Friday, November 20, 2015
Chong Wei jinakkan Chen Long di suku akhir Terbuka Hong Kong
(8 FOTO) Tahniah Shukri Yahaya Sah Bergelar Suami Kepada Tya Adnan
Hanya dengan sekali lafaz pelakon Shukri Yahaya telah sah bergelar suami kepada Tya Adnan dalam satu majlis akad nikah yang diadakan di Masjid Tuanku Zainal Abidin, Putrajaya pada jam 3.36 petang tadi.
Pasangan itu dinikahkan oleh Penolong Pendaftar Perkahwinan dan Perceraian Putrajaya, Muhd Redza Ahmad dan berwakil walikan bapa Tya sendiri iaitu Ahmad Adnan Ishak.
Shukri menyerahkan mas kahwin berupa wang tunai berjumlah RM300. Walaubagaimanapun, pasangan ini tidak mendedahkan jumlah mas kahwin mahupun hantaran kerana tidak mahu menunjuk-nunjuk. Malah, Shukri tidak menerima sebarang tajaan buat majlis raja seharinya dan lebih selesa untuk menggunkan wang hasil titik peluhnya sendiri bagi perkahwinan beliau.
Pihak lelaki turut turut memberi tujuh dulang hantaran yang merupakan senaskah Al- Quran, set minyak wangi,telekung, beg tangan,set alat solek, kek dan sirih junjung.
Tya pula membalas dengan sembilan dulang hantaran yang mengandungi senaskah Al-Quran dan tasbih, sepasang kasut, kek, komputer riba, jam tangan, set wangian, coklat, buah-buahan dan sireh junjung.
Lima tahun menyulam cinta sebelum bersatu sebagai suami isteri, Tya menyifatkan karakter Shukri yang lucu membuatkan beliau tertarik dan merasa selesa dengan suaminya itu.
Majlis resepsi perkahwinan Shukri dan Tya pula akan diadakan esok di di A-Park, Kampung Pulau Meranti Puchong.
Berikut beberapa lagi foto sekitar majlis akad nikah Shukri Yahaya dan Tya Adnan khas buat pembaca BeautifulNara dengan membaca artikel ini sepenuhnya.
Sumber Berita: mStar Online / Sumber Foto: Instagram Pepatungmy
Related Related Category : Malay 4 Comments Tinggalkan komen anda di sini TAGS: foto majlis akad nikah shukri yahaya dan tya adnan, majlis pernikahan tya adnan dan shukri yahaya, sekitar majlis pernikahan shukri yahaya dan tya adnan, shukri yahaya akad nikah, shukri yahaya dan tya adnan kahwin, shukri yahaya dan tya adnan nikah, shukri yahaya sah bergelar suami PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.KHATAM QURAN - KEVIN ZAHRI NAK DALAMI TAFSIR PULA
"Alhamdulillah. At almost 37 yers old, I finally managed to khatam Quran for the very 1st time. Ambil masa 2 tahun dgn kelas mengaji 2 kali seminggu. Jutaan terima kasih to Ustazah @shielaezan for getting me this far," begitulah kata-kata syukur personaliti TV yang juga jurulatih dan perunding pemakanan dan kecergasan terkenal, Kevin Zahri.
Semuanya kerana dia telah berjaya khatam al-Quran selepas 2 tahun mempelajarinya bersungguh-sungguh. Kini, semua penat lelah Kevin itu akhirnya terbalas jua..
"Made it more special yang hari ini merupakan hari jadi ke 70 arwah ibu saya yang dah lama meninggal. Alhamdulillah #azam2015 #khatam. Insyallah tidak berakhir di sini. Sambung lagi minggu depan," ujar Kevin dipetik melalui laman sosialnya..
"Saya tidak pernah putus asa untuk mempelajari al-Quran dan pertemuan bersama Ustazah Shiela Ezan pada 2011 membawa diri ini untuk kembali pada fitrah selain mula mengaji bermula dengan muqaddam semula," tambahnya.
Apa yang paling menarik, Kevin mahu mendalami tafsir Al_Quran pula selepas ini. Doa kita, semoga apa yang dicita-citakannya itu akan mencapai kejayaan dan hasratnya dimakbulkan oleh Allah SWT. Amin.
________________________
FACEBOOK - SANTAI - PAPARAZZI - NOSTALGIA - GALERI - YOUTUBE - ROMANTIKA - SEJARAH MYARTIS - INSTAGRAM - TWITTER Follow @myartisdotcomPeminat Nasihat Emma Maembong Jangan Bergaduh Dengan Adik Beradik Lain
Sejak kehidupan adik beradik selebriti Emma, Chacha dan Yaya Maembong didedahkan di dalam program realiti digital bersiri The House, peminat sudah mula mengenali sikap dan gelagat mereka.
Malah sikap mereka yang suka bergaduh dan bertelingkah ketika bersama membuatkan peminat Emma Maembong merasakan ianya tidak patut berlaku dan menasihatkan agar mereka berbaik-baik sesama adik- beradik.
Nasihat itu diberikan oleh pengikuit laman sosial Instagram Emma Maembong yang memberi komen ke atas posting yang dimuat naik pelakon itu.
Selain meminta mereka tidak bergaduh, peminat-peminat lain juga meluah rasa simpati buat adik bongsunya Chacha Maembong yang sering kali dibuli.
Berikut merupakan komen berkenaan:
"Jangan gaduh_gaduh peluk peluk is best"
"jgn slalu buli chacha. Haha"
"Kesiannye nye kak @chacha_maembong kena buli di #the house"
Bagaimanapun, ramai yang tidak mengetahui kelakuan kasar ketika bergurau dan bergaduh itu adalah perkara biasa buat 3 beradik ini. Bahkan,di dalam The House, penonton boleh melihat mereka akan berbaik semula tidak lama selepas itu seperti bak kata pepatah 'air yang dicincang tidak akan putus'.
Banyak lagi insiden dan aktiviti yang dilakukan oleh trio beradik ini dalam The House yang ditayangkan secara eksklusif menerusi portal Astro Gempak atau www.thehouse.com.my pada setiap hari Rabu jam 4.00 petang dan diikuti dengan siaran televisyen yang akan disiarkan di saluran Astro Ria (104) dan Astro Ria HD (123) pada setiap hari Isnin jam 9.30 malam bermula 2 November 2015.
Artikel oleh Syafiqah Jalal
Artikel ini disiarkan pada Jumaat, 20 November 2015
Zizan Razak Gamatkan STRAWBERI & KARIPAP HELLO GOLD COAST
Astro First Eksklusif membawakan sebuah supertelefilem terbaru, kesinambungan dari Strawberi & Karipap Sesat Kat Paris, iaitu Strawberi & Karipap Hello Gold Coast. Berlatar belakangkan keindahan bumi Australia, supertelefilem dengan genre komedi famili ini menyaksikan gandingan mantap pemenang Anugerah Bintang Filem Meletop, Anugerah Meletop Era iaitu Nelydia Senrose dan Zizan Nin, yang sudah sinonim dengan siri Strawberi dan Karipap sebelum ini.
Dua bintang cilik utamanya Mia Sara yang juga pengacara bersama Ceria All Stars dan Pelakon Kanak-Kanak Terbaik Festival Filem Malaysia ke-27, Rykarl Iskandar sekali lagi dipilih menerajui watak Nini dan Haikal dalam supertelefilem arahan pengarah prolifik Nizam Zakaria ini. Strawberi & Karipap Hello Gold Coast padat dengan aksi pengembaraan lucu dua bintang kecil tersebut di samping keletah bintang undangan Zizan Razak yang pastinya menceriakan supertelefilem terbitan Global Station Sdn Bhd ini. Strawberi & Karipap Hello Gold Coast akan bersiaran di Astro First Eksklusif saluran 480 mulai 26 November 2015 ini.
Hadzelynda Khairuddin, Penolong Naib Presiden Astro Ceria dan Segmen Remaja berkata, "Kejayaan dan sambutan luar biasa yang diterima kami menerusi supertelefilem Strawberi & Karipap Sesat Kat Paris pada tahun lalu adalah sesuatu yang diluar jangkaan. Kebanyakan dari penonton terutamanya kanak-kanak terhibur dengan jalan cerita dan lakonan yang ditampilkan. Justeru, kali ini kami tampil dengan supertelefilem terbaru yang eksklusif, dengan penceritaan yang lebih kemas serta aksi lakonan mantap dan bersahaja dari semua yang terlibat. Istimewa kali ini, kalau dahulu kita telah tampilkan keindahan kota Paris sebagai latar belakang produksi yang pertama, kini kami kembali dengan pengembaraan yang lebih menarik dan mencabar di bumi Australia pula".
"Strawberi & Karipap Hello Gold Coast bukan sahaja menghiburkan tetapi juga memberikan tauladan yang baik kepada anak-anak kita yang menontonnya melalui penerapan nilai-nilai murni yang boleh kita lihat di sepanjang supertelefilem ini disiarkan. Jenama Strawberi karipap yang tidak asing lagi bagi saluran 611, Astro Ceria ini padat dengan mesej kekeluargaan serta turut memaparkan sifat yakin diri dan kebijaksanaan Nini dan Haikal dalam menyelesaikan masalah orang dewasa".
"Kami berbesar hati menerima pelawaan Tourism Australia dan Tourism & Events Queensland untuk berkerjasama dengan pihak ASTRO dan Global Station dalam merealisasikan supertelefilem Strawberi & Karipap Hello Gold Coast. Kami sangat bertuah kerana dapat berkongsi keunikan dan keseronokan bumi Gold Coast bersama penonton melalui supertelefilem ini. Oleh itu, kami begitu berharap agar para penonton terutamanya anak-anak di luar sana akan berasa terhibur dengan buah tangan kami yang cukup istimewa ini", ujar Hadzelynda lagi.
Strawberi & Karipap Hello Gold Coast mengisahkan misi Nini (Mia Sara) dan Haikal (Rykarl Iskandar) yang telah merancang satu percutian keluarga ke Gold Coast, Australia demi menyatukan cinta Aunty Lisa (Nelydia Senrose) dan Pak Su Hairi (Zizan Nin). Di sana, mereka telah ditemukan dengan BRO Z, pemandu pelancong di Gold Coast. Pelbagai situasi dan kejadian melucukan terjadi sepanjang berada di Gold Coast. Percutian Nini dan Haikal di Gold Coast menjadi sebuah pengembaraan yang sangat menarik dan menyeronokkan! Mereka berpeluang bermain dengan ikan paus, bermesra bersama beruang koala, berseronok di Movie World, menaiki belon udara panas dan banyak lagi pengalaman yang menarik!
Bagi memeriahkan lagi demam Strawberi & Karipap Hello Gold Coast ini, pihak ASTRO turut berkerjasama dengan PNL Travel untuk Pakej Percutian Strawberi & Karipap Hello Gold Coast di mana penonton bukan sahaja boleh melihat keseronokan bumi Gold Coast di kaca TV, malah kini boleh merasai keunikan Gold Coast bersama dengan Mia Sara & Rykarl Iskandar. Malah, peminat juga boleh mendapatkan Aplikasi Permainan Strawberi Karipap Hello Gold Coast di mana ianya boleh dimuat turun melalui IOS & Android. Dua Bintang Akademi Fantasia, Ewal dan Ziha telah dipilih menyanyikan lagu tema Strawberi & Karipap Hello Gold Coast, Sayang Sayang ciptaan komposer dan penulis lirik tersohor tanahair; Omar K & Audi Mok.
Strawberi & Karipap Hello Gold Coast akan ditayangkan secara eksklusif di Astro First saluran 480 mulai 26 November 2015 ini, bersempena dengan cuti persekolahan. Pelanggan Astro yang berhasrat untuk menontonnya boleh melanggan supertelefilem ini dengan harga RM15.90 (termasuk GST) dan menontonnya berulang kali selama 48 jam bagi setiap langganan
Dikeluarkan oleh bahagian komunikasi Astro. Untuk keterangan lanjut, sila hubungi 03-9543 6688:Erlina Zahidi samb. 2625 / erlina_zahidi@astro.com.my @ Dhiya Aizat samb. 5052/ dhiya_aizat@astro.com.my
Mengenai Pakej Percutian Strawberi & Karipap Hello Gold CoastIstimewanya kali ini, PNL Travel dengan kerjasama Astro dengan bangganya menawarkan peminat dan penonton Strawberi & Karipap peluang merasai sendiri pengalaman bercuti di Gold Coast bersama Nini & Haikal. Percutian selama 6 hari ini memberi peluang peminat mengembara bersama Nini dan Haikal di Gold Coast dan menikmati sendiri keindahan dan merasai segala keseronokan aktiviti-aktiviti menarik yang dipaparkan dalam supertelefilem ini.
Antara kelebihan percutian ini adalah ianya menerapkan elemen pembelajaran yang menyeronokkan – daripada menambah pengetahuan tentang hidupan liar Australia di santuari haiwan sehinggalah memberi makan dolphin sehinggalah melawat pulau pasir ketiga terbesar di dunia! Dengan harga istimewa bermula dari RM 5,500 untuk dewasa dan RM 4,400 untuk kanak-kanak, pakej mesra Muslim ini boleh didapati bermula 26 November ini. Untuk keterangan lanjut berkenaan pakej percutian ke Gold Coast bersama Nini dan Haikal ini, peminat bolehlah menghubungi PNL Travel di talian 03-92844859, ataupun emel mereka di tours@pnltravel.com.my dan juga interaksi secara langsung di www.pnltravel.com.my.
Komen via FacebookKomen
— Budiey
Seorang penulis blog hiburan & gaya hidup sepenuh masa, Social Media Marketing, Instagram Influencer, #LiveUpdate Expert, photojournalist, jurugambar, kerap ber-Twitter & Facebook, copywriter, penulis iklan & advertorial, content provider & househusband. Obses dengan filem seram & thriller.
'JPN Manjung Lembab Macam Siput Babi'
9 Perkara Yang Anda Biasa Buat Setiap Hari Tetapi Dengan Cara Yang Tidak Betul
1 - Keringkan Tangan Guna Tisu
Berapa helai tisu yang biasa kita akan ambil untuk keringkan tangan? 2, 4, 5 ?. Sebenarnya cara yang betul untuk mengeringkan tangan dengan tisu adalah dengan mengambil sehelai sahaja dan dilipat menjadi dua sebelum mengelap tangan kita.Dengan cara ini, proses yang dipanggil "intersitial suspension" boleh berlaku. Dengan bahasa biasa, ia membolehkan air diserap sama rata ke dalam tisu dengan lebih efisyen.
Lebih dari itu, cara ini menjimatkan tisu dan duit.
**ingin tahu lebih lanjut tentang "intersitial suspension"? tonton video ini.
2 - Buang air besar
Rasanya cara ini tidak aneh bagi mereka yang masih lagi menggunakan jamban cangkung. Tapi bagi mereka yang menggunakan jamban duduk, anda perlu tahu yang cara itu sememangnya salah dan boleh menyebabkan kemudaratan.Ini kerana sekiranya kita duduk semasa membuang air besar, saluran usus tidak natural jika dibandingkan dengan saluran usus ketika mencangkung.
3 - Kupas ubi kentang
Jika anda selalu berada di dapur anda akan tahu 'perit' mengupas kulit ubit kentang. Tapi sekiranya anda menggunakan teknik ini, 'perit' itu akan hilang sekelip mata.Mula-mula, rebus ubi kentang itu, kemudian masukkannya kedalam air sejuk selama lima saat. Selepas itu tarik sahaja kulitnya. Magik!.
4 - Pecahkan telur
Kebiasaannya, apabila kita cuba memecahkan telur, kita akan menggunakan permukaan yang nipis bagi memastikan telur itu retak. Dan ini akan menyebabkan serpihan kulit telur itu termasuk ke dalam mangkuk.Untuk mengelakkan ia dari berlaku, cuba retakkan telur di atas permukaan rata dan gunakan kedua-dua belah tangan bagi menarik kulit telur. Cara ini mungkin dapat menyelamatkan seseorang dari hilang mood makan apabila tergigit kulit telur.
5 - Flush jamban
Apabila mem'flush' jamban, pastikan lubangnya sentiasa ditutup. Jika tak, cuba bayangkan kemana bau dan juga kuman akan merebak masa flush? Pastinya ke atas.6 - Minum air tin guna straw
Selain dari menjadi pembuka tin, kepingan aluminium kecil diatas tin minuman mempunyai tujuan lain, iaitu sebagai pemegang straw. Setelah anda membuka tin, pusing pembuka tin itu 180 darjah dan masukkan straw ke dalam tin melaluinya. Dengan itu, straw anda tidak akan terangkat naik ke atas.7 - Tuang cecair
Gambar diatas adalah cara yang betul untuk menuang cecair keluar dari kotak ataupun botol. Dengan menggunakan cara ini, cecair tidak akan jatuh dengan berderai memandangkan tekanan yang kurang kerana lubangnya berada di tempat yang lebih tinggi.Selain dari botol minuman, cara yang sama boleh diguna untuk menuang minyak pelincir dari botol.
8 - Pegang burger
Pernah terfikir kenapa apabila kita makan burger, isinya selalu terkeluar seolah-olah melarikan diri dari dimakan?Jawapannya adalah kerana selama ini kita memegangnya dengan cara yang salah. Cara yang betul memegang burger adalah dengan menggunakan jari kelingking sebagai sokongan kepada bahagian hujung burger supaya isinya lebih kemas didalam.
9 - Keringkan cawan dengan cepat
Apabila kita meletakkan cawan secara terbalik dengan harapan ia akan kering dengan lebih cepat; dimana airnya akan mengalir kebawah hasil daya tarikan graviti; selama ini kita salah.Ini kerana air-air itu masih terperangkap di dalam cawan itu dan akan bertukar menjadi wap air. Selepas itu, wap-wap air itu akan bertukar menjadi air semula dan proses yang sama akan berulang.
Jadi, cara yang paling cepat untuk mengeringkan cawan adalah dengan membiarkan sahaja selepas dibasuh. Tapi sekiranya persekitaran anda kotor, adalah lebih baik anda menterbalikkannya.
Pusat zakat digesa 'turun padang' cari orang miskin
Sudah menjadi kewajipan kepada orang Islam untuk membayar zakat setiap tahun dan kebiasaannya mereka akan melunaskan tuntutan rukun Islam keempat itu dibuat melalui pusat pungutan zakat.
Namun kini, terdapat orang Islam yang memilih untuk membayar zakat terus kepada fakir miskin kerana tidak mahu ada 'orang tengah' yang mengendalikan termasuk mahu sumbangan mereka terus kepada golongan yang memerlukan.
Malaysiakini membuat tinjuan di ibukota untuk mendapatkan pandangan umat Islam mengenai perkara itu.
Antara respons yang diperolehi ialah ada yang berpandangan bahawa pusat pungutan zakat lambat bertindak dan tidak pro-aktif.
"Pernah bayar zakat terus kepada orang miskin kerana dia orang yang saya kenal. Rakan mahu minta kepada pusat zakat tapi pusat itu lambat bertindak," kata suri rumah Roslina Abdul Majid, 52.
"Orang zakat tidak datang tanya, patut pusat pungutan zakat ini sendiri mencari orang miskin dan memudahkan dalam memberikan sumbangan," katanya.
NGO dan badan persendirian
Manakala Ahmad Sabri Idris, 34, pula berpendapat badan persendirian seperti NGO lebih mendekati golongan miskin berbanding pusat zakat.
Beliau yang membayar zakat melalui pusat zakat mahu pusat itu memainkan peranan dan tanggungjawab dengan lebih komprehensif agar golongan yang memerlukan, lebih terbela.
"Pusat zakat memang ada bantu orang miskin tapi saya lihat lebih banyak NGO turun padang sendiri untuk lihat orang miskin berbanding pusat zakat itu sendiri.
"Kalau lihat di Facebook pusat zakat ada beri maklum balas sekiranya ada yang bertanya tapi tidak cukup dengan itu, Pusat zakat harus bergerak lebih lagi untuk membantu golongan miskin," katanya.
Teliti masalah fakir miskin
Bagi wanita yang mahu dikenali sebagai Anum pula berkata, beliau yang kehilangan ibu dan bapa menghadapi masalah dalam memohon sumbangan daripada pusat zakat untuk lima orang adiknya.
Katanya, pusat zakat tidak memberikan sumbangan dengan alasan dia bekerja.
Menceritakan perkara itu, beliau berkata, pada tahun 2000, gajinya dan suami hanya RM3,000 dikatakan tidak layak memohon zakat untuk lima adiknya kerana badan itu menganggap beliau mampu untuk menyara adik-adiknya.
"Gaji yang banyak itu tidak cukup untuk sara adik-adik saya memandangkan saya sudah ada anak dan mempunyai kereta serta rumah yang perlu dibayar.
"Masa itu bayangkan susah lah bila tidak dapat bantuan, perlukan bantuan sebab terdesak sehingga adik-adik perlu kerja di kedai makan semasa masih lagi belajar. Kalau dapat RM100 sebulan atau RM50 sebulan pun okey, sekurang-kurangnya dapat ringankan beban," katanya.
Beliau itu turut meminta kepada pusat zakat memberi bantuan kepada mereka yang benar-benar memerlukan dan meneliti permasalahan yang dihadapi oleh golongan miskin.
Perlu lebih pro aktif
Sementara itu, seorang mahasiswi Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) pula menyarankan supaya cara pusat zakat bekerja mungkin harus diubah supaya dapat menjalankan tanggungjawabnya dengan baik.
"Dari segi organisasi, pusat zakat dilihat tidak pro-aktif. Harus lebih pro-aktif kerana kita negara Islam yang menjalankan kutipan zakat," katanya.
Manakala Yusoff Talib, 63, pula berkata pada tahun 1990 iaitu tahun pertama penubuhan pusat pungutan zakat, beliau membayar kepada badan tersebut namun, pada tahun kedua, beliau tidak lagi berbuat demikian.
"Tahun pertama bayar zakat, tapi tahun kedua pusat zakat mahu tahu butiran pendapatan, jumlah harta saya...
"Saya terkilan, jadi saya berhenti daripada bayar zakat melalui pusat zakat. Sampai sekarang saya serahkan zakat saya kepada fakir miskin sendiri," tegasnya.
Manakala bagi wanita yang mahu dikenali sebagai Julia pula berkata, beliau membayar zakat melalui pusat zakat namun secara peribadi sering berkunjung ke rumah anak yatim bagi menyalurkan sumbangan.
"Saya suka berjumpa dengan orang miskin kerana doa mereka lebih terus," katanya.
Dalang serangan Paris disahkan terbunuh
PANAS! Ini Punca Kenapa Nora Danish Mahu Beralih Bidang
PANAS! Ini Punca Kenapa Nora Danish Mahu Beralih Bidang
Jika sebelum ni kecoh dengan isu Rekaan Tudung Nora Danish Dikecam Peminat namun pelakon kecil molek Nora Danish tidak melenting sebaliknya menerima kritikan tersebut secara terbuka. Insiden tersebut telah menjadi viral gara-gara tudung yang dipakai oleh Nora Danish dilihat menyerupai rahib gereja. Susulan daripada isu tersebut, Nora Danish secara merendah dirinya memohon maaf atas perkara yang tidak disengajakannya itu.
Kegemilangan dan juga populariti bukanlah sesuatu yang sentiasa kekal. Bagi Nora Danish, dia kini mahu memperlahankan kerjayanya sebagai pelakon bagi memberi tumpuan kepada bidang perniagaan.
"Saya sudah lama jadi anak seni, jadi saya gunakan platform ini untuk capai cita-cita menjadi ahli perniagaan yang berjaya. Itu cita-cita asal saya sebenarnya. Semuanya untuk masa depan diri, anak dan keluarga"
"2015 saya lihat tahun yang tepat untuk saya mulakan perniagaan pakaian sendiri. Saya akan memperlahankan aktiviti seni sebab macam saya pernah cakap, saya tak akan selama-lamanya menjadi pelakon"
"Saya ada target saya sendiri. Matlamat saya untuk ada perniagaan pakaian sendiri adalah sasaran saya pada tahun 2015 ini selain Kopi XOXO. Selepas Raya hari itu saya sudah kurangkan berlakon. Lebih kepada perniagaan ini"
"Saya tak mahu terikat lagi. Selepas ini sekiranya ada tawaran berlakon, saya akan pertimbangkan. Kalau okay, saya buat. Jadi tidak terikat dengan mana-mana pihak," jelasnya kepada Tonton Extra selain menyatakan bahawa dia tidak menyambung kontrak bersama syarikat produksi MIG.
Sekarang ni dah ramai artis yang buat bisnes sendiri dan berjaya, penulis memang sokonglah apa yang dilakukan Nora Danish ni. Dunia artis ni bukannya kita sentiasa berada diatas kan jadi lebih baik sedia payung sebelum hujan.
10,290 total views, 10,290 views today
MABUK BAHASA INGGERIS: Adenan Satem LANGGAR Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan
Popular Posts
-
The fishermen on a boat going out to sea off the coast of Marang in Terengganu. Their livelihoods have been impacted in a negative way by va...
-
Kuala Lumpur saw no new housing projects below the price tag of RM500,000 being launched last year, despite the maximum house price median o...
-
PUTRAJAYA – Jika ada yang masih ragu-ragu lagi mengenai sumbangan derma RM2.6 bilion yang masuk ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri, Da...
-
'Bila Saya Diserang, Semua Orang Diam'…Luahan SEDIH Najib Razak…Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak hari ini menjawab kritikan k...
-
KUALA LUMPUR: Keuntungan sebelum cukai IOI Properties Group Bhd bagi tahun kewangan berakhir 30 Jun, 2015 meningkat kepada RM1.13 bilion...