Recent Post

Sunday, September 06, 2015

NGERI ! Wanita Ketumbuhan Kanser Rahim MENGERIKAN Akibat Melakukan 4 Perkara Ini Ketika Haid

Ketika Haid atau menstruasi adalah yang di alami setiap bulannya oleh setiap wanita kejadian yang hanya di alami oleh wanita ini merupakan peluruhan dinding rahim terdiri dari pada darah jaringan tubuh. Haid juga merupakan suatu proses pembersihan rahim terhadap pembuluh darah kelejar-kelenjar dan sel sel yang tidak terpakai karena tidak ada pembuahan. Bagi yang sudah berkahwin umum mengetahui bahaya bersetubuh ketika sang isteri sedang haid,namun bukan hanya itu pantang larang bagi wanita haid untuk mengelak dari pada kanser rahim,pemakanan juga mempunyai peranan penting dalam hal tersebut. Berikut 4 perkara yang harus anda elakkan ketika sedang haid. 1. Jangan minum air yang memunyai ketulan ais, air soda dan kelapa semasa haid. 2. Jangan keramas kerana pori pori kepala sedang terbuka pada saat haid kerana boleh menyebabkan sakit kepala. (kepala dimasuki angin), sangat berbahaya kesan ini biasa dirsakan semasa muda dan semasa tua nanti. 3. Jangan makan timun semasa haid kerana getah yang ada pada timun menyebabkan sisa haid melekat di dinding rahim. 4. Selain itu, saat sedang haid, tubuh tidak boleh terluka, terjatuh dan terpukul oleh benda keras terutamanya bahagian perut kerana boleh menyebabkan muntah darah, dan menyebabkan rahim luka. (luka dalaman) Ini membuktikan, minum ais semasa haid boleh menyebabkan darah haid terkumpul pada dinding rahim, setelah 5-10 tahun dapat menyebabkan "KETUMBUHAN & KANSER RAHIM". Tolong sebarkan info ini kepada wanita yang anda sayangi, samada isteri, kakak, adik rakan dan sesiapa sahaja yang bergelar wanita. kerana mereka la yang perlu mengetahui hal yang sangat serius ini.
Read more ...

26 GAMBAR - HANYA SEKALI LAFAZ, RAJA FARAH SAH BERGELAR ISTERI ISKANDAR ISMAIL

Raja Farah atau nama sebenarnya Raja Farah Raja Aziz, 27, telah selamat bergelar isteri kepada ahli perniagaan iaitu Iskandar Ismail,33, sekitar jam 11.50 pagi tadi di Masjid Diraja Tengku Ampuan Jemaah, Bukit Jelutong, Shah Alam, Selangor.

Pasangan itu dinikahkan oleh bapa Raja Farah, Raja Aziz Raja Ngah dengan hanya sekali lafaz sambil disaksikan Pendaftar Pernikahan Perceraian dan Rujuk Negeri Selangor, Muhammad Ariffin Mohd Dalhal.

Dalam majlis tersebut, Farah telah menerima mas kahwin berupa tiga dinar emas.

Klik gambar untuk size besar

Pihak lelaki telah memberi lima dulang hantaran manakala bagi pihak perempuan pula membalasnya dengan tujuh dulang hantaran.

Untuk rekod, Farah dan Iskandar men gikat tali pertunangan 9 Ogos lalu di kediaman keluarga Raja Farah di Bukit Jelutong.

Difahamkan, Majlis resepsi pasangan ini akan diadakan di Hotel De Palma, Ampang 13 September ini.

Sumber: BHFoto: Raja Farah Instagram

         ________________________

FACEBOOK - SANTAI - PAPARAZZI - NOSTALGIA - GALERI - YOUTUBE - ROMANTIKA - SEJARAH MYARTIS - INSTAGRAM - TWITTER

TwitterFacebookGoogle PlusRSS FeedEmail

Read more ...

'Takde RM25,000, Jangan Kahwin Dengan Anak Aku!'

Di suatu kawasan perumahan di pinggir bandar.. Ada satu pasangan kekasih ini nak keluar berdating. Setibanya si pakwe di hadapan rumah makwenya, maka berlakulah dialog berikut. Gadis : Masuklah dulu, jumpa dengan ayah saya. Teruna : Boleh ke? Gadis : Masuk je lah, saya nak bersiap Menyusup masuk si teruna melalui pintu utama. Pintu yang siap terbuka mengalukan-alukan kedatangan si Teruna. Teruna : Assalamualaikum. Bapa Gadis : Waalaikumusalam. Melihat pada lantangnya suara bapa si gadis, terus si teruna kaku membatu. Lantas si gadis menarik tangan si teruna menyedarkan dari lamunan itu. Gadis : Mari, duduk kat kerusi ini. Teruna : Eh.. Setelah tangan dihulur dan salam bertaut, duduklah si teruna di kerusi hampir menghadap bapa si gadis. Hanya surat khabar yang menjadi tabir antara mereka. Bapa Gadis: Nak jalan kemana hari ni? Teruna : Bandar je pak cik, dia nak carik barang katanya. Barang apa tak taulah saya Bapa Gadis : Oh.. Teruna : ?? Hampir 5 minit senyap tanpa suara. Dan ibu si gadis keluar dari tabir ruang utama dan ruang belakang membawa air serta biskut kering. Si teruna senyum kelat. Ibu Gadis : Minum la ni sikit. Kamu sudah sarapan? Teruna : Ehh. Sudah cik. Terima kasih. Ibu Gadis : Kamu ni malu-malu pula dengan kami. Teruna : Segan cik. Hehe Bapa Gadis : Bila kamu nak hantar rombongan? Ibu Gadis: Eh.. Apa ayahnya ni? Teruna : Ehh. Duit takde lagi. Hehe Bapa Gadis : Kamu bawa anak kami kehulu-kehilir. Apa orang kata nanti? Teruna : (Eh. Malu ngan orang ke malu ngan Allah, lagi takut orang kata dari Allah yang menghukum) Kami naik kereta je cik, tak de la nampak berkepit sangat. Boleh saya tanya cik sikit. Bapa Gadis : Boleh takde masalah Teruna : Pakcik ngan makcik nak letak wang hantaran berapa ye? Bapa Gadis : Kalau boleh 20 ribu Ibu Gadis : Ehh. Tak kisah la, tapi kalau boleh makcik nak lebih tinggi sikit dari orang sebelah ni Teruna : Berapa tu mak cik? Ibu Gadis : Dalam 25 ribu ke atas dan dulang 25 ke atas pihak lelaki Teruna : (Amboi, ko melantak dulang ke ape? Wuhaa.. 25 ribu. Mana nak dapat? Aduh..) Tingginya mak cik, tak boleh rendah lagi ke? Bapa Gadis : Itu nasib kamu la, kamu yang nak kat anak kami. Lagipun dialah satu-satunya anak perempuan kami, kene lah market sikit. Nak grand-grand camtu. Si teruna hampir hilang akal apabila disebutkan harga si gadis itu. Dan si teruna cuba berbincang untuk merendahkan harga si gadis. Teruna : Erm.. Kenapa anak pak cik tak pakai tudung? Bapa Gadis : Itu kenalah tanya maknya Teruna : (Ehh. Boleh pas-pas pulak dah) Ibu Gadis : Ehh. Awak lah. Apa pulak saya. Awak yang sepatutnya didik anak Bapa Gadis : Saya kan kerja. Mana ada masa Teruna : (Pulak dah, gaduh nanti) Ehh-ehh. Makcik pakcik. Kita lupakan dulu soalan tadi sebab kalau ikut makcik pun tak tutup kepala jugak. Maksudnya lebih kurang jugaklah. Nak tanya lagi, anak pak cik pandai masak tak? Bapa Gadis : hmm.. haram. Tau-tau bangun tido pukul 12 lebih, bukan bangun pagi dah tu. Bangun tengahari. Terus makan tengahari. Ibu Gadis : Apa la ayahnya, orang ni nak buat anak kita bini, dia cerita buruk-buruk pulak. Bapa Gadis : Maknya pun sama suka bangun lambat juga. Ibu Gadis : Abahnya! Teruna : (kah kah kah.. bengong. Camtu pun nak cerita) Hehe.. Okeh. Soalan lagi. Boleh tak dia baca quran? Ibu Gadis : Boleh sikit-sikit kot Teruna : Kali terakhir bila? Ibu Gadis : Err. Darjah 1 agaknya. Teruna : hmm.. Ibu Gadis : Kenapa? Teruna : Takda apa makcik. Soalan cepumas. Dia solat tak? Bapa Gadis : Apa motif kamu tanya semua ni. Dia kan selalu ikut kamu. Kamu tau la. Teruna : Kalau kat luar saya ajak dia solat, dia cakap datang bulan. Hari-hari datang bulan. Dia tau solat atau tak? Hampir terkedu si bapa dan si ibu. Dan pada raut wajah mereka berdua terdapat tanda-tanda kemerah-merahan menahan amarah. Teruna : Boleh saya sambung lagi. Dia tak reti masak, tak reti solat, tak reti mengaji, tak reti nak tutup aurat sebelum dia jadi bini saya lagi. Dosa-dosa dia terang-terang pegi kat makcik ngan pakcik. Lagipun tak berbaloi harga 25 ribu untuk dia. Lainlah dia ni 'hafizah', 30 juzuk dalam kepala, bertutup litup habis dari bawah sampai ke atas dan tau jaga batas, haa.. itu barulah berbaloi 100 ribu pun saya sanggup bayar. Tapi orang macam tu kalau kahwin mereka memilih untuk serendah-rendah mahar. Sebab sebaik-baik perkahwinan adalah serendah-rendah mahar. Mata bapa si gadis direnung tajam oleh mata ibu si gadis. Ketiga mereka menundukkan kepala. Lumrah adat untuk menjadikan anak perempuan untuk dijadikan objek pemuas nafsu hati menunjukkan kekayaan serta bermegah-megah dengan apa yang ada. Terutamanya pada majlis perkahwinan. Adat mengatasi agama. Dibiarkan anak perempuan dihias dan dibuat pertunjukkan di khalayak ramai. Sedang pada waktu itu akad telah dilafaz si suami, dan segala dosa anak perempuan sudah mula ditanggung oleh si suami. Amatlah rugi. Mahar berpuluh ribu dibayar pada isteri dan sepatutnya hanya si suami seorang yang berhak melihat, tetapi pada hari pertama perkahwinan iaitu semasa persandingan sahaja berpuluh ribu mata yang melihat si isteri. Seolah-olah si suami membayar mahar untuk mereka sekali. Bapa Gadis : Tapi kan. Pakcik nak anak pakcik rasa sekali. Benda seperti tu kan sekali seumur hidup. Teruna : Pakcik nak anak pakcik rasa ke pakcik yang rasa grand? Ibu Gadis : Tentulah kami berdua pun turut gembira. Teruna : Ye ke? Pakcik, makcik, saya bukan apa. Sekarang dosa anak pakcik, pakcik yang tanggung. Esok lusa lepas akad nikah terus dosa dia saya yang tanggung. Pastu pakcik nak buat bersanding pulak. Setiap mata yang memandang saya akan dapat dosa. Lagilah saya berdosa sangat-sangat. Ibu si gadis segera mengambil langkah mudah dengan menarik diri daripada perbualan itu. Si ibu tahu, si teruna bercakap menggunakan fakta islam. Dan tidak mungkin ibu si gadis dapat melawan kata si teruna itu. Bapa Gadis : Kau memandai pulak nak cakap agama ngan kami. Teruna : Ehh. Maaflah pakcik. Bukan saya nak cakap pasal agama. Tapi itulah hakikat sebenar. Kita terlalu pandang pada adat sampai lupa agama. Bapa Gadis : Camni lah. Kamu sediakan 25 ribu, ngan 31 dulang. Kalau takde, kamu tak boleh kahwin ngan anak aku! Teruna : Lama lagilah camtu. Dalam umur saya 30 lebih, baru dapat masuk meminang. Kalau camtu pakcik, 'izinkan saya berzina ngan anak pakcik'? Bapa Gadis : Hoi! Kau dah melampau, ko baik-baik sikit cakap tu. Jangan main sedap mulut je. Teruna : Dengar dulu penjelasan saya pakcik. Pakcik tau tak apa sebab orang berzina dan banyak anak luar nikah? Sebab benda ni lah pakcik. Selalunya ibu bapa perempuan yang meletakkan berpuluh ribu ringgit sampaikan pihak lelaki terpaksa menangguh hasrat untuk berkahwin.Tetapi cinta dan nafsu kalau tidak diiringkan dengan betul, syaitan yang jadi pihak ketiga untuk menyesatkan manusia. Akhirnya mereka mengambil jalan pintas memuaskan nafsu serakah dengan berzina. Mula-mula memang ringan-ringan dahulu pakcik, pegang-pegang tangan, peluk-peluk, pegang pinggul, dan sebagainya. Tapi lama-lama jadi berat-berat. Yang berat-berat tu pakcik sendiri pun boleh bayangkan. Bapa Gadis : Apa kaitan kamu nak berzina pula Teruna : Ye lah. Dah pakcik tak bagi kami kahwin sekarang, biar ada duit dulu baru boleh kahwin. kami nak lepaskan nafsu camna pakcik? Tiap hari saya tengok dia, dia tengok saya. Susah pakcik. Nafsu.. Sebab tu saya dengan rendah hati minta izin pada pakcik untuk berzina ngan anak pakcik. Apa yang penting pakcik tahu yang saya dan dia nak berzina. Sebab rata-rata orang yang berzina ni ibu bapa tak tau. Nampak je biasa-biasa sedangkan da berzina. Err.. berzina bukan sahaja yang ehem-ehem je. Ada yang zina-zina ringan. Tapi sebab ringan tu yang akan jadi berat. Bapa Gadis : Hmm.. Kamu ni peliklah. Nasib baik pakcik tenang je. Kalau orang lain, da lama angkat parang. Tapi kalau takde duit, camna kamu nak bagi dia makan Teruna : Hehe.. Pakcik. Pakcik lupakah dengan apa yang telah Allah bagitau? "Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, dan orang-orang yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya kerana Allah Maha Luas (rahmatNya dan limpah kurniaNya), lagi Maha Mengetahui." - ( TQS An Nuur 32). Takkan la kita tak yakin dengan apa yang Allah janjikan. Lagipun pakcik, kalau makan dan minum tu insyaAllah, berdaya lagi untuk saya beri pada dia. Tempat tinggal tu kita boleh bincang lagi. Kalau benda ni boleh menghalang kami dari melakukan perkara dosa dan sia-sia. Baiklah disegerakan. Pakcik pun tak mau perkara-perkara tak elok kan. Senyap tanpa kata bapa si gadis, merenung kata-kata si teruna. Segera bapa si gadis memikirkan cara untuk mematahkan kata-kata si teruna. Dan bapa si gadis mendapat akal. Bapa Gadis : Kamu tau la zaman sekarang ni. Kalau ikut cara kamu tu. Mungkin kamu tak suka dengan persandingan, pakcik boleh terima. Tapi kamu kena la ambil kira apa orang lain yang akan kata. Tau-tau orang akan mengata anak aku kena tangkap basah dan kena nikah paksa dengan kamu. Mana nak letak muka ni. Teruna : Bagus juga cadangan pakcik tu. Kena tangkap basah 2 ribu je denda. Kat Malaysia TAKDE HUDUD, dan kalau untung. Boleh nikah masa tu jugak. Bagus-bagus. Bapa Gadis : Serius lah sikit. Teruna : Betul dah tu pakcik. Hehe. Tapi pakcik, saya tak kata pun takde walimatul urus. Sedang walimatul urus itu perlu untuk hebahkan yang anak-anak dah kahwin. itu cara islam. Ok. Tapi yang tak oknya, bersanding tu hahh. Kesian saya pakcik, saya seorang bayar mahar untuk anak pakcik, orang lain pun dapat tengok. Siap kalau berhias secara berlebihan dan orang lain yang lihat menaikkan nafsu syahwat mereka, saya yang berdosa pakcik. Saya yang tanggung dosa dia. InsyaAllah pakcik. Kita bukan nak buat apa pakcik. Syariat memang camtu. Maha baiknya Allah sebab jaga kita selama ini, tapi benda remeh-temeh camni pun kita masih pandang ringan dan kita tak menjaga apa yang telah Allah janjikan. Susah lah camtu pakcik. Maaflah kalau ada kata saya yang membuat pakcik kurang senang dengan saya. Segala-galanya kita serah pada Allah, kita merancang je. Azan zohor berkumandang, jaraknya tidak sampai 10 meter dari surau berdekatan rumah si gadis. Si teruna memohon untuk ke surau dan mengajak bapa si gadis untuk pergi bersama. Namun ajakan ditolak dengan lembut. Lantas si teruna memberi salam dan memohon untuk keluar. Di birai tingkap bapa si gadis melihat si teruna mengeluarkan kopiah dari poketnya dan segera di pakainya. Masuk ke dalam kereta dan hilang dari penglihatan bapa si gadis tadi. Sedang si gadis yang sedari tadi berdiri di balik tirai bersama ibunya menitiskan air mata mendengar luahan kata-kata si teruna terhadap ayahnya. Tudung pemberian si teruna sebagai hadiah pada hari jadinya yang lepas digenggam erat. Ibu si gadis juga menitiskan air mata melihat pada kelakuan anaknya. Segera ibu dan si gadis ke ruang tamu menghadap ayahnya. Ibu Gadis : Apa yang budak tu kata betul. Kita ni tak beratkan pada agama selama ni. Kita sambil lewa abahnya. Bapa Gadis : Hmm.. ntahlah, tak tahulah saya. Keras betul budak tu kata tadi. Satu-satu kena. Dia pesan tadi, suruh bersiap, lepas zohor dia amik kamu. Gadis : Takde mood nak pegi la ayah. Ntah.. Si gadis terus mencapai telefon bimbitnya dan menaip mesej. Si teruna yang selesai mengambil wuduk tersenyum apabila membaca mesej yang baru sahaja diterima daripada si gadis.. "Andai Allah telah memilih dirimu untukku, aku redha dan akan terus bersama mu, aku juga akan terus pada agama yang ada padamu." "Petang ni takde mood nak keluar, sorry…….. Dan minggu depan ayah suruh hantar rombongan. p/s: Hanya sekadar cerita untuk di ambil sebagai iktibar. Ingatlah, apabila seorang lelaki dan wanita berdua-duaan, syaitan adalah makhluk yang ke tiga.

Read more ...

Bekas pendakwa SPRM 'hilang'

Satu laporan polis dibuat terhadap kehilangan seorang timbalan pendakwa raya yang pernah dipinjamkan ke Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar ketika dihubungi mengesahkan laporan orang hilang dibuat di Balai Polis Jinjang semalam.

Timbalan pendakwa raya itu dikenali sebagai Kevin Morais.

Seorang jurucakap SPRM pula memaklumkan Malaysiakini, Morais sudah kembali bertugas di Pejabat Peguam Negara "lebih setahun lalu".

Kali terakhir Morais dilihat meninggalkan apartmennya di Menara Duta untuk pergi bekerja pada pagi Jumaat, lapor The Rakyat Post reported.

Beliau menaiki kenderaan disediakan untuk pegawai kerajaan, menggunakan nombor pendaftaran WA 6264 Q.

Read more ...

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *