Recent Post

Saturday, November 07, 2015

289 mangsa banjir, tanah runtuh di Perak masih di pusat pemindahan

Sebanyak 289 orang daripada 89 keluarga mangsa banjir dan tanah runtuh dari tiga buah kampung dan sebuah taman perumahan di Perak masih ditempatkan di empat buah pusat pemindahan banjir.
Read more ...

Kerana Isu Peribadi Sehingga Menutup Periuk Nasi Orang, Memang Saya Hilang Hormat รข€“ Kamal Adli

Berita mengenai nama Kamal Adli yang digugurkan daripada berlakon filem Abang Long Fadil 2 cukup memeranjatkan beliau serta peminatnya. Ramai merasakan keputusan itu tidak adil selepas mendengar khabar angin ia berkaitan dengan masalah peribadi Zizan Razak dan Kamal apabila aktor itu mula rapat dengan Emma Maembong.

Sehingga kini Kamal masih lagi merasa kecewa dengan apa yang berlaku kerana ia menutup periuk nasi beliau.

Terkejut memanglah terkejut nama saya disingkirkan. Dari awal lagi, apa terjadi saya bersikap professional. Ini sudah kira berkait isu peribadi. Entahlah…ini periuk nasi saya…kerja saya. Apabila nama saya disingkirkan, ia kira sudah tutup periuk nasi saya. Permainan macam ini tak sedaplah.

Saya tak kacau periuk nasi orang. Saya dapat tahu pengarahnya, Syafik sudah buat skrip dan kena rombak balik dengan penyingkiran saya.

Mengakui tidak mempunyai masalah untuk berlakon dengan Zizan selepas ini, Kamal mampu untuk bersikap profesional dan tidak melibatkan sebarang isu peribadi ketika bekerja dan hilang hormat kepada mereka yang tidak boleh melakukan perkara tersebut.

Saya tak ada masalah. Saya boleh jadi diri sendiri untuk kepentingan bersama. Tapi kalau sudah letak isu peribadi mengatasi segala-galanya, hingga menutup periuk nasi…saya memang hilang hormat. Jika orang luar yang tak tahu menahu menuduh saya sebagai punca perpisahan dia dan Emma, itu tak wajar kerana kalian tak tahu perkara sebenar.

Tak apa lah Kamal mungkin bukan rezeki anda, siapa tahu ada baiknya juga bukan? Mana tahu lepas ini ada lagi rezeki yang lebih besar buat anda.

Sumber Berita: BH PLUS

Related Category : Malay 21 Comments Tinggalkan komen anda di sini TAGS: , , , , , , PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.
Read more ...

TAHNIAH - IMAM MUDA ASYRAF TIMANG ANAK KEDUA

Nur Husna Yusof isteri kepada Imam Muda Asyraf Ridzuan telah selamat melahirkan anak kedua mereka pada petang semalam.

Berita gembira itu telah dikongsikan sendiri oleh Asyraf menerusi akaun Instagram dengan memuat naik gambar anak keduanya.

Klik gambar untuk size besar

Menerusi kapsyen yang ditulis, Asyraf juga menyampaikan rasa syukur ke hadrat ilahi kerana dikurniakan seorang lagi ahli baru dalam keluarganya.

"Alhamdulillah. Dengan keberkahan hari Jumaat, 6 Nov 2015, Tepat jam 3.04pm minit lahirlah Daie, Mujahid, Murabbi Umat, Mukhlisin, Muttaqin, Musleh, Mujaddid dari Bebanan rahmat dan limpahan kasih seorang ibu bernama Nur Husna Yusof serta ayahnya IM Asyraf Ridzuan.

"Dengan beratnya 2.65kg. Semoga amanah Allah ini dapat kami kedua ibu ayah pikul dgn baik. Doakan juga anak yg baru lahir ini menjadi anak yg soleh dan menjadi penyejuk mata umat serta bakal penyambung kerja Nabi SAW. Ameen Ya Rabal Alamin," tulisnya.

Dalam pada itu, ucapan tahniah tidak putus-putus diberikan kepada Asyraf oleh pengikut IGnya yang mendoakan kesejahteraan keluarga bahagia tersebut.

Terdahulu Asyraf dan isterinya mendirikan rumah tangga pada 14 Februari 2010. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan seorang anak lelaki yang diberi nama Aisy Raihan.

         ________________________

FACEBOOK - SANTAI - PAPARAZZI - NOSTALGIA - GALERI - YOUTUBE - ROMANTIKA - SEJARAH MYARTIS - INSTAGRAM - TWITTER

TwitterFacebookGoogle PlusRSS FeedEmail

Read more ...

Instagram Aeril Zafrel Kena Godam

Pelakon Aeril Zafrel berasa terkilan apabila ada pihak tidak bertanggungjawab menggodam akaun Instagram miliknya.

Aeril atau nama sebenarnya, Suhairil Suhari, 27, berkata, dia telah membuat laporan kepada pihak Instagram dan sedang menunggu maklum balas daripada laman sosial itu.

"Saya mula menyedari Instagram saya digodam apabila tidak boleh memuat naik gambar. Tak sangka akaun saya itu rupa-rupanya digodam.

"Saya terus membuat laporan kepada pihak Instagram mengenai perkara itu dan menunggu maklum balas daripada pihak mereka," katanya yang dihubungi mStar Online pada Jumaat.

Pada malam Khamis lalu, isteri Aeril iaitu aktres Wawa Zainal memuat naik paparan skrin akaun Aeril dengab kapsyen menyatakan bahawa ia sudah digodam. Malah nama akaunnya itu juga kerap diubah-ubah.

Sehingga kini Aeril mempunyai lebih 600,000 pengikut Instagram.

Sementara itu, Aeril enggan begitu mengharap untuk mendapatkan akaun Instagram itu semula dan menyifatkan mungkin perkara itu ada hikmah disebaliknya.

"Ikutkan hati memang nak balik akaun saya itu, tetapi saya reda. Mungkin ada sebabnya mengapa perkara ini terjadi pada saya.

"Mujurlah saya tak membuat IG Review seperti yang sedang dilakukan isteri. Kalau tak, saya pasti akan berasa serba salah" ujarnya.

Bagaimanapun kata Aeril, buat masa ini dia akan menggunakan akaun Instagram milik rakannya iaitu @arkib_aerilzafrel untuk berkongsi perkembangan kerjaya bersama peminat.

Dalam perkembangan lain, Aeril bakal muncul memerusi telefilem Akulah Balqis yang akan disiarkan pada 18 November ini di TV3.

Aktor itu juga akan memulakan penggambaran drama Dia Imamku untuk siaran TV3 dalam masa terdekat ini.

Sumber: Mstar Online

Komen via Facebook

Komen

— 91 Bacaan
Read more ...

'Encik Menteri, Cubalah Jadi Seperti Rakyat Biasa Selama Seminggu'

When I was driving to work, I used to wake up by 5.45 am. I left home by 6.30 am to beat the morning rush. I used to spend RM80 for petrol and RM35 for toll per week. Not inclusive of parking fees. When the petrol subsidies was taken away, I was told to change my lifestyle and I did just that. Now, my morning routine starts at 4.40 am. Took the first train to KL Sentral by 5.47 am. Arrived at KL Sentral an hour later. Took the LRT to Bangsar. Switched to the T634 RapidKL Bus to Jalan Dungun and arrived at my office by 7.40 am, latest. Basically, it took me almost 2 hours to cover 35 kilometers. 4 hours back and forth. However, this post is not to rant on that. It still beats driving through the morning jam. Plus, I can read. I can sleep. I can game. I can troll. But, Mr Minister, don't talk as if we're not coping enough with the recent price hikes on tolls and public transportation fees. Get off your pedestal and live in our shoes for a week. Then, you have the choice of either making an educated opinion or continue as you are.

Read more ...

(6 Gambar) Selepas Gadis McD, Gadis Kafetaria Pula Jadi Sensasi di China

Sekiranya sebelum ini gadis pekerja McDonald mendapat perhatian warga netizen terutamanya di China, kini timbul pula seorang lagi gadis yang menjadi sensasi di negara tersebut.

Gadis tersebut, seorang pelajar dan juga pekerja di University Yangzhou telah menjadi perhatian ramai di laman web Weibo (Facebook versi China) dan mendapat jolokan "Gadis Cantik Kafetaria".

Gadis tersebut yang dikenali sebagai Li baru bekerja di kafetaria di universiti tersebut pada minggu lepas dan datang setiap kali makan tengahhari dan makan malam. Sejak dia mula bekerja di kafetaria terbabit, perniagaan kafetaria itu menjadi semakin laris disebabkan ramai pelajar lelaki sanggup beratur di kafetaria itu untuk melihat Li.

"Ia cuma satu kerja sambilan, saya tak sangka akan jadi terkenal di Weibo

"Apabila satu mula mendapat tahu tentang perkara itu, saya sangat terkejut

Dengan merendah diri walaupun sudah popular, Li berkata "Saya sangat berharap saya dapat lakukan kerja dengan bagus . Saya tak mahu dianggap sebagai 'pengganggu'", kata Li.

Seorang pelajar baru universiti terbabit menggambarkan Li sebagai seorang yang bukan sahaja cantik luaran tapi juga cantik dalaman.

"Gadis kantin itu cantik, tapi hatinya lebih cantik. Tarikan yang dimiliknya bukan sahaja pada paras rupa, malah pada personalitinya yang peramah, bersungguh-sungguh dan kuat bekerja." - Siakapkeli.my

Read more ...

Malaysiakini diserbu ekoran aduan Pejabat Peguam Negara

Serbuan dilakukan polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) ke atas pejabat Malaysiakini petang tadi dibuat ekoran aduan difailkan Pejabat Peguam Negara.

Aduan sama juga membawa kepada tindakan sama oleh polis dan SKMM ke Ibu Pejabat The Star di Petaling Jaya kira-kira jam 6 petang, kata Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Zainuddin Ahmad.

Menurut maklumat Pejabat Peguam Negara berpendapat artikel diterbitkan Malaysiakini, "Sudden transfer for MACC prosecutor" dan The Star Online bertajuk "MACC prosecutor 'shocked' over sudden transfer" pada 2 November lalu "berunsur fitnah".

Pejabat Peguam Negara kemudian membuat laporan polis mengenainya apabila ia dilihat "secara niat jahat dan telah merosakan nama baik Jabatan Peguam Negara".

"Siasatan dijalankan ke atas artikel dikeluarkan mereka (portal yang berkenaan) dan peralatan yang digunakan seterusnya mengenal pasti pengarang terbabit untuk dirakam (kenyataan) mengikut Seksyen 112 Kanun Acara Jenayah," katanya.

Satu unit komputer juga dirampas.

Menteri sahkan perpindahan

Laporan polis mengenainya dibuat pada 3 November dan kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 500 Kanun Acara Jenayah membabitkan tindakan jenayah fitnah.

Serbuan itu dibuat walaupun Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Nancy Shukri (gambar) semalam mengesahkan seorang timbalan pendakwa raya yang bertugas di Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dipindahkan secara dalaman.

Bagaimanapun Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali mendakwa pegawai terbabit, Ahmad Shazalee Abdul Khairi tidak dipindahkan keluar dari SPRM.

Laporan Malaysiakini memang tidak menyebut Ahmad Shazalee dipindahkan keluar dari SPRM.

Pegawai perundangan itu adalah kakitangan Pejabat Peguam Negara tetapi ditugaskan di SPRM.

Sementara itu Ketua Pemantauan dan Penguatkuasaan SKMM, Zulkarnain Mohd Yasin berkata pihaknya tidak akan mendedahkan sebarang butiran mengenai serbuan petang tadi untuk masa ini.

"Pengerusi SKMM, Datuk Seri Dr Halim Shafie akan mengeluarkan kenyataan esok," katanya dipetik The Rakyat Post.

Kira-kira 10 anggota polis dan SKMM terbabit dalam serbuan di pejabat Malaysiakini dan keluar kira-kira jam 8 malam selepas merakam kenyataan daripada Ketua Pengarang Kumpulan Malaysiakini, Steven Gan.

Polis dan SKMM dijangka akan berkunjung sekali lagi ke pejabat Malaysiakini pada Isnin ini untuk mengambil keterangan daripada dua wartawannya.

[Baca berita asal]

Read more ...

'Maaf, Saya Bukan Doktor Pakar Sakit Puan' - Dr Shazril

Susulan kes wanita mengedik dengan Dr Shazril yang diundang ke Hot FM beberapa hari yang lain, kini beliau sendiri tampil memberikan penjelasan.  "Pertama kalinya, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih nasihat dan teguran yang diberikan oleh anda di laman sosial media baru-baru ini. "Memang saya tidak sangka perjumpaan di Hot FM Isnin lalu akan mencetuskan pelbagai kontroversi dari pelbagai pihak. Walaupun ada komen-komen yang rata-ratanya berbaur kurang enak untuk didengar, buang yang keruh dan ambil yang jernih. Komen itu boleh dijadikan sebagai pengajaran utuk saya memperbaiki diri saya sebagai doktor dan individu.  "Kesimpulannya, saya hanyalah manusia biasa yang tidak terlepas dari melakukan kesilapan dan saya memohon maaf sekiranya saya ada menyinggungkan mana-mana pihak.  "And to clear off d air, saya bukanlah seorang doktor pakar sakit puan, saya hanyalah seorang pegawai perubatan siswazah (houseman) yang kini di unit kecemasan," jelasnya dengan tenang.  Penjelasan Doktor Shazril itu menerima respon yang baik dari followersnya yang rata-rata memberi nasihat agar usah mengambil peduli kata-kata golongan netizen yang hanya tahu mencari kesilapan orang lain. - THEHYPEMEDIA.COM

Read more ...

Wartawan BH, NST menang anugerah kewartawanan DBKK

KOTA KINABALU: Wartawan BH, Thaddius Unnip @ Mohd Izham Unnip Abdullah menggondol tempat pertama Anugerah Terbaik Bahasa Malaysia bagi kategori penulisan berita, Anugerah Kewartawanan Mayor, Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) di sini, malam tadi.
Read more ...

ZAMIHAN Mengkafirkan TGNA ra

Onekuliah ZAMIHAN Mengkafirkan TGNA ra Zamihan dijadikan rujukan dalam 'extremism' agama di Malaysia.... Cuba tonton pada video ini, bagaimana dia mengkufurkan kenyataan TG Nik Abdul Aziz Nik Mat rahimahullah... Rasa-rasa, macam mana dia ni boleh dirujuk hal ehwal keganasan sedangkan dia sendiri sangat GANAS!
Read more ...

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *