Recent Post

Tuesday, September 20, 2016

Kumpulan pertama 442 jemaah Haji tiba di tanah air - AgendaDaily

Terakhir dikemaskini: 18 September 2016 By BERNAMA

Ketibaan mereka pada 11.21 pagi dari Lapangan Terbang Antarabangsa Raja Abdul Aziz, Jeddah itu disambut Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Tabung Haji (TH) Datuk Badlisyah Abdul Ghani, pengurusan tertinggi TH serta anggota keluarga dan saudara mara yang menunggu sejak 10 pagi.

Bercakap kepada pemberita, Badlisyah berkata sebanyak 47 penerbangan akan membawa pulang kesemua 22,320 jemaah haji bermula hari ini, dengan penerbangan terakhir dijadual tiba di tanah air pada 15 Okt.

Beliau berkata sembilan orang jemaah tidak berjaya melaksanakan ibadat wukuf, satu daripada rukun yang mesti dilaksanakan setiap jemaah bagi menentukan ibadat haji yang sempurna kerana mengalami masalah kesihatan yang serius.

"Seramai 12 jemaah meninggal dunia, 11 kematian di Tanah Suci dan seorang ketika di tanah air," katanya.

Badlisyah berkata semua jemaah haji dibekalkan dengan borang penilaian bagi mendapatkan maklum balas perkhidmatan yang disediakan TH, antaranya turut melibatkan soal keselamatan untuk membolehkan penambahbaikan dilakukan jika ada rungutan.

Dalam pada itu, Dr Muhammad Syafiq Muhammad Isa dan isteri Dr Hanisah Jeffrey, jemaah yang merupakan pasangan termuda dalam kumpulan tersebut berkata peluang mengerjakan rukun Islam kelima di usia muda merupakan satu pengalaman terindah yang tidak mungkin dilupakan.

Dr Muhammad Syafiq, 27, berkata umat Islam yang telah berdaftar dengan TH perlu mempersiapkan diri dari segi ilmu dan kewangan kerana panggilan menunaikan haji mungkin dibuat di saat akhir.

"Saya sendiri tidak menjangka dapat pergi haji tahun ini...tetapi selepas isteri disenaraikan sebagai mereka yang layak, saya turut ditawarkan tempat atas kapasiti mahram atau pengiring kepada isteri.

"Ini kerana syarat Arab Saudi yang menetapkan wanita berumur 45 tahun ke bawah perlu ditemani oleh seorang mahram," katanya yang bertugas di Hospital Kuantan, Pahang.

Bagi Dr Hanisah, 26, yang bertugas di tempat sama dengan suaminya, berkata keputusan ibu bapanya mendaftarkan beliau sebagai pendeposit di Tabung Haji ketika masih di sekolah rendah membawa tuah sehingga dapat menunaikan haji ketika usia muda.

Sebab itu, saya amat bersyukur dengan keputusan ibu bapa mendaftarkan saya ketika masih di sekolah rendah dan usaha itu bertambah manis apabila dapat menunaikan haji bersama-sama suami, katanya.- 18/9/2016

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Read more ...

Segala Tentang Drama ABANG SADO BOLEH BERES Yang Anda Patut Tahu

"Besar Doh, Besar Doh, badan dia besar doh!" Begitulah kewujudan perkataan "Sado" apabila dipendekkan. Pada mulanya, "Sado" ini khusus untuk lelaki yang membina badan yang selalu bertapak di gim. Hebatkah para lelaki jika memiliki status Sado?

Bagaimana pula bagi pihak perempuan, adakah mereka bangga dengan mempunyai teman yang dikatakan "Abang Sado"? Saksikan kehidupan Fariz yang berbadan sado dan memiliki gim dalam drama baharu 'Abang Sado Boleh Beres' yang mempunyai 20 episod dan mula bersiaran menerusi slot Iris pada 13 September 2016, setiap hari Isnin hingga Khamis, pukul 6.30 petang.

Poster ABANG SADO BOLEH BERES 2

Drama terbitan A.Aida Production arahan Khalid Nazri ini membariskan pelakon-pelakon hebat seperti Sabhi Saddi, Acap BMB, Zee BMB, Reen Rahim, Julia Ziegler dan Ezzaty Abdullah.

Drama ini mengisahkan tentang 3 rakan, Rahul (Sabhi Saddi), Rayyan (Acap BMB) dan Fariz (Zee BMB) yang mempunyai karektor yang berbeza.

Mereka berjaya memulakan bisnes baharu dengan membuka gim di sebuah pusat beli-belah. Bisnes mereka amat maju kerana pelanggan yang mendaftar di gim terdiri daripada pelbagai kategori umur dan saiz badan.

Saksikan kehidupan abang sado, rakan perniagaan, dan pelanggan-pelanggannya di gimnya dalam Abang Sado Boleh Beres pada setiap hari Isnin hingga Khamis jam 6.30 petang di slot Iris, TV3.

Mereka runsing apabila terdapat kaum ibu yang membawa anak-anak mereka datang ke gim. Lebih-lebih lagi apabila anak-anak kecil itu mengacau pelanggan-pelanggan yang lain. Perkara ini terjadi apabila pelanggan tetap mereka yang mulut bising dan mata keranjang bernama Rozita membawa anak lelakinya, Adam yang berumur 7 tahun.

"Jangan risau, abang sado boleh setel," Rahul yang sentiasa mempunyai idea yang kreatif bertindak untuk membuka ruangan khas bagi penjagaan kanak-kanak. Malah, dengan adanya ruangan khas itu, ia akan menarik ramai lagi pelanggan baharu, terutamanya yang ingin bersenam tetapi terhalang kerana perlu menjaga anak-anak.

Namun, timbulnya persoalan siapa yang ingin menjadi pengasuh? Memandangkan mereka bertiga masih muda dan bujang, mereka tidak pandai dalam bab-bab penjagaan kanak-kanak. Sementara mendapatkan seorang pengasuh yang sesuai di gim mereka, Rayyan ditugaskan untuk menjaga kanak-kanak di situ.

Fariz pula berdepan dengan cabaran baharu apabila ditugaskan untuk menjaga adik tiri Linda yang baru berumur 2 tahun. Kelam kabut jadinya apabila si anak kecil itu membuang air besar dan Fariz kekok untuk menukarkan lampin.

Masalah mereka selesai apabila Nina, seorang gadis yang muda, cantik dan tegas orangnya dan juga kawan baik kepada Rayyan dan Rahul menawarkan diri untuk menjadi pengasuh di situ. Nina sangat suka akan kanak-kanak dan kebersihan, Fariz tertarik dengan perwatakan Nina dan sentiasa mencari peluang untuk menambat hati.

Saksikan kehidupan abang sado, rakan perniagaan, dan pelanggan-pelanggannya di gimnya dalam Abang Sado Boleh Beres pada setiap hari Isnin hingga Khamis jam 6.30 petang di slot Iris, TV3. Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman web www.tv3.com.my dan ikuti juga laman sosial Facebook, Twitter, Youtube dan Instagram TV3 iaitu @TV3Malaysia. Bagi sesiapa yang terlepas untuk menonton di kaca televisyen, anda juga boleh layari laman web www.tonton.com.my.

Abang Sado Boleh Beres 2

Abang Sado Boleh Beres 1

Abang Sado Boleh Beres 4

Reen Rahim

Related

Komen via Facebook

Komen

Read more ...

(Video) Domino's Pizza Siasat Pekerja Buat Aksi 'Wheelie'

London, 19 Sep - Domino's Pizza telah melancarkan satu siasatan selepas satu video yang merakam aksi seorang pekerja penghantarannya membuat aksi wheelie di jalan raya.

Video yang dirakam di jalan Clapham Highg Street di selatan London itu dimuat naik ke internet, yang mana aksi itu menimbulkan tanda tanya pengguna twitter : "Bagaimana agaknya keadaan pizza di dalam kotak itu".

Seorang jurucakap syarikat terbabit menyifatkan tindakan penghantar pizza itu "tidak boleh diterima sama sekali".

"Keselamatan awam dan rakan kerja kami adalah perkara paling penting dan aksi ini langsung tidak boleh diterima sama sekali "Kami telah lancarkan satu siasatan untuk mengetahui punca kejadian dan mengambil tindakan lanjut", kata jurucakap itu.

Rakaman insiden yang berdurasi 10 saat itu merakamkan penghantar pizza terbabit melakukan aksi wheelie dengan berlatar belakangkan sorakan, yang kemudian bertukar gelak ketawa selepas dia terjatuh dari motornya.

Sumber : Sky

— MYST 🇦🇴 (@MY57R0) September 18, 2016
Read more ...

Ini dia orang miskin, AMANAH tunjuk pada MB Perak

Kerajaan Perak tiada asas untuk menafikan masalah kemiskinan di negeri itu, susulan dapatan Institut Penyelidikan Khazanah (KRI) hujung bulan lalu, kata Parti Amanah Negara (AMANAH).

Timbalan Ketua AMANAH Perak, Hasnul Zulkarnain berkata, tinjauan langsung mereka di sebuah kawasan parlimen di Larut mendapati masih terdapat penduduk yang 'sangat miskin'.

"Masih ada rumah yang tiada bekalan api dan air, mereka masih terpaksa berikhtiar untuk mendapatkan bekalan air bawah tanah mahupun air sungai.

"Mereka terpaksa hidup dalam kegelapan dengan berbekalkan sinaran lampu lilin," katanya.

KRI dalam laporannya pada 29 Ogos yang lalu dilapor menyebut Perak menjadi negeri kedua yang mempunyai isi rumah bawah RM2,000 sebulan selain 81.1 peratus isi rumahnya berpendapatan kurang RM6,000 sebulan.

Laporan itu turut menyebut Perlis dan Pahang juga antara negeri yang mempunyai peratusan isi rumah berpendapatan kurang RM6,000 yang tertinggi iaitu masing-masing pada kadar 80.3 peratus.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir bagaimanapun menyangkal laporan yang menurutnya menyebut seolah-olah negeri Perak dikategorikan sebagai negeri miskin.

Kata beliau, laporan itu yang menunjukkan Perak tidak berada pada keadaan pendapatan yang baik dan dianggap antara negeri yang terendah selepas Kelantan sebagai tidak tepat.

"Bagi saya laporan yang dikeluarkan KRI itu memberi gambaran yang tidak baik bagi negeri Perak seolah-olah negeri Perak ini dikategorikan sebagai negeri miskin selepas Kelantan.

"Kalau itu diletakkan sebagai indikator bahawa Perak sebenarnya miskin, itu tidak betul," beliau dipetik sebagai berkata oleh Astro Awani.

Pendapatan bawah RM800

Dalam kenyataannya semalam, Hasnul Zulkarnain berkata, peserta lawatan Pemuda AMANAH Perak itu sangat hiba ketika menziarahi kira-kira 10 keluarga yang 'sangat miskin'.

Beliau membangkitkan keadaan rumah yang serba daif dan kebergantungan hidup terhadap kerja-kerja kampung seperti menoreh, berkebun dan mengutip barangan terpakai.

"Pendapatan per kapita mereka ke semua rata-rata kurang daripada RM800 sebulan, dengan pendapatan sebanyak itu sudah pasti tidak mampu untuk menampung keperluan hidup, apatah lagi kehendak semasa," katanya.

Justeru, katanya, penafian Zambry, tanpa sebarang tindakan lanjut tidak akan menyelesaikan apa-apa.

"Cukuplah berpropaganda semata-mata.

"Fokus dan jujurlah mentadbir rakyat dan negeri," katanya yang melampirkan keadaan rumah yang dilawat dalam kenyataan media itu.

KRI adalah pusat kajian bebas tajaan syarikat pelaburan negara Khazanah Nasional Berhad yang ditubuhkan pada 2014.

Read more ...

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *