Monday, December 14, 2015
Mahkamah tiada bidang kuasa dengar kes saman PKR terhadap Najib - Peguam
Beza Markah Siti Nordiana & Faradhiya Cuma 0.3% Sahaja
Kemenangan Siti Nordiana semalam di Gegar Vaganza 2 tidak dipertikaikan oleh orang ramai. Memang Siti Nordiana konsisten sejak daripada minggu awal dan layak untuk bergelar juara. Namun ada sesetengah pihak yang kurang berpuas hati apabila Faradhiya dinobatkan sebagai naib juara. Ada yang berpendapat persembahan Faradhiya tidak begitu menonjol pada malam semalam. Malah ramai yang terkejut apabila Haiza mendapat tempat tercorot sedangkan persembahannya boleh dianggap mantap.Namun Abang Nara percaya kepakaran dan kehebatan Datuk Ramli MS serta Datuk Khatijah Ibrahim selaku juri dalam membuat keputusan adalah atas dasar profesional. Kita yang tak tahu bab-bab muzik ini manalah tahu perkara teknikal. Biarlah yan g pakar menentukan. Apa yang menarik ialah perbezaan markah antara Nana dan Faradhiya cuma 0.3%. Kata Ramli MS:-
Semasa Nana menyanyikan lagu Putus Terpaksa, dia berjaya menambat hati juri kerana setiap key yang dinyanyikan telah sampai.
Tetapi semasa dia menyanyikan lagu Awak Kat Mana, ternyata dia ada kelemahan untuk menyanyikan lagu genre itu kerana ia bukan 'forte' Nana.
Berbeza pula dengan Faradhiya, ketika nyanyi Lagu Janji Manismu, dia nyanyi bagus cuma ada terkucil sikit 'note-note' nyanyiannya.
Kredit memang harus diberikan kepada Faradhiya menyanyikan Lagu Oh La La kerana dia memang pandai untuk menyanyikan lagu berentak Rap.
Saya sebagai juri akan ambil penekanan daripada setiap sudut, antaranya ialah key pada nyanyian, terlupa lirik, cara lontaran vokal serta tempo.
Sebenarnya kesemua finalis ini sedar kalau dia buat silap. Tersalah buat pada salah satu perkara yang saya sebutkan tadi, maka markah mereka akan menjadi kurang.
Apa-apa pun, finalis GV2 harus diberi pujian kerana kesungguhan mereka yang sangat jitu dan komitmen yang diberikan amat luar biasa
Apa pun, memang jarang keputusan untuk mana-mana pertandingan tidak dihimpit kontroversi. Ada pertandingan memang ada peserta feveret masing-masing. Bila peserta feveret tak menang, macam-macamlah suara akan keluar. Tak gitu? Apa pendapat anda? Sumber Murai.
Related Related Category : Malay 9 Comments Tinggalkan komen anda di sini TAGS: ezad lazim, faradhiya, gegar vaganza 2, siti nordiana PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.GARA-GARA NABIL - JAMAL ABDILLAH DIKRITIK, DIDAKWA 'POYO'
Ibarat rumah siap pahat berbunyi!
Itulah yang berlaku di Gegar Vaganza 2 semalam apabila Datuk Jamal Abdillah 'sound' secara depan-depan pada Nabil Ahmad gara-gara lawaknya terhadap penyanyi itu? Tegur Jamal pada Nabil: "Saya dibayar mahal-mahal oleh Astro untuk jadi juri... bukan untuk jadi bahan lawak awak".
Berikutan itu, hari ini kecoh di laman sosial mendakwa sikap serius Jamal itu telah menjadikan GV2 'spoil' sedikit berbanding Datuk Ramli MS yang sporting. Malah Jamal didakwa bersikap sombong apabila tidak mempedulikan permohonan maaf Nabil padanya.
"Semua orang tahu nabil suka bergurau. Datuk Ramli sudah lali dengan gurauan Nabil. Tapi yang menyedihkannya adalah, Jamal Abdillah teta p sound Nabil Ahmad walaupun Nabil telah meminta maaf sebelum Gegar Vaganza tamat," ujar seorang peminat melalui laman sembang.
Manakala yang lain pula berkata: "Berlagak sangat kau kan Jamal. Cakap macam bagus... kami sekeluarga tak minat awak lagi lepas ni. Tengoklah contoh arwah Pak Yus... takda datuk apa pun tapi orang kenang budi baik arwah kat dunia dan tak sombong."
GAMBAR YANG DIMUAT NAIK DI LAMAN SEMBANG
"Bekas penagih or even penagih, memang begitu.. tersangat sensitif. Apa saja orang cakap, kena hati2. Macam saleem, jamal, jenis cepat sentap jenis dok berasa semua orang mengata nak tuju kat dia. Macam hari tu mati2 nafi dia menyanyi senget semua orang tau dia menyanyi senget, lagi dia nak nafi," ujar seorang forume r yang hanya mahu dikenali sebagai iscol_klang.
Waahhh... panas nampaknya telinga segelintir pihak bila Jamal bersuara.
Apapun, kami tak menyebelahi mana-mana pihak kerana mungkin juga Jamal sekadar bergurau dengan Nabil. Ya lah... asyik-asyik Nabil aja yang usik orang... sekali-sekala orang usik dia pulak.
Takkan itupun nak sentap? Heh.
________________________
FACEBOOK - SANTAI - PAPARAZZI - NOSTALGIA - GALERI - YOUTUBE - ROMANTIKA - SEJARAH MYARTIS - INSTAGRAM - TWITTER Follow @myartisdotcomGV2 Kebangkitan Semula Bakat Nyanyian Siti Nordiana
Juara Gegar Vaganza 2 (GV2) Siti Nordiana akui pertandingan ini telah membangkitkan semula namanya di persada muzik tempatan.
Pelbagai cubaan dan rintangan telah diharungi akhirnya Nana berjaya membuktikan yang dirinya mampu menyanyi dengan baik dan memberi saingan yang sihat.
"Sepanjang bergelar penyanyi, saya tidak pernah diberi ruang untuk menyanyi di pentas-pentas yang besar seperti Anugerah Industri Muzik (AIM)dan lain-lain.
"GV2 platform yang tepat untuk diri saya menunjukkan bakat dan menyanyikan lagu yang bernada tinggi.
"Mungkin sebelum ini ramai peminat mengenali diri saya hanya mampu menyanyikan lagu-lagu 'Leman' seperti yang disebutkan Tok Ram.
"Alhamdulilah, kejayaan ini adalah kemenangan kepada semua peminat yang sangat luar biasa menyokong saya sepanjang berada di pentas GV ini," kata Nana kepada portal Murai.com.my
Dalam pada itu, Nana juga turut ditanya apa yang dia mahu lakukan dengan wang RM100 ribu itu selaku juara GV2.
Dengan senyuman sopan dia membalas, masih belum terfikir lagi untuk membelanjakannya dan dia akan memastikan tidak berlakunya pembaziran nanti.
"Buat masa sekarang masih tak merancang apa-apa, dah dapat nanti barulah saya uruskan sebaik yang mungkin.
'Perancangan karier nyanyian di masa akan datang, saya akan kekalkan konsep seperti dahulu iaitu genre 'Leman' dan akan ditambah baik dengan genre muzik yang digemari oleh pendengar masa kini," katanya mengakhiri bicara.
Oleh Mohd Ishahrulddin TahirArtikel Ini Disiarkan Pada Isnin, 14 Dis 2015
Siti Nordiana Juara Program Gegar Vaganza Musim Kedua
Seperti yang sudah dijangka dan diramal, penyanyi Siti Nordiana telah diumumkan sebagai juara program Gegar Vaganza musim kedua yang berlangsung di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) di sini pada malam Ahad.
Budiey nak ucapkan tahniah kepada Siti Nordiana. Semoga dengan kemenangan ini nama Nana kembali mengegar-vaganzakan dunia seni hiburan tanahair.
Kemenangan itu membolehkan Siti Nordiana atau Nana, 31, membawa pulang hadiah wang tunai RM100,000, pakej percutian ke Madrid, Sepanyol bernilai RM30,000 dan trofi sumbangan Astro. Nana juga bakal merakamkan single terbaharunya terbitan Astro.
Persembahan standing ovation Nana until lagu Putus Terpaksa nyanyian asal Ziana Zain turut melayakkan beliau menerima trofi Persembahan Pilihan Penonton dan membawa pulang hadiah wang tunai RM5,000. Menurut Datuk Ramli MS, key lagu Putus Terpaksa itu tidak diubah dan sama dengan penyanyi asal Ziana Zain. Menurut Nana pula, beliau cukup berhati-hati membawa lagu ini kerana tidak mahu tersilap langkah dan cuba memberikan komitmen dan fokus sepenuhnya semasa menyampaikan lagu.
Sementara itu, Faradhiya berada ditempat kedua manakala bekas vokalis kumpulan Exists terpaksa berpuas hati ditempat ketiga.
Faradhiya menerima RM50,000, pakej percutian ke Beijing bernilai RM15,000 dan trofi sumbangan Astro.
Manakala Ezad membawa pulang wang tunai RM30,000, pakej percutian ke Jogjakarta dan trofi sumbangan Astro.
Dalam perkembangan sama, penyanyi Nassier Wahab mendapat tempat keempat, Acong (kelima) dan Haiza (keenam).Nassier membawa pulang wang tunai RM15,000, pakej percutian ke Lombok bernilai RM6000 dan sumbangan Astro.
Acong pula membawa pulang RM10,000, pakej percutian ke Lombok bernilai RM6000 dan trofi sumbangan Astro.
Manakala Haiza menerima RM5,000, pakej percutian ke Lombok bernilai RM6000 dan trofi sumbangan Astro.
Kesemua peserta pada malam itu diadili oleh juri terdiri daripada Datuk Ramli MS, Datuk Khadijah Ibrahim, Datuk Jamal Abdillah dan Datuk Rosyam Nor.
Terdahulu Jamal membuka tirai konsert akhir tersebut dengan persembahan tiga lagu medley iaitu Ghazal Asmara, Ghazal Untuk Rabiah dan Samrah Mentari.
Dewan MBSA sebelum itu gamat apabila pengasas produk Qu Puteh, Datuk Seri Vida bersama-sama pengacara Gegar Vaganza iaitu Nabil Ahmad dan Jihan Muse menerusi lagu Kerja Gila.
Gegar Vaganza disiarkan secara langsung menerusi saluran Astro Ria (104) dan Astro HD (123).
Komen via FacebookKomen
— Budiey
Seorang penulis blog hiburan & gaya hidup sepenuh masa, Social Media Marketing, Instagram Influencer, #LiveUpdate Expert, photojournalist, jurugambar, kerap ber-Twitter & Facebook, copywriter, penulis iklan & advertorial, content provider & househusband. Obses dengan filem seram & thriller.
Siti Nordiana Juara Gegar Vaganza Musim Kedua
Menepati ramalan peminat selain menyajikan persembahan yang cukup bertenaga dan memberangsangkan, penyanyi Siti Nordiana berjaya merangkul tempat pertama pada pertandingan Gegar Vaganza 2015 yang diadakan di sekaligus memenangi hadiah wang tunai RM100,000.
Sebelum ini, melalui portal Astro Gempak, Siti Nordiana menyatakan hasratnya untuk menggunakan wang kemenangan untuk membantu ibu dan bapa serta untuk simpanan anaknya, Ryyan Nakhaei selain akan mengadakan majlis kesyukuran dan mengembangkan lagi peniagaannya kini.
Selain membawa pulang wang tunai berserta trofi, Nana juga turut berpeluang meramkam sebuah lagu baharu terbitan Astro berserta pakej percutian ke Madrid, Sepanyol bernilai RM30,000.
Manakala di tempat kedua, disandang oleh penyanyi Farahdhiya yang membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM50,000, trofi berserta pakej percutian ke Beijing bernilai RM15,000.
Tempat ketiga pula, disandang oleh Ezad Lazim yang turut membawa pulang wang tunai berjumlah RM 30000, trofi berserta pakej percutian ke Lombok bernilai RM 6000. Berikut merupakan senarai penuh pemenang:
Juara: Siti NordianaNaib Juara: FarahdhiyaKetiga: Ezad LazimKeempat: Nassier WahabKelima: Acong SweetchildKeenam: Haiza
Pentas final yang diadakan di auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) menyaksikan Datuk Ramli MS dan Datuk Khadijah Ibrahim sebagai juri tetap program ini selain diserikan dengan hos penuh jenaka, Nabil Ahmad dan Jihan Muse.
Incoming search terms:Mamat gamatkan Bro Nampak Motor Gua?
Pelakon Sharnaaz Ahmad umum bersara dari dunia lakonan
Azlan Kurang Menonjol Untuk Kekal Lama
Hanez Suraya Akur, Tak Jadi Nak Saman Liyana
Nur Fazura Bercium Dan Beraksi Mesra Di KLIA?
Komencomments
'Potong Stim Tengok #GegarVaganza' - Fizo Omar
Ini Sebabnya Mengapa Anda Perlu Mengelak Menggunakan Noktah Ketika Bermesej
Menurut satu kajian terbaru yang dijalankan oleh Universiti Binghamton yang diketuai oleh Professor Celia Klin, penggunaan noktah pada hujung perkataan di dalam mesej teks(texting) akan membuatkan si penghantar itu kelihatan tidak jujur.
Sebagai contoh, jika anda dan pasangan anda bergaduh, anda akan dilabel tidak jujur dengan jawapan yang anda berikan jika menggunakan noktah.
Pasangan : Nanti jangan buat lagi tau.Anda : Ok.
Pakar psikologi dari universiti tersebut menjalankan kajian itu ke atas 126 orang pelajar, yang dikehendaki membaca & membalas beberapa mesej di atas skrin(texting) atau bertulis.Di dalam kajian pertukaran mesej itu, penghantar mesej diperlukan untuk memberi satu soalan jemputan kepada penerima; sebagai contoh : "Saya ada satu tiket wayang lebih. Nak ikut?'.
Penerima mesej berkenaan pula diperlukan membalas mesej-mesej berkenaan dengan menggunakan hanya satu patah perkataan seperti contoh "Okay", "Baik", "Yeah" atau "Yup".
Separuh dari pelajar-pelajar itu membalas dengan menggunakan tanda noktah pada hujung ayat manakala separuh lagi sebaliknya.
Berdasarkan hasil ujian tersebut, mesej teks(texting) yang berakhir dengan tanda noktah disifatkan kurang jujur berbanding dengan mesej teks yang tidak berakhir dengan tanda noktah.
Sebaliknya, pelajar-pelajar yang menggunakan kaedah bertulis melaporkan biarpun mesej itu berakhir ataupun tidak berakhir dengan n oktah, mereka masih merasa ianya jujur.
Hasil dari ujian ini mencadangkan penggunaan tanda baca di dalam mesej teks(bertaip) boleh menyampaikan mesej yang tidak tepat kepada penerima.
"Di dalam dunia texting dan IMing... cara untuk menghabiskan(satu-satu ayat) adalah dengan berhenti begitu sahaja, tanpa sebarang tanda baca.
"Dengan meletakkan satu noktah bermakna pembaca perlu memahami kenapa anda melakukannya. Apa yang mereka akan simpulkan(dengan penggunaan noktah) adalah seperti 'Ini adalah yang terakhir, ini adalah pengakhiran kepada perbualan ini atau ini sahaja yang terakhir yang mampu aku berikan'", kata Klin. - Siakapkeli.my
Bayi baru lahir ditemui di tepi jalan
Seorang penduduk menemui bayi perempuan yang dipercayai baru dilahirkan di tepi jalan berhampiran longkang di kawasan perumahan Taman Sri Pelangi, Mantin dekat Nilai semalam.
Ketua Polis Daerah Nilai Supt Zaldino Zaludin berkata bayi yang masih bertali pusat itu ditemui kira-kira pukul 6.40 pagi ketika wanita berusia 40-an berkenaan sedang berjalan kaki untuk pergi ke tempat kerja.
"Bayi yang diletakkan di atas batu itu dijumpai dalam keadaan sejuk dan hanya dibalut dengan tuala. Setakat ini kita masih belum dapat kenal pasti bangsa bayi berkenaan.
"Bayi seberat 2.78 kilogram itu berkulit cerah dan tidak ada kesan cedera atau luka. Kes ini disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan," katanya semalam.
Menurut Zaldino, bayi itu telah dihantar ke Hospital Tuanku Jaafar, Seremban dan keadaannya dilaporkan stabil.
Sehubungan itu, beliau meminta orang ramai yang tahu mengenai kejadian itu supaya menghubungi balai polis berdekatan.
Mayat ditemui
Sementara itu, mayat seorang lelaki dipercayai telah meninggal dunia sejak empat hari lepas ditemui di sebuah unit di tingkat 12 Flat Hang Tuah di ibunegara malam tadi.
Pegawai Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, Samsol Maarif Saibani berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 9.33 malam dan empat anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Hang Tuah dikejarkan ke lokasi kejadian.
"Rumah berkenaan berkunci dengan mangga, anggota berjaya memecahkan mangga rumah terbabit pada pukul 10 malam dan menemui mayat itu.
"Mangsa dipercayai meninggal dunia sejak empat hari lepas dan mayat diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut," katanya ketika dihubungi.
Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Supt Habibi Majinji ketika dihubungi Bernama mengesahkan menerima laporan mengenai kes berkenaan.
"Identiti mangsa bagaimanapun masih belum dikenalpasti dan siasatan sedang dijalankan," katanya.
- Bernama
Popular Posts
-
The fishermen on a boat going out to sea off the coast of Marang in Terengganu. Their livelihoods have been impacted in a negative way by va...
-
Kuala Lumpur saw no new housing projects below the price tag of RM500,000 being launched last year, despite the maximum house price median o...
-
PUTRAJAYA – Jika ada yang masih ragu-ragu lagi mengenai sumbangan derma RM2.6 bilion yang masuk ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri, Da...
-
'Bila Saya Diserang, Semua Orang Diam'…Luahan SEDIH Najib Razak…Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak hari ini menjawab kritikan k...
-
KUALA LUMPUR: Keuntungan sebelum cukai IOI Properties Group Bhd bagi tahun kewangan berakhir 30 Jun, 2015 meningkat kepada RM1.13 bilion...