Recent Post
Showing posts with label Kesihatan. Show all posts
Showing posts with label Kesihatan. Show all posts

Thursday, August 13, 2015

Puting kosong dodoi bayi tidur

nursaliawati@mediaprima.com.my
Alor Gajah: "Mungkin dia faham keadaan kami yang kesempitan wang kerana walaupun diberikan puting kosong, dia terus diam dan tidur," kata Nurisah Iesah, 27, ibu kepada bayi jantung berlubang, Nur Insyirah Ardini Wan Md Azizi, tujuh bulan.

Doktor yang merawat Nur Insyirah Ardini turut mengesahkan anak bongsu daripada empat beradik itu mempunyai beberapa lagi masalah kesihatan lain iaitu kesukaran menelan makanan, kepala membesar dan saluran pernafasan sempit, selain mempunyai dua saluran dubur menjadikan bayi tujuh bulan itu sebagai orang kurang upaya.

Nurisah berkata, paling menyedihkan apabila dia terpaksa menyusukan bayinya menggunakan tiub khas kerana Nur Insyirah Ardini akan tersedak jika diberi minum menggunakan botol seperti bayi normal lain.

"Jika diberikan susu menggunakan botol, Nur Insyirah Ardini kerap tersedak menyebabkan air susu keluar semula melalui mulut serta hidung dan saya terpaksa menggunakan tiub khas dibekalkan pihak hospital.

"Saya akan berikan susu menggunakan tiub kepada Nur Insyirah Ardini setiap tiga jam sekali, tetapi kerana kesempitan wang, saya hanya mampu memberikan puting kosong sebelum mendodoi anak supaya tidur," katanya di rumahnya di Taman Sri Siantan, Durian Tunggal, di sini, semalam.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.
Read more ...

Sunday, August 09, 2015

'Tahniah Buat Golongan Anti Vaksin!' - Doktor Ainul



Dear anti-vaccine people, this is the outcome of your campaigns. Ini yang berlaku apabila parent menolak vaksin yang sepatutnya boleh mengelakkan penyakit ini. Ini measles. Penyakit yang dulunya berjaya dinyahkan dengan bantuan vaksin. Sekarang dah makin merebak sebab ada yang menolak vaksin.

CONGRATULATIONS! I bet the anti-vaccine group had achieved their main target by ruining the children all over the world. Shame on you.

Oh ya, untuk pengetahuan, pesakit ini dah keluar hospital. Maksudnya, dia kini berada di luar isolasi yang mana jauh dari kawalan kami. Maksudnya, akan ada ramai lagi yang dijangkiti di luar sana bila dia keluar nanti.

Siapa yang pernah bersama bayi ini, siapa yang berada di sekitar kawasan yang pernah bayi ini berada tidak kisahlah satu bilik, satu bas, satu taman perumahan, satu shopping kompleks, satu hospital, semua berisiko bakal dijangkiti kalau tidak mempunyai imunisasi atau lemah pertahanan diri.

Yang ada ada vaksinasi penyakit ini, inshaAllah selamat. Good Job!. So please be careful, Beware, hati-hati. You might be the next one infected here or maybe your precious unvaccinated children is the one who is going to suffer for the consequences. Good luck.  Doktor Ainul Arina
Read more ...

Saturday, August 08, 2015

Remaja Meninggal Kerana 8 Minggu Tahan Berak

Seorang remaja berusia 16 tahun,Emily Titterington memiliki satu masalah iaitu fobia dan sering menahan diri daripada berak sehingga menjangkau lebih 2 bulan. Dan akibatnya Emily meninggal dunia akibat serangan jantung yang disebabkan oleh sembelit setelah 8 minggu tidak membuang air besar.



Akibat daripada menahan berak, ususnya membesar sehingga rongga dadanya mendapat tekanan lebih yang mengakibatkan pergerakan organ lain. Sebenarnya, penyakit ini boleh dirawat dengan diberikan ubat yang sesuai namun Emily mengelak untuk berjumpa membuat pemeriksaan. Dr Amanda Jeffery, ahli patalogi yang melakukan post-mortem menyatakan keadaan ini sangat dramatis dan tidak seperti yang pernah dilihat sebelum ini.

Gejala yang dialami oleh Emily adalah gelaja 'penahanan tinja' yang umumnya dihidapi oleh kanak-kanak. Emily yang mengidapi autisme ringan dikatakan telah dipujuk ibunya untuk menjalankan pemeriksaan di hospital. Sewaktu mayat Emily dipindahkan, Taylor, seorang paramedik terkejut melihat keadaan perut Emily yang memanjang selain tulang rusuk terkeluar dari tulang kemaluannya. Keluarga tersebut telah berusaha sedaya uapda untuk mengatasi masalah yang dihadapi Emily namun Emily tetap berdegil sehingga meragut nyawanya sendiri.
Read more ...

Thursday, August 06, 2015

19 sengsara dalam badan

am@hmetro.com.my
Georgetown: Mengambil hampir 20 biji ubat sehari termasuk pil penahan sakit selain hanya berehat atas katil dalam keadaan mengiring.

Itu nasib terpaksa dilalui seorang wanita berusia 36 tahun dari Kuala Ketil, Kedah selepas disahkan menghidap 19 jenis penyakit.

Malah, Noridah Mohd Hushim kini terlantar di Hospital Pulau Pinang (HPP) sejak 28 Julai lalu akibat kebas tangan, tulang belakang dan sakit masalah pinggang menyebabkannya tidak boleh bergerak.

Berdasarkan rekod perubatan dikeluarkan Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH), Sungai Petani pada 30 Oktober 2014, wanita berkenaan dirawat kerana menghidap sawan, keradangan tubuh (SLE), asma, alahan ubat, ketumbuhan pada punci kencing, prolactinoma iaitu penyakit sistem endokrin, sakit tulang belakang, pening serta masalah pendengaran.

Selain itu, dia disahkan menghidap penyakit abses yang berulang pada bahagian ketiak, penyakit rahim apabila pernah menjalani beberapa pembedahan termasuk membuang separuh rahim dan memasukkan tiub pada rahim. Penyakit lain dideritai wanita itu ialah sakit usus, bisul yang banyak pada paha, buasir serta masalah jantung.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya
Read more ...

Wednesday, August 05, 2015

E-Rokok di Malaysia, fakta yang perlu anda tahu

ROKOK elektronik atau yang lebih dikenal dengan sebutan e-Cigarette adalah rokok jenis baru yang diharapkan dapat meminimumkan pengaruh-pengaruh buruk dari rokok-rokok konvensional.

Kebanyakkannya rokok elektronik ini hanya mengandung nikotin dan propylene glycol saja dengan perisa pelbagai.

Berikut adalah fakta ringkas mengenai e-Cigarette atau juga lebih dikenali sebagai e-Rokok.

Rokok Elektronik
Read more ...

'Tolonglah Jangan Jual Vape Pada Budak Sekolah!' - Guru


Nampaknya, penggunaan rokok elektronik sudah menjadi semakin kronik apabila ada pelajar sekolah yang berani membawa vapor ke sekolah.

Berikutan itu, seorang guru meluahkan rasa kesal dan bimbangnya di laman Facebook mengenai perkara itu.

KEPADA PENIAGA, PEMBEKAL & PENJUAL VAPOR YANG BUDIMAN,
Saya merayu agar benda alah ini tidak dijual kepada budak-budak adan remaja sekolah. Ini kerana kesannya sangat besar.

Harga benda ini mencecah RM200 dan perisanya pula dijual dengan harga di antara RM15 - RM30.
Kami (guru) terpaksa berhadapan dengan kes membawa dan menghisap vape di sekolah. Kadang-kadang ia melibatkan jumlah yang ramai sebab boleh dikongsi.

Cecair perisanya pula mengandungi minimum 6mg nikotin yang lebih tinggi daripada rokok biasa. Budak-budak bukan tahu kesannya, mereka lebih seronok melihat asap berkepul-kepul tetapi tidak fikir tentang ketagihan yang bakal mereka alami.

Letaklah perisa sirap bandung, kopi o, teh o beng atau sarsi se kali pun,ianya tetap salah jika melibatkan murid bawah umur.

Menurut pelajar yang memilik vape (gambar) ini, dia menggunakan duit raya yang diterima sebanyak RM250 untuk membeli vaper.

Ibu bapa dimoho pantau aktiviti anak-anak. - CIKGU ZAHRAN
Read more ...

Wednesday, July 15, 2015

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *