Recent Post

Wednesday, May 11, 2016

(AL-FATIHAH) Bapa Zain Dan Shasha Saidin Meninggal Dunia

Takziah kami ucapkan kepada Zain dan Shahsa Saidin atas pemergian bapa tercinta, Mohd Saidin Othman akibat serangan jantung.

Allahyarham menghembuskan nafas terakhir disamping ahli keluarga kira-kira jam 8.45 malam semalam di Hospital Melaka.

Sasha juga ada berkongsi berita tersebut di akaun Instagram miliknya.

Menurut Shasha, bapanya pernah beberapa kali dimasukkan ke hospital kerana komplikasi lain juga.

Bapa Zain dan Shasha (paling kiri)

Sebelum ini ayah pernah dimasukkan ke hospital akibat mengalami beberapa komplikasi termasuk masalah jantung. Kali terakhir saya berjumpa arwah sekitar beberapa minggu lalu sewaktu ayah bercuti ke Kuala Lumpur.

Jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Kamariah, Gombak selepas Zohor hari ini.

Sumber Berita : Kosmo Online

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.
Read more ...

TNB nasihat orang ramai waspada tawaran kerja mencurigakan - Kosmo!

TNB nasihat orang ramai waspada tawaran kerja mencurigakan

11/05/2016 12:41pm

KUALA LUMPUR - Orang ramai dinasihatkan agar berwaspada dengan tawaran pekerjaan di Tenaga Nasional Berhad (TNB) tanpa melalui proses pengambilan warga kerja yang diamalkan oleh syarikat itu.

TNB dalam satu kenyataan hari ini berkata pihaknya telah menerima beberapa aduan mengenai tawaran kerja oleh individu yang menyamar sebagai warga kerja di syarikat bekalan elektrik terbesar di Malaysia itu.

Lebih membimbangkan individu yang menyamar itu turut meminta sejumlah wang sebagai ganjaran kerja selain memajukan surat tawaran kerja palsu.

Menurut kenyataan itu, pengambilan warga kerja oleh syarikat berkenaan akan dibuat menerusi iklan termasuklah di laman web www.tnb.com.my atau terus ke link https://emadis.tnb.com.my serta portal JobStreet.com dan bukannya melalui individu tertentu.

Malah TNB juga tidak sama sekali meminta atau menerima sebarang pembayaran daripada pemohon kerana proses permohonan jawatan di syarikat berkenaan tidak membabitkan sebarang bayaran.

Justeru mana-mana pihak yang menerima tawaran kerja mencurigakan dinasihatkan untuk berhubung terus dengan TNB di talian 03-22966537 atau 03-22966818. - Bernama

Read more ...

Pelajar Makan Nestum Untuk Berjimat Beli Buku Dapat Anugerah UiTM

Seorang penerima Anugerah Naib Canselor (ANC) UiTM Perlis mendedahkan dia sanggup mengikat perut kerana hendak menyimpan wang supaya boleh membeli buku tambahan.

Anis Najwa Abdul Wahab, 23, yang berasal dari Keramat, Kuala Lumpur, mendedahkan dia sanggup menahan lapar dan hanya makan nestum dua kali sehari untuk mengganti nasi.

"Syukur....segala usaha saya berhasil apabila dipilih antara 43 penerima ANC pada konvokesyen ke-84 UiTM Perlis," katanya ketika ditemui selepas majlis itu di Dewan Semarak UiTM di Arau, hari ini.

Graduan Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Kepujian) Pengurusan Sumber Manusia itu memperoleh Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) 3.79 berkata dia ditawarkan biasiswa oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) setelah memperoleh PNGK 4.00 pada semester pertama.

Menurut Najwa, dia sentiasa berfikiran positif dan cuba untuk mendapat anugerah dekan pada setiap semester.

"Saya sanggup menipu mak dan abah tentang keadaan saya (tidak cuku p wang) dan hanya berkongsi cerita yang menyenangkan hati mereka sahaja kerana saya tidak mahu menyusahkan kedua ibu bapa saya. "Mereka banyak berkorban untuk saya dan abang, Muhammad Farid, 24, yang mengikuti pengajian Sarjana di United Kingdom," kata Anis Najwa sebagaimana lapor Bernama.

Ibunya, Normaizan Kassim, 55, yang juga seorang pereka grafik di Utusan Melayu ketika ditemui pemberita menangis kegembiraan atas kejayaan anaknya itu.

"Saya dan suami Abdul Wahab Aziz, 60, bekas penyunting di Harian Metro tidak putus-putus berdoa untuk kejayaan anak kami. Hari ini baru saya tahu dia (Anis Najwa) rahsiakan kesusahannya, namun kami sangat-sangat bersyukur," katanya.

Read more ...

'Kejayaan BN di S'wak hasil perkongsian k'jaan negeri dan pusat'

Perkongsian yang dijalankan kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri Sarawak serta kepimpinan Ketua Menteri Tan Sri Adenan Satem merupakan dua faktor utama pencapaian cemerlang Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya negeri itu Sabtu lepas, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata perkongsian itu memungkinkan banyak perkara yang tidak termimpi sebelum ini seperti pembinaan Lebuhraya Pan Borneo, yang sekali gus membantu menyakinkan rakyat Sarawak untuk mengundi BN.

"Lebuhraya Pan Borneo adalah projek Persekutuan yang kita laksanakan dan kesannya adalah cukup besar di Sarawak dan banyak lagi projek yang boleh saya sebutkan satu per satu.

"Jadi, orang Sarawak melihat kalau mereka nak pembangunan, agenda prasarana mereka diselesaikan, dan kalau mereka nak bawa Sarawak ke tahap lebih tinggi, mereka perlukan sebuah kerajaan negeri yang ada hubungan begitu serasi dan akrab dengan kerajaan pusat," kata Najib.

Perdana menteri berkata demikian dalam Temu Bual Eksklusif Bersama Perdana Menteri yang dihoskan Sayed Munawar Sayed Mohd Mustar sempena sambutan ulang tahun ke-70 UMNO di TV1 Radio Televisyen Malaysia (RTM), yang disiarkan secara langsung malam tadi.

Lebuhraya Pan Borneo sepanjang 1,090 kilometer dijangka beroperasi sepenuhnya awal 2023.

Najib yang juga pengerusi BN berkata walaupun Umno tidak wujud di Sarawak tetapi rakan-rakan BN seperti Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) sudah pun bertapak di negeri itu.

"Dan mereka adalah rakan kita dalam satu perkongsian Barisan Nasional, jadi kemenangan di Sarawak itu penting mungkin sebagai memberi kita nafas baharu ataupun momentum baharu ke arah pilihan raya (umum) ke-14 yang akan datang," kata beliau.

BN memenangi 72 daripada 82 kerusi yang dipertandingkan dalam PRN11 Sarawak.

Mengulas lanjut, Najib berkata sebahagian besar rakyat Sarawak mahu melihat Sarawak merdeka dalam Malaysia dan tidak mahu keluar dari negara ini.

"Apa yang mereka mahu ialah supaya kita lihat, kalau sekiranya ada, kuasa-kuasa negeri yang mana kuasa itu mencerminkan persefahaman sama ada persefahaman yang tertulis ataupun tersirat waktu kita merdeka dahulu yang terambil kerajaan pusat. Maka kalau itu, maka wajarlah kita kembalikan kepada negeri Sarawak.

"Tapi kalau tak ada apa, kita tidak akan melakukan apa-apa perubahan. Kita ambil semangat itu, tidaklah sesuatu yang radikal. Sebab itu, saya dah bersetuju dengan Ketua Menteri (Adenan) bahawa kita mulakan proses ini dan 13 perkara di mana merupakan pemerkasaan yang telah kita berikan kepada Sarawak.

"Lepas ini, kita akan lihat dari segi perundangan mengenai apa yang telah terambil oleh kerajaan pusat, sekiranya ada, kita akan kaji semula," kata beliau.

- Bernama

Read more ...

Pencuri kelapa dicekup penduduk kampung

TUMPAT: Misteri kehilangan buah kelapa sejak beberapa hari lalu di sebuah kebun di Kampung Kok Keli akhirnya terjawab dengan penangkapan seorang lelaki.
Read more ...

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *