepas membuat tempahan pada sebelah pagi, Lofa dan rakan sampai di restoran itu kira-kira jam 7 malam waktu tempatan," ujar Neelofa dip etik sebagai berkata.

Kata Neelofa, setibanya di premis berkenaan, dia tidak tahu ada pelakon hebat sedang menikmati juadah di situ.

"Selepas duduk dan meletakkan jaket di kerusi, Lofa tengok ke sebelah kiri, rupa-rupanya Moore sedang menikmati makanan bersama kawannya.

"Lofa sangat terkejut sebab minggu lalu, Lofa ada menonton filem lakonan Moore berjudul Still Alice... Tiba-tiba dapat tengok dia di depan mata," jelasnya.

Bagaimanapun, Neelofa memberitahu, dia tidak terlalu menunjukkan reaksi gembira keterlaluan. Ini kerana katanya, sudah menjadi kebiasaan penduduk New York tidak mengganggu privasi selebriti apabila terserempak di premis seperti itu.

"Di New York sudah menjadi kebiasaan orang awam apabila ternampak selebriti di restoran atau makan bersama keluarga, hak privasi mereka tidak akan diganggu. Lainlah kalau jumpa selebriti Hollywood di jalanan, itu boleh disapa.

"Jadi Lofa hanya mengambil gambar 'curi' Moore saja," katanya.

Selain Moore, Neelofa juga turut berkongsi pengalaman menonton Konsert Mariah Carey di The Beacon Theatre, baru-baru ini. Menurutnya, segala-galanya berlaku tanpa dirancang.

"Dua hari sebelum konsert, Lofa membeli tiket melalui talian. Lofa beli tiket tanpa boleh memilih tempat duduk.

"Lofa hanya boleh membeli tiket jenis kumpulan saja. Akhirnya, Lofa membeli tiket kumpulan orkestra. Pada hari konsert berlangsung, sebaik Lofa sampai, tiba-tiba pengajur mengiringi Lofa sampai ke depan pentas.

"Hendak dijadikan cerita, Lofa diberi duduk di tengah pentas dan barisan paling hadapan sekali," katanya. Menceritakan malam itu berlalu dengan kenangan indah, Neelofa mengikuti setiap persembahan diva terkenal itu dengan khusyuk.

"Ia malam yang menyeronokkan. Suara Carey memang jelas didengari," tuturnya.

Tambah Neelofa, ramai selebriti Hollywood boleh ditemui di kota raya itu sepanjang sambutan Krismas dan tahun baharu.

"Memang selebriti Hollywood boleh ditemui dengan mudah di pusat beli-belah. Cuma kadang-kadang kita sendiri tak perasan atau kenal selebriti terbabit kerana mereka bergaya santai," tambahnya.

         ________________________

FACEBOOK - SANTAI - PAPARAZZI - NOSTALGIA - GALERI - YOUTUBE - ROMANTIKA - SEJARAH MYARTIS - INSTAGRAM - TWITTER

TwitterFacebookGoogle PlusRSS FeedEmail

Read more ...

Fasha Sandha Rawat Mata Dengan Prof Muhaya

Pelakon wanita Fasha Sandha telah menjalani rawatan mata dengan pakar mata terkenal Prof Muhaya baru-baru ini di pusat rawatan mata milik prof.

Fasha telah menjalani Lasik Eye Surgery bagi menghilangkan masalah rabun yang agak menyukar dirinya untuk melaksanakan sesuatu tugas.

Dia yang begitu teruja dapat melihat dengan jelas selepas menjalani rawatan itu telah berkongsi kegembiraannya menerusi Instagram miliknya.

Berikut kapsyen yang ditulis oleh Fasha,

Syukur Alhamdulillah. Diatas bantuan Idolaku team @profmuhaya , dengan keizinan daripada yang Esa, saya dapat melihat dunia dengan jelas. Subhanallah, jelas yang amat. no more glasses, no more lenses.

Bye mata rabun (sebelum ini power 150 after melahirkan baby Raysha Jemyma)

it's one of the best decisions I've ever made. I highly recommend PERFECT Relex SMILE LASIK to those who can do it.

Insyaallah, dengan treatment yang berlandaskan cara Islam, Prof Muhaya adalah pilihan terbaik. Terima kasih Prof

Prof Muhaya adalah seorang doktor pakar mata dan pakar motivasi yang dikenali ramai.

Oleh Mohd Ishahrulddin TahirArtikel Ini Disiarkan Pada Isnin, 28 Dis 2015

Read more ...

Peraduan Menangi Tiket Showcase Nora Ariffin ANUGERAH

Minggu lepas, Budiey ada menyiarkan tentang berita Nora Ariffin, beliau yang kini sedang sibuk membuat persiapan dan latihan di studio untuk sebuah showcase terbarunya, iaitu "NORA ANUGERAH" AT TLC yang akan berlangsung selama tiga hari berturut-turut di Theater Lounge Cafe. Hari ini, Budiey ingin memberi peluang kepada anda untuk memenangi tiket menonton persembahan Nora Ariffin secara live… haa ada 6 keping tiket untuk diberikan ni, nak tak?

Showcase yang akan berlangsung selama 2 jam ini akan bermula dari jam 9 malam pada hari Jumaat 15, Sabtu 16 dan Ahad 17 Januari 2016.

Showcase Nora Ariffin ANUGERAH di Theatre Lounge Cafe Kepada semua peminat-peminat Nora yang merindui suara lunak merdunya, menjiwai lagu-lagu beliau serta mengimbau kembali kenangan-kenangan lama… inilah masa yang dinantikan. Nora kini kembali untuk anda.

Nora bakal menghiburkan peminat-peminat setia dengan 15 hingga 20 lagu-lagu hits beliau seperti Hanya Satu, Dendam Dalam Diam, Naluri, Menyemai Cinta Bersamamu, Jentayu, Di Persimpangan Dilema dan banyak lagi. Tidak ketinggalan juga lagu-lagu pilihan beliau seperti, I Have Nothing, Hello, Broken Vow & lain-lain lagi. Showcase ini juga akan menampilkan beberapa artis jemputan yang istimewa.

Pengarah muzik showtime ini adalah penggubah muzik dan pianist wanita tersohor, Sze Wan yang memang berpengalaman luas dalam bidang produksi muzik secara live di tanah air dan juga di Asia.

Tempah dan dapatkan tiket anda sekarang! Tempat duduk terhad.

Untuk tempahan, anda boleh layari : http://www.theatreloungecafe.comatau hubungi HudHudMedia :Miss Janah di talian 03 78755449Email : janah@hudhudmedia.comcc to : info@hudhudmedia.com

Nora's website: www.nora.myFB: Nora AriffinIG: @itsnoraariffin

Peraduan Menangi Tiket Showcase Nora Ariffin ANUGERAH

Anda ingin hadir? Senang sahaja. Anda hanya perlu menyertai peraduan ini dengan merakam video anda menyanyikan sebuah lagu nyanyian Nora Ariffin berdurasi 15 saat dan upload video tersebut ke Instagram anda. Jangan lupa tag @budiey dan @itsnoraariffin pada video tersebut. Video yang kreatif akan mendapat peluang untuk menang tiket. Kemudian, cipta slogan dan hantar juga emel penyertaan. Setel!

Seorang pemenang akan mendapat 1 keping tiket sahaja untuk hadir di Showcase Nora Ariffin ANUGERAH di Theater Lounge Cafe.

Ingat hashtag ini: #ShowcaseNoraAnugerahTLC

Apa yang korang perlu buat ialah: 1.  'Like' Facebook page Budiey Dot Com dan 'Follow' Twitter & Instagram Budiey: @Budiey

Sila klik butang LIKE entri ini, Google + & share di Facebook milik anda, jika anda mahu menyertai peraduan ini dan komenlah apa pendapat anda tentang showcase ini di ruangan komen berdasarkan artikel ini. Sila cari butang LIKE, butang Google + (g+) dan butang share Facebook di bawah tajuk entri ini. Jangan lupa LIKE Facebook ini: www.facebook.com/nora.ariffinwww.facebook.com/budieydotcom

2. Rakam Video Nyanyian Anda Berdurasi 15 saat dan muatnaik ke Instagram

Anda hanya perlu menyertai peraduan ini dengan merakam video anda menyanyikan sebuah lagu nyanyian Nora Ariffin berdurasi 15 saat dan upload video tersebut ke Instagram anda. Jangan lupa tag @budiey dan @itsnoraariffin pada video tersebut. Video yang kreatif akan mendapat peluang untuk menang tiket.

2. Cipta slogan kreatif anda dan hantar melalui emel bersama jawapan pada soalan di bawah.

Kepada yang ada Twitter, sila gunakan hashtag event ini iaitu #ShowcaseNoraAnugerahTLC. Tweetkan slogan anda tidak lebih 140 huruf.

Slogan: @budiey Saya mahu menang tiket #ShowcaseNoraAnugerahTLC kerana…. (tidak lebih dari 100 huruf)

Jika anda tiada Twitter, boleh letak di Facebook. Tapi sebaik-baiknya di Twitter ya sebab senang Budiey nak reTweet dan baca.

Slogan: Saya mahu menang tiket #ShowcaseNoraAnugerahTLC kerana…. (tidak lebih dari 100 huruf)

Sertakan juga maklumat peribadi:

Nama:

Twitter:

Alamat surat menyurat:

Email:

Nombor telefon:

Hantarkan jawapan anda kepada:

dengan tajuk email: Peraduan Menangi Tiket Showcase Nora Ariffin ANUGERAH

Tarikh tutup peraduan:

12 Januari 2016

Pemenang akan dihubungi oleh Budiey melalui email.

Peringatan: Sila tulis tajuk emel anda dengan betul ya. Kalau salah tajuk emel ni, nanti Budiey tak dapat kasi sebab takde dalam list carian kat emel. Orait?

Terima kasih kepada Nora Ariffin dan pembaca Sensasi Selebriti yang sentiasa memberikan sokongan. Bertemu lagi di peraduan dan kuiz yang akan datang.

Jangan lupa follow Budiey di Twitter (@budiey) and 'Like' Facebook page Budiey Dot Com untuk mengetahui ulasan filem dan berita terkini tentang dunia hiburan.

Komen via Facebook

Komen

Read more ...

'Tak Pandai Baca Tak Apa, Nanti Besar, Pandailah Dia'

Susahnya jaga anak, susah bila kita nak pastikan dia selalu ikot acuan kita. Lagi susah bila kita yang mula aturkan segala agenda hidup untuk dia, termasuklah aku.

  • Aku nak Aishah bijak sebijaknya.
  • Aku pilih school terbaik untuk Aishah dengan harapan dia akan genius, intelligent, semualah.
  • Aku nak Aishah dah pandai membaca sekarang (3 tahun)
  • Aku nak Aishah dah pandai berenang kuak lentang.
  • Aku nak Aishah speaking english berterabur macam anak mat salleh (english man).
  • Aku nak Aishah main lego boleh buat KLCC, Legoland landscape, KL Tower dan semua.
  • Aku kalau boleh, nak semua baju Aishah brand Kenzo, Dior, Burberry, Dolce Gabanna.
  • Tapi hakikatnya,
  • Aku pun malas nak ajar Aishah even nk tunjuk-tunjuk flash card, balik office, aku tengok movie. Tak pun aku buat kerja aku.
  • Aku dulu pun tak masuk tadika, masuk darjah 1 terus.
  • Aku pun tak pandai swimming, lepas itu nak Aishah macam Pandelela Renong.
  • Aku pun pandai english bila keluar UIA (23 tahun).
  • Aku sampai sekarang pun reti susun lego ikot color, buat kotak empat segi jer.
  • Tapi sekarang aku masih beli baju brand Cotton on, H&M, FOS, PDI jer kat Aishah (lagi murah dari brand Anakku, Pureen etc). Beli Kenzo pun satu jer (duit bonus DS Najib bagi RM500). Beli Guess di JPO sebab 70% discount. Beli Poney, Hush Puppies bila YES. Ni Allah bagi aku kesedaran sebentar utk recall balik. Aishah tak minta pun semua yang aku acukan itu. Aishah tak tahu apa-apa pun. Aku yang extra vaganza sangat. Dah masuk 30 tahun baru reti nak berfikir. Aku rasa apa yang Aishah nak dengan umur dia sekarang ini MAIN/PLAY saja. That is all she needs. Aku suka the way school yang Aishah pergi English Camp baru-baru ini conduct silibus dia untuk preschool. It's play and learn. Aishah hari-hari beritahu nak pergi sekolah jauh mami (memang jauh go and fro almost 60km). Sebulan jugalah isi minyak kereta RM50 dua hari saja bertahan. I'm not going to be paranoid mom anymore. Teringat seorang doktor (lecturer bukan medical doctor) yang aku jumpa masa open house rumah sv hari tu, "biar saja dia nak main pun, tak pandai baca pun tak apa. Nanti besar pandailah dia tu" Selepas itu ada yang mencelah. "Bukan apa, takut dia masuk sekolah nanti (standard 1), dia saja tak pandai membaca tetapi orang lain dah reti,".  Aku pun start mengelabah balik tetapi relaks saja sebab aku yakin, sooner or later, Aishah pandailah tu. Mami pun tak cerdik masa sekolah dulu Sha! Mami relaks saja sekarang buat PhD. Mami buat cara mami yang tak geniuslah. Lambat pun tak apa, janji berazam dan beriltizam gitu.  So mommies, fret not! Sampai masa anak kita pun mampu goncang tiang sekolah juga (main tukar tiang) LOL! - Wahida Onizuka.  Ditulis semula untuk siaran di THEHYPEMEDIA.COM sahaja.
    Read more ...

    "Minyak Cukup Untuk Kedua-Dua Laluan" Jelas MAB Berhubung Isu Laluan 'Ganjil' MH132

    PUTRAJAYA, 28 Dis -- Susulan keganjilan pelan laluan pesawat MH132 yang mendapat perhatian media-media antarabangsa baru-baru ini, syarikat penerbangan Malaysia Airlines Bhd tampil memberi penjelasan mengenai perkara tersebut.

    Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada malam tadi, MAB berkata MH132 diberi pelan penerbangan terbaru oleh Pusat Dispatch Operasi (ODC) sementara Menara Kawalan Trafik Udara Auckland (ATC) telah dengan tidak sengaja diberikan pelan penerbangan yang lebih awal.

    Bagaimanapun, MAB berkata kedua-dua laluan itu mengikut penerbangan yang disahkan dan pesawat itu mempunyai minyak yang mencukupi untuk melalui kedua-dua laluan itu.

    Menurut MAB lagi, pelan penerbangan bagi setiap penerbangan disediakan berdasarkan keadaan pada masa berkenaan meliputi hal-hal seperti cuaca, sebarang notis trafik udara serta tahap kecekapan laluan.

    "Sekali-kali tidak ada tolak ansur bagi keselamatan penumpang dan kru pada sebarang masa," katanya sebagaimana lapor Bernama.

    MAB juga kini sedang menjalankan siasatan berhubung penyerahan pelan penerbangan tersebut.

    Sebelum ini, media The New Zealand Herald melaporkan juruterbang penerbangan MH132 bingung apabila pesawat yang dikemudi olehnya itu melalui laluan yang tidak biasa dilalui untuk menuju ke Kuala Lumpur selepas 8 minit berlepas dari New Zealand. - Siakapkeli.my

    Read more ...

    Ibu temui mayat anak hampir reput dalam rumah

    Seorang ibu terkejut apabila menemui mayat anaknya yang hampir reput di rumahnya di Kampung Pulau Sebang, Alor Gajah pagi semalam.

    Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Supt Muhamad Ismail Muhamad Yusuf berkata wanita tersebut Saedah Sidek, 66, tiada di rumah kerana berada di Kuala Lumpur sejak 18 Disember lepas untuk menghantar adik beradiknya menunaikan umrah.

    Beliau berkata pemeriksaan ke atas mayat Mohd Ridzwan Tambi Chik, 37, mendapati terdapat tompokan darah di kepalanya sementara dompet serta kad pengenalannya juga hilang.

    Setakat ini kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut, katanya kepada Bernama.

    Muhamad Ismail berkata mangsa dilapor bekerja di sebuah syarikat perkapalan di Johor Baharu dan pulang ke rumah ibunya untuk bercuti.

    Maut langgar lembu

    Sementara itu seorang pemuda maut selepas motosikal yang ditungganginya melanggar seekor lembu yang sedang melintas jalan di KM4, dekat hadapan Pam Air Jalan Utama Felda Semenchu, dekat Kota Tinggi semalam.

    Ketua Polis Daerah Kota Tinggi Supt Rahmat Othman berkata dalam kejadian pada 10.30 malam itu, Mohd Taufik Daud, 28, dalam perjalanan ke kilang sawit, dipercayai melanggar haiwan tersebut menyebabkan mangsa terbabas.

    Beliau berkata mangsa yang bekerja sebagai pengawal keselamatan dari Blok Felda Semenchu itu, meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Kota Tinggi.

    "Akibat kemalangan itu, mangsa mengalami kecederaan di kepala," katanya dalam kenyataan semalam.

    Read more ...

    ISS boleh dilihat dengan mata kasar malam ini

    KUALA LUMPUR: Rakyat Malaysia berpeluang menyaksikan Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) dengan mata kasar di ruang udara negara pada malam ini.
    Read more ...

    Masih Sambung Cuti 2015.....Entah Sampai Bila!

    AMIE'S LITTLE KITCHEN Masih Sambung Cuti 2015.....Entah Sampai Bila! Ya Allah.... Berilah hamba-Mu ini kekuatan untuk melaksanakan tugas yang digalas ini hingga selesai dengan sempurna. Aamiin.
    Read more ...

    Popular Posts

    Berita Harian

    Malaysia Kini

    Mypotnews Links

    Submit ExpressFree Webmaster Tools
    Ping search engines.

    Contact Form

    Name

    Email *

    Message *