Recent Post
Showing posts with label Kemalangan. Show all posts
Showing posts with label Kemalangan. Show all posts

Wednesday, September 23, 2015

Hanya seorang cedera nahas 'mat rempit'

Hanya seorang cedera dalam kejadian kemalangan yang membabitkan beberapa buah motosikal yang sedang berlumba di Lebuhraya Shah Alam (Kesas) pada awal pagi semalam.

Video mengenainya tersebar luas di laman sosial.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, ACP Shafien Mamat dalam kenyataannya berkata dalam kejadian pada pukul 5.15 pagi itu, satu dari beberapa buah motosikal yang dipercayai sedang berlumba di lebuh raya itu telah melanggar belakang sebuah Proton Exora yang sedang dalam perjalanan dari Klang ke Kuala Lumpur.

"Pelanggaran itu turut menyebabkan beberapa lagi penunggang motosikal yang berlumba bersamanya terlibat dan mangsa yang cedera kemudiannya dibawa ke hospital oleh rakannya yang hadir melihat perlumbaan berkenaan," katanya.

Sementara itu, laporan polis telah dibuat oleh pemandu Proton Exora berkenaan dan kes sedang disiasat.

Bernama
Read more ...

Tuesday, September 22, 2015

Akhirnya Punca Sebenar Pelajar UITM Ini Ditemui Mati Mengejut Di Dalam Tandas DIBONGKAR !


ARAU: Seorang pelajar wanita di Universiti Teknologi MARA (UiTM) kampus Arau, Perlis ditemui mati dalam sebuah bilik air di asrama terbabit pada Sabtu. Mangsa dikenali sebagai Syarafina Mansor, 18, pelajar jurusan Diploma Sains bagi sesi 2015/2016. Syarafina ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri di bilik air kira-kira pukul 2 petang oleh rakannya selepas dia tidak kembali ke bilik selepas dua jam. Rektor UiTM Perlis, Prof Datuk Ahmad Redzuan Abd Rahman berkata Syarafina dikatakan meninggalkan biliknya untuk mandi.

"Apabila dia tidak kembali ke biliknya selepas dua jam, rakannya mengesyaki sesuatu yang tidak kena dan dia pergi ke bilik air untuk mencari Syarafina.

"Rakannya terkejut apabila mendapati Syarafina ditemui terbaring tidak sedarkan diri di atas lantai bilik air," kata Ahmad Redzuan. Pihak pengurusan asrama kemudiannya membawa mangsa ke Hospital Tunaku Fauziah di Kangar di mana dia disahkan meninggal dunia pada 3.20 petang.

"Laporan bedah siasat mendapati mangsa meninggal dunia akibat pendarahan di kepala. "Syarafina sentiasa mengadu sakit kepala kepada rakannya. Kesakitan itu kadang kala menyebabkan dia tidak hadir ke kelas," kata Ahmad Redzuan. 
Read more ...

Sunday, September 20, 2015

2 Cedera Tanah Runtuh Di Makkah


MAKKAH: Bangunan kediaman yang dilanda tanah runtuh bukit di Makkah pada lewat malam Jumaat menyebabkan dua orang cedera, kata agensi berita, SPA. Insiden itu berlaku selepas 107 orang terbunuh dalam insiden kren tumbang di Masjidil Haram pada minggu lalu.


Pihak berkuasa pertahanan awam berkata, kejadian tanah runtuh itu mengakibatkan bangunan empat tingkat di kawasan Batha Quraish runtuh, mencederakan seorang lelaki dan seorang wanita. SPA berkata, siasatan sedang dijalankan bagi mengenal pasti punca kejadian. - Reuters
Read more ...

Monday, September 14, 2015

'Selamat Jalan Isteriku, Damailah Kau Di Sana' - Luahan Suami Allahyarham Siti Nuroshlizan


Di bawah adalah luahan sayu dari suami kepada Allahyarham Siti Nuroshlizan Zulkifli, antara jemaah haji Malaysia yang terkorban dalam tragedi kren runtuh di Mekah.  Luahan itu ditulis oleh suami beliau di laman Facebook isterinya, Umi Basheer, yang nyata menyentuh hati ramai netizen. Di kesempatan itu, ramai yang memberikan kata-kata semangat kepada keluarga Allahyarham Siti Nuroshlizan agar tabah dengan apa yang terjadi.
Read more ...

YA ALLAH ! Detik-Detik Kren Jatuh Menimpa Jemaah. Nampak Kanak-kanak Lari Peluk Ibu Mereka

Scroll ke bawah untuk melihat video

Detik-detik kren menimpa jemaah. Nampak dua orang kanak-kanak lari memeluk ibu mereka.Ya Allah.
Read more ...

Saturday, September 12, 2015

Kren tumbang di Masjidilharam: TH sahkan 6 jemaah Malaysia cedera

KUALA LUMPUR: Tabung Haji (TH) mengesahkan enam jemaah Malaysia cedera dalam insiden kren tumbang di Masjidilharam, berlaku kira-kira jam 4.30 petang waktu tempatan.
Read more ...

Sunday, August 16, 2015

kemalangan maut melibatkan kereta terjunam dalam sungai



Sebuah kereta Kia Forte dengan nombor pendaftaran VM 7119 telah terbabas dan jatuh ke dalam sungai berdekatan jambatan Sungai Kerteh. Kemalangan tersebut dilaporkan berlaku lebih kurang 6 petang. Mangsa bernama Ahamda Haziq, 27 tahun dan berasal daripada Kepala Batas dikatakan meninggal dunia di tempat kejadian.



Sedekahkan Al-fatihah kepada beliau.

 
Read more ...

Saturday, August 15, 2015

Dihempap mesin

am@hmetro.com.my
Cyberjaya: Seorang lelaki warganegara Bangladesh terbunuh selepas dihempap mesin memproses sabun di sebuah kilang di sini, semalam.

Penguasa Kanan Bomba II Ketua Zon Selangor Selatan Azmi Sadon berkata, dalam kejadian jam 11.42 pagi itu, mangsa, Mohammad Mohasin, 39, terbunuh ketika bekerja dikilang di Taman Mas Industri Mas 2, di sini.

Beliau berkata, jentera bomba sampai di tempat kejadian pada jam 12.03 tengah hari selepas menerima laporan pada jam 11.42 pagi.

"Difahamkan kilang membuat sabun itu akan berpindah ke lokasi baru menyebabkan pekerja termasuk mangsa sibuk mengalih dan mengangkat peralatan kilang sebelum kejadian.

"Sebuah mesin terjatuh lalu menghempap mangsa dan meninggal dunia di tempat kejadian," katanya ketika dihubungi Harian Metro.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.
Read more ...

"Lu Gengster Ka Apa?!!"


Video seorang pemandu lelaki warga emas dikasari oleh seorang pemuda di tengah jalan tersebar di laman sosial. Video berdurasi 1 minit 10 saat yang dirakam oleh anak mangsa itu dimuat naik di laman Facebook 10 jam yang lalu.

Difahamkan, pemuda yang memakai baju hitam bertulis 'THE SUNNAH THE BETTER' itu berang dengan cara pemanduan warga emas itu sehingga membahayakan nyawanya. Gagal mengawal kemarahan, lelaki itu memberhentikan motosikalnya di hadapan kereta warga emas terbabit lalu memarahi serta merentap bajunya, selain dari menghempas pintunya sehingga kemek akibat terkena pada tebing jalan. Lelaki warga emas yang membawa isteri dan anaknya itu memohon maaf serta merayu tidak dikasari oleh lelaki itu.

Malangnya tidak diendahkan dan terus diherdik dan dikasari sehingga menyebabkan mereka ketakutan dan menangis. Setelah puas 'mengerjakan' mereka, pemuda terbabit berlalu pergi meninggalkan mereka. - THEHYPEMEDIA.COM
Read more ...

Friday, August 14, 2015

Ajal jemput adik balik mengaji

am@hmetro.com.my
Mersing: Seorang remaja lelaki berusia 15 tahun maut apabila motosikal ditunggang dalam perjalanan menjemput adik perempuannya selesai mengaji al-Quran dilanggar kereta di Kilometer 2, Jalan Mersing-Endau, di sini, malam kelmarin.

Dalam kejadian jam 8.15 malam itu, Dell Akmal Mohd Ramle meninggal dunia di tempat kejadian akibat parah di kepala selepas motosikal Honda Wave ditunggang dirempuh Toyota Vios.

Ketua Polis Daerah Mersing Deputi Superintendan M Kumar berkata, rempuhan kuat itu menyebabkan mangsa terpelanting beberapa meter dan parah di kepala berikutan tidak memakai topi keledar.

Katanya, kereta dipandu lelaki berusia 27 tahun itu dikatakan dalam perjalanan dari Johor Bahru ke Kuantan, Pahang bersama empat penumpang termasuk isterinya.

"Pemandu kereta ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 41(1), Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan dibebaskan petang semalam selepas diambil keterangan.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya
Read more ...

Thursday, August 13, 2015

Ribut Landa Depan Pejabat MITI, Aksi Lelaki Berdoa Jadi Viral

PENDUDUK yang tinggal di kawasan Lembah Klang hari ini digemparkan dengan cuaca buruk yang melanda berikutan angin kencang yang luar biasa dan hujan lebat.

Antara kawasan yang paling terjejas berikutan cuaca buruk itu dilaporkan berlaku di hadapan pejabat Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Kuala Lumpur.

Kejadian kira-kira 5 petang itu mengakibatkan beberapa pokok tumbang dan khemah yang dipasang dalam kawasan pejabat MITI musnah dan mengalami kerosakkan.

Beberapa gambar kemusnahan yang berlaku akibat ribut kuat yang dimuat naik oleh netizen kini menjadi viral di media sosial.

11885209_10207400436710773_5005081022926251048_n IMG-20150813-WA0039-225x300 IMG-20150813-WA0044-169x300 11855922_10153460447010600_8226638173475339575_n
Dalam banyak-banyak gambar perkongsian kejadian ribut kuat, muncul satu kisah menarik mengenai seorang lelaki yang terakam sedang memohon doa dalam keadaan membiarkan hujan membasahi dirinya.

Aksi lelaki tersebut mencuri tumpuan ramai yang tersentuh akan tindakan lelaki tersebut.
– MYNEWSHUB.CC
Read more ...

Friday, August 07, 2015

Akibat Kecuaian Pengasuh, Bayi 8 Bulan Muntah Darah Sebelum Meninggal


Kuantan: Bayi lelaki berusia lapan bulan meninggal dunia malam tadi akibat pendarahan di kepala dipercayai berpunca daripada kecuaian pengasuhnya. Mohamad Haziq Izzudin Mohd Safari meninggal dunia kira-kira 11.50 malam tadi selepas dimasukkan ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) petang semalam.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Abdul Aziz Salleh berkata, ibu mangsa mendapat panggilan telefon daripada pengasuhnya pada 10.30 pagi Rabu lalu yang memaklumkan anaknya tersedak susu. "Sebaik tiba di rumah pengasuh, ibu mangsa mendapati bayinya dalam keadaan lemah dan muntah darah serta terdapat kesan benjol di belakang kepalanya. "Ibu mangsa membawa bayinya ke hospital swasta sebelum dipindahkan ke HTAA petang semalam berikutan keadaanya semakin kritikal. "Mangsa bagaimanapun disahkan meninggal dunia pada 11.50 malam tadi," katanya.
Read more ...

'Kematian 4 rakyat M'sia kemalangan tragik'

Koroner Negara, Marvin Bay memutuskan semalam bahawa kematian empat rakyat Malaysia dalam kebakaran di asrama pekerja asing di Geylang akhir tahun lepas ialah 'akibat kemalangan tragik', lapor stesen televisyen Channel NewsAsia (CNA).

Dalam kejadian awal pagi pada 6 Disember lepas, mangsa Jubitol Rumanjing, 37, Ramu Kotiah, 50, dan Yusoff Masrong, 49, meninggal dunia di tempat kejadian sementara Maslan Musundo, 43, meninggal dunia selepas dibawa ke Hospital Tan Tock Seng.

Keempat-empat mereka bekerja di Singapura sebagai tukang cuci dan tinggal di sebuah unit tiga tingkat yang telah diubah suai sebagai asrama.

Televisyen tempatan melaporkan Peter Awat, yang berkongsi bilik dengan keempat-empat mangsa, tersedar daripada tidur apabila mendengar jeritan Ramu.

Peter berkata dia melarikan diri walaupun Maslan memberitahunya supaya jangan berganjak.
Beliau berkata keempat-empat mereka memutuskan untuk terus berada dalam bilik dan menunggu bantuan tiba, kerana taku t cedera akibat kebakaran, yang merebak hingga ke koridor.

Sekurang-kurangnya 20 penghuni yang lain, yang terjaga selepas terdengar jeritan rakan-rakan mereka, sempat melarikan diri. Kempat-empat mangsa ditemui dalam salah satu bilik di rumah tersebut.

Tiga daripada mereka terbaring di atas lantai dengan muka ke atas dan mangsa keempat dijumpai terduduk di penjuru bilik dengan menutup kepalanya dengan kain selimut.

CNA melaporkan bahawa bedah siasat menunjukkan bahawa mereka mati akibat penyedutan asap, dan tiada kesan terbakar pada tubuh badan mereka.

Adalah dipercayai bahawa asap memasuki bilik melalui ruang ventilasi, lubang di sekitar pintu dan melalui panel kaca, akhirnya menyebabkan mereka mati.

Siasatan oleh pasukan Siasatan Kebakaran Pasukan Pertahanan Awam Singapura menunjukkan bahawa kebakaran adalah berpunca daripada unsur-unsur elektrik.

Apabila inkuiri terhadap kematian mereka selesai, Bay merakamkan "ucapan takziah yang mendalam" kep ada keluarga mangsa termasuk saudara kepada salah seorang mangsa, yang melecur pada tubuh badannya.

Bay berkata tragedi itu memberi peringatan bahawa perkara terbaik ialah melarikan diri daripada tempat kebakaran dan adalah amat berbahaya untuk terus berada dalam bangunan itu untuk menunggu bantuan tiba.

Beliau berkata ruang kesempatan untuk melarikan mungkin sempit.

"Amat malang sekali keempat-empat mangsa akhirnya mengambil keputusan secara tragik untuk terus berada dalam rumah yang terbakar itu, CNA memetik Bay sebagaiberkata.
- Bernama
Read more ...

Helikopter tentera Pakistan terhempas, lapan terkorban

ISLAMABAD: Sekurang-kurangnya lapan orang terbunuh apabila helikopter milik tentera Pakistan terhempas di barat laut negara berkenaan, semalam.

Menurut pegawai polis kanan, Nujeebur Rehman, lapan mayat ditemui di tempat kejadian dekat bandar Mansehra di wilayah Khyber Pakhtunkhwa, kira-kira 170 kilometer ke utara Islamabad.
Mayat yang ditemui dalam keadaan rentung dan sukar dikenal pasti manakala helikopter yang membawa bekalan bantuan dan ubatan ke bandar utara Gilgit masih terbakar, tambahnya.

Pesawat buatan Russia, Mi-17 yang digunakan tentera udara di seluruh dunia, mempunyai rekod keselamatan yang kurang memberangsangkan beberapa tahun kebelakangan ini._- AFP
Read more ...

Wednesday, August 05, 2015

Anggota polis maut dipercayai akibat serangan jantung



ANGGOTA Bomba dan Penyelamat memberikan bantuan kecemasan kepada mangsa. - Foto ihsan JBPM Johor

JOHOR BAHRU: Seorang anggota polis maut dipercayai akibat serangan jantung dalam kejadian di hadapan persimpangan Balai Bomba dan Penyelamat Kluang, dekat sini, jam 11 malam tadi.
Mangsa dikenali sebagai Koperal Salim Sidik, 54, difahamkan bertugas di Balai Polis Kota Tinggi, dekat sini.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Johor, berkata mangsa yang menaiki kereta berhenti di persimpangan berkenaan dan orang awam memaklumkan perkara itu kepada pihak bomba.
"Anggota bomba berusaha menyelamatkan mangsa dengan memberi bantuan kecemasan namun tidak dapat diselamatkan," katanya.
Read more ...

Monday, August 03, 2015

Bahana lawan arus

hmetroshahalam@hmetro.com.m

Shah Alam: Padah menunggang motosikal melawan arus seorang mat rempit cedera dalam kemalangan selepas merempuh sebuah kenderaan di Persiaran Setia Alam di sini, awal pagi semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 1 pagi itu, mangsa menunggang motosikal menggunakan laluan bertentangan dari arah Klang ke Shah Alam sebelum bertembung dengan sebuah kereta.

Mangsa berusia 20-an dikatakan tidak menyedari kehadiran kenderaan berkenaan dan melanggarnya menyebabkannya tercampak ke jalan raya sebelum dibantu anggota polis.

Menurut sumber, lelaki itu pada mulanya dilihat menunggang motosikal dalam keadaan mencurigakan dan cuba meloloskan diri bagi mengelak ditahan polis yang ketika itu melakukan operasi.

"Bagaimanapun, kerana takut ditahan mangsa terus memecut menyebabkan polis mengesyaki sesuatu sebelum mengejarnya.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.
Read more ...

Kanak-kanak lemas ketika mandi di air terjun Serendah

KUALA LUMPUR: Seorang kanak-kanak berusia lima tahun ditemui mati lemas ketika mandi di kawasan air terjun Serendah dekat sini, pada Ahad.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor Supt R. Supramaniam berkata mangsa, Ahmad Fahmi Ahmad Kadir yang berasal dari Bukit Beruntung telah pergi ke kawasan itu bersama bapa dan sepupunya pada pukul 2.30 petang.

Beliau berkata mangsa kemudian mandi bersama dua sepupunya sambil diperhatikan bapanya dari atas (darat) di kawasan air terjun itu.

"Kira-kira sejam kemudian, bapa mangsa menyedari anaknya telah tiada.
"Hasil bantuan orang ramai, mangsa berjaya dikesan tidak jauh dari tempat dia dikatakan lemas.
"Bagaimanapun, ketika ditemui mangsa sudah tidak bernafas," katanya ketika dihubungi Bernama.
Mayat mangsa dihantar ke Hospital Kuala Kubu Baharu untuk bedah siasat.
Read more ...

Sunday, August 02, 2015

3 Maut, 5 Cedera Dalam Kemalangan Di Baling

BALING – Seorang wanita dan dua anaknya maut manakala lima lagi cedera dalam kemalangan membabitkan dua buah kenderaan di KM44.3 Jalan Baru Baling, berhampiran Kampung Balik Angin, Kuala Ketil malam tadi.

Ketua Polis Baling Supt Mat Daud Mat Hasan berkata dalam kejadian pukul 10 malam itu, Rubiah Abu Hassan, 59, dan dua anaknya Mohamad Tanizi Hamid, 36, dan Nur Shafiqah Hamid, 19, meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah.

"Ketiga-tiga mereka menaiki kereta Proton Wira bersama tunang Mohamad Tanizi, Zubaidah Ahmad, 36, yang cedera parah dan kini dirawat di Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai Petani," katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Semua jenazah mangsa telah dihantar ke Hospital Baling untuk proses bedah siasat dan kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987, katanya.

Mat Daud berkata ketika kejadian, mangsa dalam perjalanan dari Kulim ke Pusat Rekreasi Air Panas Ulu Legong sebelum bertembung dengan sebuah kenderaan pacuan empat roda dari arah Baling ke Bukit Mertajam.

Beliau berkata siasatan awal mendapati pemandu pacuan empat roda terbabit tidak menyedari bahawa jalan yang dilalui sedang dalam pembinaan kerana keadaan gelap selain tidak mempunyai papan tanda amaran.

"Pemandu pacuan empat roda itu tidak menyedari keadaan sebenar jalan dan telah memasuki jalan bertentangan sebelum bertembung dengan kereta yang dinaiki keluarga tersebut," katanya.

Pemandu pacuan empat roda, Said Abdullah, 63, serta penumpang kenderaan itu, Salmah Din, 57, Che Minah Ahmad, 68, dan Nurul Zuliana Ramli, 20, cedera dalam kejadian itu dan dirawat di Hospital Baling sebagai pesakit luar, katanya.

Sementara itu, Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Kedah Nur Hafizah Muhammad Lukman berkata pihaknya menerima panggilan pada pukul 10.23 malam dan tiba di lokasi kira-kira 30 minit kemudian. – BERNAMA
Read more ...

Tiga maut, empat cedera

Baling: Tiga maut dan empat cedera selepas kereta bertembung dengan kenderaan pacuan empat roda dari arah bertentangan di Lebuhraya Butterworth-Kulim (BKE) Jalan Baling, 10.15 malam tadi.
Jurucakap bomba berkata, pihaknya menerima panggilan pada 10.23 malam dan tiba di lokasi kejadian 26 minit kemudian.

Menurutnya, sebaik tiba mendapati kenderaan terbabit dalam kemalangan berhampiran kawasan jalan yang sedang dalam pembinaan.

"Seorang lelaki yang juga pemandu kereta dan dua penumpang wanita maut dalam kejadian itu.
"Empat orang yang cedera pula adalah seorang wanita yang juga penumpang kereta dan tiga lagi adalah lelaki dan dua wanita menaiki pacuan empat roda," katanya.

Mayat dihantar ke Hospital Baling untuk bedah siasat.
Read more ...

Friday, July 31, 2015

MH370 families still waiting for official statement after Reunion debris find

Selamat Omar, father of a MH370 passenger, says he is not too hopeful the Reunion Island wreckage belongs to MH370. – Reuters filepic, July 31, 2015.Relatives of Malaysia Airlines (MAS) flight MH370 passengers are still waiting for official confirmation from the authorities on the discovery of a debris in La Reunion Island on Wednesday, which could be from the ill-fated aircraft.

For Selamat Omar, 60, father of passenger Mohd Khairul Azmi, he was not too hopeful the wreckage belonged to MH370 as the distance was too far from the search area in the Indian Ocean.
"Nonetheless I am leaving it all to the government and investigators, whatever they say, I accept. If the debris is from MH370, then I am thankful," he said today.

Selamat said MAS has been keeping them informed on each latest development on MH370.
"MAS contacted me on the current development in the search for MH370 including the debris found two days ago."

As for Kelvin Shim, 39, husband of MH370 flight attendant Christine Tan, he was confused whether the debris found could really be part of the ill-fated aircraft since the investigation was still going on.
"Actually I don't know whether the debris found in Reunion Island is part of the aircraft. If it is proven to be part of it, I would really like to go there myself."

He also said that MAS sent him two emails yesterday and today to inform him about the latest development and one of the emails contained a letter said to be from Prime Minister Datuk Seri Najib Razak.

"They called me to check whether I have received the emails or not and they kept updating and said they would try their best to get the first hand news to us."

For the eldest daughter of MH370 chief steward Andrew Nari, Maira Elizabeth Nari, 19, she hoped for something assuring on the latest discovery.

"I am jittery over the outcome of the investigation team on the find."

She described the latest development on MH370, which was disseminated via social websites as something not credible, but she would leave it to the authorities to investigate.

On Wednesday, several images of a wreckage believed to be the flap of a Boeing 777 on social media gave new hopes in the search for the missing MH370 aircraft.

Airlive.net, a website on aviation industry news and information tweeted a picture of a wreckage and uploaded the status "Broken piece of wing found on La Reunion Island, could that be the flap of #MH370?"
Flight MH370 vanished from the radar at about midnight on March 8 last year while flying from Kuala Lumpur to Beijing carrying 227 passengers and 12 crew members. – Bernama, July 31, 2015.
Read more ...

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *