Recent Post

Saturday, January 23, 2016

Washington dilanda ribut salji dahsyat

Keadaan luar biasa itu menyebabkan orang ramai menggelarkan musim salji kali ini sebagai 'Snowzilla', berikutan besarnya impak yang datang bersamanya.
Read more ...

Nak Tahu Jantina Anak Dalam Kandungan? Ikuti Petua Baru & Mudah Ini

Nak Tahu Jantina Anak Dalam Kandungan? Ikuti Petua Baru dan Mudah Ini. SEMUA pasangan yang berkahwin pastinya bersetuju bahawa mengetahui jantina anak merupakan antara saat yang dinanti-nantikan apabila isteri disahkan hamil.

Walaupun dalam zaman serba moden ini, ada bermacam-macam cara untuk mengetahuinya seperti melakukan ujian 3D/4D, namun, masyarakat kita masih lagi gemar mengikuti petua-petua lama untuk mengesan jantina bayi.

Antara yang paling popular adalah percaya bahawa perut kelihatan boyot ke hadapan dan kelihatan 'tajam' adalah sedang mengandungkan anak lelaki manakala, perut kelihatan bulat sedang mengandungkan anak perempuan memetik portal Mynewshub.

Selain itu, ada juga yang menggunakan petua di mana mengikat cincin perkahwinan pada benang lalu gantung di atas perut. Jika cincin tersebut berpusing-pusing bermakna wanita itu sedang hamil anak lelaki.

Bagaimanapun, petua-petua ini boleh dianggap sudah 'basi' dan banyak dikongsikan di mana-mana blog.

Oleh itu, kami ingin perkenalkan satu petua baharu dari se orang netizen menerusi laman Facebook 'Info Ibu Hamil' yang kami rasakan amat mudah untuk diamalkan.

"Petua ni saya dapat masa kursus kerja, ada seorang pensyarah yang bagi. Masa tu umur baru 21 tahun tapi saya ingat sampai saya hamil anak sendiri masa umur 24 tahun sebab selalu tolong kirakan untuk kawan-kawan dan semua kiraan betul.

"CARANYA: Bulan last period dicampurkan (+) umur kita masa last period tu (ikut bulan). Jika hasil genap anak perempuan dan jika hasil ganjil anak lelaki. "Contoh saya last period Disember 2014 masa tu umur dah cukup 24 tahun (birthday Ogos). Jadi 12+24=36 (genap). Masa detail scan saya tak terkejut pun doktor bagitahu yang saya hamil baby girl," tulisnya.

Semoga petua ini memberi manfaat kepada bakal-bakal ibu. Namun, harus diingat bahawa tuhan yang menentukan segala-segalanya.

Apa yang penting, bayi yang dilahirkan berada dalam keadaan sihat walafiat.

Read more ...

Kami Bercerai Bukan Kerana Orang Ketiga Ataupun Masalah Kewangan รข€“ Adam AF

Beberapa hari lepas merupakan detik hitam buat sesetengah artis Malaysia, kes penceraian mereka menjadi perhatian ramai terutama sekali buat Adam AF dan Fiza Elita yang bercerai buat kali kedua.

Pelbagai spekulasi dan persoalan tercetus apabila Fiza dalam satu kenyataan memberitahu hubungan mereka semakin hambar  dan tidak pernah aman terutama sekali ketika ia melibatkan  soal kewangan rumah tangga.

Sekaligus ada pihak yang menganggap Fiza dan Adam tidak boleh susah dan senang bersama dan begitu mudah membuat keputusan untuk bercerai.

Namun tegas Adam melalui portal Media Hiburan, masalah kewangan ataupun orang ketiga bukanlah punca mereka berpisah.

Biarlah punca perceraian kami ini hanya Allah sahaja yang tahu. Saya tidak mahu mengulas apa-apa tentang perkara ini.

Apa pun, ia bukanlah disebabkan oleh orang ketiga ataupun masalah kewangan. Mungkin sudah tiada jodoh antara kami.

Bagi Adam beliau sudah berusaha untuk mempertahankan rumah tangganya dan mungkin dengan berpisah adalah jalan terbaik buat beliau dan Fiza.

Setelah mencuba (mempertahankan rumah tangga), saya reda dengan apa yang berlaku ini dan menganggap perpisahan adalah jalan yang terbaik buat kami berdua.

Sudah jodoh mereka singkat hendak buat macam mana bukan? Semoga selepas ini masing-masing akan berjumpa dengan kebahagiaan yang lain. InshaAllah.

Sumber Berita: Media Hiburan

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.
Read more ...

PRODUK QU PUTEH BERACUN - MALAYSIA & BRUNEI HARAMKAN PENJUALAN

Dua produk keluaran syarikat kosmetik jenama terkenal Vida Beauty Sdn. Bhd. (Vida Beauty) milik usahawan terkenal, Datuk Seri Dr Hasmiza Othman atau lebih dikenali sebagai Datuk Seri Vida yang pernah menjadi penaja utama Gegar Vaganza 2, telah diharamkan penjualannya oleh Malaysia serta Brunei.

Dua produk yang dimaksudkan adalah produk Qu Puteh Whitening Pro 9 dan Qu Puteh Whitening UV Block. Ini kerana produk berkenaan didakwa mengandungi bahan-bahan yang berbahaya.

Produk Qu Puteh Whitening Pro 9 dan Qu Puteh Whitening UV Block dikesan mengandungi paras merkuri yang berbahaya kepada kesihatan manusia.

Pengharaman itu dibuat selepas Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan (BPFK) mendapat i produk tersebut mengandungi bahan racun berjadual yang boleh mengakibatkan kerosakan kepada buah pinggang dan sistem saraf, mengganggu perkembangan otak kanak-kanak yang masih kecil atau yang belum dilahirkan jika digunakan dalam tempoh yang lama.

Dalam pada itu, Kementerian Kesihatan Brunei menerusi akhbar The Brunei Times turut mengharamkan dua produk keluaran syarikat tersebut.

Selain itu, Brunei turut mengharamkan produk kapsul Chantique Beauty Slimming Herbal kerana didapati mengandungi spironolactone yang boleh menyebabkan kelesuan, kekeliruan, mengantuk, pening, rasa tidak selesa pada payu dara dan menyebabkan ia besar, haid tidak teratur, kejang, keguguran rambut serta ruam kulit.

         ________________________

FACEBOOK - SANTAI - PAPARAZZI - NOSTALGIA - GALERI - YOUTUBE - ROMANTIKA - SEJARAH MYARTIS - INSTAGRAM - TWITTER

TwitterFacebookGoogle PlusRSS FeedEmail

Read more ...

Ikan Singgang Kg Baru Jadi Kegilaan Izzue Islam

Pelakon dan penyanyi, Izzue Islam akui amat menyukai hidangan ikan singgang di salah sebuah gerai di Kampung Baru.

Malah, seandainya lokasi penggambarannya terletak berhampiran dengan Kampung Baru, dia akan cuba mencuri masa untuk menikmati ikan singgang yang jadi kegemarannya itu di gerai tersebut.

"Selain ikan singgang, yang 'special' di kedai itu adalah budu dan juga ikan rebus goreng. Rasanya  memang cukup nikmat dan sedap.

"Saya juga suka makan ayam goreng. Ada satu gerai tidak bernama yang jual ayam goreng yang sedap di Shah Alam.

"Gerai itu terletak berhampiran kilang gula, mungkin orang kata ayam goreng semuanya sama tapi dekat gerai itu rasa rempahnya agak berlainan," kata Izzue kepada portal Murai.com.my.

Dalam pada itu, Izzue juga gemar menikmati  tomyam di Klang yang dikenali dengan nama Dah Tomyam.

"Di gerai Dah Tomyam, saya suka makan tomyam ayam campur dengan daging. Manakala isteri saya Awin pula suka makan sup daging.

"Saya sering ke situ kerana gerai tersebut dekat dengan rumah kami, jadi lepas habis kerja atau 'shooting', kami akan pergilah ke kedai itu untuk makan," akhiri Izzue dengan penuh semangat.

Oleh Mohd Ishahrulddin TahirArtikel Ini Disiarkan Pada Jumaat, 22 Jan 2016

Read more ...

Tiga peserta berarak Thaipusam maut dirempuh kereta - Kosmo!

Tiga peserta berarak Thaipusam maut dirempuh kereta

23/01/2016 12:01pm

Mayat peserta perarakan diangkat oleh penyelamat.

KUALA LUMPUR - Tiga penganut Hindu, yang menyertai rombongan berjalan kaki dari Senawang, Negeri Sembilan ke Batu Caves untuk sambutan Thaipusam, maut dirempuh sebuah kereta di Lebuh Raya Seremban-Kuala Lumpur berhampiran Seri Petaling, pagi ini.

Sementara tiga lagi cedera parah dalam kejadian kira-kira jam 8.30 pagi ini, menurut jurucakap polis di sini hari ini.

Beliau berkata, pemandu kereta terbabit dilaporkan telah melarikan diri sejurus kemalangan.

Mayat ketiga-tiga mangsa kemalangan itu dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk bedah siasat, sementara yang cedera dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) untuk rawatan, katanya.

Menurutnya, anggota keluarga ketiga-tiga mangsa telah dipanggil untuk proses pengecaman mayat di bilik mayat HKL.

Thaipusam disambut esok. - Bernama

Read more ...

Kumpulan Kobis Pedas Tempat Pertama Final JUARA PARODI

Kumpulan Kobis Pedas yang dianggotai oleh Misha Omar dan Tauke Jambu berjaya dinobatkan sebagai pemenang bagi program #JuaraParodi yang berlangsung di Teater Shah Alam, malam tadi.

Membawa pulang hadiah kemenangan berupa wang tunai bernilai RM300,000 dan trofi, Kobis Pedas turut memenangi wang tunai bernilai RM25,000 menerusi Anugerah Pilihan Penonton yang ditaja oleh Aura White.

Kumpulan Abang Face yang dianggotai oleh Shuk SYJ, Joey dan Sam Bunkface pula berjaya menduduki tempat naib juara. Datuk Hattan dan Ajak Shiro yang mewakili kumpulan Juri pula berjaya mendapat tempat ketiga.

Kumpulan Slumber Blur yang dianggotai oleh Mark Adam dan Shuib Sepahtu serta kumpulan Right Handed yang dianggotai oleh Waris, Abam dan Fad Bocey masing-masing mendapat tempat keempat dan kelima.

Finalis yang mendapat tempat naib juara sehingga tempat kelima berjaya membawa pulang hadiah berupa wang tunai bernilai RM20,000.

Seterusnya, Kategori Persembahan Terbaik dan Lirik Terbaik pula dimenangi kumpulan Abang Face. Kategori Vokal Terbaik pula digondol oleh kumpulan Juri. Pemenang setiap kategori masing-masing meraih wang tunai RM10,000.

Konsert akhir #JuaraParodi dibuka oleh persembahan nyanyian oleh pemenang Gegar Vaganza musim kedua, Siti Nordiana bersama Lan Kristal yang menyampaikan lagu Paling Comel.

Juara Parodi yang berkonsepkan realiti komedi muzik menampilkan gabungan penyanyi popular dan pelawak dalam satu kumpulan dan memerlukan para peserta menukar lirik lagu kepada komedi dan parodi mengikut genre yang ditetapkan.

#JuaraParodi diterajui oleh Najip Ali dan Dina Nadzir selaku pengacara manakala Datuk Zainal Abidin dan Afdlin Shauki bertindak selaku juri tetap. Datuk AC Mizal pula bertindak selaku juri jemputan bagi konsert akhir.

#JuaraParodi bersiaran secara langsung di Teater Shah Alam, pada setiap Jumaat, jam 10.00 malam di saluran Astro Warna (132) dan Astro Mustika HD (134) bermula 6 November 2015.Layari www.juaraparodi.com.my untuk informasi lanjut mengenai #JuaraParodi.

Sumber: Astro Gempak

Komen via Facebook

Komen

— 108 Bacaan
Read more ...

Nazim Othman, Bella Dally Sah Bertunang Sejak November

Read more ...

'Saya Bukan Sengaja Tayang Payudara'

KOTA KINABLU - Susulan tersebarnya video seorang pondan yang didakwa sengaja menayangkan payudaranya ketika menyanyi di sebuah kompleks, individu terbabit, Papai Ciecie, tampil memberikan penjelasan.  "Salam, di sini saya menyusun sepuluh jari memohon maaf pada semua pihak di atas perbuatan saya yang sebenarnya tidak sengaja. "Saya hanya mahu menghiburkan orang dan di samping itu saya cuba membantu kumpulan busker berkenaan untuk mengutip sumbangan secara santai.  "Saya ingin memperbetulkan dakwaan orang ramai bahawa saya bukan sengaja menayangkan atau mempamerkan payudara di khalayak ramai. Tetapi ketinggian mikrofon yang terlalu rendah dan sukar dibetulkan. Oleh kerana itu secara tidak sengaja akhirnya payu dara saya terkeluar yang mana anda boleh lihat sendiri di YouTube bagaimana saya sendiri cuba memperbetulkan pakaian saya. "Saya tidak bersetuju dengan beberapa pihak yang cuba menjatuhkan saya dan imej keluarga saya sehingga menulis fakta yang tidak betul.  "Sebagai langkah profesional, saya akan berjumpa dengan pihak berkuasa untuk membuat penjelasan yang sebenarnya. Saya meminta maaf sekali lagi kepada yang membenci dan menghina atau berdendam kepada saya. Janganlah viralkan video itu lagi. Sekali lagi saya memohon maaf kepada semua pihak," katanya - THEHYPEMEDIA.COM

Read more ...

Dr. Vida Sedia Kemudahan Kolam Ais Untuk Pasukan PQPTRW

KOTA BHARU, 22 Jan: Pasukan bola sepak Kelantan, Pamoga Qu Puteh The Red Warriors (PQPTRW) bakal memiliki kemudahan kolam ais yang turut dimiliki pasukan bertaraf dunia apabila penaja utama pasukan tersebut, Datuk Seri Dr Hasmiza Othman bakal menyediakan kemudahan tersebut.

Laporan BH Online menyatakan kemudahan itu akan disediakan di tingkat tiga Wisma Vida Beauty di Kubur Langgar di sini berikutan ruang Stadium Sultan Muhammad IV yang agak terhad.

Dr Vida berkata kolam renang ais adalah satu kaedah pemulihan yang sangat penting untuk merawat badan terutamanya selepas perlawanan dan latihan.

"Saya difahamkan pemain sebelum ini perlu mencari alternatif sendiri untuk berenang dalam ais dengan membeli kolam renang plastik kanak-kanak.

"Jadi, saya akan menyediakan kolam itu di bangunan saya sendiri supaya pemain tidak lagi bersusah payah ke tempat lain kerana semua kemudahan di Wisma Vida Beauty sudah disediakan.

"Apa yang kita mahukan adalah kemudahan pemain untuk menjalani latihan fizikal di dalam gimnasium yang serba lengkap supaya mereka lebih cergas dan dapat beraksi dengan cemerlang.

Selain itu, Dr Vida juga turut berkata bangunan tersebut akan dilengkapi dengan beberapa kemudahan lain.

"Selain gimnasium, bangunan itu juga akan dilengkapi dengan kafe, tempat pemain berehat dan bilik mesyuarat, jakuzi, sauna dan kolam renang, termasuk tempat menjual tiket.

"Kerja pengubahsuaian bangunan itu akan bermula minggu depan mengikut reka bentuk saya sendiri," katanya di dalam satu sidang media hari ini.

Dr Vida juga berkata, Wisma Vida Beauty yang setinggi tiga tingkat itu sudah terbengkalai sejak tiga tahun lalu dan akan dicat semula dengan warna asas Qu Puteh iaitu merah jambu dan putih. - Siakapkeli.my

Read more ...

Qu Puteh tarik balik dua produk

KOTA BHARU: Pengasas syarikat Vida Beauty Sdn Bhd, Datuk Seri Dr Hasmiza Othman akan menarik balik produk Qu Puteh Whitening Pro 9 dan Qu Puteh Whitening UV Block dalam pasaran Brunei dan Malaysia buat sementara waktu, berkuat kuasa hari ini.
Read more ...

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *