Recent Post

Friday, April 22, 2016

Netizen Kecam Zizie Izette Buka Tudung Di Osaka, Jepun

Sudah lama tidak melihat Zizie Izette berlakon tapi dia masih seorang selebriti, bukan? Ramai mengetahui Zizie telah bertudung namun dia baru-baru ini memuat naik satu gambar dirinya dan rakan-rakan sedang melancong di Osaka, Jepun dengan tidak bertudung ke akaun Instagramnya.

Sebaliknya dalam gambar itu Zizie mengenakan topi dan menampakkan sebahagian rambutnya. photo 12907165_595708307250676_911807886_n.jpg

Ada yang mengkritik tindakan Zizie ini. Bagi mereka, melihat orang berhijrah memberi satu bentuk kekuatan pada masyarakat. photo Screen Shot 2016-04-22 at 12.36.17 PM.png

Tetapi ramai juga yang mempertahankan Zizie dan menganggap pengikut di Instagram tidak perlu menghakimi beliau. Sekiranya tidak suka, unfollow saja, kata mereka. Setakat ini Zizie tidak memberi reaksi kepada kritikan yang ditulis di Instagramnya.

Tapi komen pengkritik itu ada benarnya. Mengapa bertudung dari awal jika ingin membuka tudung akhirnya. Kalau diketahui memang tidak bertudung, orang ramai tidak akan kisah, bukan? Apa pendapat anda?

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.
Read more ...

46 Rakyat Malaysia sertai Daesh masih di Syria - Utusan Malaysia

KUALA LUMPUR 21 April - Seramai 46 orang rakyat Malaysia yang menyertai kumpulan militan Daesh dikesan masih berada di Syria, kata Polis DiRaja Malaysia (PDRM) hari ini.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Counter Terrorism Cawangan Khas Bukit Aman Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata mereka adalah di antara 73 orang rakyat negara ini yang dikenal pasti menyertai kumpulan militan itu.

Beliau berkata daripada jumlah itu, seramai 19 orang didapati terbunuh di Syria atau Iraq manakala lapan orang lagi sudah pulang ke tanah air.

"Risikan terkini yang diterima (PDRM) mendedahkan bahawa seorang lagi anggota Daesh warganegara Malaysia telah terbunuh dipercayai dalam serangan di Wilayah Al Khair di Syria pada 17 April lepas," katanya kepada Bernama hari ini.

Menurutnya lelaki itu, Abd Ghani Yaakob, 31, dari Pendang, Kedah, yang turut dikenali sebagai Abu Bashir Al Malazy@Abu Kedah, ke Syria melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 1 Disember lepas untuk menyertai kumpulan Daesh.

"Dia merupakan anak kelima daripada enam beradik dan membawa diri ke Kuala Lumpur. Dia mendapat bantuan daripada Mohamad Wanndy Mohamed Jedi atau Abu Hamzah Al-Fateh sebagai orang perantaraan," katanya.

Ayob berkata duda itu adalah di antara 19 orang yang terbunuh di Syria atau Iraq dengan tujuh daripada mereka mati akibat menjadi pengebom bunuh diri manakala 12 lagi maut semasa pertempuran dengan tentera Syria.

Beliau juga memberitahu bahawa setakat ini, seramai 10 individu telah dituduh di mahkamah termasuk enam daripadanya disiasat mengikut Seksyen 130JB(1)(a) Kanun Keseksaan.

Dalam pada itu, Ayob meminta kerjasama orang ramai menyalurkan sebarang maklumat mengenai rancangan aktiviti keganasan oleh mana-mana kumpulan yang terarah kepada kegiatan Daesh.

PDRM juga menjalinkan kerjasama dengan agensi tempatan dan perisikan asing dalam perkongsian maklumat keselamatan bagi mengesan individu yang terlibat dengan penyebaran fahaman militan dan pengrekrutan militan di Malaysia, katanya.

- BERNAMA

Read more ...

Filem ANGIN CINTA Lakonan Zizan Razak & Ummi Nazeera

Oh, keterujaan melampau pula hari ini, apabila Budiey dah siarkan peraduan menang tiket ke Malam Gala Ada Apa Dengan Cinta 2 yang akan diadakan pada hari Selasa depan. Dah tentu ramai yang nak hadir, kan? Cakap pasal filem ni, kat Astro pun katanya akan menayangkan filem cinta romantis yang tak kurang hebat katanya.

Astro First Eksklusif, saluran yang membawakan filem tempatan terbaik secara eksklusif ke kaca televisyen sekali lagi akan membuai penonton dengan sebuah filem televisyen (FTV) romantik komedi bertemakan cinta dan kekeluargaan berjudul Angin Cinta. Filem sentuhan pengarah yang tidak asing lagi, Ghaz Abu Bakar ini bakal ditayangkan di Astro First Eksklusif saluran 380 pada akhir bulan ini.

Angin Cinta mempertaruhkan gandingan sulung dua pelakon popular tanah air iaitu Zizan Razak dan Ummi Nazeera sebagai teraju utama yang memperlihatkan mereka mengharungi pelbagai liku percintaan yang sedikit sebanyak menguji hubungan mereka demi sebuah masa depan bersama. Filem ini turut dibintangi oleh pelakon berpengalaman, Shahronizam dan Zarina Zainuddin.

Satu sidang media dan juga Majlis Pra Tonton & Sidang Media Angin Cinta yang akan diadakan pada 26 April 2016 di sebuah pawagam terkenal di ibu kota. Nantikan sama-sama filem ini di Astro First Eksklusif nanti.

Komen via Facebook

Komen

— 69 Bacaan
Read more ...

Telefon Kecil ini Dipercayai Direka Khas Untuk Banduan Dalam Penjara, Boleh 'Ghaib' Dari Dikesan

Ketika Samsung dan Apple sedang berlumba-lumba ke arah peranti telefon yang bersaiz besar, ada syarikat lain yang cuba berusaha membuat telefon yang bersaiz sekecil-kecilnya.

Seperti contoh, telefon Zanco Fly, yang dinamakan sebagai telefon terkecil di dunia yang dipercayai mensasarkan golongan banduan di dalam penjara.

Dengan panjang 71.8 mm dan lebar 23.5 mm, telefon kecil berharga $40 (RM156) itu cukup kecil untuk diseludup masuk ke dalam penjara. Dan antara cara popular untuk menyeludup dan menyorok telefon itu adalah dengan meletakkannya di dalam punggung.

Telefon ini tidak boleh dibeli dari kedai-kedai elektronik tapi ia dijual secara meluas secara online di Amazon dan eBay.

Ia dipercayai disasarkan untuk banduan dan mendakwa ianya diperbuat 100% dari plastik dengan tagline 'beat the Boss', yang bermakna ia tidak boleh dikesan oleh sistem pengesan B.O.S.S.

Seorang 'pembeli' menulis : "Sangat kecil dan senang/kurang sakit untuk disembunyikan".

Odditycentral melaporkan, salah seorang reseller telefon tersebut berkata telefon Zonco Fly popular kerana peranti itu mudah dimasukkan di dalam penjara.

Laporan itu juga menyebut, difahamkan syarikat yang membuat telefon tersebut memperoleh keuntungan sebanyak $100 juta setahun.

Sumber : http://www.odditycentral.com/
Read more ...

Azmin beri jaminan bekalan air di S'gor mencukupi

Menteri Besar, Datuk Seri Azmin Ali memberi jaminan bahawa pengguna air di Selangor dan Lembah Klang tidak akan berhadapan masalah kekurangan bekalan air ketika paras air di empangan semakin menunjukkan penurunan setiap hari.

Anggota Parlimen Gombak itu berkata ini kerana kerajaan negeri sentiasa memantau rapi setiap pengeluaran air di empangan dan sungai Selangor selain langkah proaktif yang lain.

"Semasa mesyuarat MTES sebelum ini isu air adalah salah satu daripada perkara yang kita dibincangkan dan kami memantau dengan rapi semua pengeluaran air di empangan dan sungai di selangor," katanya.

Beliau berkata pihaknya telah mengambil beberapa langkah proaktif serta pembenihan awan yang telah jalankan bagi beberapa bulan lepas.

"Jika ada keperluan untuk menambah bilangan penerbangan untuk pembenihan awan, kami akan berbuat demikian," kata ADUN Bukit Antarabangsa itu kepada pemberita.

Azmin berkata demikian selepas majlis anugerah perkhidmatan cemerlang 2015 Majlis Perbandaran Ampang Jaya, di Ampang malam tadi.

Anggota Parlimen Klang, Charles Santiago sebelum ini dilapor sebagai berkata pengguna air di Selangor dan Lembah Klang bakal berhadapan masalah kekurangan bekalan air.

Charles berkata, Empangan Sungai Selangor menunjukkan penurunan 0.62 peratus manakala Empangan Semenyih 0.47 peratus dan penurunan itu berlaku setiap hari.

Sehubungan itu, katanya, kerajaan negeri khususnya Azmin perlu bertindak cepat sebelum Lembah Klang berhadapan krisis air.

Empangan Sungai Selangor membekalkan lebih 60 peratus bekalan air mentah kepada penduduk di Selangor dan Lembah Klang.

Sementara itu, dalam perkembangan lain timbalan presiden PKR itu berkata masalah harian rakyat di Selangor seperti jalan berlubang kini boleh diselesaikan secara pintar dengan menggunakan aplikasi Waze.

"Beberapa hari lalu saya telah berbincang dengan pihak Waze yang telah bersetuju untuk memberikan khidmat mereka kepada kerajaan Selangor.

"Di dalam masa terdekat ini pengguna jalan raya yang terjumpa lubang boleh kongsikan dalam aplikasi waze dan akan dikesan dalam dashboard PBT dan dalam masa tertentu atau tidak kurang dalam 72 jam PBT dapat mengesan dengan tepat menggunakan koordinat masalah rakyat ini dapat diselesaikan dengan pantas," tambah Azmin.

Penggunaan aplikasi Waze ini meliputi enam pihak berkuasa tempatan (PBT) utama termasuk MPAJ, MBPJ, MPKJ, MPK, MBSA dan MPSJ.

Read more ...

Ikon pop, Prince meninggal dunia pada usia 57 tahun - TMZ

NEW YORK: Ikon pop, Prince, seorang daripada individu paling berpengaruh dalam bidang muzik, meninggal dunia di rumahnya di Minnesota, lapor laman web hiburan TMZ semalam, memetik sumber tidak dinamakan.
Read more ...

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *