Recent Post

Tuesday, June 28, 2016

Ida Nerita Dedah Pernah Diperli Ketika “Take Away” Makanan Kerana Tidak Boleh Berpuasa

Beberapa hari lepas, kecoh dengan isu dimana seorang wanita yang dikenali sebagai Marym Lee yang ingin memperjuangkan hak wanita "uzur" untuk makan ditempat awam.

Mrym Lee menerusi akaun Facebook mendakwa kononya emosi dan hak perutnya yang sedang kelaparan telah diganggu dengan teguran dan persepsi masyarakat berikutan kelakuannya yang makan secara terbuka di hadapan khalayak pada bulan Ramadhan.

Ini sekaligus mencetuskan kemarah rakyat Malaysia yang merasakan ia satu perkara yang mengarut dan bertentangan dengaan ajaran Islam. Malah, ia tidak manis untuk makan di khalayak ramai meskipun tidak boleh berpuasa. Ramai juga berpendapat ia akan mejatuhkan lagi imej wanita Islam.

Isu Marym Lee ini juga mendapat perhatian pelakon Ida Nerina dimana beliau akui tidak kisah jika ada individu lain makan dihadapan beliau tetapi ia tidak bermakna beliau menyokong perbuatan tersebut. Buat Ida ia dalah satu perkara yang memalukan.

Pada masa yang sama, Ida sempat berkongsi bahawa beliau pernah dihina dan diperli oleh  pekerja restoran makanan segera sebelum ini kerana membungkus makanan kerana tidak boleh berpuasa. Ida tidak makan di hadapan khalayak pun sudah disindir apatah lagi bagi mereka yang makan secara terang-terangan di hadapan umum?

Ida turut menasihati Marym Lee untuk memperjuangkan benda lain yang lebih bermanfaat.

Hmmmph, kadang-kadang orang kita ni suka sangat memperjuangkan sesuatu yang sudah tentu tidak masuk akal. Mahu menegakkan sesuatu yang tidak mempunyai faedahnya.

Tiada siapa larang Marym Lee untuk makan jika tidak berpuasa, tetapi hormatilah mereka disekeliling anda. Jangan jatuhkan maruah wanita Islam.

Apa pula pendapat anda tentang isu ini?

Sumber Berita : Malaysian Digest

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.
Read more ...

1.6 juta kenderaan di Lebuh Raya PLUS sempena cuti Aidilfitri - Kosmo!

1.6 juta kenderaan di Lebuh Raya PLUS sempena cuti Aidilfitri

27/06/2016 11:20pm

KUALA LUMPUR - Sebanyak 1.6 juta kenderaan dijangka menggunakan Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) setiap hari khusus pada waktu puncak sempena cuti sambutan Aidilfitri, bermula 1 hingga 10 Julai ini.

Justeru, pengguna disaran merancang perjalanan mereka berdasarkan jadual Cadangan Waktu Perjalanan (TTA) yang dikeluarkan oleh pengendali lebuh raya itu bagi mengelak kesesakan.

Pengarah Urusan PLUS Malaysia Berhad (PLUS), Datuk Noorizah Abd Hamid berkata, TTA tersebut membantu pengguna menikmati perjalanan selesa dan lancar untuk pulang ke kampung dan kembali semula ke ibu kota.

Beliau berkata TTA itu dirangka bagi mengelak jumlah besar bilangan kenderaan daripada memasuki lebuh raya secara serentak dan menyumbang kepada kesesakan di laluan-laluan utama, plaza tol dan kawasan rehat.

Pengguna dinasihatkan mematuhi jadual TTA bagi mengelak punca kesesakan teruk seperti berlaku pada tahun-tahun lepas, katanya pada sidang media, di sini hari ini.

Orang ramai yang ingin mendapatkan maklumat trafik terkini, boleh menghubungi talian bebas tol PLUSLine 1800 88 0000, laman Twitter PLUSTrafik, atau memuat turun aplikasi 'PLUS Mobile'. - Bernama

Read more ...

Nenek Terselamat Selepas Playar Jatuh Dari Tingkat 31 dan Tertusuk Masuk Dalam Kepalanya

China, 27 Jun - Seorang wanita di barat selatan China terselamat apabila playar terjatuh dari bangunan tinggi dan menusuk masuk ke dalam tengkorak kepalanya, lapor akhbar tempatan.

Mangsa, Wang Youfang, 58, sedang membawa cucunya keluar dari pagar apartmentnya di Leshan di wilayah Sichuan ketika kejadian yang berlaku pada Jumaat lepas.

Laporan dari Chengdu Business Daily berkata playar itu jatuh dari tingkat 31 bangunan.

Pembedahan untuk mengeluarkan playar yang tertusuk sedalam 15 cm ke dalam kepala mangsa itu mengambil masa tiga jam untuk dikeluarkan.

Polis sedang menyiasat kes itu dan seorang suspek telah pun ditahan. Laporan menyebut bahawa satu kerja mengubah suai bangunan menjadi penyebab insiden tersebut.

Menurut kemaskini terbaru insiden tersebut, wanita itu masih belum sedarkan diri dan doktor berkata mangsa berada dalam keadaan yang berisiko tinggi untuk terkena jangkitan dalam tempoh masa dua minggu ini, disebabkan playar itu kotor dan lukanya terlalu dalam untuk dibersihkan. - Siakapkeli.my

Sumber : South China Morning Post

Read more ...

Hati-hati pada 'ubat kaki lima'

Meskipun mengetahui terdapat ubat yang dijual di kedai-kedai atau menerusi Internet tidak berdaftar dan diluluskan oleh Kementerian Kesihatan, namun masih ada yang mahu membelinya.

Pakar Psikologi Klinikal Fakulti Sains Kesihatan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Dr Noh Amit berkata perkara itu berlaku kerana psikologi sesetengah individu menganggap semua ubat yang dijual di pasaran terbuka bersifat penyembuh, selamat dan berkesan.

"Anggapan itu tercetus berikutan mereka masih kurang faham tentang kepentingan penggunaan ubat-ubatan yang perlu disahkan selamat oleh Kementerian Kesihatan," katanya kepada Bernama.

Beliau berkata atas kurang kefahaman dan tidak mempunyai maklumat mengenai bahaya serta kesan sampingan ubat itu, menyebabkan terdapat segelintir orang menjadi pelanggan kepada ubat yang tidak mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan.

"Didorong dengan sikap masih belum bersedia untuk membincangkan masalah kesihatan secara terbuka kepada pengamal perubatan menyebabkan mereka ini sanggup membeli ubat yang berkemungkinan boleh memudaratkan kesihatan," katanya.

Dr Noh berkata selain itu, faktor ketagihan individu terhadap sesetengah ubat tidak berdaftar juga antara penyebab pengambilan berterusan ubat yang dijual di kedai-kedai dan melalui Internet.

"Apabila ubat ini mudah didapati di pasaran Malaysia dan dijual secara terbuka termasuk di kaki lima, di kedai runcit, premis kecantikan dan pasar, dengan harga mampu milik malahan tanpa memerlukan preskripsi pengamal perubatan berdaftar, ia akan terus dibeli oleh pengguna," katanya. 

Bagi menangani masalah sedemikian, Dr Noh berkata orang ramai perlu mendidik diri untuk menjadi pengguna bijak dengan mendapatkan maklumat ubat-ubatan yang dibeli serta berjumpa doktor untuk mendapatkan rawatan, khidmat nasihat kesihatan dan merujuk mengenai preskripsi ubat yang perlu diambil.

"Orang ramai jangan terlalu cepat percaya dengan testimoni keterlaluan tanpa mengenal pasti produk itu terlebih dahulu.

"Sebagai pembeli, mereka perlulah membeli ubat berdaftar di farmasi yang diiktiraf oleh Kementerian Kesihatan dan mereka boleh menyemak ubat yang mereka ambil untuk pengesahan dengan Bahagian Farmasi," katanya.

Dr Noh mencadangkan supaya Kementerian Kesihatan lebih agresif dan berterusan mendidik pengguna mengenai ubat-ubatan ini, selain mempertingkat penguatkuasaan terhadap pengimportan, pengeluaran dan penjual ubat-ubatan yang tidak berdaftar.

"Serbuan dan tindakan perundangan yang tegas terhadap premis dan individu yang menjual ubat terlarang dan tidak berdaftar perlu dilakukan sehingga ke peringkat akar umbi," katanya.

Sementara itu, Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata penguatkuasaan yang jitu dengan penglibatan pihak berkepentingan, sokongan kuat kerajaan dan semua golongan masyarakat diperlukan dalam menjayakan usaha membanteras ubat-ubatan beracun di pasaran.

"Di pihak kami tindakan penguatkuasaan sentiasa dijalankan dan akan dipertingkatkan lagi.

"Tindakan undang-undang akan diambil ke atas mana-mana kedai yang didapati terlibat melakukan kesalahan menjual ubat tanpa kelulusan kementerian," katanya ketika ditanya mengenai dakwaan kononnya undang-undang farmasi dikuat kuasa ala koboi susulan pendedahan penjualan ubat beracun yang tidak terkawal di kedai-kedai secara terbuka.

Beliau menasihatkan orang ramai agar lebih berhati-hati ketika membeli ubat di kedai-kedai biasa agar tidak terbeli ubat mengandungi racun.

Beliau berkata orang ramai perlu memastikan ubat yang dibeli itu berdaftar dengan Kementerian Kesihatan yang mempunyai pendaftaran dan label keselamatan hologram Meditag yang diluluskan.

- Bernama

Read more ...

Ahmad Husni lepas semua jawatan UMNO, BN

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah yang mengundur diri sebagai Menteri Kewangan II dalam rombakan Kabinet hari ini, turut melepaskan jawatan dalam parti di peringkat pusat dan negeri.
Read more ...

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *