Recent Post

Thursday, July 14, 2016

Uqasha Senrose Enggan Ulas Gosip Percintaan Dengan Kerabat Pahang

Gosip percintaan di antara Uqasha Senrose dan Tengku Bakar yang merupakan kerabat Pahang semakin tersebar luas semenjak mereka berdua sering memuatnaik gambar bersama di laman sosial. Menerusi gambar-gambar tersebut, ramai yang membuat spekulasi Uqasha dan Tengku Bakar sedang hangat bercinta. Malah difahamkan Tengku Bakar juga antara individu utama yang bertanggungjawab merancang dan merealisasikan majlis sambutan ulang tahun Uqasha Senrose baru-baru ini.

uqasha senrose

Namun Uqasha Senrose enggan memberi sebarang ulasan tentang gosip tersebut dan meminta masyarakat memahami keadaannya. Kata Uqasha:-

Lebih elok sekiranya saya tidak mengulas apa-apa mengenai hal itu. Saya berharap semua pihak dapat memahami situasi saya,

uqasha senrose

Secara jujur kedua-duanya memang sama cantik dan sama padan. Bak pinang dibelah dua. Kalau benar-benar bercinta, tahniah diucapkan. Namun kalau tak bercinta pun, apa salahnya berkawan dan mengenali hati budi masing-masing terlebih dahulu kan? Sama-samalah kita doakan yang terbaik buat Uqasha Senrose dan Tengku Bakar. Sumber Berita Harian.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.
Read more ...

Najib ucap tahniah kepada PM baharu Britain - Kosmo!

Najib ucap tahniah kepada PM baharu Britain

14/07/2016 11:20am

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengucapkan tahniah kepada Theresa May atas pelantikan sebagai Perdana Menteri Britain yang baharu.

Najib berkata, beliau berharap dapat bekerja dengan May bagi terus mengukuhkan hubungan perdagangan dan pelaburan antara United Kingdom (UK) dan Malaysia.

"Tahniah@theresa_may. Harap dapat bekerjasama dengan anda bagi terus mengukuhkan hubungan UK-Malaysia, khususnya perdagangan dan pelaburan," kata Najib menerusi akaun Twitter @NajibRazak di sini, hari ini.

May, 59, yang juga Setiausaha Negara UK mengambil alih jawatan berkenaan selepas bekas Perdana Menteri UK David Cameron meletak jawatan berikutan, referendum pada bulan lepas yang mengakibatkan Britain meninggalkan Kesatuan Eropah (EU).

May yang merupakan pemimpin Parti Konservatif menjadi perdana menteri wanita kedua UK, mengambil alih tampuk kepimpinan ketika saat paling getir dalam sejarah politik, Eropah, baru-baru ini. - Bernama

Read more ...

Kunanlan Ikut Jejak Langkah Aidil Zafuan & Safiq Rahim Umum Persaraan dari Skuad Kebangsaan

KUALA LUMPUR 14 Julai - Pemain bola sepak, S. Kunanlan mengikut jejak langkat Aidil Zafuan dan Safiq Rahim apabila mengumumkan persaraannya dari mewakili skuad kebangsaan.

Pemain sayap Johor Darul Takzim (JDT) itu membuat pengumuman tersebut melalui laman web rasmi kelab tersebut sehari selepas Aidil dan Safiq Rahim berbuat demikian.

"Saya mengambil keputusan untuk bersara daripada mewakili skuad kebangsaan di mana penampilan terakhir saya ialah ketika menentang Papua New Guinea dalam satu aksi persahabatan baru-baru ini.

"Apa pun saya bangga sekali kerana dapat menyarung jersi kebangsaan sejak dalam skuad bawah 23 tahun negara hingga sekarang. Terima kasih kepada yang menyokong dan membimbing saya selama ini. Saya akan sentiasa menghargainya," kata Kunanlan dalam laman web itu.

Akhbar Utusan Malaysia sebelum ini mengeluarkan laporan mengenai spekulasi beberapa pemain skuad kebangsaan mahu bersara.

Bagaimanapun setakat ini belum ada lagi pengumuma n rasmi dibuat seorang lagi pemain penyerang JDT, Mohd. Amri Yahyah yang turut dilaporkan akan menggantung but dalam tempoh terdekat ini.

Sumber : Utusan Online

Read more ...

Penutupan laluan bagi mudahkan kerja binaan MRT

Laluan dari Pizza Hut di Taman Tun Dr Ismail (TTDI) ke Indah Water Konsortium di ibunegara akan ditutup selama duabulan setengah mulai Jumaat ini hingga 30 September depan, bagi memudahkan kerja-kerja pembinaan Stesen MRT TTDI.

Penutupan itu akan bermula dari 11 malam hingga 6 pagi, dan lima lorong akan disediakan untuk pengguna jalan raya dari Kuala Lumpur (KL) ke Lebuhraya SPRINT, kata MMC-Gamuda KVMRT (PDP) Sdn Bhd dalam kenyataan tadi.

Sepanjang penutupan laluan itu, pengguna jalan raya dari Jalan Tun Mohd Fuad boleh menggunakan laluan LDP (menuju SS2) dan mereka dari Jalan Leong Yew Koh boleh menggunakan laluan bawah persimpangan TTDI ke SS2 untuk ke Lebuhraya SPRINT di Persimpangan Damansara Utama berdekatan Balai Polis.

Pengguna jalan raya dari Kepong ke Lebuhraya SPRINT (menuju KL) boleh ke jejambat dan membelok kiri di Persimpangan Damansara Utama untuk ke Lebuhraya SPRINT manakala pemandu di Lebuhraya SPRINT ke TTDI akan dilencongkan ke Persimpangan TTD I dan membuat pusingan 'U' sebelum lampu isyarat untuk ke Jalan Tun Mohd Fuad.

"Pemandu di Lebuhraya LDP dari SS2 ke Jalan Damansara (menuju KL/Lebuhraya SPRINT) akan dilencongkan ke Persimpangan Bandar Utama untuk membuat pusingan 'U'. Mereka dikehendaki menggunakan jejambat di Persimpangan TTDI menuju ke SS2 untuk ke Lebuhraya SPRINT di Persimpangan Damansara Utama," kata kenyataan itu.

Dalam tempoh sama, aliran kontra akan dilaksanakan dari Pizza Hut ke Pintu Masuk B Stesen MRT TTDI.

Pengguna jalan raya dari LDP/TTDI menghala ke KL/Lebuhraya SPRINT akan dialihkan ke lorong bertentangan dan satu lorong lalu lintas akan disediakan bagi setiap arah manakala persimpangan Jalan Wan Kadir dan Jalan Wan Kadir 3 dan Jalan Damansara akan ditutup buat sementara waktu dan tidak boleh digunakan semasa tempoh aliran kontra.

Pelan Pengurusan Trafik (TMP) waktu malam juga akan dilaksanakan di persekitaran Persimpangan TTDI mulai Jumaat ini hingga 30 Sept bagi memudahkan kerja-kerja mengecat, memasang kabel dan binaan untuk Stesen MRT TTDI.

Penutupan laluan itu melibatkan jalan susur penuh dari Jalan Leong Yew Koh yang membawa kepada Jalan Damansara (KL/Lebuhraya SPRINT) dan laluan bawah di Persimpangan TTDI serta Jalan Leong Yew Koh sedia ada untuk Lebuhraya LDP.

Pelan pengurusan trafik juga akan melibatkan penutupan pusingan 'U' ke TTDI dan penutupan jalan masuk ke Jalan Damansara dari SS2.

Sementara itu, penutupan sebahagian lorong di kira-kira 150 meter di lorong kiri terowong dari Kajang ke arah East West Link Expressway, akan diteruskan mulai Jumaat ini hingga 15 November depan selama 24 jam.

"Semasa penutupan ini, satu lorong akan disediakan untuk pemandu dari Kajang menuju ke Lebuhraya Link Timur-Barat,"kata kenyataan itu.

Penutupan laluan di Jalan Cheras berhampiran Taman Midah akan dilaksanakan mulai Jumaat ini hingga 15 Ogos dari 11 malam hingga 5 pagi, untuk memudahkan pelancaran jek bumbung dan kerja-kerja berkaitan bagi Stesen MRT Taman Midah.

Semasa penutupan itu, trafik dari KL menuju ke Kajang akan dilencongkan ke laluan dalaman di Stesen Minyak Petronas berhampiran Tanah Perkuburan Kristian Cheras dan keluar ke Jalan Cheras melalui laluan dari McDonald's, manakala pengguna jalan raya dari Kajang akan dihalakan ke lorong bawah di Stesen MRT Taman Midah yang bakal dibina.

Menurut syarikat itu, laluan Jalan Cheras berhampiran Cheras Sentral akan ditutup dari 16 hingga 17 Julai bermula dari 12 malam hingga 5 pagi melibatkan penutupan lorong paling kanan di sepanjang Jalan Cheras (menuju Kajang) bertentangan Cheras Sentral Mall.

Penutupan itu turut melibatkan tiga lorong di sepanjang Jalan Cheras (menuju KL) bertentangan Cheras Sentral Mall dari MRT CLQ ke KL.

Pelan pengurusan trafik empat fasa juga akan dilaksanakan di sepanjang Persiaran Surian dari Julai hingga 6 Ogos bermula 11 malam hingga 6 pagi bagi memudahkan pemasangan jejantas pejalan kaki di kawasa n Pelangi Astana dan Pelangi Square.

- Bernama

Read more ...

Ratu Elizabeth II terima peletakan jawatan Cameron

LONDON: Istana Buckingham sebentar tadi mengesahkan Ratu Elizabeth II menerima peletakkan jawatan David Cameron sebagai Perdana Menteri Britain.
Read more ...

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *