Recent Post

Monday, August 15, 2016

Fattah Amin Tidak Mahu Terkenang Lagi Kisah Putus Cinta Dengan Sherry Ibrahim

Ketika semua orang masih lagi berbicara mengenai kisah putus cintanya bersama Sherry Ibrahim, Fattah Amin nampaknya sudah tidak mahu lagi memikirkan perkara tersebut.

Kata orang Fattah sudah pun "move on" dan menerima ketentuan takdir dengan hati yang terbuka.

Jelas Fattah, beliau enggan mengenangkan perkara itu lagi kerana tidak mahu ia terus berpanjangan.

Tiada yang boleh saya perkatakan tentang hubungan kami. Kalau cakap lebih-lebih nanti akan berpanjangan dan menjadi kecoh.  Lebih baik saya berdiam diri.

Timbul juga pelbagai spekulasi dan kontroversi mengenai percintaan mereka yang rata-rata mengatakan ia berpunca daripada kehadiran orang ketiga dalam hubungan mereka. Namun, semua itu masih lagi menjadi teka-teki kerana Fattah dan Sherry masing-masing mengunci mulut mengenai perpisahan mereka.

Hampir tiga tahun Fattah dan Sherry menyulam cinta, tetapi setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya tersendiri. Doakan yang terbaik buat mereka berdua.

Sumber Berita : Utusan Online

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.
Read more ...

Iskandar Malaysia kumpul RM208 bilion pelaburan komited - Kosmo!

Iskandar Malaysia kumpul RM208 bilion pelaburan komited

14/08/2016 8:25pm

JOHOR BAHRU - Iskandar Malaysia mengumpul sejumlah RM208 bilion pelaburan komited dari 2006 hingga 30 Jun lepas, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Najib yang juga Pengerusi Bersama Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar (IRDA) berkata, daripada pelaburan komited kumulatif itu, 51 peratus atau RM106.43 bilion membabitkan pelaburan yang sudah direalisasikan.

"Dalam tempoh itu, pelabur tempatan menyumbang RM124 bilion manakala 40 peratus (RM84.05 bilion) dari negara asing yang membuktikan mengenai keyakinan jiran kita dan negara lain di dunia (terhadap Malaysia)," katanya semasa berucap pada pelancaran Greenland Smart City Experiential Centre (SMARTXP) Iskandar Malaysia, Helios Cove, di Permas Jaya, hari ini.

Najib berkata, pelaburan besar itu membuktikan asas ekonomi negara yang kukuh terutama hasil pengukuhan ekonomi oleh kerajaan menerusi pemansuhan subsidi ke atas petroleum dan gas, melaksanakan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) selain mempelbagaikan ekonomi. - Bernama

Read more ...

Jadual Saringan Program Joe Wings WAR OF BANDS

Pada 2 Jun 2016 yang lalu, pihak penganjur telah mengadakan Sidang Media pertama di lokasi yang sama untuk mengumumkan program menarik yang dinamakan JOE WINGS WAR OF BANDS. Sebuah program di mana Joe Wings akan mencari protégé beliau yang terdiri daripada kumpulan muzik berkonsepkan 'rock'. Para peserta akan dibimbing secara profesional dan 10 kumpulan terbaik akan dipilih untuk menghasilkan sebuah album di bawah pengawasan, seliaan dan terbitan Joe Wings.

War Of Bands

Reaksi umum terhadap program ini amat memberangsangkan dan di luar jangkaan, walaupun saringan pertama belum pun bermula. Oleh kerana permintaan khalayak ramai yang meminta agar tempoh pendaftaran dilanjutkan, maka pihak penganjur telah bersetuju untuk mengubah tarikh saringan ke tarikh baru seperti yang tersenarai di bawah.

War Of Bands

Pihak penganjur juga telah mengambil beberapa langkah proaktif untuk menghangatkan lagi sambutan terhadap program ini dengan mengumumkan senarai juri profesional yang akan terlibat dalam siri saringan JOE WINGS WAR OF BANDS.

Selain itu, pengumuman penambahan hadiah untuk kategori Johan, Naib Johan danTempat Ketiga akan diumumkan. Juga terdapat penambahan hadiah untuk kategori 'Guitarist' Terbaik, 'Bassist' Terbaik, 'Vocalist' Terbaik dan 'Drummer' Terbaik.

JOE WINGS WAR OF BANDS Sidang Media 02

Teh Tarik Place Setapak Central, Kuala Lumpur Rabu, 10 Ogos 2016 Jam 3 petang

SARINGAN 1

Lokasi: Johor BharuTarikh : Sabtu, 5 November 2016

JURI PROFESIONAL

(Gitaris Search & Cromok) (Gitaris Bumi Putra Rockers) (Vokalis Lipan Bara & May)

SARINGAN 2

Lokasi : IpohTarikh : Sabtu, 12 November 2016

JURI PROFESIONAL

(Gitaris Search & Cromok) (Gitaris Bumi Putra Rockers) (Vokalis May & Wings)

SARINGAN 3

Lokasi: Kuala LumpurTarikh : Sabtu, 19 November 2016

JURI PROFESIONAL

Hillary Ang (Gitaris Search & Cromok) Mus (Vokalis May & Wings) Edrie Hashim(Gitaris Projek Pistol)

PERTANDINGAN AKHIR

Lokasi: Pintu 2, Tapak Parking MAEPS, Serdang Tarikh : Sabtu, 26 November 2016

PENAMBAHAN PENAJA.

Sebagai penambahan kepada penaja sedia ada, penganjur mengumumkan dua lagi penaja iaitu :

Marina Bay Resort & Restaurant, Tioman. JS Music, Kuala Lumpur.

Kedua-dua penaja ini akan menaja hadiah bagi kategori berikut :

Johan akan menerima trofi dan hadiah wang tunai berjumlah RM 5,000.00 serta pakej percutian ke Pulau Tioman untuk 3 hari 2 malam.

Naib Johan akan menerima trofi dan wang tunai berjumlah RM 3,000.00 serta pakej percutian ke Pulau Tioman untuk 3 hari 2 malam.

Tempat Ketiga akan menerima trofi dan wang tunai berjumlah RM 1,500.00 serta pakej percutian ke Pulau Tioman untuk 3 hari 2 malam.

*Pakej percutian 3 hari 2 malam ke Pulau Tioman meliputi khidmat feri dari jeti (Tg. Gemuk, Rompin atau Mersing, Johor) pergi & balik, penginapan serta makan minum sepanjang tempoh percutian.

Sementara pihak JS Music akan menaja hadiah untuk pemuzik terbaik di peringkat akhir untuk kategori:

'Guitarist' Terbaik, 'Bassist' Terbaik, 'Drummer' Terbaik dan 'Vocalist' terbaik.

War Of Bands

BIODATA JURI PROFESIONAL

HILLARY ANG

Gitaris legenda ini pernah menjadi sumber inspirasi peminat muzik dan yang mempelajari gitar satu ketika dahulu. Beliau antara pemain gitar terbaik pernah lahir di Negara ini. Antara kerja tangan 'masterpiece' beliau adalah solo gitar 'Fantasia Bulan Madu' dari album SEARCH 'Mentari Merah Di Ufuk Timur'. Beliau mengasaskan kumpulan SEARCH bersama Yazit Ahmad dan Zainal Rampa pada tahun 1981 di Johor Bahru. Hillary meninggalkan SEARCH pada tahun 1988. Pernah merakamkan dua album gitar solo 'Rock Dalam Dilema' (1990) dan 'ZZ' (1994). Hillary kembali bersama SEARCH pada tahun 2004 dan merakamkan album terakhir bersama SEARCH 'Gothik Malam Edan' (2006). Selain SEARCH, beliau juga terlibat dengan kumpulan CROMOK. Kini beliau masih aktif sebagai pengarah muzik, penggubah muzik, penerbitan album dan pemuzik studio untuk rakaman album artis tempatan dan luar negara.

AWANG BPR

Norzaini Mohd atau Awang BPR adalah bekas gitaris kumpulan BUMIPUTRA ROCKERS.Beliau merupakan seorang composer lagu dan penerbit album. Telah banyak menulis lagu dan menerbitkan album artis-artis tanahair dan tela hbeberapa kali bertanding dalam Juara Lagu TV3. BUMIPUTRA ROCKERS (BPR) mula dikenali ramai setelah menyertai "Pesta Hiburan Kingsway" dan berasal dari Johor Bahru. Awang BPR telah merakam 6 buah album studio bersama BUMIPUTRA ROCKERS iaitu Selamat Pagi Malaysia (1987), Bisa (1988), Kelab Jiwa Luka (1990), Era 90'an (1991), BPR '97 (1996) dan Semangat Melayu (2001).

War Of Bands

MUS MAY

Mustaffa bin Din atau nama pentasnya Mus, dilahirkan dan dibesarkan di Ipoh, Perak. Lebih dikenali sebagai Mus May kerana beliau adalah vokalis utama kumpulan MAY yang ditubuhkan pada tahun 1986. Kumpulan MAY adalah di antara kumpulan rock ternama ketika ledakan muzik rock di Malaysia sekitar 1980an dan 1990an. Mus merakam 15 album studio bersama MAY iaitu Dilema (1988), Hakikat (1989), Rahsia (1990), Strategi (1991), Ziet Geist (1992), Wira Cyborg (1994), Layar (1995), Ideologi (1995), Penaklukan (1997), Keras (1997), Sinar (2003), Otai Jamm! (2004), Otai Jamm 2 (2006), Rock Klasik (2008) dan 25th Anniversary (2011). Mus menyertai kumpulan WINGS sebagai penyanyi antara tahun 1994 hingga 2000 dan sempat merakamkan 3 album studio bersama WINGS, sebelum kembali aktif semula bersama MAY sehingga kini.

ONEY

Mohd Redzuan bin Abd Aziz atau dikenali sebagai Oney berasal dari Pulau Pinang. Bekas vokalis kumpulan LIPAN BARA pada awal 1990an ini merakam dua album studio bersama LIPAN BARA iaitu Tanda Tanya (1991) dan Harimau (1992) sebelum berpecah sekitar 1993. Oney menyertai kumpulan MAY dari 1997 hingga 2002 dan merakamkan dua buah album iaitu Penaklukan (1997) dan Keras (1998) di mana lagu hitnya 'Jemu' masih diminati sehingga kini. Beliau turut mempelbagaikan kebolehan vokalnya apabila berduet dengan penyanyi wanita, Safura untuk lagu popular 'Jangan Menangis Sayang'

(1998). Oney tidak bersama MAY lagi pada 2002 dan menubuhkan sebuah kumpulan baru JUMP-P. Beliau merakam dua album studio bersama JUM-P iaitu Halusinasi (2006) dan Wujud (2013).

EDRIE HASHIM

Seorang gitaris, pencipta lagu, penulis lirik, penerbit album dan pengarah muzik. Pernah aktif bersama kumpulan CHAPTERS dengan album 'Prajudis' pada 1991. Edrie sering diundang untuk mengiringi artis popular tanahair di stesen-stesen televisyen mahupun persembahan 'live' dan rakaman album. Banyak bekerjasama dengan penerbit lain dalam menerbitkan album dan single artis tempatan seperti CANDYuntuk 'Candy' (1997), Ella untuk 'Simbiosis' (2003), DEF-GAB-C untuk 'Merah' (2002) dan 'Raw' (2004). Edrie juga adalah penerbit bersama M.Nasir untuk album 'Gothik Malam Edan' kumpulan SEARCH pada 2006 dan terkini, mengenengahkan kumpulan projek khas beliau dengan 3 lagi rakan yang diberi nama PROJEK PISTOL.

Read more ...

(11 Foto) Juru Foto ini Ambil Gambar Kucing Baka Maine Coon Dari Sudut Majestik, Garang

Kucing sentiasa kelihatan comel, jinak dan mesra untuk di belai. Lebih-lebih lagi jika kucing itu dari baka berbulu lebat seperti baka Maine Coon.

Dengan bulu yang lebat, semestinya kucing belaan ini menjadi rebutan. Di portal Mudah.my, kucing baka Maine Coon ini dijual pada harga RM 4,500 seekor.

Dalam misi untuk merakam kecantikan dan kegarangan kucing Maine Coon, jurugambar Robert Sijka bertungkus lumus menangkap beberapa gambar kucing tersebut yang dilihat seolah-olah garang dan megah.

Dan, melihat kepada gambar-gambar yang diambil, Robert berjaya. Kerana kesemua gambar kucing-kucing Maine Coon yang diambilnya seolah-olah seperti 'kucing diraja'.

Robert berkata, dia selalu melihat kucing sebagai haiwan majestik dan mistik.

"Kesungguhana saya adalah pada kucing dan fotografi. Saya lakukan yang terbaik dengan menggabungkan kedua-dua perkara ini sebaik mungkin", kata jurufoto itu.

Dan ini hasilnya.

Sumber : FB
Read more ...

Mahathir mahu kawal setiap penggantinya - Rahman Dahlan

Ahli Majlis Tertinggi Umno yang juga Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Abdul Rahman Dahlan, mengingatkan Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa beliau tidak boleh lagi menjadi orang yang berkuasa dalam negara ini tanpa kedudukan sebagai perdana menteri.

Katanya, Dr Mahatir bukan lagi perdana menteri dan tiada kedudukan untuk memastikan setiap dasar kerajaan mengikut citarasanya.

Sehubungan itu, katanya, bekas perdana menteri itu perlu tunduk kepada perubahan semasa.

"Saya berpandangan Tun Mahathir dari dulu memang seorang pemimpin mempunyai pandangan atau pendirian yang mana beliau mahu semua orang mengikut telunjuk beliau.

"Beliau (hingga sekarang) memaksa kami (Kabinet) buat keputusan (ikut telunjuknya), ...kami yang terpaksa berdepan rakyat setiap lima tahun untuk pilihan raya bagi mendapatkan mandat semula," katanya yang dipetik oleh portal Berita Harian Online.

Bercakap dalam sidang media selepas menyempurnakan Majlis Perasmian Mesyuarat Perwakilan Wanita, Pemuda, Puteri Umno Sandakan, semalam, katanya zaman sekarang berbeza dengan apa yang berlaku sekitar 1980-an hingga 1990-an ketika Mahathir menjadi perdana menteri.

Justeru, katanya, perubahan itu perlu difahami Mahathir dan beliau tidak perlu mengawal penggantinya untuk mengikut telunjuknya kerana zaman beliau sebagai perdana menteri sudah berlalu.

Main buyuk

Sementara itu, Bernama melaporkan Abdul Rahman sebagai berkata Umno tidak mudah tergugat dengan kemunculan Parti Pribumi Bersatu Malaysia, dipengerusikan oleh Dr Mahathir itu.

Katanya, parti yang bakal diterajui oleh bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai presiden itu adalah cubaan untuk menggugat kestabilan politik negara.

Abdul Rahman yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata tindakanitu jelas menunjukkan parti pembangkang itu cuba main 'buyuk' (tipu dalam bahasatempatan Sabah) untuk menjatuhkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

"Apabila tidak dapat jatuhkan presiden, mereka main 'buyuk' dengan melemparkan pelbagi fitnah, tohmahan dan tuduhan. Tidak cukup itu, mereka cari pihak luar untuk mengganggu-gugat kestabilan politik negara kita," katanya.

Belaiu juga kesal kerana setelah 25 tahun menyemai benih perjuangan Umno di Sabah, ada pihak yang cuba menggugatnya dengan mengajak anggota parti berhijrah kepada parti pembangkang itu.

Read more ...

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *