Wednesday, December 23, 2015
Hasan peroleh ganti rugi RM200,000 menang kes saman terhadap Mahfuz
Bukan Kami Kemalangan Tetapi Redza Rosli รข Sherry Ibrahim Jelaskan Kekeliruan Ekoran Muat Naik Foto Kemalangan Di Instagram
Namun, ia adalah satu kekeliruan kerana bukan mereka yang kemalangan tetapi aktor baharu yang semakin meningkat naik namanya iaitu Redza Rosli.
Menurut Sherry, sebelum kejadian, beliau menaiki kereta bersama pelakon, Izreen Azminda manakala Redza memandu keretanya bersendirian dan mereka bergerak secara konvoi dari Perlis ke Kuala Lumpur selepas tamat penggambaran drama Kak Mar.
Kami bergerak pulang dari Kangar sekitar jam 10 malam (Isnin) dan berhenti rehat di kawan Rehat dan Rawat (R&R) Gunung Semanggol. Redza ada mengadu mengantuk dan saya ada tawar diri untuk memandu secara bergilir-gilir.
Jelas Sherry, kejadian tersebut berlaku sangat pantas dan mereka sendiri melihat kenderaan Redza tiba-tiba terbabas.
Semua berlaku sekelip mata dan terlalu pantas. Bayangkan, kereta Redza berada betul-betul di hadapan kereta kami berdua. Kami menjerit sambil membunyikan hon ketika melihat kereta Redza yang pada awalnya berada di laluan paling kanan bergerak perlahan ke cerun bukit di sebelah kiri lebuh raya.
Menjawab persoalan mengenai muat naik beliau dan Izreen yang sudah mengelirukan peminat. Sherry memberitahu tujuan mereka berkongsi foto tersebut adalah sebagai makluman awal kepada pihak produksi mengenai kejadian yang menimpa mereka.
Untuk makluman, Izreen membuat posting itu untuk maklum kepada pihak produksi kesulitan yang kami alami. Tambahan pula, kejadian berlaku jam 3.30 pagi. Dalam keadaan jalan yang sunyi dan gelap. Kami berdua masih terkejut melihat keadaan Redza yang tidak sedarkan diri.
Mujurlah ada beberapa penunggang motosikal yang membantu kami mengeluarkan Redza dari kereta. Kami lebih berdebar melihat enjin kereta Redza dah berasap. Bantuan tiba jam 6.00 pagi.
Walaubagaimanapun Sherry mengucapkan terima kasih atas doa orang ramai terhadap mereka sejurus menerima berita tentang kemalangan tersebut.
PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.GARA-GARA SAMBUT KRISMAS - STACY DIKRITIK PEMINAT
Baru-baru ini, melalui satu video keraian Krismas yang dimuatnaik Stacy di laman Instagramnya telah menimbulkan pelbagai reaksi di kalangan peminat.
Menerusi video tersebut, ia memperlihatkan kumpulan koir itu menyanyi lagu 'carol' sambil memegang sebatang lilin dalam keadaan bergelap.
Ada pihak yang mengkritik tindakan Stacy dengan menuduhnya tidak menjaga sensitiviti sesetengah pihak kerana statusnya yang baru saja memeluk Islam, Ogos lalu.
Dalam pada itu, ada juga pihak yang mempertahankan Stacy daripada terus dikritik oleh pengikut yang lain.
Kata mereka, apa yang dilakukan oleh Stacy semata-mata kerana ingin menghormati ahli keluarga beliau yang beragama Kristian serta tidak memutuskan pertalian darah antara mereka.
Malah, ia adalah satu perkara biasa buat penduduk di Sabah dimana setiap daripada mereka akan saling menghormati dan meraikan perayaan agama lain dengan batas tertentu.
Apapun, diharapkan agar Stacy terus bersabar.
________________________
FACEBOOK - SANTAI - PAPARAZZI - NOSTALGIA - GALERI - YOUTUBE - ROMANTIKA - SEJARAH MYARTIS - INSTAGRAM - TWITTER Follow @myartisdotcomAnas Ashraf, Nama Anak Isteri Pertama Ashraf Muslim
Baru-baru ini isteri pertama pelakon lelaki Ashraf Muslim iaitu Noor Dayana baru sahaja selamat melahirkan bayi lelaki.
Namun, Ashraf tidak mendedahkan apakah nama anaknya itu. Selepas 7 hari anaknya itu dilahirkan barulah dia mendedahkan nama anak sulung isteri pertamanya itu iaitu Anas Ashraf.
Perkara ini dikongsikan menerusi Instagram milik Ashraf dengan kapsyen yang ditulis seperti ini.
"Assalamualaikum semua! Hari ni genap 7 hari saya melihat dunia sebenar. Saya memperkenalkan diri saya, Anas Ashraf bin Mohd Ashraf. Doakan saya menjadi anak yang soleh dan mempunyai keluarga yang bahagia.
Setelah pengumuman itu dibuat, mereka mendapat ucapan tahniah daripada peminat serta mendoakan kebahagian keluarga itu agar kekal harmoni hingga ke akhir hayat.
Kini Ashraf sudah memiliki 3 cahaya mata, semoga dimurahkan rezeki dan dilimpahi rahmat daripada Allah SWT.
Oleh Mohd Ishahrulddin Md TahirArtikel Ini Disiarkan Pada Rabu, 23 Dis 2015
Anak Sulung Farid Kamil Kini Jadi Pelindung Nur Aurora
Pelakon filem LANGIT CINTA, Farid Kamil telah mendedahkan anak sulungnya, Muhammad, mula menunjukkan sikap sebagai pelindung kepada adiknya, Nur Aurora, yang dilahirkan pada 19 November lalu.
Muhammad atau lebih mesra disapa Che Mad, yang kini berusia dua tahun setengah, gembira mendapat adik dan mula menunjukkan sifat sebagai seorang abang.
Menurut Farid, Che Mad pun sebenarnya sudah biasa menggelarkan dirinya abang sebelum adiknya dilahirkan.
Komen via FacebookKomen
— 82 Bacaan— Budiey
Seorang penulis blog hiburan & gaya hidup sepenuh masa, Social Media Marketing, Instagram Influencer, #LiveUpdate Expert, photojournalist, jurugambar, kerap ber-Twitter & Facebook, copywriter, penulis iklan & advertorial, content provider & househusband. Obses dengan filem seram & thriller.
Nabil Ahmad Terbuka Terima Gurauan, Akui Diri Tidak Sempurna
Bagi siapa yang mengikuti perkemb angan Nabil Ahmad di dalam dunia seni pastinya sudah lali dengan perangai pelawak ini yang suka mengusik dan berjenaka dengan orang lain. Malah Nabil melalui Mangga Online mengakui dia sendiri terbuka dengan sebarang gurauan yang datang kepadanya.
"Sebenarnya saya dah biasa dengan situasi di mana orang lain juga bergurau dengan saya. Saya lebih suka kalau sesetengah artis yang saya usik itu membalas balik gurauan saya, kalau diam saja, memanglah mati akal dibuatnya"
"Gurauan saya yang dibalas semula oleh Datuk Ramli MS, Datuk Jamal Abdillah dan Datuk Rosyam Nor sewaktu Gegar Vaganza itu saya terima sebagai satu usikan dan langsung tidak berkecil hati"
"Cuma saya takut orang lain pula berkecil hati dengan gurauan saya. Saya ini jenis open mindedterima apa saja orang nak cakap tetapi yang berasaslah. Saya tak kisah orang nak bergurau sebab ini sudah kerja saya"
"Tak kisahlah orang nak 'membahankan' saya macam menyentuh telinga atau bibir saya, sebab saya anggap itu gurauan. Kena terbukalah terima gurauan. Janganlah beria-ia sangat nak jaga standard sampai tak boleh bergurau. Manusia di dunia ini mana ada yang sempurna," katanya.
Selain itu, Nabil menjelaskan ketika ini tawaran kerja yang ditawarkan kepadanya tidak putus-putus malah kredibilitnya sebagai pengacara juga semakin terselah dan dipercayai ramai. Teruskan jadi diri sendiri, Nabil. Mahu layan kehendak semua orang, sampai bila tidak akan habis.
Incoming search terms: Berita berkaitan:Afdlin terbit rancangan bicara Islamik
Konsert Amal sasar kutip dana RM2 juta
[TAHNIAH] Nur Aisyah Zainal Selamat Berkahwin Dengan Mohd Ashrudy
Kedudukan Shila Jatuh Merudum Kerana MH370?
Berselera Dengan Lelaki Mat Salleh
Komencomments
'Pijak Ikan Bilis Sebelum Dijual'
Tolak Lamaran Kahwin Kerana Cincin "Tak Tepati Janji"
Dengan semangat yang jitu dan tahap konfiden yang tinggi, lelaki berkenaan telah memanggil ramai orang untuk menyaksikan detik bersejarah di dalam hidupnya.
Lebih dari itu, lelaki tersebut juga turut menyajikan acara tarian dan menyuruh seseorang meyampaikan bunga kepada teman wanitanya untuk 'mendramakan' lagi upacara itu yang dilakukan di Chengdu, barat daya China.
Kemudian, lelaki berkenaan melutut dengan memegang kotak cincin dan berjaya membuat kekasihnya menangis. Namun, itu hanya sementara sehinggalah saat kotak cincin itu dibuka.Setelah teman wanita lelaki itu memeriksa berlian satu karat yang dijanjikan oleh lelaki berkenaan, dia berpaling dan meninggalkan lelaki tersebut.
Setelah ditinggalkan, beberapa siri mesej teman wanita lelaki itu tersebar.
Teman wanita lelaki itu berkata "Sebelum ini kami setuju dengan cincin berlian satu karat. Kenapa kecil sangat?"
"Adakah kerana dia cuai atau dia tak kisah?", tulis mesej tersebut sebagaimana memetik Metro.co.uk - Siakapkeli.my
SPR: Pendaftaran automatik sukar dilaksana di M'sia
Sistem pendaftaran pengundi secara automatik sukar dilaksanakan di negara ini kerana ia akan memberi kesan besar kepada keseluruhan sistem pilihan raya di Malaysia, kata Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof.
Beliau menjelaskan menurut Perkara 119 Perlembagaan Persekutuan seseorang yang ingin menjadi pengundi perlu membuat permohonan sebagai pengundi baru dan ia jelas memberikan hak kepada warganegara untuk mendaftar atau tidak.
Sehubungan itu, sekiranya saranan untuk mewajibkan pendaftaran sebagai pengundi secara automatik hendak dibuat, maka pindaan kepada Perkara 119 perlu dilakukan terlebih dahulu bagi membolehkan pindaan kepada akta dan peraturan lain berkaitan pilihan raya dapat dilaksanakan, katanya.
"Harus diingat pindaan ini memerlukan sokongan undi dua pertiga di dalam Parlimen dan hanya boleh dicapai sekiranya semua pihak bersetuju.
"Selain itu, jika syor tersebut dilaksanakan ia akan menjejaskan proses semakan, tuntutan dan bantahan terhadap Daftar Pengundi Induk SPR," katanya dalam satu kenyataan semalam.
Menjelas lanjut, Abdul Aziz berkata sekiranya sistem pendaftaran pengundi secara automatik dilaksanakan, ia akan menimbulkan kesulitan kepada individu yang tidak menukar atau mengemaskini alamat dalam kad pengenalan jika berpindah ke tempat lain.
Katanya sistem pendaftaran pengundi yang diguna pakai oleh SPR adalah berdasarkan kepada alamat bermastautin sebagaimana tertera di dalam kad pengenalan dan disemak oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).
"Pangkalan data JPN akan menunjukkan pengundi itu menetap di sesuatu alamat sedangkan sebenarnya sudah berpindah dan pengundi akan berdepan kesulitan pada hari pengundian apabila pusat mengundi jauh dari kediaman sebenar," katanya.
Pengerusi SPR itu menarik perhatian apabila berkata pendaftaran pengundi secara automatik akan menyebabkan peratusan keluar mengundi merosot kerana daftar pengundi baru meningkat secara mendadak tanpa disusuli dengan
pengundian secara wajib.
"Sekiranya pendaftaran automatik ini dilaksakana adakah pengundi berdaftar itu secara automatik perlu diwajibkan untuk mengundi?
"Jika tidak disusuli dengan pengundian, maka peratusan keluar mengundi dijangka merosot kemungkinan sekitar 50 peratus dengan mengambil kira purata peratusan keluar mengundi beberapa pilihan raya kecil atau umum yang berlangsung sebelum ini," jelas Abdul Aziz.
Selain itu, cadangan tersebut juga dijangka menyebabkan pendaftaran baru secara skala besar seterusnya menjadikan isu pengundi hantu sentiasa berbangkit sehingga akhirnya SPR dijadikan mangsa tuduhan liar pihak yang tidak berpuas
hati.
"Isu pendaftaran pengundi secara automatik ini tidak perlu dijadikan bahan politik perkauman oleh sesetangah pihak, dan SPR sentiasa mengkaji setiap perkembangan proses pilihan raya bagi penambahbaikan sistem pilihan raya di negara ini," katanya.
Abdul Aziz menegaskan SPR sentiasa telus dalam mendaftar bakal pengundi yang layak tanpa mengira kaum, bangsa dan agama atau mengambil kira kepentingan politik mana-mana pihak.
Katanya tuduhan sesetengah pihak yang mendakwa SPR menyebelahi pihak-pihak tertentu adalah berniat serong dan bertujuan mempengaruhi persepsi buruk terhadap suruhanjaya itu selain menjejaskan kredibilitinya.
- Bernama
Popular Posts
-
The fishermen on a boat going out to sea off the coast of Marang in Terengganu. Their livelihoods have been impacted in a negative way by va...
-
Kuala Lumpur saw no new housing projects below the price tag of RM500,000 being launched last year, despite the maximum house price median o...
-
PUTRAJAYA – Jika ada yang masih ragu-ragu lagi mengenai sumbangan derma RM2.6 bilion yang masuk ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri, Da...
-
'Bila Saya Diserang, Semua Orang Diam'…Luahan SEDIH Najib Razak…Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak hari ini menjawab kritikan k...
-
KUALA LUMPUR: Keuntungan sebelum cukai IOI Properties Group Bhd bagi tahun kewangan berakhir 30 Jun, 2015 meningkat kepada RM1.13 bilion...