Recent Post

Thursday, May 19, 2016

Ini Bukan Soal Siapa Rampas Siapa, Memang Saya Yang Mahu ‘Membuang’ – Datuk Rahman

Meskipun sudah beberapa bulan berkahwin, Maria Farida masih lagi digelar perampas suami orang sehingga ke hari ini.

Dek kerana tidak tahan isterinya dihina dan dikritik, Datuk Rahman telah tampil menjelaskan perkara sebenar. Menurut Datuk Rahman, tidak pernah timbul isu rampas kerana beliau sendiri yang hendak "membuang" Karen Rayyan daripada kehidupannya. Datuk Rahman sudah lama memikirkan soal bercerai dengan Karen sebelum membuat keputusan untuk berkahwin dengan Maria lagi.

Ini bukan soal siapa rampas siapa, memang saya yang mahu 'membuang'. Saya bukan muda lagi, tidak perlu saya menipu semata-mata untuk berkahwin dengan orang lain. Saya mahu mencari kebahagiaan melalui perkahwinan baharu ini, itu sahaja sebabnya.

bekas isteri Datuk Rahman ( Karen Rayyan)

Pada usia sekarang, tiada apa yang diharapkan oleh Datuk Rahman kecuali seorang isteri yang mampu menjaga makan minumnya dan memberikan kasih sayang yang secukupnya.

Setelah tujuh bulan mendirikan rumah tangga dengan Maria, Datuk Rahman akui pelakon itu menjalankan tugas sebagai seorang isteri dengan baik.

Saya seorang lelaki yang sangat ringkas. Isteri bagi saya perlu menjalankan tanggungjawab sebagai isteri. Berada di rumah ketika saya ada, menyediakan makanan dan memberikan kasih sayang secukupnya, itu sahaja.

Sebelum berkahwin dengan Maria itu yang saya minta daripada dia. Kami sudah berbincang, itu sahaja permintaan saya. Maria juga jelas faham dengan apa yang saya mahu. Selepas hampir tujuh bulan berkahwin, saya melihat dia telah menjalankan tanggungjawab sebagai isteri dengan baik.

Kita sendiri tidak tahu apa yang berlaku antara mereka bertiga dan agak tidak adil untuk melabelkan seseorang itu perampas. Biarlah Datuk Rahman, Maria Farida dan Karen Rayyan selesaikan masalah mereka sendiri.

Sumber Berita : Utusan Online

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.
Read more ...

Kebajikan pekerja Indonesia di Malaysia terjamin - Kosmo!

Kebajikan pekerja Indonesia di Malaysia terjamin

19/05/2016 11:47am

KUALA LUMPUR - Kerajaan memberi jaminan kebajikan pekerja berdaftar warga Indonesia di negara ini akan diberikan keutamaan mengikut piawaian yang telah ditetapkan.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, beliau akan melakukan penilitian mendalam berhubung isu pembekuan pembantu rumah yang disuarakan oleh Indonesia ke negara ini.

"Saya percaya masih banyak ruang untuk membincangkan perkara ini. Mungkin isu gaji minimum yang diminta masih boleh dibincangkan memandangkan ia berada di luar dari persetujuan awal yang dilakukan sebelum ini," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Terdahulu, Ahmad Zahid merasmikan Persidangan Rapat Alumni Nusantara dan Pelancaran Jaringan Alumni Nusantara Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Gombak dekat sini.

Baru-baru ini, Minister Counsellor Pensosbud, Trigustono Supriyanto yang bertugas di pejabat kedutaan Indonesia di Kuala Lumpur berkata, kerajaan Indonesia mengambil keputusan untuk tidak lagi membekalkan khidmat pembantu rumah ke luar negara mulai tahun depan.

Selain Malaysia, Indonesia juga tidak akan membenarkan warganegaranya menjadi pembantu rumah di negara-negara Asia Barat dan Hong Kong.

Bagaimanapun, pembantu rumah Indonesia yang sedia ada di negara-negara asing ini masih dibenarkan untuk bekerja sekiranya khidmat mereka dilanjutkan oleh majikan masing-masing. - K! ONLINE

Read more ...

Peraduan Premiere With Budiey Filem DEMOLITION

Ini adalah hadiah Budiey kepada Budieyators, pembaca setia & selebriti yang melayari blog ini!

Anda nak menghadiri Tayangan Premiere DEMOLITION – Budiey.com bersama beberapa orang selebriti dan artis terkenal yang dijemput khas? Kalau anda boleh hadir, inilah satu-satunya peluang anda untuk menjadi antara penonton pertama menyaksikan filem aksi yang penuh dramatik yang penuh dengan babak mengujakan ni.

Budiey ada 100 pass tiket untuk dihadiahkan kepada semua pembaca Budiey.com yang teruja untuk hadir menonton.

Pada hari Isnin ini, Budiey nak ajak korang tonton sebuah filem aksi yang korang mesti sukakannya berjudul DEMOLITION. Apa lagi jangan lupa sertai peraduan ini.

Nak tahu terbaik ke tidak, anda semua dijemput untuk menonton trailer filem ini dan bacalah sinopsis ringkas tentang filem ini.

Sinopsis Filem DEMOLITION Peraduan Tayangan Premiere DEMOLITION 

Sensasi Selebriti ingin menghadiahkan 100 pass tiket untuk Budieyators / pembaca yang boleh menghadirkan diri di tayangan premiere yang cukup eksklusif ini. Acara ini akan diadakan pada:

Tarikh:

23 Mei 2016 (Selasa)

Masa Pendaftaran:

8.00 malam

Tayangan Filem:

9:00 malam

Tempat:

GSC Mid Valley

Anda ingin hadir? Senang sahaja. Anda hanya perlu menyertai peraduan ini dengan menjawab soalan mudah dan melengkapkan slogan dengan gaya yang paling kreatif.

Seorang pemenang akan mendapat 2 keping tiket untuk hadir di Tayangan Premiere DEMOLITION – Budiey.com di GSC Mid Valley, Kuala Lumpur. Senang je, cipta slogan, tweet & FB kemudian hantar emel. Itu je. Mudah kan?

Ingat hashtag ini: #PremiereWithBudiey #Demolition #Budieyators

Apa yang korang perlu buat ialah: 1.  'Like' Facebook page Budiey Dot Com dan 'Follow' Twitter & Instagram Budiey: @Budiey

Sila klik butang LIKE entri ini, Google + & share di Facebook milik anda, jika anda mahu menyertai Tayangan Premiere ini dan komenlah apa pendapat anda tentang filem ini di ruangan komen berdasarkan trailer kat atas ni. Sila cari butang LIKE, butang Google + (g+) dan butang share Facebook di bawah tajuk entri ini. Jangan lupa LIKE Facebook ini:  www.facebook.com/budieydotcom

2. Sila cipta slogan kreatif anda dan hantar melalui emel bersama jawapan pada soalan di bawah. Selain itu, anda WAJIB juga Tweet slogan ini di Twitter.

Kepada yang ada Twitter, sila gunakan hashtag event ini iaitu #PremiereWithBudiey. Tweetkan slogan anda tidak lebih 140 huruf.

Slogan: @budiey Saya mahu hadir di #PremiereWithBudiey #Demolition kerana…. (tidak lebih dari 100 huruf)

Jika anda tiada Twitter, boleh letak di Facebook. Tapi sebaik-baiknya di Twitter ya sebab senang Budiey nak reTweet dan baca.

Jawab soalan mudah ini:

1. Namakan seorang pelakon yang membintangi filem DEMOLITION

2. Sila emelkan jawapan & slogan anda:

Slogan: Saya mahu hadir di Tayangan Premiere DEMOLITION  – Sensasi Selebriti kerana… (tidak lebih dari 100 huruf)

Sertakan juga maklumat peribadi:Nama:Twitter:Alamat surat menyurat:Email:Nombor telefon:

Hantarkan jawapan anda kepada:

dengan tajuk email: Tayangan Premiere DEMOLITION  – Sensasi Selebriti 

Tarikh tutup peraduan:22 Mei 2016

Pemenang akan dihubungi oleh Budiey melalui email & Twitter.

Peringatan: Sila tulis tajuk emel anda dengan betul ya. Kalau salah tajuk emel ni, nanti Budiey tak dapat kasi sebab takde dalam list carian kat emel. Orait?

Terima kasih kepada GSC Movies dan pembaca Sensasi Selebriti yang sentiasa memberikan sokongan. Bertemu lagi di peraduan dan kuiz yang akan datang.

Jangan lupa untuk menonton filem ini mulai 26 Mei 2016.

Jangan lupa follow Budiey di Twitter (@budiey) and 'Like' Facebook page Budiey Dot Com untuk mengetahui ulasan filem dan berita terkini tentang dunia hiburan.

Komen via Facebook

Komen

Read more ...

Amar Baharin Sedia Dirikan Rumahtangga

Read more ...

Sabar, Polis Akan Panggil Peniaga Durian Itu untuk Keterangan Dan Siasat Betul Atau Tidak Dia Buat Salah

Kuala Lumpur, 19 Mei: Susulan viral satu video seorang individu yang dituduh orang ramai kerana seoalah-olah meludah pek buah durian ketika pembukusan, pihak polis akan memangil peniaga durian tersebut untuk memberi keterangan.

Harian Metro melaporkan, Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Ali Ahmad berkata tindakan akan diambil jika ada kesalahan yang dilakukannya.

"Kami akan memanggil peniaga berkenaan dan akan siasat perkara ini. Jika didapati melakukan kesalahan, tindakan akan diambil mengikut undang-undang sedia ada. "Setakat ini tiada laporan polis dibuat dan tiada penahanan. Unit peronda sudah memantau lokasi malam tadi tetapi peniaga berkenaan sudah tiada," katanya lapor Harian Metro.

Pihak Siakap Keli juga banyak menerima kiriman video tersebut dari orang ramai namun pihak kami bertindak untuk tidak berbuat apa-apa kerana video tersebut tidak boleh dijadikan bukti tuduhan memandangkan ia kurang jelas. S elain itu kami juga beranggapan ia mungkin satu salah faham yang mana peniaga tersebut sebenarnya meniup pek durian bagi membuang debu jalan.

Sejak petang semalam, rakaman video yang didakwa berlaku di Taman Sri Gombak itu menjadi viral di media sosial.

Akibat serangan orang ramai secara terus ke kedainya itu, peniaga tersebut sudah tidak lagi berniaga di situ.

Seorang lelaki yang enggan dikenali ketika ditemui oleh Harian Metro di lokasi berkata, gerai berkenaan sudah beroperasi lebih 10 tahun di situ, dan berlaku sedikit kekecohan, kira-kira 9 malam tadi.

"Selepas rakaman itu viral petang tadi (semalam), orang ramai datang dan marah-marah. Mereka pun berkemas bawa semua barang jualan masuk ke dalam lori," katanya.

Selain itu, pegawai Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) cawangan Gombak turut kelihatan membuat tinjauan di kawasan itu. — Siakapkeli.my

Read more ...

Husam: Pembangkang lebih kuat dengan adanya Dr Mahathir

Bekas naib presiden PAS, Datuk Husam Musa berharap Tun Dr Mahathir Mohamad akan kekal bersama blok pembangkang bagi menunaikan hasrat mereka untuk menawan Putrajaya.

Husam berkata ini kerana pembangkang akan menjadi lebih kuat dengan adanya bekas perdana menteri itu.

Husam berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan pemimpin veteran Umno itu bahawa pakatan pembangkang akan sentiasa kalah jika tidak bersatu.

"Saya berharap Tun Mahathir akan kekal bersama pembangkang dan dia akan jadi jurulatih supaya pembangkang boleh jadi kerajaan.

"Saya menganggap selagi Mahathir duduk dengan kita (bersama pembangkang), pembangkang akan jadi lebih kuat," katanya kepada pemberita.

Husam berkata demikian ketika ditemui selepas majlis Dialog bersama Husam di Dewan Himpunan Kuala Lumpur dan Selangor (KLSCH) malam tadi.

Mahathir dipetik BH Online berkata pembangkang tidak boleh menang jika mereka berpecah-belah dan tindakan mereka berpecah sesama sendiri menyebabkan mereka kalah di Sarawak.

"Jadi, pembangkang akan selamanya kalah, BN pula akan menang," beliau dipetik sebagai berkata oleh BH Online.

Media terbabit melaporkan perkara itu selepas Mahathir mengambil kira kegagalan pembangkang bersatu yang ketara ketika pilihan raya negeri Sarawak baru-baru ini.

Dalam pilihan raya itu, BN memang besar menyebabkan DAP hilang lima kerusi dan PKR pula kekal tiga.

PAS dan serpihannya Parti Amanah Negara (AMANAH) pulang tangan kosong.

Terdahulu, dialog tersebut mendapat sambutan luar biasa apabila hadirin kelihatan bersesak di dalam dewan terbabit.

Dialog selama lebih tiga jam itu berlangsung agak hangat apabila rata-rata mereka tidak putus-putus bertanyakan kepada Husam bilalah beliau akan menyertai parti AMANAH atau tidak, selepas dipecat PAS.

Read more ...

Laporan Audit 2015: Kasut getah JPAM tak ikut spesifikasi

KUALA LUMPUR: Perolehan bekalan peralatan yang tidak memenuhi spesifikasi telah menyebabkan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) mengalami kerugian sebanyak RM840,000, dedah Laporan Ketua Audit Negara 2015, Siri 1.
Read more ...

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *