Recent Post

Tuesday, May 24, 2016

Wak Doyok Berang Difitnah Sebagai Gay Bersama Myo

Sering terpalit dengan pelbagai dakwaan yang mengatakan beliau bukan "lelaki sejati", Wak Doyok tidak dapat lagi menahan amarahnya apabila baru-baru ini ada sebuah blog memfitnah beliau menjalinkan hubungan gay bersama Myo daripada kumpulan Oh Chentaku.

Wak menerusi akaun Twitternya berkata, foto  itu dirakam sewaktu menjalani penggambaran bagi program Ke Jepun Ke Kita. Wak dan Myo akan menjelajah negeri Jepun bagi siri televisyen berkenaan.

Masih ada mulut longkang. Weh aku shooting lah dol. Apa dah pekak punya blog ni.

Wak Doyok (kiri) bersama Myo (kanan) di Jepun

Siapa yang tidak marah apabila foto sewaktu rakaman program televisyen pun dijadikan bahan untuk mencetuskan gosip dan spekulasi. Lebih-lagi menuduh seseorang itu gay. Bersabar lah Wak Doyok.

Sumber Berita : Twitter Wak Doyok

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.
Read more ...

Derma RM2.6b: Versi mana yang betul, tanya Kit Siang - Malaysiakini (caruman) (subscription)

Pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang berkata, sudah tiba masanya untuk Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak menjelaskan versi sebenarnya mengenai sumber derma RM2.6 bilion yang dimasukkan ke dalam akaun peribadi beliau.

Penjelasan itu penting bagi merungkai segala macam versi mengenai sumber kewangan itu sejak didedahkan oleh The Wall Street Journal pada bulan Julai tahun lepas, ujar beliau yang merupakan ahli parlimen Gelang Patah.

Dalam versi terbaru, Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA), Datuk Dr. Mohd Puad Zarkashi memberitahu Najib mengakui menerima dana itu, menerima kelulusan Bank Negara untuk membawa masuk wang itu setelah berbincang dengan gabenornya ketika itu, Tan Sri Dr. Zeti Akthar Aziz.

Selain Puad, Lim turut memetik kenyataan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz pada bulan Ogos tahun lalu yang berkata bahawa derma itu adalah 'negara sahabat'.

Empat hari kemudiannya pula, Ketua Umno cawangan Kuantan, Datuk Seri Wan Adnan Wan Mamat menyifatkan derma ke dalam akaun Najib adalah sumbangan politik Arab Saudi penghargaan kepada Malaysia yang memperjuangkan agama Islam dan mengamalkan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah.

"Namun, pada 22 Ogos, Timbalan Menteri Pengangkutan Abdul Aziz Kaprawi mengatakan derma itu datang daripada 'sahabat Islam di Timur Tengah' untuk membantu Umno menewaskan DAP dalam pilihan raya umum dan pada hari yang sama, (timbalan perdana menteri) Zahid (Hamidi) beritahu beliau berjumpa dengan wakil penderma yang memaklumkan derma itu adalah penghargaan usaha kerajaan menangani pengganas, dan membantu Barisan Nasional (BN) mengekalkan status Malaysia sebagai negara Sunni." katanya.

British Broadcasting Corporation (BBC), tambah Lim, melaporkan sumber Saudi yang tidak mahu dinamakan mengatakan duit yang didermakan itu bertujuan membantu perdana menteri dalam pilihan raya umum yang lalu dan menguruskan pengaruh kesaudaraan Islam di Malaysia, katanya.

"Bolehkah Najib sekarang membuat pengesahan yang sama satu yang betul dan benar dan yang mana pula versi yang tidak betul, tidak benar.

Lim juga mahu Najib mendedahkan sama ada jumlah deposit yang dimasukkan ke dalam akaun peribadinya adalah RM2.6 bilion atau RM4.2 bilion, ujar beliau.

[Baca berita penuh]

Read more ...

Amyra Rosli Buka Pintu Hati Untuk Saharul Ridzwan

Keperibadian Saharul Ridzwan yang dilihat sangat menjaga perlakuannya dengan wanita dan warak telah menambat hati Amyra Rosli? Adakah telah terjawab segala desas desus mengenai gadis pilihan yang bertakhta di hati Saharul?

Ya.. memang Amyra telah mengisi ruang kosong di hati Saharul tetapi itu hanya dalam drama terbaharu slot Akasia yang diadaptasi daripada novel nukilan Kamsiah Abu iaitu Seindah Takdir Cinta yang diterbitkan oleh Buku Prima bermula 25 Mei ini. Drama 28 episod ini diarahkan oleh Zul Huzaimi dan dibawah terbitan rumah produksi Zeel Production Sdn Bhd.

Selain Saharul Ridzwan dan Amyra Rosli yang memegang watak utama, pelakon lain yang turut membantu ialah Redza Rosli, Azri Iskandar, Mahmud Ali Basha, Raja Emma, Ifa Raziah, Mubarak Majid, Lydiawati, Rudy Imran dan ramai lagi.

Drama Seindah Takdir Cinta

Mia Karmila (Amyra Rosli) seorang gadis yang biasa hidup dengan cara moden dan penuh kemewahan, langsung tidak menyangka pertemuannya dengan seorang pemandu teksi bernama Shahriman (Saharul Ridzwan) atau lebih mesra membahasakan dirinya Aiman telah berjaya merubah keseluruhan cara hidupnya. Mempunyai didikan agama yang sangat baik membuatkan Mia tertarik untuk mendekati islam melalui Aiman yang tidak diperolehi daripada kedua-ibu bapanya. Melalui beberapa pertemuan yang tidak pernah dirancang telah membenihkan bibit-bibit cinta yang tulus dalam hati mereka.

Adrian (Redza Rosli), masih muda tapi sudah memegang jawatan besar sebagai CEO di syarikat milik bapanya Tan Sri Effendi. Selain bergaya dan kaya-raya, Adrian juga memiliki perangai playboy dan sering sahaja berpoya-poya.

Adrian juga tidak putus asa untuk menjinakkan Mia Karmila sebagai kekasih untuk memenuhi kerakusan nalurinya, walaupun ramai perempuan lain bersedia untuk memenuhi segala kehendaknya termasuk Zetty, sahabat Mia sendiri. Perubahan sikap Mia Karmila benar-benar mencabar kelelakian Adrian sehingga dia bertekad, walau apa pun syarat yang diminta Mia Karmila, Adrian tidak peduli. Yang pasti Mia Karmila menjadi miliknya.

Dalam kepayahan dan kepiluan yang mencengkam jiwa, Mia Karmila terpaksa juga menerima ijab kabul Adrian apabila lelaki itu telah berjaya memenuhi setiap syarat yang dipintanya. Pilu di hati Mia Karmila bertambah parah apabila mengetahui Shahriman adalah dalang yang membolehkan Adrian menikahinya. Siapakah Shahriman sebenarnya?

Bagaimanakah Mia Karmila dapat meneruskan kehidupan hariannya bersama Adrian apabila Shahriman juga sentiasa ada bersama mereka? Dapatkah kedua mereka memadamkan rasa cinta yang pernah hadir dalam hati mereka? Nantikan gandingan mereka untuk mengetahui kesudahan drama istimewa Ramadan nanti menerusi slot Akasia, setiap hari Isnin hingga Khamis, 6.58 petang.

Drama Seindah Takdir Cinta

Drama Seindah Takdir Cinta

Drama Seindah Takdir Cinta

Komen via Facebook

Komen

Read more ...

Kembar “Tumpang Hidup” Dalam Perut Selama 15 Tahun

Baling, 23 Mei - Seorang remaja dari Baling, Kedah, tidak menyangka punca perutnya membesar sedikit demi sedikit adalah disebabkan kembarnya yang hidup di dalam perut selama 15 tahun tanpa disedari.

Menerusi perkongsian dari seorang pengguna Facebook, yang difahamkan kakak kepada remaja berkenaan, adiknya sudah selamat menjalani pembedahan mengeluarkan kembarnya itu.

Lebih mengejutkan 'kembar' remaja itu mempunyai rambut yang panjang dan juga mempunyai jantina yang sudah terbentuk.

"Janin yang dikeluarkan itu ada rambut bergulung sama panjang dengan ketinggiannya, selain kaki, tangan dan alat sulit yang sudah terbentuk", kata sumber menerusi keratan berita dari Sinar Online.

Sinar Online membuat liputan lanjut mengenai remaja berkenaan di akhbarnya esok.

Kes seumpama ini bukan pertama kali terjadi. Sebelum ini di India, doktor terkejut apabila mendapati ada 'kembar' di dalam perut seoran g remaja berusia 18 tahun yang dikatakan seberat 2.6 kg jisim tulang, sudah berambut serta gigi. — Siakapkeli.my

Doktor Hospital Swaroop Narayan di utara India di Uttar Pradesh, Dr Rajeev Singh  berkata, ia telah hidup seperti parasit dalam badan remaja berkenaan sejak dia dilahirkan.

Read more ...

Pensyarah NUS: 'Arabisasi' beri masalah di segi budaya Melayu

Pensyarah Universiti Kebangsaan Singapura (NUS), Dr Syed Farid Al-Attas berkata budaya Arab atau arabisasi yang diambil oleh masyarakat Melayu hari ini akan mengakibatkan masalah dari segi budaya orang Melayu.

Katanya, masalah yang dihadapi apabila orang Melayu sendiri mengetepikan budaya mereka dengan memakai jubah dan berkopiah sekaligus menolak pakaian Melayu.

"Orang Melayu berjubah, berkopiah putih dan pakaian Melayu diketepikan. Masalah ini juga akan mengenepikan budaya Malayu dan Bahasa Melayu," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjadi salah seorang panel di Forum 'Arabisasi dari mana' di MCCHR Pusat Rakyat, Pantai Business Park, Kuala Lumpur malam tadi.

Bagaimanapun katanya perkara itu tidak mendatangkan masalah dari segi agama Islam.

Dalam forum lebih dua jam itu menampilkan panelis seperti Syed Farid, aktivis Datin Seri Marina Mahathir dan penulis Eddin Khoo.

Sementara itu Marina pula mempersoalkan apakah tanggapan masyarakat Melayu sekiranya mengambil budaya dari masyarakat lain.

"Sebab memang kebiasaan manusia kalau kita nak tunjuk kebudayaan kita kepada orang lain, kita akan ikut orang yang lebih baik.

"Tapi pada masa yang sama kita menganggap kebudayaan kita itu terkebelakang... Ini menjadi masalah sebab kalau kita ambil aspek-aspek Arab, adakah kita anggap budaya kita ini tak sama taraf?," soalnya kepada 100 hadirin yang hadir.

Read more ...

PROTON panggil balik Inspira, Exora CPS

KUALA LUMPUR: PROTON Holdings Bhd hari ini mengumumkan pemanggilan semula semua 20,330 unit Inspira keluaran 2010 sehingga 2014 dan 90,000 unit Exora CPS 1.6 keluaran 2009 hingga 2015.
Read more ...

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *