Tuesday, December 01, 2015
Ammar Alfian Tinggalkan Dunia Seni & Merantau Ke Luar Negara?
Nama Ammar Alfian dari dulu lagi memang sering dihimpit kontroversi. Banyak sangat kontroversi yang melanda pelakon ini sampai kalau nak kira dengan jari pun tak cukup. Kalau tak silap, kontroversi terakhir ialah desas-desus kewujudan video "threesome" antara dirinya, Idris Khan dan juga Atikah Suhaime. Namun masing-masing telah pun tampil membuat penafian tentang kewujudan video tersebut.
Lama tidak mendengar perkembangan terkini Ammar Alfian, tup-tup hari ini Abang Nara mendapat tahu bahawa pelakon itu telah bersara daripada industri seni tempatan. Tambah mengejutkan ialah Ammar telah terbang ke luar negara. Daripada apa yang ditulis, nampak gaya seperti Ammar tidak akan pulang ke Malaysia lagi. Berikut ialah status yang dimuatnaik di akaun Instagram @ammaralfianofficial.
Big boss Ammar Alfian meninggalkan dunia seni dan akhirnya negara Malaysia…semoga berjaya big boss dengan penghijrahan ini..kami peminat setia big boss faham dengan keputusan boss dan doakan kejayaan boss di negara luar..inshaallah dan kami terpaksa akur big boss tidak mahu lagi update pada kami tentang big boss lagi…we love u Ammar Alfian
Tidak diketahui punca penghijrahan Ammar Alfian ini. Pasti Ammar ada sebabnya yang tersendiri. Mungkin susah nak cari makan di Malaysia selepas pelbagai kontroversi yang melanda dirinya. Sama-samalah kita doakan agar Ammar bertemu kejayaan di tempat yang ditujuinya. All the best and good luck.
Related Related Category : Malay 5 Comments Tinggalkan komen anda di sini TAGS: ammar alfian, ammar alfian keluar negara, ammar alfian lari, biodata ammar alfian, video ammar alfian PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.Isu Vape, Salah Pengguna Atau Salah Penjual?
SALIH YAAKOB AKUR TIDAK LAGI BERADA DI SINAR PAGI
Meskipun kontrak mengendalikan Sinar Pagi di Sinar FM tidak lagi disambung, Salih Yaakob, 54, reda dengan keputusan tersebut namun bagi Raja Azura atau Kak Engku, dia masih belum menerima hakikat.
Salih atau lebih dikenali sebagai Abang Jem berkata yang dia faham dengan keadaan Raja Azura memandangkan mereka serta deejay-deejay lain telah sama-sama memperjuangkan radio tersebut sehingga mencapai kejayaan.
"Dia (Raja Azura) masih tidak dapat menerima hakikat lagi. Saya ingatkan, saya keluar, dia yang kekal.
"Keputusan itu benar-benar mengejutkan. Cuma saya dapat rasa sejak tahun lalu lagi, banyak perkara yang diubah dalam Sinar DM termasuklah tagline 'Muzik Retro Terbaik' ditukar kepada 'Men yinari Hidupmu', di mana isi kandungan dan hala tuju radio berkenaan juga diubah," ujar Abang Jem dipetik sebagai berkata.
Pada 22 November lalu, Abang Jem dan Kak Engku membuat pengumuman meninggalkan stesen berkenaan bermula 27 November 2015 ketika hadir sebagai artis jemputan di pentas Gegar Vaganza 2 minggu keenam di Dewan Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam, (MBSA).
Pengumuman tersebut membuatkan ramai yang terkejut dan tertanya-tanya apakah punca kontrak mereka tidak disambung lagi.
Bagaimanapun pada Ahad lalu di program GV2, kumpulan Sepahtu mengumumkan bahawa mereka akan menggantikan Salih dan Raja Azura bagi segmen Sinar Pagi itu.
Sementara itu, Salih berkata, dia terpaksa akur apabila khidmatnya s ebagai penyampai radio slot berkenaan tidak diperlukan lagi walaupun sudah sembilan tahun mengendalikan segmen berkenaan.
"Saya akur dan menerima perkara ini dengan hati yang terbuka. Lagipun, mereka (Sinar FM) lebih berkuasa dalam memilih yang terbaik untuk stesen mereka kekal menjadi pilihan masyarakat.
"Mereka juga telah menawarkan saya mengendalikan slot petang bersama Feeya bermula tahun depan. Cuma gajinya lebih rendah daripada apa yang saya dapat sekarang.
"Ada juga beberapa stesen radio menawarkan saya bekerja dengan mereka tetapi saya masih belum membuat keputusan lagi. Biarlah saya berehat dahulu sepanjang sebulan ini," jelasnya.
Ditanya bagaimana dia akan menguruskan keluarganya apatah lagi pelawak itu mempunyai empat orang isteri beserta anak yang ramai, kata Salih, dia percaya Tuhan pasti akan memberi rezeki yang cukup buat keluarganya.
Malah Salih juga mahu kembali aktif menerima undangan persembahan di luar selain mahu memulakan perniagaan.
"Sepanjang sebulan ini, saya cuba buat kerja luar dahulu. Maklumlah, sebelum ini, apabila mendapat tawaran menjayakan sesebuah majlis, saya terikat dengan kerja deejay.
"Maka kali ini saya fokus semula meneruma undangan persembahan. InsyaAllah, Allah yang memberi rezeki, bukan manusia. Yang penting kita perlu usaha, InsyaAllah," katanya.
Kak Engku dan Abang Jem sudah hampir 10 tahun bertugas di stesen radio berkenaan dalam mengendalikan segmen Sinar Pagi.
Sumber: mStar
________________________
FACEBOOK - SANTAI - PAPARAZZI - NOSTALGIA - GALERI - YOUTUBE - ROMANTIKA - SEJARAH MYARTIS - INSTAGRAM - TWITTER Follow @myartisdotcomDato' Siti Nurhaliza Alami Keguguran
Berita sedih ini disampaikan sendiri oleh Siti menerusi sebuah entri terbaru di laman Instagram miliknya, @ctdk.
Berikut merupakan kapsyen yang ditulis oleh Siti:
"Bismillahirahmannirohhim... Tanggal 1hb Dec... Rasanya sudah sampai waktu & ketika yg sesuai utk Ct kongsikan dengan peminat & followers tersayang.. Mula mula Ct ingin sangat berkongsi cerita indah namun Ct percaya semua dugaan ada hikmah dariNYA..
"Ini semua meningkatkan lagi keimanan Ct kepada PENCIPTA Ct.. Memang tak mahu menafikan berita kehamilan kerana ia Anugerah terindah yg lama Ct nantikan dan sudah pastinya peminat yg mendoakan juga..
"Nak mengiyakan pun takut , kerana Anugerah ini terlalu baru dan 'FRAGILE' untuk di hebahkan. Hanya memohon masa yang sesuai.. Ternyata, Allah SWT pinjamkan Anugerah ini utk seketika.. sempat 2 bulan Ct kandungkan dan Ct keguguran ..
"Ct Redha dan jauh di sudut hati amat bersyukur kerana Allah SWT beri Ct jawapan diatas doa Ct.. inshaAllah semoga ia permulaan untuk Anugerah yang seterusnya.. Terima Kasih Suami,Keluarga & sahabat yg memberi kata semangat & peminat yg sentiasa mendoakan Ct..
"Ct yakin pada Perancang Terbaik dalam hidup Ct iaitu Allah SWT.. Selepas habis proses berpantang ni, Ct akan menjalani kegiatan seperti biasa.. kena masuk Gym balik dan beberapa acara di Jakarta (plan asal shooting di KL sbb pregnant).
"Buat sahabat2 saya iaitu peminat & Followers saya... teruskan doa yang baik2 ye.. mana tahu dalam berjuta ,ada yang makbul doanya.. Ct pun mendoakan agar Allah SWT kurniakan Anugerah terbaik buat anda tak kiralah dalam apa bentuk yg anda inginkan..
"Sekian catatan panjang lebar dari saya & semoga semuanya sudah jelas. Buat masa ini, izinkan Ct untuk berehat sebelum mula bekerja seperti biasa. Terima Kasih Allah... Wassalam," tulis Siti di la man Instagram miliknya.
Portal Murai mendoakan agar Siti bertabah melalui ujian yang diberikan ini. Disebalik ujian, pasti besar hikmahnya. Insya-Allah, akan ada rezeki yang terbaik menanti Siti satu hari nanti.
Artikel oleh: Kamaruddin Razal.
Artikel ini disiarkan pada Selasa, 1 Disember 2015.
Filem STAR WARS: THE FORCE AWAKENS Apa Yang Menarik?
Jika semalam Budiey siarkan cara bagaimana korang nak dapatkan tiket Premiere menonton filem STAR WARS: THE FORCE AWAKENS, pada hari ni pula Budiey nak ceritakan sedikit tentang apa yang menariknya filem lakonan Harrison Ford ini.
Ramai penonton mengharapkan sekuel terbaru ini lebih gempak, lebih hebat dan lebih mengujakan berbanding enam siri filem Star Wars yang sebelum ini.
Selain Harrison Ford yang memegang watak Han Solo, filem ditayangkan pada 17 Disember 2015, turut dibintangi Mark Hamill (Luke Skywalker), Carrie Fisher (Princess Leia), Oscar Isaac (Poe Dameron) dan Daisy Ridley (Rey) dan ramai lagi.
Filem sci-fi penuh aksi pengembaraan ini merupakan film yang bercerita tentang kelanjutan pertualangan setelah tiga puluh tahun dari kisah Star Wars: Episode Vi – Return of The Jedi ( 1983 ). Film ini masih tetap akan mengisahkan perjuangan terhadap tindakan kejahatan yang datang mengancam. Para trio lead muda berusaha untuk menyelamatkan tempat mereka.
Dengarnya, ramai penonton sanggup membeli dan booking tiket awal-awal melalui panggung wayang terbesar Malaysia, Golden Screen Cinemas (GSC) yang dibuka seluruh Malaysia pada November lalu. Super duper excited depa ni kan? Citer tak tahu lagi best ke tidak ni.
Pembelian juga boleh dibuat menerusi GSC e-Payment di www.gsc.com.my atau aplikasi GSC Mobile App di telefon pintar.
Komen via FacebookKomen
— 110 Bacaan— Budiey
Seorang penulis blog hiburan & gaya hidup sepenuh masa, Social Media Marketing, Instagram Influencer, #LiveUpdate Expert, photojournalist, jurugambar, kerap ber-Twitter & Facebook, copywriter, penulis iklan & advertorial, content provider & househusband. Obses dengan filem seram & thriller.
'Kau Nak Aku Jalan 1/2 KM Saman Lori² Bauksit Halang Lalu Lintas?' - Pegawai JPJ
Kes Curi Telefon Low Yat : "Saya Nampak Dia Ambil Telefon" - Saksi
Bekas pekerja Techasia Boutique, See Ming Ho berkata tertuduh iaitu Shahrul Anuar Abdul Aziz, telah mengambil telefon itu ketika dia berpusing ke belakang untuk mengambil hadiah percuma bagi pembelian telefon bimbit berjenama Lenovo itu.
"Saya nampak dia ambil telefon dan meninggalkan kedai (di tingkat UG) dan saya lihat dia lari ke arah eskalator. Masa tu saya jerit pencuri! pencuri! pencuri! sebanyak tiga kali dan lihat dia terjatuh (sebaik menuruni eskalator ke tingkat bawah, iaitu G)," katanya memetik laporan Bernama.
See Ming Ho memberi keterangan tersebut pada perbicaraan hari pertama dalam kes Shahrul Anuar, 22, seorang penganggur yang didakwa mencuri telefon bimbit tersebut yang berharga RM800 di Techasian Boutique, Plaza Low Yat, pad a jam 4.47 petang pada 11 Julai yang lalu.
See Ming Ho yang juga jurujual di kedai telefon terbabit pada ketika kejadian berkata dia menjerit meminta tolong selepas melihat tindakan tertuduh.
Beliau kemudian bergegas turun ke tingkat G dan melihat tertuduh sudah ditahan oleh pekerja di sebuah kedai telefon lain. Tidak lama selepas itu pengawal keselamatan di Low Yat datang dan membawa tertuduh ke bilik pengawal.
"Semasa saya berada di bilik pengawal keselamatan, saya tanya kepada tertuduh, bolehkah serah telefon itu kepada saya, lelaki itu berkata telefon itu tidak ada," katanya sambil menambah dia kemudian membuat laporan polis berhubung kejadian.
Ketika pemeriksaan balas oleh peguam Nur Hayati Don Omar yang mewakili tertuduh, See Ming Ho berkata dia bersetuju dengan cadangan peguam bahawa kedainya terletak di tempat laluan orang ramai namun dia tidak bersetuju sesiapa sahaja boleh mengambil telefon terbabit dan beredar dari situ.
Saksi ketika menjawab soalan balas peguam Tan Sri Abdul Aziz Abdul Rahman, memberitahu dia tidak tahu dimana telefon bimbit itu berada selepas tertuduh terjatuh dari eskalator
"Saya tidak nampak telefon semasa saya sampai di situ (tempat tertuduh terjatuh).
"Saya nampak tertuduh berlari ke bawah kemudian dia terjatuh dari eskalator, (masa itu) saya nampak tertuduh dengan telefon, cuma (selepas tertuduh jatuh) telefon jatuh ke arah mana saya tak pasti," katanya yang memberitahu terdapat ramai orang di tempat kejadian ketika itu.
Selain dari peguam Nur Hayati dan Abdul Aziz, tertuduh juga diwakili oleh Mohd Khairul Azam Abdl Aziz dan Mohammad Yahya Zakaria.
Perbicaraan bersambung esok. - Siakapkeli.my
DBKL salahkan vandalisme punca lif rosak
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mempesalahkan tindakan vandalisme sebagai punca kerosakan lif di PPR Taman Wahyu 2 sehingga menyebabkan pasangan golongan orang berlainan keupaya (OKU) terpaksa 'merangkak' untuk turun tangga.
Dalam satu kenyataan kepada Malaysiakini, jurucakap DBKL mengesahkan bahawa satu daripada tiga lif di Blok C flat berkenaan rosak pada 7 November lalu selepas seorang penghuni yang tidak dikenal-pasti memasukkan sekeping kayu pada panel pintu lif sehingga menyebabkan pintu lif itu terkopak dan berhenti mengejut.
"Walaubagaimananpun, pihak DBKL berjaya membaiki kerosakan tersebut dalam tempoh tiga hari memandangkan ia adalah kerosakan besar," kata jurucakap itu Jabatan Pengurusan dan Perumahan DBKL.
Malaysiakini minggu lalu melaporkan bahawa pasangan itu, A Thangarajoo,44 dan isterinya, M Valli, terpaksa merangkak untuk turun dari tangga setiap hari untuk ke tempat kerja.
Pasangan itu yang menggunakan kerusi roda, tinggal di tingkat satu Blok C - unit yang dikhaskan untuk keluarga orang kurang upaya.
Bekas pemain tenis paralimpik negara yang dikenali sebagai Rajoo itu, berkata lif yang rosak lazimnya cepat dibaiki selepas pihak pengurusan dihujani aduan dari penduduk di 17 tingkat perumahan awam itu.
Bagaimanapun, katanya, kerana kali ini hanya satu butang rosak di tingkat pertama, pihak pengurusan tidak melihat kerosakan itu perlu dibaiki segera.
Rajoo dan isterinya yang menjalankan sebuah kedai makan di pejabat Malaysiakini di Petaling Jaya juga mendakwa bahawa lif baru di blok beliau belum lagi berfungsi.
Mengulas perkara itu, DBKL berkata bahawa ia sedang dalam proses untuk menaik taraf semua tiga lif utama yang terletak di setiap satu daripada tiga blok.
"Kerja-kerja penggantian lif baru sedang dilaksanakan secara berperingkat di PPR Wahyu. Penggantian lif ini dilaksanakan dalam tiga fasa iaitu fasa pertama, penggantian lif nombor 1 (lif bomba) di setiap blok A, B dan C.
"Kemudian diikuti dengan fasa kedua bagi setiap Lif nombor 2 di setiap blok dan seterusnya fasa ketiga bagi lif nombor 3 di setiap blok," kata jurucakap itu.
Polis patah cubaan larikan ahli perniagaan Iran
Gambar Dan Video Arwah Yus Jambu Terakhir
Gambar Dan Video Arwah Yus Jambu Terakhir
Gambar dan Video Jenazah Yus Jambu TerakhirArwah Yus Jambu atau nama sebenar Yussry Bin Edoo disebabkan oleh sesak nafas dan arwah disahkan meninggal dunia di Hospital Selayang jam 12.15 pagi semalam.
Jenazah pelawak Yus Jambu atau nama sebenar Yussry Edoo, 39, telah selamat dikebumikan kira-kira jam 2.45 petang di tanah perkuburan Islam Masjid Nurul Iman, Kampung Nesam, Bintong, di sini.
Ribuan peminat termasuk saudara mara dan rakan artis turut memberikan penghormatan terakhir.
Antara rakan artis yang kelihatan ialah Angah, Achey (Bocey) Khairi Safwan, Ajak (Shiro), Roy Azman, R2 dan beberapa lagi artis Raja Lawak.
Yus yang anak ketiga dari tiga adik beradik merupakan anak yatim piatu dan hanya mempunyak seorang abang yang masih hidup.
Abang kepada Yus, Jaafar Edoo, 53, memberitahu bahawa adik bongsunya itu pernah menyatakan hasrat untuk berkahwin ketika mereka bertemu dua minggu lalu.
Kata Jaafar, Yus tidak pernah memberitahu nama gadis tersebut namun arwah telah mengumpul duit untuk melangsungkan perkahwinannya.
"Arwah ada bagitau saya nak kahwin tapi tak bagitau siapa gadis pilihannya, cuma dia kata sedang kumpul duit, selain itu arwah juga pernah merancang untuk membina rumah di kampung ini.
"Saya rasa terkilan hasratnya itu belum tercapai, bagaimanapun ALLAH lebih menyayanginya," kata Jaafar ketika ditemui di perkarangan Masjid Nurul Iman.
Artike lain : Yus Jambu Meninggal Dunia – Al-Fatihah
Gambar-gambar terakhir jenazah pelakon dan pelawak Yus Jambu Gambar rakan-rakan artis yang hadir di Hospital Selayang15,544 total views, 15,544 views today
OH! SEPUPU PELIWAT RUPANYA KHAIRUDDIN NI!!!
Popular Posts
-
The fishermen on a boat going out to sea off the coast of Marang in Terengganu. Their livelihoods have been impacted in a negative way by va...
-
Kuala Lumpur saw no new housing projects below the price tag of RM500,000 being launched last year, despite the maximum house price median o...
-
PUTRAJAYA – Jika ada yang masih ragu-ragu lagi mengenai sumbangan derma RM2.6 bilion yang masuk ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri, Da...
-
'Bila Saya Diserang, Semua Orang Diam'…Luahan SEDIH Najib Razak…Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak hari ini menjawab kritikan k...
-
KUALA LUMPUR: Keuntungan sebelum cukai IOI Properties Group Bhd bagi tahun kewangan berakhir 30 Jun, 2015 meningkat kepada RM1.13 bilion...