Recent Post

Thursday, February 18, 2016

Tiada rakyat Malaysia terlibat dalam serangan bom di Ankara

Dalam satu kenyataan pada Khamis, Kementerian Luar mengingatkan rakyat Malaysia yang menetap di Ankara agar sentiasa mengutamakan keselamatan.
Read more ...

Bekas Suami Tidak Nafi Bakal Suami Yatt Hamzah Ialah ‘Orang Ketiga’

Bakal bernikah dengan seorang lelaki yang muda 10 tahun darinya, Yatt Hamzah, 36, pernah menafikan punca perceraian dengan bekas suami, Abdul Mutalib ialah orang ketiga yang menjalinkan hubungan dengannya. Bagaimanapun, bekas suaminya, Abdul Mutalib Abdul Shukor, 36, tampil kepada Berita Harian Online menyatakan sebaliknya:

Mengenai bakal suami Yatt yang didakwa sebagai 'orang ketiga' dalam khabar angin perceraian kami, saya sama sekali tidak menafikannya.

Bagaimanapun, saya sudah lama memaafkan mereka. Saya mendoakan yang baik-baik untuk mereka.

Saya rasa berdosa mengiyakan secara langsung dengan menidakkan kebenaran yang nyata. Saya seperti bersubahat menipu masyarakat. Cukuplah komen saya mengenai hal ini.

Abdul Mutalib menambah yang dia tidak terkejut dengan berita perkahwinan Yatt dengan Mohammad Zulfadhli yang merupakan seorang jurugambar.

Seperti yang dijangka, saya tidak terperanjat dan terima berita itu dengan hati terbuka. Saya berdoa segala-gala dirancang berjalan lancar dan jodoh baharu Yatt kekal.

Saya juga berharap Yatt hormat, jujur dan taat kepada suami baharunya dan tidak mengabaikan tanggungjawab kepada anak kami, Suci Hanania Malikka.

Pasangan ini bernikah pada tahun 2009 dan bercerai tahun lepas.

Yatt dijangka bernikah dengan Mohammad Zulfadhli pada jam 8 pagi di sebuah masjid di Shah Alam pada 27 Februari ini. Dia juga khabarnya tidak akan melangsungkan majlis persandingan, hanya menganjurkan jamuan makan sempena hari jadi Suci Hanania yang genap enam tahun pada hari sama.

Assalammualaikum selamat pagi semua..apa Khabar..harap2 semuanya sihat sejahtera..󾰀󾁅󾁍󾁆󾀿󾀼󾁁󾁀󾀽Homemade Kuah Kacang @ Kuah…

Posted by Nachos Cheese Powder on Monday, 15 February 2016

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.
Read more ...

Aman Aziz Semakin Lupa Kawan-Kawan AF2014?

Murai Batu dapat kiriman email yang mengatakan Naib Juara AF2014, Aman Aziz semakin melupakan kawan-kawan AF yang pernah sama-sama belajar dalam akademi.
Read more ...

ISU RUMAHTANGGA GOYAH - DATO' TERLAJAK LARIS 'KUNCI MULUT'

Read more ...

Yatt Hamzah Bakal Nikah Jejaka Bujang Lebih Muda 10 Tahun

Pelakon Yatt atau Haryati Hamzah, 36, bakal berkahwin kali kedua dengan seorang juruvideo, Mohammad Zulfadhli Khiruddin, 26, pada 27 Februari ini.

Memetik laporan BH online, Yatt bakal melangsungkan pernikahannya sekitar jam 8 pagi di sebuah masjid di Shah Alam.

Difahamkan tiada majlis persandingan, sebaliknya hanya jamuan makan pada tengah hari yang sama, bersempena sambutan ulang tahun hari lahir keenam anak tunggalnya, Suci Hanania Malika.

Sementara itu, Yatt telah menafikan Zulfadhli menjadi punca perpisahannya dengan bekas suami, Abdul Mutalib Abdul Shukor.

Kata Yatt lagi, dia dan bakal suaminya itu sudah lama saling mengenali tetapi selama ini mereka sebagai sahabat dan rakan sekerja. 

Hubungannya dengan jejaka itu semakin rapat selepas dia berpisah dengan bekas suami, serta pemergian bapanya pada 15 November lalu.

Yatt memaklumkan, dia mengundang bekas suami ke majlis pernikahannya nanti. Malah, katanya, Suci juga menerima bakal suaminya dengan baik.

Yatt dan Abdul Mutalib bernikah pada 29 Mac 2009 dan berpisah pada Ogos tahun lalu.

Sumber: BH Online

Oleh Syafiqah Jalal

Artikel ini disiarkan pada 18 Februari 2016

Read more ...

Saintis wanita Malaysia antara buktikan teori Albert Einstein - Kosmo!

Saintis wanita Malaysia antara buktikan teori Albert Einstein

18/02/2016 12:19am

KUALA LUMPUR - Seorang pelajar wanita Malaysia merupakan antara dalam kumpulan saintis antarabangsa yang berjaya membuktikan teori Albert Einstein berhubung gelombang graviti.

Pelajar wanita tersebut, Hafizah Noor Isa yang berasal dari Machang, Kelantan ialah bekas pelajar di Universiti Teknologi Mara (UiTM) serta Universiti Islam Antarabangsa (UIA).

Hafizah, seorang calon PhD di University of Glasgow dan turut merupakan ahli Institut Graviti Penyelidikan di universiti itu telah menyumbang kepada kertas saintifik 'Observation of Gravitational Waves from a Binary Black Hole Merger'.

Penemuan kumpulan saintis itu dipercayai menjadi berita utama media antarabangsa pada minggu lalu.

Pencapaian berkenaan turut telah meraih kepujian daripada ahli akademik Malaysia, termasuk profesor fizik Universiti Putra Malaysia (UPM), Hishamuddin Zainuddin yang telah berkongsi petikan daripada kertas saintifik itu dalam laman Facebooknya. - K! ONLINE

Read more ...

Kolaborasi Misha Omar & Hafiz Suip dalam TERIMAKU SEADANYA

Sony Music Malaysia dan Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd (Astro) hari ini mengumumkan pelancaran Single baharu 'Terimaku Seadanya' yang menampilkan paduan vokal penyanyi popular, Misha Omar & Hafiz Suip. Gabungan dua penyanyi popular ini dilihat strategi utuh dalam mengekalkan momentum arena seni tanah air yang semakin rancak dengan kemunculan ramai artis baharu.

Hasil ciptaan lagu dan lirik sepenuhnya oleh Ajai, 'Terimaku Seadanya' diolah dalam melodi indah namun ringan buat halwa pendengar. Tambah menarik, lantunan vokal Misha Omar & Hafiz Suip diadun seimbang menerusi trek lagu sepanjang 4.04 minit, membuktikan kekuatan tersendiri lagu ini yang kini turut diangkat sebagai lagu tema drama saluran di Astro, Uda dan Dara yang akan bersiaran di bulan Februari / Mac 2016 di saluran Astro Prima.

MOFS_Opt5

Kekuatan Misha Omar dan Hafiz Suip yang mempunyai persamaan keunikan vokal, turut disertakan bersama emosi yang kuat sehingga mampu membuai jiwa pendengar. Malah, lagu ini dilihat sebagai buah tangan terbaharu Misha Omar selepas kali terakhir menerbitkan album penuh miliknya pada tahun 2008.

"Sony Music Entertainment & Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd mahu kekal sebagai peneraju utama dalam industri muzik di Malaysia, justeru penghasilan single baharu 'Terimaku Seadanya' yang dicipta oleh Ajai manakala nyanyian oleh Misha Omar dan Hafiz Suip dilihat sebagai pemangkin dalam mendekatkan kami ke arah usaha ini untuk tahun 2016."

"Misha amat optimis terhadap kesetiaan peminat, lagu ini pastinya dapat mengubati kerinduan peminat selepas album terakhir pada tahun 2008 yang lalu. Semoga lagu ini diterima ramai dan merancakkan lagi perkembangan industri hiburan tanah air," ujar Misha Omar atau nama sebenarnya, Samihah @ Aisah bt Omar.

Manakala menurut pemenang vokal terbaik Anugerah Juara Lagu yang lalu, Hafiz Suip, "Kolaborasi ini dilihat dapat melonjakkan lagi jenama Hafiz Suip dalam pasaran lagu tempatan. Syukur, ini satu peluang terbaik untuk saya bergabung dengan penyanyi berpengalaman yang bukan calang-calang bakatnya."

Single 'Terimaku Seadanya' ini turut dilancarkan serentak dengan muzik video yang boleh ditonton menerusi saluran YouTube Astro Gempak di: https://www.youtube.com/watch?v=Gnt0gEm2_xo. Sehingga kini, 'Terimaku Seadanya' mencatat fenomena tersendiri di arena digital menerusi kedudukan di tangga ke-3 carta single iTunes.

Muat turun muzik digital 'Terimaku Seadanya' atau dengarkan secara streaming menerusi Raku, Apple Music, Spotify, Deezer, JOOX Music, Yonder Music dan KKBox hari ini!

@SonyMusicMY @sonymusicmy facebook.com/sonymusicmy

Komen via Facebook

Komen

Read more ...

Kes Raba Depan Sogo : "Menurut Polis Bantuan, Lelaki Berkenaan Berkemungkinan Mabuk" - Polis

KUALA LUMPUR, 17 Feb: Seorang lelaki warga Nepal kini sedang dikesan oleh pihak polis kerana didakwa mencabul seorang penyanyi jalanan dalam satu kejadian yang berlaku di pusat membeli belah Sogo pada petang Selasa.

Mangsa, seorang wanita berusia 23, dikatakan dipeluk dan diraba lelaki berkenaan ketika sedang bersiap-siap untuk membuat persembahan di hadapan pusat beli belah itu.

Menurut Ketua Polis Daerah Dang Wangi, ACP Zainol Samah, mangsa bersama dengan suaminya ketika kejadian itu berlaku pada jam 9 malam.

"Lelaki berkenaan dikatakan memeluk mangsa dari belakang dan meraba badan wanita itu sebelum suspek ditolak oleh suami mangsa.

"Suspek yang cedera di hidung terbaring di hadapan pusat beli-belah berkenaan sebelum beredar dari kawasan terbabit," katanya sebagaimana lapor Astro Awani.

Tambah beliau lagi, seorang Polis Bantuan Sogo dan pengawal keselamatan kemudian memberi rawatan kepada warga Nepal itu sebelum dia beredar dari tempat kejadian.

"M enurut polis bantuan berkenaan, lelaki berkenaan berkemungkinan mabuk berdasarkan cara percakapan dan bau alkohol pada dirinya," katanya lagi.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian diminta menghubungi polis bagi membantu kes tersebut yang disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana mencabul. - Siakapkeli.my

Read more ...

2 sarjan polis ditahan SPRM NS disyaki terima rasuah

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Negeri Sembilan menahan dua anggota polis dipercayai meminta dan menerima rasuah daripada seorang suspek berhubung kesalahan berkaitan dadah.

Pengarah SPRM Negeri Sembilan Datuk Shaharom Nizam Abd Manap berkata kedua-dua sarjan polis berusia 28 dan 30 tahun itu ditahan berhampiran sebuah restoran di Temiang di Seremban pada 7.30 petang semalam.

"Kedua-dua mereka yang bertugas di Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Seremban, ditahan selepas pengadu yang berusia 36 tahun dan bekerja sebagai buruh binaan membuat aduan bahawa anggota polis terbabit meminta RM2,800, sebelum dia menyerahkan RM500.

"Mereka disyaki meminta dan menerima wang daripada pengadu untuk menukar keputusan ujian daripada Jabatan Kimia kepada negatif ke atas sampel dadah," katanya kepada Bernama semalam.

Beliau berkata permohonan reman akan dibuat hari ini, dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 17 (a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009.

- Bernama

Read more ...

Najib punyai kesabaran luar biasa - Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sebagai seorang insan yang mempunyai tahap kesabaran luar biasa kerana sentiasa tenang dalam menempuhi pelbagai ujian.
Read more ...

TAHNIAH! Almy Nadia Sah Hamil Anak Kedua

Jom kongsikannya ke laman sosial anda seperti mereka yang lain

TAHNIAH! Almy Nadia Sah Hamil Anak Kedua | Nampaknya segala spekulasi yang timbul mengatakan pelakon Almy Nadia hamil kini terjawab!

Artikel sebelum:- Inilah Respon Almy Nadia Mengenai Kerjaya Seninya Bikin Panas!!

Menurut Almy atau nama sebenarnya Almy Nadia Aminuddin Shah, 29, beliau bukan sengaja mahu merahsiakan kandungannya itu akan tetapi lebih elok suaminya Fizz Fairuz membuat pengumuman akan perkara itu.

TAHNIAH! Almy Nadia Sah Hamil Anak Kedua

Selain itu, ia adalah langkah berhati-hati memandangkan usia masih awal bimbang berlaku sesuatu yang tidak diingini berlaku.

"Saya bukan mahu merahsiakan tetapi lebih elok kalau suami saya sahaja yang umumkannya nanti. Lagi pula saya tidak mahu terlalu teruja kerana bimbang ia tidak menjadi.

"Saya pernah melalui pengalaman buruk ketika kandungan anak pertama dahulu, jadi lebih elok saya berhati-hati," ujar Almy Nadia.

Almy Nadia berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai gambar-gambar yang dimuat naik olehnya menerusi laman Instagram miliknya tentang makanan yang sering dimakan oleh wanita hamil.

TAHNIAH! Almy Nadia Sah Hamil Anak KeduaGambar yang dimuat naik Almy Nadia di laman Instagram miliknya.

Gambar tersebut nyata mendapat perhatian peminat yang mengucapkan tahniah buat kepada pasangan itu.

Sementera itu, Fizz Fairuz menerusi laman Instgaram miliknya juga ada memuat naik status disertakan hashtag #rezekibabydlmperut dalam kapsyen gambar di Instagram.

TAHNIAH! Almy Nadia Sah Hamil Anak KeduaStatus Fizz Fairuz lima hari lalu.

Bagaimanapun jawapan untuk mendapatkan kepastian berhubung perkara itu tidak berhasil apabila Fizz Fairuzz gagal dihubungi.

Untuk pengetahuan, Almy Nadia dan Fizz Fairuz telah bernikah pada 26 April 2014 dan hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan cahaya mata perempuan Nur Afrina Arianna yang kini sudah berusia setahun.

LAGI ARTIKEL MENARIK:-

1) Fitnah Fizz Fairuz, Ini Dia Respon Almy Nadia Buat Fara Mendoza

2) Perubahan Almy Nadia Yang Mengejutkan – SUPERB!

3) Penjelasan Padu Almy Nadia Imej Bersahajanya!

Jom kongsikannya ke laman sosial anda seperti mereka yang lain

Read more ...

GAY TUA AJAK PENGIKUT TANGGUNG DOSA MAT SABU!!!

SEMUT HITAM GAY TUA AJAK PENGIKUT TANGGUNG DOSA MAT SABU!!! Memang terbaik la!!! Si Mat Sabu tu yang pandai - pandai buat taik, Si Gay Tua ni pulak ajak orang ramai terutama dikalangan Macai Pakatan Haprak tu untuk sama - sama jadi tukang cuci. Tapi, tak heran la. Spesis Si Gay Tua ni pun lebih kuran sama je dengan Si Mat Sabu dan pemimpin - pemimpin Pakatan Haprak tu. Semuanya tak reti buat kerja lain selain dari menabur fitnah. Sebelum ni, Si Gay Tua tu sendiri pernah berhadapan dengan perkara yang sama, disaman kerana menabur fitnah tanpa sebarang bukti yang sahih. Kali ini, giliran Si Mat Sabu tu pulak. Disebabkan terlalu teruja sangat nak membuat dakwaan terhadap orang lain demi membangkitkan kebencian rakyat terhadap SPR, Si Mat Sabu tu telah disaman dan didapati bersalah. Maka disebabkan itu Si Mat Sabu tu telah diarahkan oleh pihak mahkamah untuk membayar sebanyak RM 200 ribu kepada Bekas Timbalan Pesuruhjaya SPR sebagai ganti rugi. Tapi, Si Mat Sabu tu takde duit. Jadi dia terpaksa berhadapan dengan tindakan untuk diisytiharkan sebagai MUFLIS kerana GAGAL menjelaskan bayaran tuntutan yang telah dibuat. Dek kerana itu Si Gay Tua tu pun memulakan gerakan untuk mengutip duit dengan alasan kononnya nak membela Si Mat Sabu tu untuk membayar tuntutan sebanyak RM 200 ribu tu. "Kami mengalukan mana-mana pihak yang berhasrat untuk sama-samamembantu meringankan beban sahabat kami (Mat Sabu). Keberanian beliau selama ini telah membangkitkan kelantangan dan kesedaran rakyat pelbagai kaum untuk bersama-sama memastikan institusi pengendali pilihan raya, SPR menjalankan tugas seperti yang kita tuntut dan kita harapkan," katanya ketika ditemui. Hakikatnya, tindakan Si Gay Tua tu ternyata bertentangan dengan tuntutan agama Islam yang melarang umatnya bersubahat dengan perkara - perkara maksiat seperti menabur fitnah. Sekiranya ada dikalangan umat Islam yang terlibat, maka mereka juga turut menanggung dosa yang sama seperti yang dilakukan oleh Si Pelaku seperti yang telah dibuat oleh Si Mat Sabu tu. Takkan la hukum itu pun Si Gay Tua tu tak tau? ATAU mungkin dia sendiri pun tak kisah sebab dia bukannya ada agama. Dasar orang yang berfahaman Ateis macam Si Gay Tua ni semua benda Halal bagi dia. Kalau jolok bontot dia pun dia tak kisah!!!
Read more ...

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *