Recent Post

Tuesday, November 17, 2015

Nasib rakyat Malaysia yang ditawan penculik belum disahkan

PDRM mengesahkan berlaku pertempuran antara pihak berkuasa Filipina dengan kumpulan penculik di Pulau Jolo petang Selasa.
Read more ...

(17 GAMBAR)Siti Nordiana Yang Semakin Popular Kerana Gegar Vaganza 2

Salah seorang penyanyi yang kembali meningkatkan popularitinya selepas memasuki Gegar Vaganza 2 ialah Siti Nordiana. Rupa-rupanya ramai peminat penyanyi yang pernah menjadi pujaan ramai satu ketika dahulu. Nama Siti Nordiana kembali menjadi siulan ramai selepas konsert keempat di mana lagu nyanyiannya "Memori Berkasih" bersama Lan Kristal menjadi viral. Semua habis teringat kenangan lama masa zaman sekolah dulu. Hehehe.

siti nordiana

Malah pada minggu lalu (minggu kelima), Siti Nordiana mendapat undian tertinggi daripada para juri selepas namanya diumumkan sebagai penyanyi pertama mendapat lagu untuk minggu seterusnya. Fuh!!! Memang hebat. Kelab peminat Siti Nordiana juga kelihatan amat aktif menyokong kerjaya seninya di laman sosial. Boleh dikatakan kerana Gegar Vaganza 2, nama Siti Nordiana kini kembali meniti di bibir orang ramai.

siti nordiana

Berdasarkan pemerhatian Abang Nara, kemungkinan besar Siti Nordiana mampu beraksi sehingga ke final Gegar Vaganza 2. Namun persaingan daripada para peserta lain juga amat sengit. Siti Nordiana harus meningkatkan usahanya dan tidak leka dengan populariti yang dikecapi kini. Semoga terus berjaya. Lagi beberapa gambar dengan membaca artikel ini sepenuhnya. Kredit gambar Instagram Siti Nordiana.

siti nordianasiti nordiana

siti nordiana

siti nordiana

siti nordiana

siti nordiana

siti nordianasiti nordiana

siti nordiana

siti nordiana

siti nordianasiti nordiana

siti nordiana

siti nordianasiti nordianasiti nordiana

Related Related Category : Malay 10 Comments Tinggalkan komen anda di sini TAGS: , , , , PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.
Read more ...

Rumah Tangga Ibu Bapa Zahirah Macwilson Berantakan?

Eh, sejak bila rumah tangga ibu bapa kepada pelakon Zahirah Macwilson berantakan? Setahu Murai Batu, hubungan di antara mereka baik-baik sahaja.
Read more ...

RUMAH TANGGA IBU BAPA ZAHIRAH MACWILSON PUNYAI MASALAH?

Baru-baru ini, menerusi laman Instagram Maslinda Yusoff yang merupakan ibu kepada Zahirah Macwilson yang sedang hangat bercinta dengan Zul Ariffin, telah meluahkan rasa hati mengenai rumah tangganya.

Klik gambar untuk size besar

"Prev. name Maslinda Macwilson. My life My rules. Love being single mum of four. InsyALLAH, as time passes by I will be stronger and thats a PROMISE! Move on to the NEXT best thing," tulisnya.

'Single mum' tulis Maslinda? Kami tak tahu pula rumah tangga Maslinda bersama suaminya yang juga merupakan seorang pelakon dan bekas penyampai berita, Zainol Macwilson berantakan? Setahu kami, hubungan di antara mereka baik-baik sahaja.

Dalam pada itu, Maslinda nampaknya baru sahaja menuka rkan nama akaun Instagram miliknya daripada @maslindamacwilson kepada @maslindayusoff_ seminggu lalu.

Dua hari yang lalu, Maslinda telah dimuatnaik entri yang berbunyi: "You're not sorry you did it, you're sorry I found out. Betrayal."

Menerusi entri itu, Zainol meninggalkan komen yang bertulis: "And what you found out was just meer words but no action."

Apa yang telah terjadi kepada rumahtangga mereka? Adakah mereka sedang berselisih faham atau sekadar gurau-gurau manja suami isteri? Kami sendiri tak tahu apa yang sedang berlaku.

Jika benar ada perselisihan pendapat, kami berdoa agar masalah itu dapat diselesaikan segera dan rumah tangga mereka kembali aman bahagia.

Ini kerana bak kata pepatah "Sedangkan lidah l agi tergigit, inikan pula suami isteri". Setiap perkahwinan ada pasang dan surutnya, tetapi kita haruslah tabah dan kuat dalam menghadapi segala dugaan dan cabaran.

         ________________________

FACEBOOK - SANTAI - PAPARAZZI - NOSTALGIA - GALERI - YOUTUBE - ROMANTIKA - SEJARAH MYARTIS - INSTAGRAM - TWITTER

TwitterFacebookGoogle PlusRSS FeedEmail

Read more ...

5 Makanan Wajib Cuba & Makan Di Jawa Timur

Indonesia adalah negara kepulauan yang terbahagi kepada  beberapa bahagian iaitu Sumatera, Pulau Jawa, Kalimantan dan Sulawesi.

Di Pulau Jawa sahaja terbahagi kepada 3 bahagian iaitu Jawa Barat, Jawa Tengah dan Jawa Timur. Di Jawa timur tempat yang paling diminati dan mempunyai penduduk yang ramai ialah Surabaya.

Surabaya antara destinasi popular yang dikunjungi oleh pelancong tempatan mahupun di luar negara. Apabila anda berada di sini, makanan tradisi mereka harus anda cuba.

Yang pastinya rasanya amat lazat serta menyelerakan. Jadi portal Murai senaraikan 5 makanan yang wajib anda cuba apabila anda berada di bumi Jawa Timur.

1.Rawon

Rawon merupakan makanan berupa sup daging kuah hitam. Kuah hitam berasal dari kluwak dan daging yang digunakan adalah daging lembu yang dipotong kecil-kecil. Ia juga dicampur dengan bahan-bahan asas yang lain seperti campuran bawang merah, bawang putih, lengkuas, serai, ketumbar dan garam.

Rawon juga disajikan sekali dengan nasi putih bersama-sama dengan taugeh, daun bawang, keropok dan sambal yang pedas. Sekali anda rasa pasti terangkat lidah!

2.Tauhu Campur

Makanan yang terkenal dari Lamongan ini terdiri dari tahu goreng, ubi kayu, taugeh, mi kuning, selada, dan daging lembu yang kenyal.

Ia juga dilengkapi dengan petis, bawang goreng, dan sambal, tahu campur yang sangat lazat untuk dinikmati ketika waktu petang. Kalau ke Surabaya silalah cuba dan rasa!

3.Rujak Cingur (Rojak Mulut Lembu)

Rujak cingur merupakan makanan tradisional dari Surabaya. Makanan ini terdiri dari irisan buah seperti timun, mangga muda, nanas, kedondong, dan sayur-sayuran seperti taugeh, kangkung, kacang panjang serta ditambah dengan lontong, tauhu dan tempe.

Kesemua bahan ini akan dicampur dengan petis dan digaul sehingga sebati. Bagi yang tidak tahu apa itu cingur, cingur merupakan kata dalam bahasa Jawa yang membawa maksud mulut, ia juga merujuk kepada irisan mulut lembu yang dicampurkan.

Beza rojak cingur dan rojak biasa ialah bahan utamanya ialah mulut lembu. Pelbagai rasa yang akan anda dinikmati iaitu rasa masam, manis dan pedas.

4.Tauhu Tek

Tauhu tek terdiri atas tauhu goreng, kentang goreng, taugeh, irisan timun dan kerupuk.Tauhu dan kentang goreng dipotong kecil-kecil kemudian diadun sekali dengan petis, air, kacang tanah, cili dan bawang putih.

Makanan popular Surabaya ini diperoleh namanya menerusi gunting yang digunakan untuk memotong tauhu, kentang dan telur yang akan mengeluarkan bunyi tek.. tek.. tek.

Penjual tahu amat mudah dijumpai di sekitar tepi-tepi jalan utama di Surabaya. Anda risau dengan kebersihannya dan takut sakit perut? Cuba dulu baru nilai, tak salah untuk mencuba untuk merasai makanan dan pengalaman yang baru.

5.Gado-gado

Bahan-bahan yang digunakanm untuk membuat gado-gado adalah lontong, kentang, mentimun, telur, tauhu, dan taugeh.

Semua bahan itu mesti dicampur dengan kisaran kacang yang rasanya manis. Tak lupa juga sambal dan keropok udang yang turut memeriahkan lagi hidangan anda. Kalau di Malaysia apabila menyebut lontong pasti kita akan teringat kuah lemak berwarna kuning kehijauan.

Berbeza di Surabaya, Lontong itu ialah nasi impit yang dibalut bulat seperti ketupat dan dipotong mengikut citarasa si pemakan. Gado-gado juga boleh di makan bersama nasi putih sekirannya anda tidak mahu makan bersama lontong.  Rasa gado-gado adalah manis dan pedas.

Jadi sekiranya anda ingin berkunjung dan melancong di Surabaya dalam waktu terdekat, apa kata anda cuba makanan yang dicadangkan ini. Tak kenal maka tak cinta, tak rasa maka tak tahulah sedapnya. Apa-apa pun selamat mencuba!!

Oleh Mohd Ishahrulddin Tahir

Artikel Ini Disiarkan Pada Selasa, 17 Nov 2015

 

 

Read more ...

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *