Recent Post

Monday, November 02, 2015

Kes Anwar: Kerajaan tiada kuasa batal keputusan mahkamah, tegas PMO kepada PBB

Pejabat Perdana Menteri hari ini meminta kepada kumpulan kerja PBB menghormati proses undang-undang Malaysia.
Read more ...

Benarkah Lemon Mampu Mematikan Sel-Sel Kanser?

Berikut adalah kebaikan lemon yang perlu anda tahu!

1. Lemon panas

Boleh membunuh sel kanser. Air lemon yang panas akan menghasilkan sejenis zat anti kanser yg terasa pahit, menjadi ubat kanser yang ampuh dalam perubatan moden.

2. Dengan 2-3 hirisan lemon yang dicelupkan dalam segelas air panas, boleh menjadi air alkaline.

3. Air lemon dingin  mengandungi vitamin C.

4. Ia seperti tomato, yang perlu dimasak terlebih dahulu barulah muncul Lycopene yg bermanfaat.

5. Air lemon panas terbukti boleh menekan pembengkakan dan tumor dan boleh bantu atasi segala jenis tumor.

6. Lemon Extract boleh melemahkan sel kanser ganas tapi tidak merosak sel normal.

7. Citric Acid dan C Polifenol yang terdapat dalam jus lemon boleh menyesuaikan tekanan darah dan mencegah penyumbatan saluran darah, menyesuaikan sirkulasi darah, mengurangi penggumpalan darah.

Bermanfaat untuk mendapatkan tubuh badan yang langsing jika diminum tiap hari.

Read more ...

(4 FOTO) Selebriti Malaysia Yang Menyambut Perayaan Halloween

Baru-baru ini, masyarakat di Barat telah menyambut perayaan Halloween. Waktu ini lah kita dapat lihat pelbagai kostum seram dan menarik yang digayakan oleh mereka.

Ada beberapa selebriti di Malaysia juga turut merayakan Halloween, antaranya keluarga Que Haidar, Fara Mendoza serta Juliana Evans.

Antara yang menarik perhatian ramai adalah penampilan seram Fara Mendoza serta kostum ala Jepun oleh Juliana Evans.

Berikut beberapa lagi foto selebriti Malaysia dengan kostum Halloween mereka dengan membaca artikel ini sepenuhnya.

Related Category : Malay 13 Comments Tinggalkan komen anda di sini TAGS: , , , , , , , PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.
Read more ...

6 GAMBAR - BILA ARTIS BERGAYA LAKSANA 'HANTU'

Posing yang kelihatan seram ala-ala hantu 'halloween' layaknya.

Mungkin artis kita ni sekadar tunjuk bakat dan ia tiada kena mengena dengan perayaan tu. Atau mungkin mereka sedang berlakon dalam drama atau filem hantu agaknya. Heh.

Jom tengok!

         ________________________

FACEBOOK - SANTAI - PAPARAZZI - NOSTALGIA - GALERI - YOUTUBE - ROMANTIKA - SEJARAH MYARTIS - INSTAGRAM - TWITTER

TwitterFacebookGoogle PlusRSS FeedEmail

Read more ...

10 Perkara Menarik Gegar Vaganza 2 Minggu Ke-3!

Minggu ketiga Konsert Gegar Vaganza 2 yang bertemakan 360 darjah benar-benar memberikan cabaran dan tekanan kepada ke semua peserta yang bertanding.

Pelbagai genre lagu di luar kotak nyanyian mereka terpaksa mereka lakukan iaitu genre dangdut, rock dan lagu joget.

Menyanyikan lagu tersebut buat pertama kali di atas pentas tidak mematahkan semangat mereka untuk memberikan persembahan yang terbaik untuk semua penonton.

Kini, hanya tinggal 10 peserta akan terus memperjuangkan bakat mereka di minggu hadapan yang bertemakan 'Berdua Lebih Baik'

Jadi portal Murai, kongsikan kepada anda 10 perkara yang menarik yang berlaku sepanjang konsert minggu ketiga GegarVaganza.

1. Sebelum Konsertnya bermula, nama Tok Ram kerap kali dijerit-jerit oleh penonton di Auditorium berserta dengan sorakan yang amat kuat.2. Pengurus Pentas seperti biasa akan menyebut nama-nama peserta Gegar Vaganza satu persatu untuk mewujudkan suasana yang harmoni dan gempak.3. Setelah kelibat penaja rancangan memasuki ruang Auditorium iaitu Datuk Seri Vida terus pekikan dan sorakan telah dibuat oleh penonton. Jeritan tangline 'Quputeh, Quputeh Barulah Puteh' menjadi tempikan mereka.4. Telatah Tok Ram dan Datuk Seri Vida selamba berselfie menjadi perhatian semua penonton.5. Begitu juga penonton, tidak melepaskan peluang untuk mengambil gambar bersama Datuk Seri Vida dengan gaya crownnya yang anggun.6. Ramai artis dan selebriti hadir untuk minggu ketiga memberikan semangat antaranya Nash, Fattah Amin, Anne Ngasri, Marlia Musa dan ramai lagi.7. Semasa 'commercial break' Nabil sempat mengusik Datuk M Nasir dengan mengajuk lagu 'Apokalips'8. Tok Ram sangat comel apabila meng agihkan coklat yang dibawa dalam bungkusan plastik kepada rakan-rakan artis yang duduk di belakangnya.9. Jihan dan Nabil meniru dan mengajuk-ajuk lagu 'Hantu Atau Buaya' nyanyian Sheeda ketika iklan. Ketika itu, semua penonton ketawa dengan begitu kuat10. Ketika iklan juga, Jihan dan Nabil buat sketsa lucu ketika pemuzik di pentas sedang membuat 'soundcheck' berkisahkan 2 pasangan kekasih.

Oleh Mohd Ishahrulddin TahirArtikel Ini Disiarkan Pada Isnin, 2 Nov 2015

Read more ...

Lagu HELLO Adele VS SORRY Justin Bieber Trending di Youtube Malaysia

Dua buah lagu terbaru dari penyanyi antarabangsa popular, Adele hadir dengan buah tangan terbaru yang sikit sebanyak mengubat kerinduan peminat dengan lagu HELLO dan Justin Bieber pula lahir dengan single SORRY. Paling dahsyat apabila ada parodi lagu HELLO yang menggabungkan video HELLO dari penyanyi legenda Lionel Richie. Sangat lucu bila tonton balik. Selalu repeat pun tak pe sebab memang lagu Adele ada sikit persamaan. Korang kena dengar dan tonton.

Tidak terkejut jika setakat hari ini, muzik video Adele berjudul HELLO ni dah pun ditonton 187 juta kali! Fuh! Memang trending betul la kan. Ramai yang tak sabar nak mendengar kesemua lagu Adele dalam album terbarunya.

Weekly YouTube Top 5 Trending searches in MalaysiaLast 7 days (October 30)

For top videos, people around the world search for information on YouTube. What follows is a summary of YouTube Search results for the top gainers on www.youtube.com.my when comparing search queries that have risen by the largest percentage for the last seven days.

1) Sorry Justin BieberJustin Bieber released the music video to his latest single "Sorry" from his new album `Purpose' that is set for release on November 13.

2) Adele HelloAdele's first music video in four years smashed records, after more than 27 million views in the first 24 hours after its release last week.

3) Stitches Shawn Mendes`Stitches' singer Shawn Mendes beat out British singers Jess Glynne and James Bay, for the Best New Act at the MTV Europe Music Awards.

4) Hotline BlingDrake's `Hotline Bling' music video was released online this week but it was his hilarious dance moves in the video that really made the video went viral.

5) TwiceNew all girls k-pop group Twice's debut track `Like OOH-AHH' has now hit 5 million views on YouTube within six days.

* These are separate but related search items, so we grouped them into one line.

Note: This list shows the fastest rising searches, meaning these were the search terms that saw the largest spike in video searches this week.

Komen via Facebook

Komen

— 172 Bacaan
Read more ...

5 "Trik" Dealer Kereta Yang Semua Orang Perlu Tahu Untuk "Selamat"

Membuat keputusan untuk kereta bukan perkara yang mudah.

Disebabkan itu di setiap tempat menjual kereta, anda akan menemui seseorang yang dipanggil "car dealer" yang mana bertujuan untuk memudahkan proses membuat keputusan dalam membeli kereta.

Adat dunia, setiap perkara ada yang baik dan ada yang buruk. Begitu juga dengan car dealer; ada yang bagus dan ada yang penuh dengan "trik". Sekiranya anda berurusan dengan seorang car dealer yang bagus dan jujur, anda seorang yang bernasib baik. Tapi bagaimana pula jika anda berurusan dengan seorang car dealer yang penuh dengan trik?

Untuk mempersiapkan diri anda dengan trik-trik yang biasa digunakan oleh car dealer, kami kongsikan 5 trik yang biasa digunakan oleh mereka.

1 - Fokus Kepada Bayaran Bulanan Sahaja

"Kalau nak kereta ni cuma perlu bayar RM850 sebulan". Itu ayat yang biasa yang akan keluar dari seorang dealer kereta bagi menampakkan kereta itu mampu dimiliki oleh pembeli. Tapi hakikatnya, banyak lagi benda yang perlu difikirkan contohnya penjimatan minyak, insuran, maintainance. Hakikatnya, bayaran bulanan terletak pada jumlah loan dan juga kadar bunga yang akan dikenakan oleh pihak bank.

Salah satu cara untuk mengatasi dealer ini adalah dengan tidak bercakap langsung tentang bayaran bulanan tapi fokuskan kepada berapa harga paling murah yang mampu diberikan oleh dealer itu untuk sesebuah kereta.

2 - Pilih mangsa

"Nak cari kereta sedan ke MPV ke SUV?". Soalan ini sebenarnya bertujuan untuk mengetahui adakah pembeli itu datang untuk membeli kereta yang dia mahu atau datang untuk mencari sebuah kereta yang mungkin dia inginkan. Sekiranya pembeli menjawab "Tak, saya datang untuk tengok-tengok dulu", ini boleh mendatangkan b ahaya kerana dealer itu sudah pun dapat memancing si pembeli untuk mendengar cadangan-cadangan darinya yang kebanyakannya indah-indah belaka.

Cara untuk mengatasi teknik adalah dengan membuat research terlebih dahulu kereta apa yang anda inginkan dan sentiasa membawa telefon supaya anda dapat membuat research sendiri dari mendengar cadangan manis dari dealer.

3 - Beli sekarang, kalau tak...

"Promo ni bulan ni je ade. Bulan depan dah tak ada dah". Ini merupakan ayat bagi membuatkan si pembeli merasa rugi sekiranya dia tidak melakukan proses pembelian sekarang. Mungkin dari hanya untuk "test drive" sahaja, pembeli akan membuat mengikat dirinya selama bertahun-tahun hanya untuk sebuah kereta. Hakikatnya, promosi sentiasa ada. Lebih-lebih lagi jika kereta itu sudah lama dikilangkan.

Jika niat anda bukan untuk membeli, pastikan anda kekal kepada niat itu. Jangan sesekali terpengaruh dengan janji manis dari dealer kereta tentang promosi dan sebagainya.

4 - Penggunaan 'Statistik'

"Kereta ni yang paling laku sekarang". Seorang dealer tahu, pembeli mahukan yang terbaik dari apa yang dibayarnya. Jadi antara ayat yang akan keluar dari mereka adalah ayat ini. Mungkin benar, mungkin tidak, kereta yang bakal dibeli adalah kereta yang paling laku tapi ayat itu sebenarnya akan membuatkan pembeli berfikir "orang lain banyak beli, kereta ni pasti OK". Tapi betul ke kereta tu OK atau ianya laku disebabkan oleh "marketing" semata-mata?

Sekali lagi, buat research terlebih dahulu sebelum pergi berurusan dengan dealer kereta.

5 - Dua Muka

"Ni saya dah tanya bos, siap potong part saya lagi untuk awak". Teknik ini bertujuan untuk membuat anda rasa seolah-olah dealer tu 'rakan' yang mengambil berat tentang anda. Siapa lagi yang kita nak percaya selain dari rakan kita? Teknik ini sebenarnya sudah lama tapi masih lagi efektif diguna pakai sehingga ke hari ini. Pada hakikatnya, trik ini digunakan untuk membuatkan si pembeli merasa leb ih yakin untuk membeli kereta dengan dealer itu.

Jangan terpedaya. Selagi boleh minta kurang, teruskan sampai anda capai target anda.

Bonus Tip : Sekiranya dealer ada menawarkan option untuk promosi; sebagai contoh pilih antara rebat atau diskaun bodykit atau free goodies atau +2 years warranty, pastikan anda sentiasa memilih rebat. Ini kerana rebat akan diguna pakai sebagai downpayment manakala benda-benda lain boleh dibeli lain kali. Tapi bayaran muka hanya boleh dibuat pada awal pembelian sahaja.

Sekiranya anda tertanya-tanya masa yang paling baik untuk membeli kereta, ianya pada bulan Oktober/ November kerana waktu itu rebat akan banyak diberikan kerana sudah hampir penghujung tahun.  - Siakapkeli.my

Read more ...

Tiada rakyat M'sia terlibat nahas pesawat Rusia

Setakat ini tidak ada rakyat Malaysia terlibat dalam nahas pesawat syarikat penerbangan Rusia, Kogalymavia Airlines yang terhempas di Sinai pada hari Sabtu, kata Wisma Putra dalam kenyataan semalam.

Kedutaan Malaysia di Kaherah sedang memantau keadaan, katanya dalam kenyataan itu.

Ia juga turut mengucapkan takziah dan simpati kepada kerajaan Rusia dan rakyatnya, terutamanya anggota keluarga mangsa nahas itu.

Malaysia juga turut sedih apabila mengetahui Penerbangan KGL9268 yang terhempas di Sinai telah menyebabkan 224 orang yang berada dalam pesawat itu terbunuh.

Pesawat Airbus A-321 yang membawa 217 penumpang dan tujuh anak kapal hilang dari radar selepas 23 minit berlepas pada pukul 5.51 pagi dari Sharm el-Sheikh ke St Petersburg, Rusia.

Wisma Putra memberitahu sebarang pertanyaan boleh menghubungi Kedutaan Malaysia di Kaherah di talian 00 202 3761 0013 atau pegawai bertugas Kementerian Luar di 03-8887 4570 / 03-8887 4770.

- Bernama

Read more ...

Gegar Vaganza 2: Ezlynn dan Zul Handy Black tersingkir

SHAH ALAM: Program Gegar Vaganza 2 (GV2) menyingkirkan dua peserta sekaligus pada konsert minggu ketiga yang berlangsung di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) di sini, malam tadi.
Read more ...

Eksklusif: Fazura Bakal Dedah Kisah Hidupnya Dalam Musim Kedua!

Eksklusif: Fazura Bakal Dedah Kisah Hidupnya Dalam Musim Kedua!

Siapa yang tidak kenal dengan pelakon cantik Fazura yang sering dilanda kontroversi hangat. Namanya dahulu sering dikaitkan dengan beberapa pelakon terkenal tanah air. Selepas putus cinta dengan pelakon Shaheizy Sam, tidak kedengaran lagi beliau menjalinkan hubungan cinta dengan mana-mana lelaki.

Walaubagaimanapun, sesuatu yang mengejutkan berlaku apabila secara tiba-tiba pemenang trofi Aktres Terbaik Festival Filem Malaysia ke-27 ini akan mendedahkan kisah perpisahannya.

Artikel menarik:- (VIDEO) Disebalik Tangisan Fazura Di #FFM27, TAHNIAH!

Eksklusif: Fazura Bakal Dedah Kisah Hidupnya Dalam Musim Kedua!

Cerita itu dinyatakan sendiri Nur Fazura atau Faz, 32 ketika ditemui pada majlis pratonton program realiti Facing Up To Fazura di Talent Lounge, Damansara Perdana.

"Mesti ramai yang terkejut apabila saya mahu bercerita kisah perpisahan sedangkan ramai yang tahu saya single. Semua ini akan saya dedahkan secara eksklusif dalam program ini.

"Menerusi program ini, saya kerap mengalir air mata. Banyak perkara yang selama ini saya pendam, saya luahkan semua. "Bukan mudah untuk kita membuka rahsia diri tetapi itulah yang saya lakukan untuk musim kedua ini," ujar Faz yang turut menjadi penerbit bersama untuk program realiti itu.

Menurut Fazura lagi, lagu ciptaan anggota kumpulan The Waklu's sebelum ini dihasilkan adalah berdasarkan kisah benar dirinya. – Panas! Peminat Bertelagah Fazura Selfie Bersama Anjing

"Sebelum ini, saya pernah dihentam di laman Instagram kerana merakam selfie dengan anjing. Kebetulan mereka membaca komen yang ditulis dan menyifatkan perkara itu tidak sepatutnya berlaku.

"Justeru, lagu itu ditulis bagi memberi semangat agar saya terus bangun dan tidak mudah berputus asa. Liriknya sangat sesuai untuk semua orang kerana ia memberi motivasi," katanya.

Eksklusif: Fazura Bakal Dedah Kisah Hidupnya Dalam Musim Kedua!

Facing Up To Fazura musim kedua akan mula disiarkan di saluran E! (Astro 712) jam 10 malam ini.

7,726 total views, 7,726 views today

Read more ...

Kaki Budak Tersepit Di Eskalator Suria KLCC

CELAH GELEGAR Kaki Budak Tersepit Di Eskalator Suria KLCC Ibu bapa mangsa menenangkan anak mereka sementara menunggu bantuan Bomba tiba. - Foto Ihsan Pembaca KUALA LUMPUR: Kaki seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun tersepit pada eskalator di pusat membeli-belah Suria KLCC, malam Ahad.

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat KLCC, Che Shaari Abdullah berkata, kanak-kanak berkenaan berada pada eskalator bersama ibu bapanya di aras dua pusat membeli-belah itu apabila kaki kirinya tersepit di bahagian eskalator pada kira-kira pukul 7.40 malam.

Sepasukan anggota bomba digerakkan untuk membantu kanak-kanak berkenaan, dan mereka terpaksa untuk menggunakan peralatan bagi mengungkil tapak besi bagi mengeluarkan kaki mangsa.

Menurut Che Shaari, anggota bomba berjaya mengeluarkan kaki budak lelaki berkenaan kurang dari 10 minit.

"Dia (mangsa) memakai kasut. Tetapi anda boleh tersepit di ruang seperti itu sekiranya kaki anda terlalu kecil dan sekiranya anda tidak berhati-hati. Kanak-kanak itu dibawa ke hospital kerana kakinya cedera.

"Saya menasihatkan ibu bapa yang membawa anak kecil supaya berwaspada dengan anak-anak mereka apabila berada di tempat awam bagi mengelakkan kemalangan seperti ini," kata Che Shaari.

Read more ...

Benarkah Lemon Mampu Mematikan Sel-Sel Kanser?

Berikut adalah kebaikan lemon yang perlu anda tahu!

1. Lemon panas

Boleh membunuh sel kanser. Air lemon yang panas akan menghasilkan sejenis zat anti kanser yg terasa pahit, menjadi ubat kanser yang ampuh dalam perubatan moden.

2. Dengan 2-3 hirisan lemon yang dicelupkan dalam segelas air panas, boleh menjadi air alkaline.

3. Air lemon dingin  mengandungi vitamin C.

4. Ia seperti tomato, yang perlu dimasak terlebih dahulu barulah muncul Lycopene yg bermanfaat.

5. Air lemon panas terbukti boleh menekan pembengkakan dan tumor dan boleh bantu atasi segala jenis tumor.

6. Lemon Extract boleh melemahkan sel kanser ganas tapi tidak merosak sel normal.

7. Citric Acid dan C Polifenol yang terdapat dalam jus lemon boleh menyesuaikan tekanan darah dan mencegah penyumbatan saluran darah, menyesuaikan sirkulasi darah, mengurangi penggumpalan darah.

Bermanfaat untuk mendapatkan tubuh badan yang langsing jika diminum tiap hari.

Read more ...

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *