Sunday, December 27, 2015
(AL-FATIHAH)Aziz Desa Meninggal Dunia
Sama-samalah kita sedekahkan Al Fatihah buat Aziz Desa, 50 tahun yang telah meninggal dunia kira-kira jam 10.50 pagi ini akibat masalah buah pinggang kronik dan penyakit kencing manis. Allahyarham satu ketika dahulu sangat sinonim dengan rancangan Malaysia Hari Ini (MHI).
Semoga Allahyarham Aziz Desa ditempatkan di kalangan orang yang beriman. Sama-samalah kita doakan. Al Fatihah.
PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.TAKZIAH - AZIZ DESA KEMBALI KERAHMATULLAH
Takziah diucapkan buat keluarga bekas pengacara TV3 dan juga bekas wartawan Berita Harian (BH) iaitu Aziz Desa, 50. Allahyarham telah meninggal dunia kira-kira jam 10.50 pagi tadi akibat masalah buah pinggang kronik dan penyakit kencing manis.
Selain menjadi wartawan, Allahyarham juga merupakan pengacara yang mempopularkan rancangan 'Jejak Kasih' di mana ia menemukan ramai keluarga yang lama terpisah.
Berita kematian Allahyarham Aziz Desa disahkan oleh adik kandungnya, Azri Desa
Untuk info, Allahyarham sebelum ini (pada Januari) telah terlantar di Hospital Langkawi akibat penyakit tersebut.
Al-Fatihah.
________________________
FACEBOOK - SANTAI - PAPARAZZI - NOSTALGIA - GALERI - YOUTUBE - ROMANTIKA - SEJARAH MYARTIS - INSTAGRAM - TWITTER Follow @myartisdotcomYang Best Gunting Rambut di EDD THE BARBER
Nak gunting rambut dengan wang hanya RM25 di tangan? Tapi mahukan gaya smart cut yang lebih stail dari biasa. Jawapannya boleh. Jangan risau. Kunjungi je Edd The Barber! Gerenti beres!
Yang Best Gunting Rambut di EDD THE BARBER Yang nyata, menggunting rambut adalah satu kemestian bagi Budiey setiap dua minggu sekali. Pantang tengok rambut ni panjang, naik rimas jadinya. Kadangkala, gunting rambut ini adalah satu terapi diri untuk Budiey. Jiwa jadi tenang dan minda jadi lapang. Hilang stres mengadap komputer setiap hari. Bila rambut kita nampak kemas, pendek dan nampak smart, kita akan rasa lebih yakin. Ye dok?Pendek kata, menggunting rambut adalah bab yang paling menyeronokkan dalam riwayat hidup setiap lelaki yang pentingkan gaya. Apatah lagi jika barber atau kedai gunting yang kita kunjungi itu ada suasana yang menarik dan atmosfere yang segar. Bukan itu je, semua hairstylist mengenakan baju inform yang khusus untuk mereka. Sejuk mata memandang, kan!
Cakap pasal menggunting rambut, baru-baru ini team Youtube BudieyBuddies ada mengunjungi sebuah kedai gunting Edd The Barber yang terletak di Ampang.
Mulanya, dua minggu sebelum itu, isteri kepada tuan empunya kedai gunting terbaharu ini, Shima menghubungi Budiey bagi menjemput Budiey cuba khidmat gunting rambut di sana. Alang-alang, kami terus tak nak lepaskan peluang untuk merakam sebuah vlog GILA FESYEN di mana kami turut menemuramah tuan empunya kedai gunting ini bernama Eddy bersama dua orang hair-stylist. Jom la tonton untuk berkenalan dengan mereka.
Fuh! Memang satu pengalaman yang baru bagi kami. Edd The Barber diberi nama bersempena dengan nama usahawan yang juga tuan empunya kedai ini sendiri iaitu Eddy. Budiey dikhabarkan, kedai gunting ini baru sahaja dibuka kepada pengunjung. Lebih kurang dah dua bulan macam tu dibuka tapi sudah pun menerima ramai pengunjung. Pelakon Que Haidar dan Asyraf Khalid, anak kepada Datuk K pun pernah gunting rambut kat sini.
Macamana nak datang sini? Hey, tak susah nak cari Edd The Barber, okay. Masa dalam kereta lagi, masa tu, bertemankan Cyrill Hassan dan Yus Yunus, Budiey dah siap-siap taip: EDD THE BARBER di Google Maps. Terus jumpa dan ia menghala membawa Budiey ke alamat yang sangat tepat iaitu:B-01-G Ground Floor Dataran Palma,Off Jalan Selaman 1, Taman Dato Ahmad Razali,Ampang, Selangor.
Kebetulan kami datang pada hari Sabtu, jadi senanglah nak cari parking. Tapi korang jangan risau pasal tempat parking sebab kat sini senang je nak cari tempat letak kereta. Cuma, kalau nak lebih cepat, korang datang je pada hari Sabtu dan Ahad. Kebiasaannya pada hari biasa, Edd The Barber dikunjungi oleh pekerja yang bekerja di sekitar tempat ini yang mengambil peluang gunting rambut di waktu rehat.
Nak kenal kedai yang mana satu? Cukup senang sebab ada trademark tersendiri. Apatah lagi, ruang muka depan kedai gunting ini sangat unik. Pintunya dicat merah tak ubah seperti berada di London. Orang kata, tak kenal maka tak cinta, sekali cuba gunting rambut kat sini, manalah tahu korang akan melekat.
Konsep Inggeris dan Dekorasi Yang Menarik Memasuki kedai gunting rambut ini buat pertama kali, Budiey dapat rasakan kemesraan yang terpancar dari wajah hair-stylist mereka walaupun sibuk menggunting rambut sekali pun. Orang kata, bila dah ada hospitality yang bagus, pelanggan akan senang hati dan akan sentiasa datang lagi dan lagi.Kami tidak mahu bercerita panjang tentang dekorasi kerana dalam vlog kami sendiri Yus Yunus sudah menerangkan secara terperinci. Apa yang kami ingin beritahu kat sini, konsep Edd The Barber mengetengahkan konsep Inggeris dan London. Dah rasa macam gunting rambut kat Oxford daaaaah.
Kami juga tertarik dengan hiasan dan juga gambar yang menghiasi kedai gunting ini. Terdapat satu phone booth yang dicat merah ala-ala Kota London di letakkan di satu penjuru berdekatan dengan tempat cashier. Fuh, atmosphere dan aura kat sini sangat semacam. Great!
Tawaran Harga Gunting Rambut Sangat Berpatutan Selain itu, Budiey tertarik hati dengan tawaran harga gunting rambut kat sini kerana ia menawarkan harga hanya RM25 untuk menggunting rambut untuk dewasa. Selain gunting rambut, Edd The Barber juga menawarkan khidmat trim janggut dan jambang iaitu hanya RM5 sahaja. Jika nak shave sekali harga yang ditawarkan cuma RM20. Kalau korang nak pergi ke event ke, majlis kenduri kahwin ke, nak berlawa sikit, boleh datang Edd The Barber untuk buat style rambut dengan bayaran serendah RM5 sahaja. Mana nak carik kan? Pendek kata, kata orang putih… affordable prices!Sebenarnya Edd The Barber bukan sekadar untuk lelaki tetapi perempuan pun boleh datang untuk gunting rambut kat sini. Cuma, biasanya barber memang khusus untuk lelaki. Kalau nak lebih-lebih bolehlah kunjungi saloon.
Sementara menantikan rambut digunting, anda terus melekat di sini sambil melayan alunan muzik rancak dan yang paling penting ialah servisnya yang memang first class.
Di sini, kami sempat menemubual dua orang barber profesional iaitu Cheezy dan Ayie. Mereka berdua antara barber senior yang cukup berpengalaman.
Cakap je apa sahaja stail rambut yang korang mahukan, pasti hair-stylist kat sini akan buat untuk korang.
Oh jangan sangka ia hanya untuk golongan muda sahaja sebab Edd The Barber turut dikunjungi oleh semua lelaki dari pelbagai peringkat umur. Dari kanak-kanak hinggalah orang tua.
Kepada ibu bapa yang nak gunting rambut untuk anak-anak lelaki mereka bolehlah cuba datang di Edd The Barber ni sebab memang comel betul fesyen gaya rambut smart cut bila dibuat kepada anak-anak.
Transformasi Tahun 2016 Sempena dengan kedatangan tahun baru 2016 ni, elok juga jika kita semua buat transformasi atau makeover untuk gaya rambut kita mengikut trend masa kini. Kalau tak jadi lemau dan membosankan pulak. Gaya rambut yang Budiey suka buat kat sini ialah smart cut. Tapi jika korang nak cuba yang lebih hebat dan gempak, bolehlah cuba pompadour dan mohawk. Macam-macam stail rambut boleh anda cuba! Habaq je kat depa. Memang stunning transformation depa kasik.Budiey kira rugi kalau anda ke mari semata-mata untuk menggunting rambut sahaja kerana di sini juga ada menjual pomade dan juga sikat rambutnya sekali. Pomade berjenama Suavecito memang terkenal di seluruh dunia dan harga yang dijual di sini hanya RM65 sahaja.
Bagaimana Untuk Menghubungi Edd The Barber? Untuk tempahan atau buat temujanji, korang boleh juga menghubungi 03-4266 7421 atau apa kata meriahkan Facebook & Instagram korang dengan follow:LIKE Facebook Edd The Barber: https://www.facebook.com/eddthebarberampang
Follow Instagram: @edd.thebarber
Korang kalau nak cari toko gunting rambut yang sedang hype kat KL ni jom laa try Edd The Barber. Definitely enjoyable experience were there is no place for disappointments…those people sure know how to make you feel VALUED!
Smart siut keje derang. Kemas teliti dan yang penting profesional. Servis perapian diri complete hair to toe khusus buat lelaki pada harga yang berpatutan. Jom layan kerenah kami BudieyBuddies masa shoot vlog GILA FESYEN di atas ni. Jangan lupa LIKE, SHARE & KOMEN okay?
Terima kasih kepada semua pembaca yang sudi menonton vlog BudieyBuddies.
Komen via FacebookKomen
— Budiey
Seorang penulis blog hiburan & gaya hidup sepenuh masa, Social Media Marketing, Instagram Influencer, #LiveUpdate Expert, photojournalist, jurugambar, kerap ber-Twitter & Facebook, copywriter, penulis iklan & advertorial, content provider & househusband. Obses dengan filem seram & thriller.
'Abah Aku Gile, Nak Saja AKu Tembak Kepala Orang Tua Ini'
Pelajar Sekolah Agama Dicekup Ketika "Beraksi"
Dia ditangkap di dalam operasi Ops Noda yang dijalankan sepasukan Bahagian Kongsi Gelap, Maksiat dan Perjudian (D7) IPD Kang Utara di tiga lokasi berasingan di Bandar Baru Klang dan Bukit Raja kira-kira jam 9 malam.
Antara 15 pelanggan yang ditahan di dalam operasi tersebut adalah pelajar tersebut yang berusia 16 tahun.
Hasil siasatan polis mendapati remaja yang telah pun tamat pngajian pada bulan Februari lalu datang ke premis itu secara bersendirian dan didapati itu kali kedua dia hadir ke premis berkenaan.
Menurut Ketua Polis Daerah Kalgn Utara, Asisten Komisioner Mohd Yusoff Mamat, pelajar tersebut ditangkap ketika sedang melanggan seorang tukang urut wanita warga asing.
"Kita akan serah remaja berkenaan pada Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) untuk tindakan lanjut," katanya.
Siasatan mendapati premis itu mengenakan khidmat seks pada lingkungan harga RM110 hingga RM200.
"Kita rampas beberapa barang seperti tuala, minyak pelincir, kondom dan wang tunai," katanya lapor Sinar Online.
Semua yang ditangkap dibawa ke IPD Klang Utara untuk siasatan - Siakapkeli.my
PM: Berita tak sahih bawa fitnah dahsyat
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini mengingatkan orang ramai supaya lebih berhati-hati menyebarkan sesebuah berita.
"Baru-baru ini saya lihat ramai menyebarkan berita mengenai kejadian letupan bom di Petaling Jaya, yang kini kita semua tahu bukanlah apa yang sebenarnya berlaku.
"Perkara seperti ini boleh dijadikan iktibar kepada semua untuk lebih berhati-hati dalam menyebarkan sebarang berita, terutamanya yang diterima melalui media sosial dan aplikasi mesej," katanya.
Beliau memetik sepotong ayat al-Quran yang menyebut berita yang datang daripada seorang yang fasik hendaklah diselidik kebenarannya terlebih dahulu.
"Dari segi hubungan sesama kita rakyat Malaysia, berita tidak sahih yang disebarkan akan membawa kepada fitnah, dan sesungguhnya fitnah itu amat dahsyat, membawa kepada perpecahan serta mengganggu-gugat keharmonian yang telah kita bina bertahun lamanya," katanya.
Dua beradik ditemui lemas, nenek dan cucu hilang
(MUNGKIN NAJIB TAK TAHU)(KOS ANAK SEKOLAH) RM850 diperlukan setiap anak
Popular Posts
-
The fishermen on a boat going out to sea off the coast of Marang in Terengganu. Their livelihoods have been impacted in a negative way by va...
-
Kuala Lumpur saw no new housing projects below the price tag of RM500,000 being launched last year, despite the maximum house price median o...
-
PUTRAJAYA – Jika ada yang masih ragu-ragu lagi mengenai sumbangan derma RM2.6 bilion yang masuk ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri, Da...
-
'Bila Saya Diserang, Semua Orang Diam'…Luahan SEDIH Najib Razak…Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak hari ini menjawab kritikan k...
-
KUALA LUMPUR: Keuntungan sebelum cukai IOI Properties Group Bhd bagi tahun kewangan berakhir 30 Jun, 2015 meningkat kepada RM1.13 bilion...