Recent Post

Sunday, April 03, 2016

Musim hujan lebat korbankan 36 orang di Pakistan

Jurucakap agensi pengurusan bencana daerah melaporkan, kematian dilaporkan di wilayah Khyber Pakhtunkhwa ketika hujan mula mencurah pada malam Sabtu.
Read more ...

PM umum penubuhan bandar keusahawanan pertama di Malaysia - Kosmo!

PM umum penubuhan bandar keusahawanan pertama di Malaysia

03/04/2016 11:30am

KUCHING - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan penubuhan sebuah bandar usahawan yang pertama di Malaysia iaitu Bandar Keusahawanan Lautan Biru yang terletak di Borneo744, Bintawa, Sarawak.

Menurutnya, Borneo744 akan menjadi titik permulaan kepada penubuhan lebih banyak bandar keusahawanan di pelbagai lokasi di seluruh negara kelak.

"Aspirasi yang diletakkan ke atas Borneo744 ialah untuk menjadi sebuah hab kreativiti dan inovasi di mana penggiat daripada pelbagai bidang dan kerjaya dapat berkolaborasi, bereksperimen dan mengkomersilkan produk-produk mereka iaitu daripada seni dan kraf kepada fesyen dan reka bentuk.

"Apabila siap nanti, Borneo744 akan terdiri daripada sebuah perkampungan kraf, hab kolaborasi dan ruang kerja gunasama, studio-studio, teater-teater, ruang-ruang niaga makanan dan minuman, taman-taman pertanian dan ruang pameran," katanya ketika melancarkan Program Gabungan Rakan Entrepreneur Aspirasi Terhebat (GREAT) 2016 di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) di sini sebentar tadi. - K! ONLINE

Read more ...

(Gambar) Keadaan Jerebu Di Sabah Ketika Ini Yang Anda Mungkin Tidak Dapat Lihat Di Kaca TV

Ketika cuaca panas negara sedang hangat dirasai oleh semua orang ketika ini di seluruh Malaysia, begitu banyak kawasan yang kering dan pihak bomba menerima begitu banyak panggilan kebakaran hutan berlaku.

Dilihat negeri di Utara Tanah air seperti Kedah dan Perlis dilihat begitu terjejas dengan cuaca panas sehingga mencatat suhu 40 darjah Celsius.

Tetapi tahukah anda bahawa sebuah negeri di dalam Malaysia kini sedang bergelut dengan keadaan cuaca tidak baik yang kurang dirasa di tempat lain iaitu negeri Sabah.

Mana tidaknya, negeri Sabah kini dilanda tiga masalah iaitu cuaca panas, hutan terbakar dan jerebu teruk.

Berikut adalah gambar jerebu di beberapa kawasan di Sabah.

Membakut, Beaufort, Bisulok

SUMBER

Membakut

  SUMBER

Beufort

SUMBER

Papar

SUMBER

Bongawan

SUMBER

Memetik laporan Bernama bertarikh 31 Mac, Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBP) Sabah memberitahu kebakaran belukar yang kerap berlaku di Sabah  menjadi punca utama jerebu melanda beberapa kawasan di negari ini.

Berdasarkan lama web APIMS, jam 5 petang tadi daerah Keningau menunjukkan bacaan API ketiga tertinggi selepas 1, Banting, 116, 2, Pelabuhan Klang, 73, dan Keningau, 65. - Siakapkeli.my

Read more ...

Shamsul Iskandar pula dihalang ke Sarawak

Naib Presiden PKR, Shamsul Iskandar Mohd Akin adalah pemimpin pembangkang terbaru yang dihalang daripada memasuki Sarawak menjelang pilihan raya negeri itu.

Shamsul, yang tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching dengan pesawat Malindo Air penerbangan OD1622 yang berlepas dari KLIA pada jam 5.50 petang berkata, beliau ditahan sebaik sahaja mendarat.

"Nama pegawai yang menahan saya adalah Andrew.

"Andrew maklumkan saya tidak dibenarkan masuk ke Sarawak sebab arahan atasan," katanya dalam akaun Twitter.

Shamsul dijangka akan dihantar pulang lewat malam ini.

Beliau adalah antara beberapa pemimpin pembangkang dan aktivis yang disekat daripada memasuki negeri itu.

Selain Shamsul, naib-naib presiden PKR yang dihalang adalah Nurul Izzah Anwar, Tian Chua dan Rafizi Ramli.

Turut tidak dibenarkan ke Sarawak adalah Ketua Wanita PKR Zuraida Kamaruddin, Pengarah Pilihan Raya PKR Datuk Saifuddin Nasution Ismail dan Ahli Parlimen Subang R Sivarasa.

Ahli Parlimen DAP Petaling Jaya Tony Pua dan Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok juga pernah dihantar pulang sebaik menjejaki bumi Sarawak.

Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem telah mengumumkan bahawa Dewan Undangan Negeri akan dibubarkan pada 11 April ini bagi memberi laluan kepada pilihan raya negeri diadakan.

[Baca berita penuh]

Read more ...

Bayi maut dihempas teman lelaki ibu

SEPANG: Seorang bayi perempuan maut selepas dihempas ke lantai oleh teman lelaki ibunya di Putra Perdana, di sini, semalam.
Read more ...

20160401-SS DATO DR ASRI & MAT MALAYA-JPAM

Onekuliah 20160401-SS DATO DR ASRI & MAT MALAYA-JPAM
Read more ...

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *