Recent Post

Wednesday, August 03, 2016

Indah Ruhaila Nafi Putus Tunang : Rancang Kahwin Mac 2017

Baru-baru ini penyanyi Indah Ruhaila dihimpit gosip bahawa beliau sudah pun memutuskan ikatan pertunangan dengan seorang jejaka yang dikenali sebagai R.

Walaubagaimanapun, Indah menerusi portal mStar Online menafikan perkara berkenaan dan mengesahkan beliau bakal berkahwin dengan lelaki berkenaan yang merupakan seorang pengurus akaun pada Mac 2017.

Lega apabila sudah ada tarikh untuk berkahwin selepas tiga tahun kami bertunang, secara tidak langsung saya buktikan hubungan pertunangan kami berakhir seperti dirancang biarpun mengambil tempoh yang panjang.

Saya tahu ramai yang menjangkakan hubungan kami akan berakhir dengan perpisahan kerana terlalu lama bertunang, tapi jodoh kami kuat. Insya-allah akan majlis akan berlangsung pada Mac depan waktu cuti sekolah, tapi belum ada tarikh yang tepat.

Sebelum ini, Indah sebenarnya  merencana untuk melangsungkan perkahwinan dengan lelaki berkenaan yang sudah tiga tahun menjalinkan percintaan dengannya itu pada akhir tahun ini.

Namun, dek kerana beberapa kekangan mereka membuat keputusan untuk mendirikan rumah tangga pada tahun hadapan.

Sudah tentu keluarga kami paling gembira, saya akui keluarga belah lelaki bimbang dan ada hubungi saya bertanya bagaimana arah hubungan kami.

Pada awalnya kami ingin melangsungkan perkahwinan pada akhir tahun ini tapi masa sudah suntuk untuk buat persiapan.

Sementara itu, Indah turut mengakui ada beberapa pihak sudah menghubungi beliau untuk menaja majlis perkahwinannya nanti tetapi beliau masih mempertimbangkan tawaran yang sesuai supaya tidak menjejaskan hari bahagia beliau dan R.

Mereka kalau boleh mahu menggunakan duit sendiri kerana hanya menginginkan sebuah majlis yang sederhana dan santai.

Tahniah kami ucapkan kepada Indah Ruhaila dan pasangan. Biasalah, dugaan bertunang pasti akan ada macam-macam cerita yang keluar. Kami harap segala persiapan mereka untuk berkahwin berjalan dengan lancar.

Sumber Berita : mStar Online

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.
Read more ...

Skandal tanah Paya Indah Wetland cetus kontroversi... - AgendaDaily

Terakhir dikemaskini: 03 Ogos 2016

Nampaknya ada semacam usaha untuk 'cover up' apa yang disifatkan skandal terbesar kerajaan Selangor dibawah pentadbiran Menteri Besar Datuk Seri Azmin Ali.

Ini selepas seminggu pendedahan demi pendedahan dibuat oleh orang PKR sendiri iaitu bekas Ketua PKR Rembau Badrul Hisham Shaharin mengenai status tanah seluas 619 hektar yang didakwa dalam kawasan Paya Indah Wetland ditukar dari hutan simpan menjadi tanah untuk pembangunan.

Selepas lama berdiam Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelancongan, Hal Ehwal Pengguna dan Alam Sekitar negeri, Elizabeth Wong mengakui Kerajaan PKR Selangor telah membangunkan kawasan tanah Lot 6850 seluas 619 hektar di Mukim Tanjong Dua Belas.

Bagaimanapun, jawapan tersebut mencetuskan kontroversi baru mengenai status sebenar tanah yang diisytiharkan sebagai hutan warisan dunia itu.

Elizabeth Wong menjelaskan Lot 6850 seluas 619 hektar di Mukim Tanjong Dua Belas itu bukan di bawah kawasan Paya Indah Wetland yang diwartakan Jabatan Perhilitan sebagai Rizab Tanah Paya di bawah Kanun Tanah Negara.

Menurutnya, kawasan tanah lot itu sebenarnya milik persendirian dan telah dibangunkan mengikut proses yang betul termasuk pendengaran awam.

"Kawasan Paya Indah Wetland yang diwartakan sebagai Rizab Tanah Paya ialah lot 4827 dan 3974 seluas 450.76 hektar.

"Tiada permohonan untuk menukar kegunaan tanah di kawasan itu dan tiada berbangkit isu pengezonan Paya Indah Wetland untuk tujuan pembangunan," katanya dalam sidang akhbar di luar Dewan Undangan Negeri Selangor Selasa.

Walau bagaimanapun Badrul Hisham yang juga Ketua Penyelaras Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) menyifatkan jawapan Elizabeh Wong itu cuba 'menutup penipuan' di sebalik dakwaan tindakan kerajaan negeri menukar status tanah Paya Indah Wetland itu.

Katanya, penjelasan Elizabeth itu didapati mengandungi pelbagai keraguan terutama apabila ADUN Bukit Lanjan itu menyatakan tiada sebarang permohonan dibuat untuk menukar kegunaan tanah di Lot 4827 dan Lot 3974 di kawasan Paya Indah Wetland.

"Elizabeth tidak perlu menunjukkan sifat tidak cerdik beliau hanya untuk 'cover bos' (tutup kelemahan) kerana soalan lain ditanya, lain dijawab. Sejak kenyataan media saya yang pertama dalam isu ini bertarikh 26 Julai 2016, saya menyebut dengan jelas Lot 68054.

"Malah tajuk kenyataan media saya sendiri (sebelum ini) tertera dengan jelas 'Pertukaran status tanah lot 68054, 619 hektar Mukim Tanjong 12 Kuala Langat jejas kawasan hutan warisan dunia," dakwanya.

Dalam masa sama, Badrul Hisham turut mendakwa, isu penukaran status tanah di Lot 68054 itu dilihat bercanggah dengan keputusan kerajaan negeri semasa pentadbiran Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim pada 2014 yang memutuskan menolak permohonan penukaran status tanah berkenaan kerana ia terletak dalam kawasan Paya Indah Wetland.

Malah, keputusan itu katanya terkandung dalam minit mesyuarat kerajaan negeri sebelum ini.

Badrul Hisham mendakwa berdasarkan catatan carian persendirian daripada Pejabat Tanah dan Daerah yang dibuat pihaknya pada awal April lalu mendapati, tanah terbabit telah ditukarkan statusnya.

Beliau percaya Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) di bawah pentadbiran Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali telah meluluskan penukaran tersebut pada 2015 manakala penukaran geran tanah terbabit dibuat pada April lalu.

"Malah, menurut dokumen yang bocor dari pejabat Exco kerajaan negeri sendiri menyatakan perlengkungan semula (re-zone) telah dibuat walaupun tidak mendapat sokongan semua jabatan. Direkodkan antara jabatan yang membantah perlengkungan semula itu ialah Jabatan Alam Sekitar.

"Paling menarik, proses perlengkungan semula itu melibatkan kawasan Paya Indah Wetland dan Hutan Simpan Kuala Langat Utara dan dijadikan kawasan pembangunan.

"Hari ini, kemungkinan kerajaan negeri tidak sangka kami mampu memiliki dokumen bagi membuktikan pendakwaan awal kami dan membuktikan penafian palsu mereka sebagai tipu," ujarnya.-3/8/2016

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Read more ...

Lelaki Dianggap Lagenda Selepas Hidup Dalam Gua Selama 40 Tahun, Cari Makan Dengan Memburu

Argentina - Di zaman serba canggih ini, mungkin janggal jika kita mendengar seseorang itu hidup di dalam gua.

Tetapi bagi Pedro Luca, itulah impiannya sejak kecil; hidup di tempat yang tersorok di dalam hutan.

Lelaki berusia 79 tahun itu berjaya hidup selama 40 tahun tanpa elektrik dan bekalan air bersih dalam sebuah gua di sebuah gunung di utara wilayah Tucuman.

Apabila lapar, dia akan mengambil senapangnya dan pergi memburu menerusi satu trek yang menuju ke arah bawah bukit itu. Apabila dahaga pula, dia akan meminum air yang diambilnya dari satu anak sungai.

"Ianya air yang paling suci dan bersih di sini", kata Pedro.

Pedro tinggal bersama dengan rakan seguanya iaitu 11 ekor ayam dan dua ekor kambing yang akan tidur datang ke gua itu di tengah malam bagi berlindung dari harimau dan pemangsa lain. Bunyi bising dari ayam-ayam itu akan mengejutkan Pedro pada sekitar 3 pagi setiap hari dimana dia akan memulakan harinya dengan membuat api.

"Api adalah magis", kata Pedro.

Pedro menjadi lagenda di San Pedro de Colalao dimana penduduk bandar itu selalu memberi stok makanan kepadanya. Pedro biasanya akan turun ke bandar itu untuk membeli lilin, yeast dan jagung dengan menggunakan wang pencenya yang berjumlah $100-$200, yang biasanya diambil dari pejabat pos di bandar berkenaan.

Lain dari kehidupan pada abad ke 21 yang dipenuhi dengan gajet mudah alih, satu-satunya 'alat berteknologi' yang menemani Pedro adalah sebuah radio kecil berkuasakan bateri. Biarpun begitu, Pedro mengalami kesukaran untuk mendapatkan channel berikutan signal yang lemah di gua itu.

Pedro berkata, impiannya untuk hidup bersendirian di dalam hutan bermula sejak kecil lagi. Dia dibesarkan oleh datuknya di San Pedro de Colalao. Dia kemudian mengembara ke selatan utara Argentina pada usia 14 tahun dan bekerja sebagai penghantar batu arang.

Kisah Pedro tersebar dengan pantas dalam kalangan masyarakat setempat dan pelancong sehinggakan gua Pedro turut menjadi tempat tarikan pelancong dan kanak-kanak sekolah.

"Saya tidak pernah tanya diri saya mengapa saya memilih untuk tinggal di sini "Ada sebuah lagi gua berdekatan tapi saya lebih sukakan gua ini. "Kadang-kadang, saya mahu menggembara ke serata dunia, melihat Europe. Tapi terdapat banyak laut di tengah-tengah dan ia men gambil masa untuk merentasinya", kata Pedro.

Sumber : Dailymail

Read more ...

Puad: Pastikan fakta betul sebelum buat laporan polis

Laporan polis janganlah dibuat berasaskan kepada andaian, kata Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Mohd Puad Zarkashi.

Puad berkata demikian sebagai respons kepada kenyataan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar yang berkata polis tidak akan menyiasat Naib Ketua Pemuda Umno Khairul Azwan Harun, yang membuat laporan polis mengenai dakwaan konspirasi untuk menjatuhkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Ketua Polis Negara menjelaskan bahawa ia kerana laporan itu berdasarkan kepada "andaian".

"Kalau kita buat laporan polis, janganlah berasaskan kepada andaian," kata Puad kepada pemberita selepas majlis Hari Raya yang diadakan di Putra World Pusat dagangan (PWTC) malam tadi.

"Pastikan kita ada fakta yang betul supaya tidak ada pihak yang teraniaya dan takkan menjejaskan nama baik pihak lain sama ada Umno dan sebagainya," tambahnya.

Khalid berkata semalam bahawa laporan oleh Khairul Azwan tidak mewajarkan siasatan lanjut dan naib ketua Pemuda Umno itu tidak akan disiasat kerana membuat laporan palsu.

Dalam laporannya minggu lepas, Khairul Azwan menamakan bekas Gabenor Bank Negara Tan Sri Zeti Akthar Aziz, bekas ketua pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Abu Kassim Mohamed dan bekas Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail terlibat dalam konspirasi untuk menjatuhkan perdana menteri.

Khairul Azwan mendakwa ketiga-tiga mereka disyaki memberikan maklumat sulit kepada agensi-agensi asing, termasuk Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI), tanpa kebenaran.

Puad yang juga ketua pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) berkata terpulang kepada pihak polis apa yang mereka mahu lakukan mengenai laporan yang telah dibuat berdasarkan andaian.

"Dan kedua, terpulang kepada tiga Tan Sri untuk mengambil tindakan.

"Kalau mereka rasa tidak berpuas hati, (rasa) teraniaya, mereka boleh buat laporan polis semula atau boleh saman (Khairul Azwan)," kata Puad.

[Baca berita penuh]

Read more ...

Dunia Islam mesti tolak campur tangan asing - PM

JAKARTA: Datuk Seri Najib Razak berkata Dunia Islam mesti menolak campur tangan asing kerana sudah jelas terlihat kemudaratan besar yang terjadi di pelbagai negara disebabkan tindakan mereka.
Read more ...

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *