Recent Post

Tuesday, March 29, 2016

Sektor pelancongan kesihatan mampu jana RM1.3 bilion - Subramaniam

Kementerian Kesihatan mensasarkan jumlah perbelanjaan RM1.3 bilion oleh pelancong kesihatan di hospital dalam negara sepanjang tahun ini.
Read more ...

(9 GAMBAR)Sambutan Ulang tahun Kelahiran Ke-3 Aisy Qaiser, Anak Ayu Raudhah

Pada hari ini tiga tahun lepas, pelakon Ayu Raudhah Che Wan telah selamat melahirkan anak sulungnya Aisy Qaiser. Justeru hari ini, satu majlis menyambut ulangtahun kelahuran Qaiser telah diadakan oleh Ayu dan suami, Zaquan Adha. photo 12904987_131790990550099_333568717_n.jpg

Lagi lapan gambar dengan membaca entri ini sepenuhnya.

Rasai getaran dan keasyikan irama muzik asli dari akar Melayu ke mata dunia. Manifestasi dan apresiasi di dalam sebuah…

Posted by Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara on Tuesday, 22 March 2016

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.
Read more ...

TAYANG 'LELAKI' DI IG - FIZA ELITE NAFI KEKASIH, TAPI ADIK

Orang lawa memang cepat dapat pengganti, demikian komen beberapa pengunjung laman sosial mengenai Fiza Elite yang dikatakan sedang hangat bercinta dengan seorang pilot.

Malah di Instagram milik Fiza, penyanyi dan pelakon itu telah meletakkan gambar seorang lelaki yang diambil secara sipi-sipi sahaja. Ia sekaligus menimbulkan pelbagai spekulasi hangat yang mendakwa ia kekasih Fiza.

" You mean everything to me.

" Thank you sayang for this surprise moment.... i really appreciate for what you've done for me... By da way u so sweet," ujar Fiza ketika bergambar dan mendapat kad ucapan daripada lelaki terbabit.

Bagaimanapun apabila penerbit drama terkenal, Haji Zil bertanya pada Fiza adakah itu kekasih Fiza? Balas Fiza secara spontan, lelaki itu adalah adiknya.

Waahhh... adik Fiza seorang pilot ya, untungnya. Heh!

Foto: Fiza IG

         ________________________

:: FACEBOOK :: INSTAGRAM :: TWITTER :: :: YOUTUBE :: SANTAI :: SEJARAH MYARTIS ::

TwitterFacebookGoogle PlusRSS FeedEmail

Read more ...

Sheila Rusly Bongkar Resepi Kari Laksa Hanya Di LILAC!

Penerbit drama dan Chef Selebriti, Sheila Rusly bakal berkongsi serta menunjukkan demonstrasi masakan kari laksa daripada koleksi resepi miliknya sendiri di Karnival Laksa Antarabangsa Langkawi (LILAC) yang bakal berlangsung pada 27 hingga 29 Mei 2016.

Karnival LILAC yang dianjurkan Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) yang akan diadakan di Laman Padi, Pulau Langkawi itu bakal menyaksikan Sheila Rusly bersama Chef Jo, mempersembahakan kehebatan masing-masing dalam memasak laksa dengan cara mereka tersendiri.

Sheila Rusly berkata, apa yang pasti pengunjung yang hadir bakal melihat cara masakan kari laksa yang agak berbeza daripada resepi biasa.

"Pertama kali ketika ditawarkan untuk memeriahkan karnival ini saya akui sangat teruja untuk menerimanya kerana saya memang peminat laksa.

"Pada karnival itu nanti saya diminta untuk membuat demonstrasi masakan bertemakan laksa. Jadi saya tidak akan memasak laksa yang sudah biasa orang ramai makan kerana di karnival itu s endiri, sudah tentu mereka boleh mendapatkannya.

"Apa yang saya akan kongsi nanti adalah resepi kari laksa. Saya pasti orang tak tahu bagaimana rupanya. Kalau laksa ada macam-macam kategori dan kari laksa pun begitu juga.

"Saya harap pengunjung akan expect kari laksa saya sebagai sesuatu hidangan yang simple, cepat dan senang dimasak. Yang penting ia akan berasa masam, pedas dan berlemak," katanya kepada portal Suudu.

Tema LILAC pada kali ini adalah 'I Love Laksa' (saya suka laksa) sempena meraikan kepelbagaian jenis laksa serta kelazatan kuih muih tradisional dari serata negeri di Malaysia dan Asia.

Penganjuran kali ke-5 ini juga adalah untuk mempromosikan keistimewaan, keunikan dan keharmonian adat serta budaya melalui acara masakan dan kulinari kepada para pelancong yang hadir.

Antara aktiviti lain yang diadakan termasuklah pertandingan memaksa dan inovasi laksa tradisional, serta pelbagai lagi.

Artikel oleh Syafiqah Jalal

Artikel ini disiarkan pada Selasa, 29 Mac 2016

Read more ...

La Nyalla ke Malaysia Sejak 17 Maret Lewat Soekarno-Hatta dan Belum Kembali - Harian Medan Bisnis - Membangun Indonesia yang Lebih Baik

Mata Uang Beli Jual USD 13,296.00 13,430.00 SGD 9,718.59 9,822.28 JPY 11,705.26 11,828.43 MYR 3,321.51 3,360.02 CNY 2,043.65 2,064.25 THB 376.02 380.24 HKD 1,713.89 1,731.27 EUR 14,882.21 15,037.57 AUD 10,057.09 10,161.14 GBP 18,933.50 19,129.69 Last update: 29 Mar 2016 11:03 WIB
Read more ...

Shama Xujiahui : Lokasi praktikal di tengah Shanghai

Shanghai dewasa kini semakin sering menjadi tumpuan para pelancong asing khasnya rakyat Malaysia. Ini kerana bandaraya kedua paling popular Republik Cina ini memang terkenal dengan pelbagai tempat menakjubkan, khasnya beberapa peninggalan Eropah di Asia serta kawasan membeli-belah menarik.

Jarak Shanghai dan KL yang hanya memakan masa sekitar empat setengah jam dengan menaiki kapal terbang memudahkan lagi perjalanan para pengunjung dari Malaysia.

Shama Xujiahui Shanghai - Building exterior

Oleh kerana itu, keperluan untuk tempat persinggahan dan penginapan di sini semakin meningkat. Walaupun semakin banyak hotel-hotel baru yang muncul di bandar ini, namun terdapat beberapa hotel berkonsepkan pangsapuri di Shanghai yang telah lama bertahan dengan konsepnya yang tersendiri. Shama Xujiahui di Shanghai merupakan salah satu tempat penginapan sedemikian yang dimaksudkan.

Terbina di antara kawasan pusat Shanghai iaitu Xujiahui,kedudukan strategiknya menyebabkan ramai yang memilih untuk bermalam di sini. Apatah lagi stesen metro (seperti MRT) Xujiahui juga tidaklah terlalu jauh dari kediaman ini. Xujiahui juga mempunyai tarikan lain seperti gereja St Ignatius dari zaman mubaligh Kristian dahulu serta taman Xujiahui yang moden (Xujiahui Park).

Biarpun sudah beberapa tahun bertapak di sini, kemudahan serta perkhidmatan yang ditawarkan Shama Xujiahui masih lagi utuh dan malah semakin bagus saban hari. Apalagi dengan senireka dalamannya yang seiring dengan gaya kontemporari hotel-hotel serta pangsapauri lain masa kini.

Semestinya setiap unit studio atau pangsapuri dilengkapi kemudahan internet wi-fi, TV kabel berlayar leper dan macam-macam kemudahan moden yang lain. Ini termasuklah mesin basuh , dapur elektrik dan juga perkakas dapur lain seperti periuk, kuali, sudu dan garpu!

Yang lebih istimewa, ia bukan sahaja menawarkan bilik-bilik dan suite seperti hotel-hotel mewah yang lain tetapi tujuan utama mereka adalah untuk mewujudkan tempat tinggal dan bukan sekadar bilik biasa. Dengan konsep pangsapuri sepenuhnya, setiap unit persis pangsapuri mewah dengan perkhidmatan (serviced apartments). Terdapat 219 pilihan pangsapuri berbentuk studio dan juga unit yang mempunyai satu hingga tiga bilik tidur serta pangsapuri dua tingkat untuk kemudahan para tamu. Ini diserikan lagi dengan perkhidmatan terbaik para pekerja kediaman ini yang datang untuk mengemas setiap unit seperti di hotel lima bintang yang lain.

Turut dilengkapi dengan kemudahan-kemudahan lain seperti gimnasium, bilik permainan kanak-kanak dan macam-macam lagi, kediaman ini sering menjadi tumpuan para usahawan yang mempunyai urusan kerja di kawasan sekitar Shanghai dan juga ahli keluarga yang bercuti. Ini kerana ia berdekatan dengan pusat-pusat perdagangan dan industri terkemuka seperti pusat-pusat membeli-belah.

Soal menjamu selera juga bukanlah satu masalah kerana tersedia sebuah restoran halal tidak jauh dari pangsapuri ini. Ini sangat memudahkan para tamu Muslim kerana tidak perlu ragu-ragu atau was-was dengan sajian yang tersedia. Jadi sekiranya anda tercari-cari, penginapan di Shanghai untuk bilangan tamu yang ramai, pastikan Shama Xujiahui menjadi pilihan pertama anda!

Shama Xujiahui Shanghai - Children playground

Shama Xujiahui Shanghai - Fitness room

Shama Xujiahui Shanghai - Three bedroom unit living room

Shama Xujiahui Shanghai - Two bedroom unit living room_2

Shama Xujiahui : Lokasi praktikal di tengah Shanghaioleh Shah Shamshiri

Komen via Facebook

Komen

Read more ...

Perkahwinan Adira AF Dan Suami Sah Mengikut Syarak

Read more ...

Ketika Tarik Hand Brake, Perlu Tekan Punat Atau Tidak? Ini Jawapan & Penjelasannya

Setelah anda selesai membetulkan kereta di petak parking, dan meletakkannya pada gear parking atau natural, perkara terakhir yang perlu dibuat adalah menarik hand brake.

Disini timbul sedikit kecelaruan sama ada perlu atau tidak kita menekan punat di bahagian depan hand brake untuk menarik brek.

Kecelaruan ini mungkin juga timbul disebabkan ada 'kata-kata' orang yang mengatakan jika tidak menekan punat itu, hand brake akan cepat rosak. Atau ada juga yang takut dengan bunyi 'kreeekkkk' pada hand brake ketika ditarik kerana dikhuatiri hand brake akan haus.

Jason Fenske dari chanel Youtube Engineering Explained memberikan jawapan kepada persoalan ini dan penjelasan teknikal disebalik jawapan itu. Perlu Tekan Atau Tidak?Jawapan yang diberikan oleh Fenske adalah tidak perlu tekan. Tetapi tidak salah untuk menekan kerana ia tidak memberi apa-apa kesan buruk kepada hand brake. Namun dengan tidak menekan punat itu, akan ada bunyi 'kreeekkk' yang boleh memberi 'feedback' kepada pemandu ketika menarik hand brake. Penjelasan TeknikalMenurut Fenske, sistem hand brake sangat mudah. Punat di hand brake dicipta hanya ketika untuk menjatuhkan hand brake sahaja.

Apabila punat tidak ditekan, satu komponen besi akan mencengkam satu komponen bergerigi yang dikenali sebagai Ratchet Segment. Jika punat ditekan, besi yang mencengkam Ratchet Segment itu akan dilepaskan.

Adakah Ratchet Segment Itu Akan Haus Jika Selalu Tidak Tekan Punat Ketika Tarik Handbrake? Menjawab persoalan ini, Fenske menjelaskan faktor paling utama yang menyebabkan haus adalah haba. Komponen yang banyak menghasilkan haba akan cepat haus. Seperti contoh, brake pad yang menghasilkan geseran untuk memberhentikan tayar kereta yang berputar pada kelajuan yang tinggi.

Jadi, dalam kes hand brake, kesan hausnya amat halus sekali dan Fenske menyifatkannya dengan berkata "kereta tak boleh pakai langsung baru hand brake haus".

Dengan mengetahui penjelasan teknikal di sebalik sistem ha nd brake, kami yakin anda akan boleh menarik hand brake kereta anda dengan lebih yakin!

Jika anda mahukan penjelasan yang lebih terperinci, ikuti video ini:

Read more ...

4 stesen baharu LRT di Puchong dibuka 1 April

Empat stesen baharu Transit Aliran Ringan (LRT) di bandar Puchong akan dibuka mulai 1 April ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) Datuk Azmi Abdul Aziz berkata stesen projek penyambungan laluan Ampang itu ialah IOI Puchong Jaya, Pusat Bandar Puchong, Taman Perindustrian Puchong dan Bandar Puteri.

"Dengan penyambungan laluan baharu ini, Prasarana menjangkakan penambahan bilangan pengguna, dan dengan tren baru ia mampu membawa kira-kira 1,100 penumpang pada satu masa," katanya pada sesi penerangan bersama media di stesen LRT IOI Puchong Jaya di Puchong, hari ini.

Hadir sama, Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) Tan Sri Syed Hamid Albar.

Menurut Azmi, empat stesen baharu berkenaan berpotensi menarik bilangan pengguna berikutan lokasi stesen yang strategik dan kemudahan 'park and ride' yang disediakan di tiga stesen iaitu IOI Puchong Jaya, Pusat Bandar Puchong dan Taman Perindustrian Puchong.

Stesen IOI Puchong mempunyai 470 lot parkir kereta dan 95 untuk motosikal, stesen Pusat Bandar Puchong pula mempunyai 122 parkir kereta dan 90 bagi motosikal manakala stesen Taman Perindustrian Puchong mempunyai 350 parkir kereta dan 164 untuk motosikal.

Azmi juga berkata Prasarana turut giat menjalankan promosi bagi menggalakkan lebih ramai orang menggunakan pengangkutan awam memandangkan perkhidmatan yang disediakan adalah selesa.

Sehingga kini, pengguna harian LRT pada waktu puncak adalah 450,000 dan Prasarana menjangkakan pertambahan 50,000 lagi pengguna tahun ini.

Sebelum ini, empat stesen terdahulu telah dibuka pada 31 Okt lepas melibatkan stesen Awan Besar, Muhibbah, Alam Sutera dan Kinrara BK5.

- Bernama

Read more ...

MAKIN KOYAK MUKA GUAN ENG TU DIBUATNYA!!!

SEMUT HITAM MAKIN KOYAK MUKA GUAN ENG TU DIBUATNYA!!! Kebebasan Bersuara dalam DAPigs semakin teruji apabila pendedahan demi pendedahan dibuat secara terbuka didalam laman media. Kini kredibiliti DAPigs sedang dipertikaikan rakyat. Jika selama hari ini DAPigs sering membanggakan diri mereka sebagai 'Abang Besar' dalam Pakatan dan cukup pandai menyembunyikan kemelut kepimpinan yang sedang melanda parti itu. Bahkan integriti DAPigs yang turut melaungkan slogan Cekap, Akauntabiliti dan Telus (CAT) itu juga sedang menjadi persoalan dikalangan rakyat akibat tindakan yang mereka sendiri lakukan. Kalau petang tadi kita dikejutkan dengan pengumuman seorang ADUN DAPigs yang diisytiharkan sebagai wakil rakyat bebas. Kali ini cerita mengenai seorang Ahli Parlimen pulak yang digantung tidak bertali. KUALA LUMPUR - ‎Masih tiada jawapan daripada DAP mengenai status penggantungan Ahli Parlimen Kota Melaka, Sim Tong Him sejak Februari lalu.Tong Him berkata, buat masa kini, beliau masih menunggu keputusan daripada parti dan akur sekiranya parti memutuskan yang beliau menjadi ahli parlimen bebas.  "Saya tak diberitahu adakah kedudukan saya sebagai ahli parlimen DAP masih kekal. Apa maknanya gantung keahlian? Tidak jadi ahli atau gantung hanya satu tahun? Dan apa tugas saya?"Yang saya hanya tahu saya ahli Parlimen yang dipilih rakyat dan teruskan perkhidmatan saya bagi menjaga kebajikan rakyat," katanya ketika ditemui di lobi Parlimen, di sini, hari ini.Pada 6 Februari lalu, DAP telah menggantung keahlian Ahli Parlimen Kota Melaka itu selama setahun.Setiausaha jawatankuasa tatatertib DAP, Tai Xing Piao berkata penggantungan itu dibuat kerana Sim sering kali membuat kenyataan yang merosakkan reputasi parti.Tindakan tersebut turut dikenakan kepada Adun Duyong, Goh Leong San. Leong Sa n kemudiannya diisytihar keluar parti dan diumumkan sebagai wakil Bebas, berkuat kuasa hari ini. Apa yang jelas, tindakan tersebut membuktikan bahawa puak DAPigs ni tidak sama seperti yang digembar - gemburkan selama hari ini, Ternyata parti DAPigs tu hanya mengamalkan Politik Retorik demi nak menjaga kepentingan Politik Peribadi mereka sendiri!!!
Read more ...

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *