Recent Post

Thursday, October 06, 2016

Nazim Othman Elak Beli Baju Mahal Dan Berjenama

Kebiasaannya, selebriti popular pasti akan menggayakan pakaian yang berjenama dan mahal meskipun bukan untuk tujuan acara hiburan dan sekadar santai sahaja. Ada yang sanggup berbelanja sehingga ribuan ringgit sebulan untuk bergaya.

Namun, buat pelakon drama Lara Aishah, Nazim Othman beliau tidak begitu suka menghabiskan wangnya untuk memakai pakaian berjenama.

Kebanyakan baju yang saya pakai murah saja. Kena pandai cari dan pada masa sama cara kita menggayakan pakaian itu penting. Warna juga memainkan peranan dalam menentukan gaya saya.

Pada pendapat saya, tidak guna jika kita membeli pakaian yang mahal, tetapi nampak biasa saja apabila dipakai.  Saya pernah membeli pakaian berjenama, tetapi yang tidak berjenama dan murah nampaknya lebih bertahan lama.

Tambah Nazim lagi, beliau sebenarnya udah lebih enam bulan beliau tidak membeli-belah.

Apabila berlakon, saya beli banyak baju untuk dipakai ketika penggambaran. Jadi saya fikir, buat apa perlu membazir? Pakai saja apa yang ada. Orang ingat saya suka melabur dalam pakaian, tetapi sebenarnya tidak. kalau nak tahu, saya seorang yang sangat berhati-hati dalam mengeluarkan perbelanjaan.

Nak cari duit bukan senang. Tambahan pula kita sebagai selebriti tiada caruman KWSP atau SOCSO seperti kebanyakan orang. Jadi, saya perlu berjimat.

Kami setuju dengan prinsip Nazim Othman, kadang-kadang baju pasar malam yang RM 10 pun lebih selesa dan kelihatan lebih cantik bukan?  Masa depan itu penting, jadi lebih baik untuk berjimat cermat.

Sumber Berita : BH ONLINE

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.
Read more ...

Tahniah Faye, mengaku sendiri - Elly Mazlein - Utusan Malaysia

KUALA LUMPUR 6 Okt. - Pelakon dan penyanyi Elly Mazlein, 36, hari ini mengucapkan terima kasih kepada Faye Kusairi atas pengakuan menjalinkan hubungan dengan bekas suaminya.

Elly atau nama sebenarnya, Sharifah Aida Mazlina Syed Hanafi berkata, melalui pengakuan Faye itu juga, akhirnya berjaya membuktikan apa juga lemparan kata-kata jahat ke atas dirinya sebelum ini tidak benar.

"Saya terhutang budi kepada Faye, akhirnya semua ini kembali kepada dia semula.

"Bagi saya bangkai gajah walau kita cuba tutup, baunya tetap ada. Itu kesahihan yang kita nampak kini," katanya kepada Utusan Online, hari ini.

Sementara itu, melalui laman Instagram miliknya Faye hari ini mengakui menjalinkan hubungan dengan pengarah Azmi Hatta.

Bagaimanapun katanya hubungan itu terjalin selepas perceraian Elly dan Hatta. Menegaskan dia pernah meminta Azmi untuk kembali bersama Elly demi anak mereka, namun pengakuan Azmi menyebabkan dia tidak mahu masuk campur lagi urusan pasangan itu.

Elly dan Hatta berkahwin pada 9 November 2014 pada satu majlis yang diadakan di Surau As Sakinah, di Puchong, dan bercerai pada 15 Oktober 2015 di Mahkamah Rendah Syariah Sepang.

Pasangan ini dikurniakan cahaya mata perempuan pada 10 Mac lalu, Putri Sara Sefhia. UTUSAN ONLINE.

Read more ...

6 Selebriti Rebut Juara SUPER SPONTAN SUPERSTAR Esok

Semakin mendapat sambutan hangat daripada penonton, Astro Warna sekali lagi membawakan program Super Spontan Superstar yang menampilkan 16 selebriti popular yang terdiri daripada pelawak, pelakon, penyanyi serta personaliti media sosial tanahair untuk merebut gelaran juara terunggul.

Berlangsung selama 10 minggu, Super Spontan Superstar telah menemukan dua kumpulan iaitu 'Harimau Hipster' dan 'Monyet Mafia' yang akan bertarung pada setiap minggu.

SUPER SPONTAN SUPERSTAR

Harimau Hipster menampilkan ahli kumpulan yang terdiri daripada Tauke, Abam, Syuk, Ozlyn, Jamal, Waris, Zulin Aziz & Fad. Manakala Monyet Mafia pula terdiri daripada Johan, Achey, Ali Puteh, Altimet, Kamal Adli, Amyza Adnan, Zukiee, & Julia Ziegler.

Kumpulan yang mendapat markah terendah perlu menyingkirkan salah seorang peserta daripada kumpulan mereka manakala kumpulan yang mendapat markah tertinggi akan memenangi RM5,000 untuk disumbangkan kepada selebriti veteran ataupun selebriti yang memerlukan setiap minggu.

Minggu lalu, Harimau Hipster mengungguli permainan dan Monyet Mafia terpaksa menyingkirkan Kamal Adli dan Altimet. Yang pasti, persaingan semakin sengit menjelang minggu akhir Jumaat ini apabila tiada lagi perjuangan secara berkumpulan sebaliknya 6 finalis akhir Super Spontan Superstar, Johan, Ozlyn, Fad, Abam, Achey dan Tauke akan bermain secara individu dalam menentukan gelaran juara Super Spontan Superstar!

Mampukah Ozlyn, finalis wanita pertama dalam sejarah Super Spontan mengenepikan 5 lagi pelawak yang lain? Adakah Johan bakal mengulangi kejuaraannya satu ketika dahulu? Adakah 4 finalis yang lain bakal memberikan kejutan? Saksikan semuanya hanya di pusingan akhir Super Spontan Superstar Jumaat ini!

Siaran Langsung Super Spontan Superstar (Separuh Akhir) pada hari esok 7 Oktober 2016 (Jumaat), jam 8.30 malam @ Dewan Besar, Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PKKSSAAS), Universiti Putra Malaysia (UPM), Serdang, Selangor.

Cubalah teka siapa yang bakal jadi juara.

SUPER SPONTAN SUPERSTAR

SUPER SPONTAN SUPERSTAR

Related

Komen via Facebook

Komen

Read more ...

(VIDEO) "Kami Ditahan Secara Tidak Sah," Tolong Bebaskan Kami Daripada Tahanan Israel - Dr Fauziah

Semalam dilaporkan kapal misi kemanusiaan Zaytouna-Oliva 'Women's Boat to Gaza' (WBG) telah ditahan oleh pihak berkuasa Israel di mana daripada 13 orang aktivis yang ditahan itu salah seorangnya adalah rakyat Malaysia, Dr Fauziah Mohd Hasan.

Dalam satu video yang dimuatnaik oleh Freedom Flotilla Coalition memaparkan Dr Fauziah menggesa dan merayu agak pemimpin dunia, kerajaan, rakyat Malaysia dan mereka yang cintakan keamanan supaya melakukan sesuatu untuk membebaskan mereka ini yang ditahan secara tidak sah oleh Israel.

Di dalam video mesej SOS berdurasi 1.03 minit itu, beliau menyatakan penghargaan kepada semua ouhak yang menyokong misi mereka serta kepada mereka yang mendoakan keselamatan mereka dalam menjalankan misi berkenaan.

Selain Dr Fauziah, kesemua 13 aktivis lain turut merakam video sepertinya pemenang Hadiah Nobel 1976, Mairead Maguire dari Ireland dan Ahli Parlimen dari New Zealand, Marama Davidson yang merupakan seorang pengarah dan penulis skrip Amerika Syarikat, Naomi Wallace yang merupakan atlet dan ahli akademik dari Norway, Gerd Von Der Lippe, serta jurulatih dan atlet Turki, Cigdem Topçuoglo.

Tujuan video berkenaan adalah untuk menggesa kerajaan negara masing-masing dan masyarakat antarabangsa memberi tekanan kepada Israel bagi membebaskan mereka yang "ditahan secara tidak sah" atau "diculik" di perairan antarabangsa.

Kapal layar Zaytouna-Olivia berserta 13 aktivis termasuk 3 krew kapal telah ditawan oleh tentera Israel kira-kira 8.58 malam pada Rabu.

Mereka yang berlepas dari Barcelona 21 hari lalu merupakan wanita dari pelbagai latar belakang daripada 12 negara dengan membawa misi pelayaran kemanusiaan dan mesej keamanan sebagai simbolik penentangan masyarakat antarabangsa, khususnya wanita, ke atas kepungan haram rejim Israel ke atas Gaza sejak 2007.  - Siakapkeli.my

Read more ...

Rumah dirempuh kereta, warga emas maut ketika sedang tidur

Seorang lelaki yang sedang tidur di ruang tamu rumahnya, maut apabila sebuah pacuan empat roda merempuh kediaman lelaki itu di Permatang Pasir di Butterworth malam tadi.

Ketika kejadian pada jam 10.45 malam itu, Mat Rasid Mat Sharif, 67, tidur di sofa di ruang tamu tingkat bawah, rumah dua tingkat itu.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah ACP Nik Ros Azhan Nik Abdul Hamid berkata rempuhan kereta jenis Suzuki yang dipercayai dipandu laju itu menyebabkan dinding batu bahagian bawah rumah berkenaan runtuh dan menghempap lelaki yang sedang tidur tersebut.

"Kereta dipandu lelaki berusia 53 tahun itu dilapor melanggar sebuah kereta lain sebelum merempuh rumah berkenaan," katanya hari ini.

Beliau berkata Mat Rasid yang masih bujang itu tinggal dengan beberapa anggota keluarganya di rumah berkenaan.

Mayat Mat Rasid dihantar ke Hospital Seberang Jaya untuk bedah siasat dan polis telah mengambil keterangan serta sampel darah pemandu kereta terbabit bagi m embantu siasatan.

- Bernama

Read more ...

Bebaskan kami daripada tahanan Israel - Dr Fauziah

KUALA LUMPUR: Wakil tunggal Malaysia dan Asia dalam misi kapal kemanusiaan Zaytouna-Oliva 'Women's Boat to Gaza' (WBG), Dr Fauziah Mohd Hasan, menggesa semua pemimpin dunia, kerajaan dan rakyat Malaysia serta mereka yang cintakan keamanan bertindak membebaskan semua 13 aktivis keamanan yang ditahan secara tidak sah oleh Israel.
Read more ...

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *