Recent Post

Saturday, July 30, 2016

Sarawak berputih mata di laman sendiri - Kosmo!

Sarawak berputih mata di laman sendiri

29/07/2016 10:22pm

KUCHING - Sarawak gagal memanfaatkan peluang beraksi di hadapan penyokong sendiri apabila tewas 0-2 kepada T-team dalam aksi ketiga kempen Piala Malaysia musim ini.

Biarpun tampil dengan aksi cemerlang namun beberapa peluang keemasan yang terhidang sepanjang 90 minit perlawanan gagal mendapatkan sebarang gol.

Sebaliknya, corak permainan berhati-hati T-team berjaya menghadiahkan tiga mata sekali gus mengubah kedudukan semasa mereka dalam Kumpulan A.

Patrick Dos Santos Cruz muncul wira T-team apabila dua golnya pada minit ke-69 dan 90 memastikan dia membawa pasukannya melonjak ke tangga kedua kumpulan dengan enam mata. - K ONLINE!

Read more ...

Ekspresi Fesyen Latari Muzik Video TERIMA KASIH Kaka Azraff

Selepas mencatat kecemerlangan menerusi Bukan Hal Aku dengan meraih 5,457,756 juta tontontan di laman YouTube kira-kira setahun lalu, penyanyi popular, Kaka Azraff, 27, bakal memunculkan buah tangan terbaharu, Terima Kasih sebagai pengungkapan kesyukuran yang bersifat universal hasil garapan penuh oleh Muhammad Alif Abdullah dengan kolaborasi syarikat pengurusan artis, Uprising Entertainment Sdn. Bhd. bersama Warner Music (Malaysia) Sdn. Bhd. (WMM).

Muzik Video TERIMA KASIH Kaka Azraff

Dan baru-baru ini, Kaka terlibat dalam pembikinan video muzik yang digarap oleh pengarah terkenal, Ghaz Abu Bakar bersama 15 tenaga produksi berlokasi di Studio Kok Ah Loke, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas), Hulu Kelang, Kuala Lumpur. Proses penggambaran bermula seawal jam 9 pagi dan berakhir 3 pagi keesokan hari itu menampilkan konsep lebih segar dan moden bersesuaian dengan single ini.

Ghaz yang dipertanggungjawab untuk mengepalai projek ini menjelaskan, dia sengaja mengekalkan tiga konsep hampir sama dalam tiga video muzik Kaka selepas cadangannya dipersetujui penuh oleh Uprising dan Warner. Justeru, pembikinan Terima Kasih dilihat menjadi kelangsungan selepas pernah mengarahkan Bukan Hal Aku sebelum ini.

"Selepas Bukan Hal Aku, saya mahu ada kesinambungan untuk Terima Kasih dan kemungkinan seterusnya untuk single Kaka selepas ini dengan memaparkan imej lebih kurang sama dan berkonsep konsisten. Saya turut menampilkan Terima Kasih dalam versi minimalis di samping menerapkan teknik double exposure pada satu tahap lain bertujuan menyuntik impak lebih baik yang belum pernah disaksikan oleh penonton di Malaysia dalam video muzik tempatan," ujarnya.

Sementara itu, Kaka tidak ketinggalan berkongsi keterujaan apabila berpeluang untuk terus bekerjasama dengan Ghaz yang disifatkan sebagai pengarah yang memahami cita rasa dan kehendaknya terutama dalam pembikinan video muzik.

"Dalam video muzik ini, saya ditampilkan dalam tiga imej berbeza. Pertama, saya muncul dalam stail edgy yang berlainan dengan sebenar saya. Kedua, fesyen lama yang digayakan semula dalam zaman ini. Dan terakhir, fesyen zon selesa yang merupakan gaya peribadi saya," jelasnya yang punya ekspektasi tinggi agar Terima Kasih bakal diterima dengan lapang dada oleh penikmat muzik tanah air.

Behind The Scenes (BTS);

Muzik Video TERIMA KASIH Kaka Azraff

Jurumekap selebriti terkenal, Emmy Agung yang digandingkan bersama Juno Ko sebagai penata rambut tidak ketinggalan berkongsi konsep dandanan untuk video muzik ini. "Saya menggabungkan elemen Jepun dan purba Mesir dengan meletakkan keseimbangan di antara mekap dan rambut. Tidak hanya itu, saya mengekalkan tona hitam untuk setiap stail Kaka bertujuan memberi impak yang lebih bermakna."

Kepada peminat Kaka di luar sana, jangan lupa untuk menyaksikan video muzik Terima Kasih yang bakal dilancarkan secara eksklusif di laman YouTube Warner Music Malaysia pada 16 Ogos ini. Dan pelancaran single ini turut diadakan pada tarikh sama di lokasi dan waktu yang akan diberitahu kelak.

Muzik Video TERIMA KASIH Kaka Azraff

Muzik Video TERIMA KASIH Kaka Azraff

Muzik Video TERIMA KASIH Kaka Azraff

Muzik Video TERIMA KASIH Kaka Azraff

Related

Komen via Facebook

Komen

Read more ...

"Kini, Kami Selangkah Lebih Hampir Untuk Bawa Ayah Pulang, Terima Kasih Semua"

Kuala Lumpur, 30 Julai - Sejak semalam, viral kisah seorang ketua kerani di Kolej Kemahiran Tinggi Mara (KKTM), Negeri Sembilan, Mohamad Sahar Mhd Noor, 57, yang tiba-tiba diserang angin ahmar ketika tiba di Lapangan Terbang Heatrow pada 4 Julai lalu untuk menyambut Aidilfitri bersama keluarga disamping menghadiri majlis graduasi anak perempuannya.

Baca : Rakyat Malaysia Diserang Strok di London, Bil Hospital Cecah RM246,000

Hampir sebulan, Sahar masih lagi terlantar di hospital dan apa yang mengejutkan adalah bil hospital beliau telah mencecah hampir £45,000 (RM 246,000).

Anak kepada Mohamad Sahar, Amirah Mohamad Sahar, kemudian memulakan kempen GoFundMe untuk ayahnya dengan harapan ia mampu menampung kos hospital ayahnya yang menghampiri suku juta ringgit itu.

Sejak dari itu, kisah sedih Mohamad Sahar menjadi viral di media sosial malah turut mendapat liputan media se hingga berduyun-duyun orang Malaysia tampil memberikan sumbangan sedikit demi sedikit. Lebih dari itu ada yang yang menyumbangkan amaun yang banyak iaitu £5,000 dan £1,000.

Hasil kutipan kini telah mencecah £46,399 (RM 247,086) dan Amirah menerusi GoFundMe mengucapkan terima kasih kepada orang ramai.

"Terima kasih kepada semua yang membantu keluarga saya.", kata Amirah yang turut sama berterima kasih kepada MARA kerana mendahulukan wang sebanyak  £30,000 (RM160,281.47) untuk tujuan rawatan.

Menceritakan bagaimana dia boleh memulakan kempen GoFundMe ini, Amirah berkata ia dicadangkan oleh seorang individu.

"Kami mula hilang harapan dan punca sehingga seorang individu yang baik hati mencadangkan agar kami cuba meminta sumbangan awam menggunakan GoFundMe.com. Pada mulanya kami tidak meletakkan harapan yang tinggi kerana kos hospital itu terlalu tinggi dan ianya kelihatan mustahil untuk mendapatkan sumbangan sebanyak itu menerusi sumbangan awam "Dengan harapan yang tipis, kami cuba dapatkan keluarga dan rakan supaya berkongsi kisah Ayah, supaya sekurang-kurangnya kami boleh tampung sedikit dari kos hospital.  "Tapi, berita ini tersebar d engan cepat di FB dan juga mendapat perhatian media. Sejak dari itu, kami mendapat banyak sumbangan bukan sahaja dari Malaysia, tapi juga dari luar negara.", kata Amirah.

Jesteru, Amirah mengucapkan terima kasih kepada orang ramai dan juga organisasi yang menyumbang dan memberi semangat untuk ayahnya.

"Kini, kami selangkah lebih hampir untuk membawa Ayah balik rumah. Kami sangat bersyukur dan ingin berterima kasih semua kerana sokongan anda. Terima Kasih!!! Semoga dirahmati Tuhan.", tulis Amirah mengakhiri catitan itu.

Sementara itu, mengenai perkembangan kesihatan Mohamad Sahar pula, Amirah berkata ayahnya itu kini berada dalam keadaan stabil. - Siakapkeli.my

Sumber : https://www.gofundme.com/saharnoor

Read more ...

Intai jururawat di tandas, tukang cuci dipenjara 5 bulan

Gara-gara mengintai seorang jururawat di dalam tandas sebuah klinik kesihatan, seorang pencuci tandas warga Indonesia dipenjara lima bulan oleh Mahkamah Majistret Kuala Lumpur semalam.

Majistret Siti Radziah Kamarudin menjatuhkan hukuman tersebut ke atas Ricky Jandriadi, 20, selepas tertuduh mengaku bersalah mengintai jururawat berusia 24 tahun itu dengan niat mengaibkan kehormatan dan mengganggu kesantunan mangsa.

Mahkamah memerintahkan tertuduh menjalani hukuman itu bermula dari tarikh dia ditangkap pada 22 Julai lepas.

Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu di tandas wanita di sebuah Klinik Kesihatan Ibu dan Anak di sini, pada 7.40 pagi, 22 Julai lepas.

Dia didakwa mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum lima tahun atau dengan denda atau kedua-duanya.

Tertuduh yang tidak diwakili peguam juga dihukum penjara dua bulan atas pertuduhan tinggal melebihi tempoh dibenarkan di Malaysia di perkarangan Klinik Kesihatan Cheras, pada 8.30 malam 22 Julai.

Dia didakwa mengikut Seksyen 15 (1)(c) Akta Imigresen 1959/63 (Pindaan 2002) dan boleh dihukum di bawah Seksyen 15 (4) akta sama, yang membawa hukuman denda tidak kurang RM10,000 atau penjara maksimum lima tahun atau kedua-duanya.

Mahkamah turut memerintahkan tertuduh menjalani hukuman itu bermula dari tarikh dia ditangkap pada 22 Julai dan berjalan serentak dengan pertuduhan pertama.

Berdasarkan fakta kes, mangsa telah terserempak dengan tertuduh ketika dia sedang mencuci tandas wanita.

Wanita itu meminta kebenaran untuk masuk ke tandas dan ketika beliau masuk ke tandas telah ternampak kelibat dan kepala seseorang dari atas tandas bersebelahan.

Mangsa kemudian menjerit dan mendengar seseorang melarikan diri. Hasil siasatan mendapati terdapat peralatan alat t ukang cuci ditinggalkan tertuduh dan kesan tapak kasut di bahagian pengepam tandas bersebelahan.

Pendakwaan kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nor Diana Nor Azwa.

- Bernama 

Read more ...

Abam diganggu lelaki gila seks di Facebook

KUALA LUMPUR: Pelawak terkenal, Abam Bocey, mendedahkan dirinya diganggu lelaki gila seks menerusi laman sosial, baru-baru ini.
Read more ...

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *