Recent Post

Tuesday, July 12, 2016

(9 FOTO) Aksi Keluarga Besar Emma Maembong Di Hari Raya

Siapa yang tidak kenal dengan Emma Maembong bukan? Malah, semua tahu Emma mempunyai keluarga yang agak besar.

Pada Aidilfitri yang pertama, mereka sekeluarga telah berkumpul dan sempat berkongsi beberapa foto aksi mereka di hari raya.

Tidak kami nafikan memang cantik-cantik dan kacak adik beradik Maembong ni..Hehe…

Harapnya hubungan rapat antara mereka adik beradik akan terus berkekalan sehingga akhir hayat.

Jom kita layan beberapa lagi foto aksi keluarga besar Emma Maembong dengan membaca entri ini sepenuhnya.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.
Read more ...

Samsung Galaxy A9 Pro (2016) dijual mulai hari ini - Kosmo!

Samsung Galaxy A9 Pro (2016) dijual mulai hari ini

12/07/2016 12:03pm

Hitam

KUALA LUMPUR – Samsung Malaysia Electronics (SME) secara rasmi mengesahkan penjualan Samsung Galaxy A9 Pro (2016) bermula hari ini di semua pengedar sah syarikat itu di negara ini.

Naib Presiden Unit Mudah Alih dan Perniagaan IT SME, Lee Jui Siang berkata, edisi terbaharu dalam famili Samsung Galaxy siri A itu menawarkan satu pengalaman berbeza bersesuaian dengan keperluan orang muda sekarang ini.

"Edisi terbaharu ini didatangkan dengan skrin bersaiz besar, kapasiti bateri tahan lebih lama, ruang storan menakjubkan dan kamera yang dipertingkatkan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, telefon pintar itu turut menawarkan kad mikroSD secara percuma dengan setiap pembelian yang mampu menyediakan ruang tambahan simpanan gambar sebanyak 16,000 keping.

Bagi mereka yang berminat, Samsung Galaxy A9 Pro (2016) dijual dengan harga RM1,999 (termasuk GST) dengan pilihan warna hitam, putih dan emas.

Emas

Putih

Spesifikasi penuh Samsung Galaxy A9 Pro (2016)

Rekaan badan: Besi kaca

Paparan: 6 inci FHD (1920x1080) Super AMOLED

Ukuran: 161.7mmx 80.9mm x 7.9mm Bezel: 2.7 mm

Berat: 210 gram

Chipset: Quad Core 1.8 GHz Cortex A72 Quad Core 1.4 GHz Cortex A53

Video: MP4,M4V,3GP,3G2,WMV,ASF,AVI,FLV,MKV,WEBM

Audio: MP3, M4A, 3GA, AAC, OGG, OGA, WAV, WMA, AMR, AWB, FLAC, MID, MIDI, XMF, MXMF, IMY, RTTTL, RTX, OTA

Memori: 4GB RAM 32GB slot mikroSD (sehingga 256GB)

Camera: 16 MP (utama) OIS (f/1.9) dengan LED Flash dan 8 MP kamera hadapan (f/1.9)

Bateri: 5,000 mAh dengan pengecaj pantas

Keselamatan: Pengimbas cap jari

SIM: Dwi

Read more ...

(Video) "Ia Hampir Membunuh Saya" - Lelaki Rebah Selepas Pembuluh Darah di Kepala Pecah Ketika Angkat Berat 500KG

Britain - Seorang lelaki rebah ketika mengangkat berat 500kg selepas pembuluh darah di kepalanya pecah.

Eddie Hall yang turut dikenali dengan nama "The Beast", melakukan aksi merbahaya itu di Leeds Arena pada hujung minggu lepas - namun mengaku ia hampir membunuhnya.

Sebelum itu, dia berjaya  mengangkat 465kg, namun berat yang sama berjaya diangkat oleh dua pesaing yang lain menyebabkan dia mengambil keputusan untuk menambahkan lagi berat.

Ketika aksi merbahaya itu, Hall dilihat berjaya mengangkat berat itu sebelum dia rebah di atas pentas dihadapan penonton disebabkan pembuluh darah di kepalanya pecah.

Selepas rebah, Hall mengalami pendarahan di hidung dan ahli pasukannya segera mendapatkan Hall kerana gusar dengan keselamatannya.

Bercakap kepada Yorkshire Post - lelaki 28 tahun itu berkata : "Ia hampir membunuh saya. Tekanannya ke atas badan saya sangat berat. Saya tak sedarkan diri buat seketika. Hidung saya berdarah. Ia bukan sesuatu benda yang menyihatkan untuk dibuat.  "Tapi saya berjaya lakukannya. Ia sudah pasti satu rekod untuk satu masa yang alam "Ianya sangat membanggakan, seperti menjadi orang pertama yang menjejak kaki di atas bulan atau orang pertama yang berlari sejauh satu batu dalam masa kurang empat minit. Sekarang, saya orang pertama yang berjaya mengangkat separuh tan. Ianya satu rekod dan saya sangat berbangga"

Hall kini sedang menjengah peluang untuk beraksi dalam pertandingan "World's Strongest Man". - Siakapkeli.my

Sumber : Dailymail

Read more ...

Resepi baru daun ketum goreng celup tepung

Bagi meraih keuntungan, kini terdapat pula pihak yang dilapor menjual snek daun ketum sama seperti kerepek atau rempeyek daun bayam.

Perkara ini dikesan oleh Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Negeri Kedah yang dilakukan di Pulau Pinang.

"Cara penghasilannya ialah dengan mencelup daun ketum ke dalam tepung dan kemudian digoreng hingga rangup sebelum dimakan seperti snek," kata Pengarahnya Mohammed Nazer Mustafa kepada Bernama.

Beliau khuatir kaedah ini akan merebak ke Kedah yang merupakan negeri yang mempunyai kawasan tanaman ketum terbesar di negara ini.

"Kita khuatir produk baharu ini akan menjadi 'test market' sebelum diperluaskan ke kawasan lain. Mereka mungkin nak uji kaji terlebih dahulu untuk mengetahui sama ada terdapat permintaan tinggi atau tidak," katanya.

Pada masa yang sama beliau menyarankan agar kerajaan segera meletakkan bahan ketum di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952 bagi membolehkan tindakan diambil terhadap individu yang menanam pokok ketum.

"Sekarang kita tak boleh ambil tindakan terhadap pengusaha ketum kerana menanam ketum bukan merupakan satu kesalahan. Jika memetik daun ketum baru merupakan satu kesalahan.

"Jadi antara taktik yang pengusaha ketum gunakan ialah individu yang mahu membeli ketum, mereka perlu memetiknya sendiri. Dengan cara ini pengusaha tidak akan dikenakan tindakan undang-undang jika serbuan pihak penguat kuasa dilakukan," jelasnya.

Mohammed Nazer berkata kini terdapat 81 pengusaha ketum di Kedah, 40 orang di Padang Terap, Kubang Pasu (17), Kota Setar dan Pokok Sena (13), Baling (10) dan Sik (1).

Malaysia meletakkan kesalahan penyalahgunaan ketum di bawah Seksyen 30(3) Akta Racun 1952 yang memperuntukkan denda maksimum RM10,000, penjara maksimum empat tahun atau kedua-duanya tetapi bagi kebanyakan kes, pesalah hanya akan didenda.

- Bernama

Read more ...

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *