Recent Post

Thursday, August 06, 2015

Hasta La Vista!!!! Majalah Lawak!!! Legenda Ujang & Apo? Sudah Berakhir

Buat kamu yang membesar dengan majalah lawak Ujang  dan Apo? pastinya terkesan apabila menerima berita ini bahawa Moy Publications selaku syarikat penerbitan bagi kedua-dua majalah ini menamatkan operasinya serta merta pada hari ini, 6 Ogos 2015.

Majalah Ujang yang membuat kemunculan pertamanya pada Tahun 1994 dan APO? pada 1 Disember 1998 telah ditamatkan operasinya berkuatkuasa pada petang Khamis ini.

Pengumuman ini dibuat melalui Facebook salah seorang dari krew Ujang iaitu Kartunis Lengkuas dengan statusnya seperti dibawah :

Status Lengkuas


Walau bagaimanapun, melalui status Facebook rasmi Ujang Moy Publications, tiada pengumuman dilakukan pada hari ini, status terakhir dikemaskini pada 5 Ogos pada jam 1:53 petang.

Screen Shot 2015-08-06 at 6.26.13 PM
Berita ini bagaikan memberi tamparan yang kuat kepada peminat-peminat majalah ini terutamanya yang mengenali hasil karya ini dari zaman sekolah lagi. Setelah lebih dari 20 tahun berada di pasaran, akhirnya syarikat penerbitan mengambil langkah yang boleh dikatakan drastik.Sebab dan punca penutupan syarikat penerbitan ini masih belum dikenalpasti.
Read more ...

WIFI Percuma Kepada Pengguna Yang Menaiki Keretapi ETS

Perkhidmatan Keretapi Elektrik (ETS) di antara Kuala Lumpur dan Padang Besar mendapat sambutan hangat.

Dianggarkan sebanyak 12 000 penumpang telah menggunakan perkhidmatan keretapi antara bandar ini sejak diperkenalkan 11 Julai yang lalu.

Perjalanan dari Kuala Lumpur ke Padang Besar mengambil masa kurang dari 6 jam. Ini adalah lebih pantas berbanding memandu sendiri menggunakan kenderaan bermotor.

Pihak Keretapi Tanah Melayu Berhad mengumumkan sekarang mereka merancang memberikan perkhidmatan WiFI percuma kepada penumpang ETS di masa hadapan.

Mereka menyedari WiFi adalah antara perkhidmatan yang diperlukan penumpang bagi menghilangkan perasaan bosan ketika menaiki tren.

Pada masa yang sama KTMB turut mempunyai perancangan melancarkan aplikasi peranti pintar KTM MobTicket bagi membolehkan penumpang membeli tiket keretapi ETS di atas talian. Bilakah kedua-dua perkhidmatan ini akan dilancarkan tidak pula diumumkan.

Ini adalah perkembangan yang baik bagi pihak KTMB. Selama ini perkhidmatan keretapi dilihat sebagai sistem pengangkutan yang sudah agak ketinggalan.

Dengan adanya WiFi mungkin lebih ramai orang akan menggunakan perkhidmatan ETS. Penghasilan aplikasi telefon pintar juga sudah menjadi keperluan sekarang kerana ia lebih mudah dari beratur di kaunter tiket.-MYNEWSHUB.CC
Read more ...

sedih melihat anak dirotan terlalu kuat sampai tinggal kesan



Ibu bapa sememangnya memiliki cara mereka tersendiri untuk mendidik anak-anak agar insan yang akan berbakti kepada agama, bangsa dan negara.

Namun, ibu bapa mana yang tidak bengang dan marah sekiranya segala didikan diberikan namun tidak diambil serius anak-anak, malah ditipu lagi hidup-hidup.

Cuba lihat bagaimana seorang ibu ini memberi pengajaran buat anaknya yang agak nakal dan tertangkap kelentong ibunya ponteng sekolah serta mengaji.

Bagaimanapun,  yang difahamkan dirakam oleh abangnya ini hanya sekadar berkongsi suka dan duka seorang ibu dalam mendidik anaknya. Lain kali jangan menipu lagi tau. -sensasi.org-
Read more ...

VIDEO KHAS AARON AZIZ BUAT ISTERI TERCINTA SEMPENA ANNIVERSARY KE-12

Sempena ulangtahun perkahwinan ke-12, Aaron Aziz telah memuat naik beberapa video di laman IGnya.

Video tersebut ditujukan buat isterinya tercinta, Diyana Halik. Jom tonton!

Klik gambar untuk size besar

VIDEONYA SELEPAS INI...





Klik link di bawah ini untuk tonton video VIDEO 1VIDEO 2VIDEO 3VIDEO 4VIDEO 5
 
Read more ...

Kisah Kedai Makan Makcik Mulut Puaka & Mahal Di Pantai Klebang, Melaka

Luahan Pengguna Facebook, Alfonso de Lorenzo:



 Kedai makan paling cilaka... di dunia... tauke dia makcik si mulut puaka... dah la bayar mahal... sambal sesudu pon nak charge sampai 2 ringgit... pastu cakap kene bayar juga lepas ambil lauk.. takut awak lari tak bayar..pastu anak dia lelaki lembik cakap mak kire meja tu.. takut dia orang lari... dengan tak puas hati.. aku dan isteri aku.. terus naik angin la... dia plak melawan balik.. terus jadi pergaduhan la... dengan amarah saya terus maki dia.. lauk dan pingan saya campak je depan kedai dia... orang ramai jadi saksi.. terus bangun, ada yang tak jadi makan situ... makcik tu memang kurang ajar... lokasi pantai kelebang melaka.. Ini pula luahan Pengguna Facebook, Maznah Rahmat pada 21 Julai lalu yang turut tidak berpuas hati dengan kedai makan tersebut. Baca lagi:


Tokey kedai ni sombong betul. Alkisah aku berhenti makan kat satu gerai di medan selera KLEBANG, MELAKA semalam. Kedai makan yg aku singgah tu tak de air batu jadi aku minta izin nak oder air kedai lain.aku pon oder la kat kedai no.7 ni. pekerja dia buatkan air hantar 1 jug air sirap kat tempat aku makan.  Oleh kerana air batunya sikit sangat.. aku suh anak aku p kedai tadi tambahkan air batu.. sebab dia caj rm10 1 jug untuk air sirap... tiba-tiba anak aku datang balik tanpa jug air tu.

Aku tanya mana jug air? Dia kata towkey kedai marah dia. Ehh aku pon nak p tanya la apa pasal...anak aku nak minum air kan kenapa lak tak dibaginya air tuu... bila aku tanya... tokey kedai dan anak dia maki aku kaw-kaw depan customer. dorang kata makan meja mana... aku terpinga-pinga lahh of course tak tau apa sebenarnya yang dia marah... Aku tanya lagi.. apa pasal ni.. apa yang salah nya... aku bayar kan... apa pasal nak marah. rupanya tokey kedai no.7 ni tak suke orang oder air dia tapi makan meja lain... Aku pon naik hantu le sbb anak aku nak minum ni dia tak bagi. Dah la caj rm10 untuk 1 jug air sirap.. abis dia rampas air tu separuh jug lagik dia tak bagi aku abiskan.. dia amik rm10.. mana hak aku sebagai pembeli..

 Dia maki plak aku depan orang lain tanpa kesalahan yang aku sendiri tak tau apa salah puncanya.... mana etika dia sebagai peniaga...??? Aku bagi tau laki aku. dia datang jumpa makcik tu dan anak dia..laki aku tanya baik-baik anak dia pondan tua nak mamposs tuu tepekik-pekik makikan laki aku.. kuang ajau betul. Laki aku kata nak bagitau usop soroj... Makcik tu jawab dengan sombongnya.. SAPA USOP SOROJ TU...?? AKU TAK TAKUT DGN DIA..DIA SAPA?? AGONG KEE??? Ewahhhhh!!!!

Betul-betul makcik tu belagak mcm rezeki dia.. dia yang tentukan.. ko bayangkan keringnya ati dia amik duit rm10 tp aku tak dapat barang seperti hasil yang aku kene bayar..dia rampas air tu..aku merayu dia bgi air tu anak aku nak minum dia halau aku kuar dari kedai dia..... depan customer laintauu takk dia tjerit-jerit mcm aku ni salah beso.... Itu aku tak puas ati.. aku maki dia balikkk aku kata cakap baik-baik ar..jangan maki orang tak tentu hala.. dia hengat anak tekak dia je.. dia tak tau anak tekak aku macam nee... Eeee kedai dah la kotor... makanan terdedah tanpa penutup.. lalat hinggap makanan dia jual kat orang... Ehh mana pergi penguatkuasa.. kenapa tak datang pantau dia nii... tak patot dapat lesen meniaga macam ni punya etika..buat malu melaka je kalau orang luar datang dia maki hamun... busu─Ěk nama orang melaka... Itu pon tokey kedai tempat aku makan kata sebelum aku kena marah.. ada sorang customer dah kene maki sebab customer tu komplen makcik tu bagi nasi berkerak..makcik tu kata apa...

 TAKKAN MAMPOS KO MAKAN NASIK KERAK NIIIII!!! Korang tengok betapa kurang ajar nya peniaga kedai no.7 ni dengan customerr... POST NI FOKUS PADA NO.KEDAI. Dalam gambar ni ada beberapa pelanggan dan pekerja kedai MAKCIK TUDUNG UNGU DALAM GAMBAR TU BUKAN TOKEY KEDAI NI. 
Read more ...

19 sengsara dalam badan

am@hmetro.com.my
Georgetown: Mengambil hampir 20 biji ubat sehari termasuk pil penahan sakit selain hanya berehat atas katil dalam keadaan mengiring.

Itu nasib terpaksa dilalui seorang wanita berusia 36 tahun dari Kuala Ketil, Kedah selepas disahkan menghidap 19 jenis penyakit.

Malah, Noridah Mohd Hushim kini terlantar di Hospital Pulau Pinang (HPP) sejak 28 Julai lalu akibat kebas tangan, tulang belakang dan sakit masalah pinggang menyebabkannya tidak boleh bergerak.

Berdasarkan rekod perubatan dikeluarkan Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH), Sungai Petani pada 30 Oktober 2014, wanita berkenaan dirawat kerana menghidap sawan, keradangan tubuh (SLE), asma, alahan ubat, ketumbuhan pada punci kencing, prolactinoma iaitu penyakit sistem endokrin, sakit tulang belakang, pening serta masalah pendengaran.

Selain itu, dia disahkan menghidap penyakit abses yang berulang pada bahagian ketiak, penyakit rahim apabila pernah menjalani beberapa pembedahan termasuk membuang separuh rahim dan memasukkan tiub pada rahim. Penyakit lain dideritai wanita itu ialah sakit usus, bisul yang banyak pada paha, buasir serta masalah jantung.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya
Read more ...

Foto turun dari pesawat, Shah Rukh Khan tidak henti berzikir

Sedia maklum, aktor Shah Rukh Khan agak 'Berat Mulut' apabila melibatkan isu agama. Lebih-lebih lagi setelah mendirikan rumah tangga dengan isterinya, Gauri Chibber yang beragama Hindu.

Malah pada tahun 2009 sebuah madrasah di India telah mengkritik dan mengeluarkan fatwa bahawa Shah Rukh Khan telah murtad kerana mengeluarkan kenyataan menghina Islam dan Nabi Muhammad SAW.

Walau bagaimanapun, baru-baru ini peminat di India dikejutkan dengan sekeping foto dia di lapangan terbang sedang memegang tasbih selepas tiba dari menjalani penggambaran filem di Bulgaria.

Meskipun pihak media menunggunya di pintu ketibaan, aktor berusia 49 tahun itu tetap tenang memegang tasbih berwana cokelat kemerahan sambil bibirnya bergerak.

Shah Rukh

Foto tersebut mendapat pelbagai reaksi peminat yang rata-rata agak terkejut dengan insiden tersebut dan memuji perubahan akto r kesayangan mereka itu.

Terdahulu, Shah Rukh Khan pernah menyatakan hasrat ingin mengerjakan ibadah Haji di tanah suci Mekah setelah usia anak-anaknya sudah meningkat dewasa.
Read more ...

'Saya Tak Tahu Siput Escargot Haram Dimakan' - Neelofa


Baru-baru ini, pelakon dan pengacara, Neelofa, memuat naik gambar hidangan siput Escargot di laman Instagramnya. Akibatnya, Neelofa dikritik dan peminatnya berbalah sesama sendiri demi mempertahankan tindakan Neelofa yang termakan hidangan haram itu.

 "Saya jadi terkejut apabila ia menimbulkan perbalahan di antara pengikut di Instagram selepas saya memuat naik gambar itu. Saya amat teliti dan menitikberatkan makanan yang saya ambil termasuklah gambar yang mahu dikongsikan kepada umum.

 "Kalau saya tahu status halalnya meragukan, tentulah saya takkan sentuh pun makanan itu,"

katanya yang mengakui menjamah siput berkenaan kerana sejak dari kecil dia dimaklumkan bahawa ia boleh dimakan. Menurut laman e-Fatwa mengesahkan, siput Escargot adalah haram dimakan oleh umat Islam. Sebelum ini, Neelofa pernah menegur followersnya di Instagram agar jangan berlagak bodoh sombong.

"Menegur, tak perlu nak jadi ustaz atau ustazah nak tegur. Tapi yang berlagak bodoh sombong itu memang kelakar. Dahlah tak tahu, tuduh orang macam-macam. Diam-diam sudahlah," katanya. - THEHYPEMEDIA.COM
Read more ...

'Rakyat M'sia digesa berdiri teguh di belakang SPRM'

Seruan sokongan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk meneruskan siasatan terhadap RM2.6 bilion yang dipindahkan ke dalam akaun bank peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak berkemundang di sebuah forum di Kuala Lumpur malam tadi.

Forum bertempat di Dewan Perhimpunan Cina Selangor dan Kuala Lumpur, yang menarik kira-kira 1,000 orang dan membariskan pemimpin dari parti-parti pembangkang, masyarakat sivil dan seorang bekas timbalan menteri Umno, merayu kepada rakyat Malaysia supaya memberi sokongan penuh kepada SPRM.


Bercakap di forum tersebut, ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang (gambar) dibacakan penuh laporan berita komen pengarah operasi khas SPRM, Bahri Mohamad Zin, yang berkata beliau akan mencari dalang yang mengarahkan penangkapan anggo ta suruhanjaya itu.

Lim juga mengakui bahawa beliau adalah seorang pengkritik SPRM, tetapi merasakan ia menjadi tanggungjawab rakyat untuk melindungi institusi itu daripada Najib dan Lim mengumumkan beliau akan pergi ke ibu pejabat SPRM hari ini untuk memberikan sokongan kepada para pegawainya.

Lim berkata, beliau sering merasakan SPRM hanya mengejar ikan bilis, bukan ikan yu, tetapi apabila ia diserang, maka "menjadi tanggungjawab kita untuk mempertahankannya".

Kakitangan SPRM telah mengadakan solat hajat pada hari Selasa, untuk memohon kepada Allah supaya mereka diberi kekuatan untuk "melaksanakan tugas dengan sebaik mungkin".

SPRM juga, dalam satu kenyataan semalam, berkata ia akan menyoal perdana menteri Najib berhubung sumbangan RM2.6 bilion derma yang diterimanya.

Sehingga kini, tujuh pegawai SPRM telah sama ada ditangkap atau dipanggil oleh pihak polis dan mereka semua terlibat dalam penyiasatan terhadap SRC International Sdn Bhd dan pemindahan dana RM 2.6 bilion ke dalam akaun bank Najib.Seorang lagi penceramah, Datuk S Ambiga memuji Bahri sebagai seorang hero dan meminta hadirin memberi tepukan gemuruh kepadanya dan pegawainya dalam memerangi rasuah.

Seorang lagi penceramah, bekas timbalan menteri pengajian tinggi Datuk Saifuddin Abdullah, juga menyokong kakitangan awam dalam menjalankan tugas mereka.

Saifuddin (gambar), yang juga pengerusi Gerakan Kesederhanaan Global, berkata masyarakat sivil dan rakyat akan menyokong kakitangan awam yang melakukan perkara yang betul, seperti mana SPRM dalam hal ini.

[Baca berita penuh/asal]
Read more ...

MH370: Keluarga mangsa tidak puas hati, tuntut penjelasan lanjut


JACQUITA Gonzales (kiri) dan isteri Ketua Pramugara MH370, Andrew Nari, Melanie Antonio (kanan) bercakap kepada media di Kuala Lumpur. - Foto AFP

KUALA LUMPUR: Keluarga Penyelia Penerbangan MH370, Patrick Francis Gomes berkata, pengesahan bahawa pesawat itu terhempas masih belum mencukupi untuk menamatkan misteri berkenaan kerana mereka menuntut penjelasan lebih lanjut mengenai punca kehilangannya.

"Sekarang saya ingin tahu di mana bahagian utama pesawat itu supaya kita boleh keluarkan penumpang dan mendapatkan kotak hitam, supaya kita tahu apa yang berlaku.

"Hanya selepas itu bagi kami barulah perkara ini selesai sepenuhnya," kata Jacquita Gonzales, isteri kepada Patrick Francis Gomes. - AFP
Read more ...

(video) PANAS!!! Akhirnya Datuk Seri Najib MOHON MAAF!!!

jibby

PANAS!!! Akhirnya Datuk Seri Najib MOHON MAAF….Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini memohon maaf atas sebarang kekhilafan yang dilakukannya sempena sambutan majlis rumah terbuka hari raya.

Read more ...

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *