Recent Post

Monday, December 07, 2015

UMNO, perlu tunjuk bagaimana pemimpin harus berkelakuan - Salled Said

UMNO selaku tulang belakang Barisan Nasional (BN) perlu menunjukkan bagaimana seorang pemimpin harus berkelakuan, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak.
Read more ...

(22 FOTO) Feeya Iskandar Sinar FM Sah Bertunang Dengan Kekasihnya Rashid

Hanya berkenalan selama 3 bulan, penyampai radio Sinar FM Feeya Iskandar membuat keputusan untuk mengikat tali pertunangan berrsama kekasihnya Rashid di Puncak Jalil sekitar waktu 9.15  malam Ahad lepas.

Feeya memberikan tujuh dulang hantaran kepada Rashid  dan dibalas lima dulang hantaran  daripada pihak lelaki. Majlis tersebut berlangsung dengan cukup meriah sekali  dan dihadir oleh 100 orang tetamu. Kedua-duanya tampak anggun dan kacak mengenakan busan berwarna biru.

Buat Feeya meskipun perkenalan  mereka singkat, beliau merasa amat serasi dengan Rashid  yang mempunyai sikap penyayang dan romantik.

Walaupun hanya tiga bulan, Allah permudahkan semuanya dan kami mengambil keputusan untuk melanjutkan hubungan kami ke peringkat yang seterusnya. Saya sangat serasi apabila bersama tunang saya.

Rashid seorang yang cool dan romantik. Selain itu, dia juga penyayang dan seorang insan yang soft spoken. Dalam pada itu, Rashid juga ada sikap tegasnya yang begitu saya hormati.

Kata orang kalau betul-betul dah suka dan sesuai bersama tidak perlu bercinta lama-lama bukan? Kami di BeautifulNara mengucapkan tahniah kepada anda berdua dan semoga kekal sehingga ke jinjang pelamin.

Jom kita layan foto sekitar majlis pertunangan Feeya dan Rashid dengan membaca artikel ini sepenuhnya:

Kredit foto: @orkidphoto

Related Related Category : Malay 19 Comments Tinggalkan komen anda di sini TAGS: , , , , , , PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.
Read more ...

'WARM UP' VOCAL ANTARA PUNCA KEJAYAAN SITI NORDIANA KE FINAL

"Untuk kekalkan stamina, saya selalu pergi kelas zumba agar kekal bertenaga untuk menjaga kesihatan tubuh badan. Malah sebelum beraksi dan menyanyi di konsert mingguan, saya akan 'warm up' suara dengan menyanyikan lagu lain.

"Saya juga elakkan makan makanan yang berlemak seperti santan terutama menjelang sehari konsert mingguan berlangsung.

"Berkenaan dengan vokal pula, saya baru sahaja belajar kelas vokal dengan Cikgu Shafi, Erni Zakri dan juga Datuk Ramli MS.

"Dulu masa mula-mula nyanyi ketika usia belasan tahun, saya tak pergi pun belajar vokal. Nyanyi ikut cara sendiri, selepas pergi ke kelas vokal, barulah saya tahu sikit-sikit teknik vokal yang sesuai untuk menyanyikan sesebuah la gu," demikian kata Siti Nordiana yang berjaya layak ke final Gegar Vaganza 2 semalam.

"Tak sangka boleh sampai ke peringkat akhir, ditambah lagi dengan bilangan penyokong dan peminat yang semakin ramai.

"Ini semua adalah rezeki dan saya amat bersyukur sekali. Untuk lagu Putus Terpaksa ia adalah sebuah lagu yang agak susah untuk dinyanyikan berbanding dengan lagu Mengapa.

"Apa-apa pun, saya kena kuat dan buat yang terbaik buat semua penonton setia GV2. Doa yang baik-baik untuk saya ya!" tambahnya yang akui agak tertekan dan sedikit gentar untuk bersaing dengan peserta yang lain.

Sumber: Murai

         ________________________

FACEBOOK - SANTAI - PAPARAZZI - NOSTALGIA - GALERI - YOUTUBE - ROMANTIKA - SEJARAH MYARTIS - INSTAGRAM - TWITTER

TwitterFacebookGoogle PlusRSS FeedEmail

Read more ...

Isu ‘kimK’, Fazura Rasa Vii Narza Harus Minta Maaf

Pelakon Nur Fazura Sharifuddin tetap mempertahankan tindakan menegur seorang peminatnya di Instagram kerana menggunakan perkataan "kimK".

Fazura berkata tegurannya itu tidak keterlaluan kerana perkataan itu mengelirukan dan mempunyai makna berlapis seperti pernah terjadi beberapa kali sebelum ini.

"Perkara yang hampir sama sebelum ini sudah banyak kali terjadi tetapi saya cuba untuk berfikiran positif.

"Kebetulan saya nampak perkara itu berulang kembali dan ia tidak harus dibiarkan. Jadi tidak keterlaluan kalau saya menegur perbuatannya itu," katanya, seperti dilapor Berita Harian,kemarin

Sebaliknya, tambah pelakon itu, pengikutnya di media sosial Vii Narza perlu memohon maaf kepada rakannya jika benar beliau berniat untuk mempersenda.

"Kalau benar dia memuji rakan saya itu persis Kim Kardashian, itu antara dia dengan Tuhan.

"Tapi jika niatnya cuba mempersenda, dialah yang harus memohon maaf pada rakan saya itu kerana ia dibuat di media sosial. Rakan saya pun ada perasaan. Tidak semua orang tahu cerita sebenar," katanya.

Ditanya tentang laporan polis yang dibuat semasa malam kejadian, Rabu lalu, beliau enggan mengulas lanjut sama ada ia berkaitan dengan kes buli siber.

Wanita itu, yang hanya ingin memperkenalkan diri sebagai Vii Narza, mengulas gambar Fazura bersama rakannya di Instagram dengan ungkapan "Mcm kimK yg dpn tu" (macam kimK yang di depan itu).

Bagaimanapun, Fazura, 32, tersalah faham maksud "kimK" — yang disangkanya bermakna kesat — sehingga mempersoalkan penampilan bertudung eksekutif jualan korporat itu.

Pelakon filem "Gol dan Gincu" itu memadamkan coretan salah fahamnya di Instagram dan kemudian menasihatkan peminatnya lebih berhati-hati memberikan komen di media sosial.

Peminat Fazura dan pengikutnya di Internet mendesak selebriti itu memohon maaf kepadanya sehingga nama #Fazura dan #kimK menjadi topik terhangat di Twitter, Rabu lalu.< /p>

Sumber: The Malay Online

Artikel ini disiarkan pada Isnin,7 Disember 2015

Read more ...

Tiket Konsert Final GEGAR VAGANZA 2015 Dijual Setinggi RM1000?

Wow, terkejut juga Budiey tengok apabila tiket Konsert Final GEGAR VAGANZA 2015 dijual dengan harga yang agak tinggi. Jika kita tengok penjualan tiket di TicketCharge.com nampaknya ia dilihat satu bisnes yang menguntungkan. Walau letak setinggi mana pun, tiket tetap laris.

Tiket dijual serendah RM200 hingga RM1000 itu mendapat respon dari penonton. Berbanding di Konsert Final Gegar Vaganza tahun lepas, tahun ini program yang disertai oleh penyanyi otai ini dianggap satu fenomena. Ramai yang nak hadir menonton secara langsung. Konsert kali ini juga berbeza kerana ia berlangsung di dewan yang agak kecil iaitu di tempat yang sama konsert mingguan iaitu MBSA Shah Alam. Tempat yang sangat terhad dan demand dari penonton bukannya sedikit.

Untitled

Siapa nak tiket? Haaa, belilah sendiri. Jangan tanya Budiey sebab Budiey pun dapat dua tiket media.

Kepada peserta finalis…. Good luck!

Komen via Facebook

Komen

— 287 Bacaan
Read more ...

'Kita Tak Support Aktiviti Pam Susu Ini Sebab Curi Masa Bekerja'

Baru balik check up baby yang berusia 38 minggu. Gynea tanya, banyak MC lagi tak? Saya kata, setahun kerja baru 1 hari MC despite preggy. Alhamdulillah. So she said, "I give you two weeks MC lah. Better rest at home. Takut tak sempat dari KLCC yang lebih sejam kalau nak sampai hospital ini,". "Next week nak masuk office lagi doktor. Banyak kerja kena settle. Tak best handover banyak kerja pada orang lain," balas saya.  I just wanna share the fact nowadays. Company, kalau boleh memang tak nak hire married women yang muda-muda. Bila mengandung, cuti memanjang saja. Januari hari tu, saya pergi temuduga di dua buah syarikat ini. Antara soalannya,  "You ada plan nak pregnant lagi tak?" What the fish punya soalan kan? "Saya dah ada sepasang, jadi tak ada plan nak tambah. Tetapi kita merancang saja, Allah yang tentukan. Install IUD pun boleh hilang dan tahu-tahu saja mengandung, kan,"  Ada sahabat saya yang pergi temuduga di sebuah syarikat yang lebih besar, siap ditanya, "You pam susu untuk baby ke? Sebab kita tak support aktiviti pam ini kerana ia mengambil masa bekerja," kata penemuduga berkenaan.  Lantas kawan saya menjawab, "Tetapi awak support pula golongan lelaki pergi merokok di tangga kecemasan di waktu kerja dalam masa 20 minit lebih kurang 3-4 kali sehari?"  Haa, penemuduga kena sound setepek sebelum sahabat saya mengangkat kaki keluar dari syarikat tersebut.  Hargailah isteri-isteri bekerjaya di luar sana. Walaupun kadang-kadang dia balik kerja lewat, tak sempat masak dan tapau saja, sebab sebagai ibu yang bekerjaya adalah suatu perkara yang mencabar. Bukannya mudah untuk mengimbangi karier dengan keluarga. Cuba bayangkan anda berada di tempat mereka sendiri.  Yang mengandung, mereka telan saja segala pil makanan tambahan untuk kekal sihat dan fit untuk bekerja. Yang breastfeed pula mengangkut segala dan berkejar dengan rutin serta komitmen untuk breastfeed selama dua tahun. Buat kerja kena cepat dan efisyen serta work sharp sebab tepat jam 5.30 petang kena segera balik ke rumah. Kadang-kadang dapat MC pun gagahkan diri masuk kerja juga sebab nak cover leave untuk jaga anak-anak tak sihat nanti. Takkan tiap=tiap bulan ambil AL/MC sampai lima hari kot? Kena pandai bagi komitmen kalau nak kerja makan gaji.  Disiplin dan komitmen perlu untuk menjaga periuk nasi kita. Sekarang ini, kos sara hidup sudah semakin meningkat. Segala benda naik setiap bulan. Tak ada pula yang nak derma RM2 bilion ke dalam akaun kita. Jadi untuk keselesaan anak-anak dan kualiti kehidupan, ramai ibu yang perlu bekerja.  Kepada lelaki yang menjadi boss itu, bersimpatilah dengan perjuangan ibu-ibu bekerja ini sebab anda juga keluar dari rahim seorang ibu dan mendapat susu dari badannya juga kan. - Faradila Rozali Ditulis semula untuk siaran di THEHYPEMEDIA.COM

Read more ...

Kelab Borussia Dortmund Bertafakur Seminit untuk Tunku Abdul Jalil

KUALA LUMPUR: Kelab bola sepak Borussia Dortmund bertafakur selamat seminit pada Sabtu sebelum perlawanan menentang Kelab Wolfsburg sebagai tanda memberi penghormatan susulan kemangkatan Tunku Laksamana Johor, Almarhum Tunku Abdul Jalil Sultan Ibrahim.

Pasukan dari Jerman itu berdiri untuk bertafakur selama seminit sebelum perlawanan menentang VfL Wolfsburg di Volkswagen Arena.

"Pasukan Borussia Dortmund ingin mengucapkan takziah kepada Duli Yang Amat Mulia (Tunku Mahkota Johor, Tunkur Ismail Sultan Ibrahim) atas kemangkatan adinda tersayang dan untuk semua sahabat kami di Malaysia ", tulis pasukan itu di Facebook rasmi mereka.

Pasukan Borussia Dortmund dan Johor Southern Tigers bekerja sama dalam membangun dan melatih bakat-bakat- baharu bagi golongan kanak-kanak dan golongan belia Malaysia.

Almarhum Tunku Abdul Jalil Iskandar Ibni Sultan Ibrahim Ismail mangkat pada malam Sabtu jam 7.11 malam di Hospital Sultanah Aminah Johor Bharu akibat kanser hati. - Siakapkeli.my

Read more ...

Jaga Jantung Anda Mulai Sekarang Juga, Karena Sedikit Saja Masalah Pada Jantung Efeknya Fatal!

Pak Jantung bapak rusak sudah terlalu parah. Sudah harus diganti, atau pasang LVAD.

Diganti gimana dok? Transplantasi maksudnya?

Iya pak, transplant.

Dimana dok kalau mau transplant?

Ngga di Indonesia pak pastinya. Kita belum punya program donor organ.

Kalau LVAD itu apa dok?

LVAD itu pompa jantung buatan manusia yang bisa bekerja menggantikan fungsi jantung sebagai pompa ketika fungsinya terganggu.

Kalau pasang LVAD gimana?

Oh itu tinggal mampir saja kesebelah pak. Ke Malaysia. Disana sudah rutin mengerjakan.

Berapa biayanya dok?

Siapkan saja 1,5 M pak.

Waduh mahal banget. Apa ngga ada cara lain?

Coba pindah kewarganegaraan Malaysia, kalau bisa, paling cuma keluar beberapa juta. Sisanya ditanggung pemerintah Malaysia.

Bagaimana dok caranya kalau saya mau pindah kewarganegaraan?

#@#!?#@?# Tanya petugas imigrasi deh pak kalau mengenai hal itu.

-------------------------------------------------- ------------------

Yang diatas hanya dialog imajiner yang seharusnya saya sampaikan blak-blakan kepada pasien saya, laki-laki 33 tahun yang kena serangan jantung tahun lalu. Kini setelah saya echo fungsi jantungnya hanya tersisa sekitar 12%, tapi kalau hal itu disampaikan waduh bisa-bisa orangnya stress dan meninggal besok-besok.

Orang sakit jantung meninggal karena stress pernah ada, dulu ada pasien penyakit jantung rematik yang semua katup jantungnya rusak, kemudian ada yang keceplosan komentar "kok masih bisa hidup?". Pasiennya stress ngga mau makan lantas besoknya meninggal. Padahal sebelumnya kondisinya sudah stabil.

Jadi saya selalu berpikiran sikap positif menghadapi cobaan/ penyakit itu sangat penting. Buat a pa berita buruk disampaikan jika solusinya memang belum ada di sini. Saya biasanya cukup bilang kalau fungsi jantungnya terganggu, perlu dibantu obat-obatan, doa dan tawakal yang ngga boleh putus plus berhenti merokok. Kita sebagai manusia hanya bisa berusaha, semoga yang diatas kasih jalan terbaik.

Jantung adalah bagian tubuh manusia yang banyak bekerja. Setiap harinya jantung berdetak hingga 100.000 kali. Sepanjang manusia hidup jantung berdetak sekitar 2,5 milyar kali. Besar sekali jasanya organ ini... Sekalinya rusak / bermasalah pengobatannya akan sangat mahal. Jadi anda harus sangat menyayangi jantung anda.

Caranya:1. Jangan biarkan jantung bekerja keras melawan tekanan darah yang tinggi. Pastikan tekanan darah sistolik anda selalu dibawah 140 mmHg (<130 mmHg kalau punya diabetes). Kalau tidak punya tekanan darah tinggi (hipertensi), periksakanlah tekanan darah anda secara berkala, setidaknya setahun sekali. Jika sudah terdiagnosis hipertensi dan diobati, pastik an obatnya diminum teratur dan tekanan darah terjaga tetap rendah, jika perlu periksa beberapa kali dalam sehari. Beli saja tensimeter digital untuk memonitor tekanan darah anda saat dirumah. Bila tetap tinggi, jangan ragu untuk berkonsultasi ke dokter anda.

2. Kalau punya diabetes jangan biarkan pembuluh darah jantungnya rusak karena gula darah yang tidak terkendali. Berobatlah teratur, jangan sampai kadar HBA1C anda diatas 7. Jadilah pasien yang rewel: Dok, obat sudah dimakan, makanan dijaga, tapi kok gula darah saya masih tetap tinggi. Apa obannya perlu diganti?

3. Jangan biarkan gigi anda rusak tidak terpelihara. Sisa akar gigi menjadi sumber kuman yang bisa beredar bebas dalam darah, hinggap di katup jantung dan menimbulkan kerusakan jantung (endokarditis). Ada gigi bolong? Walau tidak ada keluhan, mampirlah ke dokter gigi.

4. Kalau sakit tenggorokan, terutama untuk anak-anak, jangan dibiarkan tidak terobati. Datanglah ke dokter, pastikan sakit tenggorokan tid ak disebabkan oleh bakteri. Bakteri seperti streptococcus pada beberapa orang bisa memicu timbulnya serangkaian reaksi imun yang merusak katup jantung. Angka kejadiannya di Indonesia masih sangat banyak. Padahal cara mencegahnya sangat mudah.

5. Jangan biarkan lemak berlebih beredar bebas, lantas ditimbun di pembuluh darah. Lakukan pemeriksaan lemak darah secara berkala kalau memang tinggi karena faktor genetik minum obat penurun kadar lemak secara teratur, jika tidak makanlah makanan yang sehat, rendah kolesterol, tidak berminyak, dan tinggi serat.

6. Berolahraga lah secara teratur. Jantung seperti halnya otot tubuh lainnya adalah orang yang sangat mudah beradaptasi sesuai kebutuhan. Jika anda punya tekanan darah tinggi otot jantung akan menebal sehingga bisa bekerja memenuhi kebutuhan tubuh walau tekanannya yang tinggi. Kalau ada sebagian ototnya yang mati pasca serangan, otot yang masih sehat akan bekerja lebih keras. Tapi kalau berlangsung terus-menerus ya fungsinya akan terganggu juga. Olahraga yang teratur akan membentuk jantung yang sehat, yang bisa bekerja lebih efektif dan lebih tahan saat diberi beban berat. Risiko terjadinya serangan jantung juga akan menurun pada mereka yang berolahraga teratur.

7. Kalau mau hamil rencanakan lah terlebih dahulu. Periksakan dulu ada tidak infeksi virus yang bisa mengakibatkan kelainan kongenital pada anak. Periksakan TORCH (Toxo, Rubella, Cytomegalovirus, Herpes) dulu. Janganlah hamil terlalu sering, terlalu muda (<18 tahun) atau terlalu tua (>35 tahun) karena risiko komplikasi tinggi. Termasuk salah satunya risiko terjadinya peripartum cardiomiopathy atau gagal jantung saat kehamilan.

8. Jangan merokok, rokok menganggu fungsi endotel pembuluh darah sehingga rsecara akut tekanan darah akan meningkat. Proses penimbunan lemak pada pembuluh darah (atherosklerosis) juga berlangsung lebih cepat pada perokok. Rokok juga mengganggu kerja trombosit, komponen darah yang berfungsi dalam proses pe mbekuan darah. Trombosit lebih mudah rusak dan lebih mudah menempel (agregasi) satu sama lain membentuk gumpalan darah, penyebab terjadinya serangan jantung & stroke. Karena itulah perokok lebih rentan terkena penyakit jantung dan pembuluh darah.

Pasien saya yang masih muda dan butuh jantung baru ini perokok berat loh. Sekarang sudah ngga aneh muda-muda kena serangan jantung. Tiap kali ditanya, merokok ya? Iya.

Atau jawabnya: sudah berhenti dok.

Kapan berhentinya? Kemarin dok (saat nyeri dada, sembari tersenyum kecut)

Semoga informasinya bermanfaat.Selamat berpuasa.

Oleh: dr. Erta Priadi Wirawijaya

Jaga Jantung Anda Mulai Sekarang Juga, Karena Sedikit Saja Masalah Pada Jantung Efeknya Fatal! 2015-07-07T19:12:00-07:00 Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Deriz R
Read more ...

3 maut, 9 cedera kemalangan di Temerloh

Tiga wanita termasuk dua beranak maut dalam kemalangan melibatkan sebuah kereta dan kenderaan pelbagai guna (MPV) di Kilometer 22 Jalan Temerloh-Jerantut berhampiran Kampung Tekal di Temerloh semalam.

Menurut Ketua Balai Bomba Temerloh Hashnuddin Hussin, kemalangan pukul 5 petang itu melibatkan sebuah kereta Proton Wira dan MPV jenis Toyota Avanza, turut mengakibatkan sembilan orang cedera termasuk tujuh kanak-kanak.

\Mangsa yang meninggal ialah penumpang hadapan dan belakang kereta Proton Wira iaitu Maimunah Mohd Sidek, 62, dan anaknya, Ilyana Abd Kadir, 39.

Seorang lagi yang maut ialah seorang guru yang merupakan penumpang hadapan Toyota Avanza.

"Kemalangan berlaku apabila kereta yang dinaiki oleh tujuh orang termasuk empat kanak-kanak itu hilang kawalan ketika melalui selekoh di situ sebelum bertembung dengan Toyota Avanza dinaiki lima orang termasuk tiga kanak-kanak.

"Semasa kejadian kereta itu (Proton Wira) dalam perjalanan dari arahTemerloh ke Jengka manakala MPV pula dari arah Jerantut ke Temerloh," katanya ketika dihubungi.

Kemalangan itu turut menyebabkan kedua-dua pemandu kenderaan itu mengalami kecederaan parah dan kesemua kanak-kanak berkenaan cedera ringan.

Menurutnya, mangsa yang maut dan kesemua yang cedera dibawa ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah.

Penumpang bas cedera

Sementara itu, 15 penumpang sebuah bas ekspres cedera ringan selepas bas yang mereka naiki terbabas dan terbalik di Kilometer 167.7 Lebuhraya Utara Selatan arah utara, Nibong Tebal semalam.

Pegawai Trafik Kontinjen Pulau Pinang DSP Tan Boon Hooi berkata dalam kemalangan pada kira-kira jam 5.50 pagi itu, penumpang yang cedera terdiri daripada lapan wanita dan tujuh lelaki berusia antara 18 dan 45 tahun.

"Semasa kemalangan, bas ekspres yang membawa 21 penumpang itu dalam perjalanan dari Larkin, Johor menuju ke Kangar, Perlis.

"Menurut pemandu bas berusia 40-an, semasa tiba di lokasi kejadian secara tiba-tiba sebuah motosikal keluar dari tepi kiri jalan dan masuk ke laluan bas di lebuhraya berkenaan," katanya.

Beliau berkata pemandu bas ekspres itu cuba mengelak motosikal berkenaan sehingga menyebabkan kenderaannya hilang kawalan sebelum terbalik di atas jalan.

Tan berkata semasa kejadian terdapat beberapa kenderaan lain di belakang bas berkenaan, namun pemandunya sempat mengelak.

Katanya, beberapa pengguna jalan raya bertindak membantu mengeluarkan penumpang dari bas berkenaan sebelum bantuan daripada pihak bomba tiba.

Mangsa yang cedera dihantar ke Hospital Sungai Bakap untuk rawatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987, katanya.

Sementara itu seorang penumpang yang hanya mahu dikenali sebagai Ravi, 29, berkata semasa kejadian beliau belum tidur kerana bas berkenaan baru 20 minit berhenti di Hentian Rehat dan Rawat Gunung Semanggol.

"Ketika itu, saya sedang melihat telefon bimbit dan tiba-tiba rasa macam bas mengelak sesuatu sebelum terbalik, kebanyakan penumpang yang tengah tidur terkejut dan menjerit.

"Saya mengalami kecederaan luka di tangan dan lebam di kepala akibat terhantuk," katanya yang bekerja di sebuah syarikat swasta di Johor Bharu dan dalam perjalanan pulang ke Alor Setar.

- Bernama

Read more ...

Nurul Izzah dilarang masuk Sarawak

KUCHING: Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar, dilarang masuk ke Sarawak hari ini selepas Jabatan Imigresen Sarawak mengeluarkan Notis Penolakan Masuk kepadanya.
Read more ...

KECOH! Punca Normah Buka Tudung Tidak Masuk Akal

KECOH! Punca Normah Buka Tudung Tidak Masuk Akal

Baru- baru ini kecoh apabila peminat menyedari penampilan Normah Damanhuri, 39 berubah di dalam sebuah drama yang popular ditayangkan di Astro. Drama yang mendapat perhatian yang hangat dari penonton iaitu drama Tuan Anas Mikail, dikatakan watak yang dipegang oleh Normah iaitu sebagai nenda kepada Tuan Anas dilihat tidak bertudung sedangkan dia sudah berhijab selepas pulang dari mengerjakan umrah pada tahun 2011.

Beliau berkata, dia hanya membuka hijab apabila diminta berbuat demikian oleh pengarah untuk mengikut kesesuaian watak.

"Sebenarnya saya sudah mula bertudung selepas pulang dari umrah pada tahun 2011. Tetapi saya mencari rezeki dan kalau diperlukan tidak bertudung, saya tidak boleh tolak."

Tambahnya lagi, imej tidak bertudung yang ditampilkan dalam drama lakonannya itu bukan dipaksaan oleh mana-mana pihak tetapi atas kerelaan sendiri.

"Mungkin ada yang kurang senang dengan kenyataan ini. Tetapi saya akan cuba memperbaiki diri menjadi seorang Muslimah yang lebih baik."

Bagaimanapun, dia masih bersyukur kerana masih lagi diberi peluang untuk berlakon meskipun usianya semakin lanjut. Ianya mungkin disebabkan beliau mempunyai sikap komitmen kerja yang tinggi dan seorang berdisplin.

"Saya seorang yang sangat mementingkan kualiti kerja. Ertinya, bukan sekadar perlu datang awal dan menghafal skrip semata-mata, tetapi kita perlu membuat persiapan awal, iaitu tidur dan rehat secukupnya sebelum memulakan kerja-kerja lakonan."

"Kalau tak, nanti persembahan yang disampaikan tidak cantik, sekali gus menyusahkan orang sekeliling untuk membuat rakaman semula."

"Itu yang saya pegang sehingga kini dan Alhamdulillah, saya masih lagi relevan dalam industri."

Dalam perkembangan yang lain, beliau akan muncul dalam sebuah filem 'Langit Cinta' arahan Osman Ali yang bakal ditayangkan pada bulan Januari tahun depan selain drama 'Tentang Hati', terbitan Global Station.

LAGI ARTIKEL MENARIK:

  • "Yus 'Pinjam' RM5000 Sebelum Meinggal" – Ajak Shiro
  • Tunku Abdul Jalil Mangkat – Al-fatihah
  • (GAMBAR) Sekitar Majlis Pertunangan Feeya Iskandar
  • MENGEJUTKAN! Punca Peminat Fazura Lari Didedahkan
  • KECOH! Punca Keretakan Rumah Tangga Fasha Sandha Terbongkar
  • Apapun alasannya, kami mendoakan supaya Allah bagi petunjuk kepadanya satu hari nanti. InsyaAllah.

    11,794 total views, 11,794 views today

    Read more ...

    Popular Posts

    Berita Harian

    Malaysia Kini

    Mypotnews Links

    Submit ExpressFree Webmaster Tools
    Ping search engines.

    Contact Form

    Name

    Email *

    Message *